اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ SOLAT TIANG AGAMA.. SELAMAT MEMBACA.. ANDA SENYUM KAMI BAHAGIA..

KEDAI DI DAERAH SEBUYAU RANAP TERBAKAR

12 unit kedai kayu lama di Pasar Sebangan ranap dalam kebakaran

SEBUYAU:Dua belas unit kedai kayu lama di Pasar Sebangan ranap dalam kebakaran yang berlaku awal pagi semalam.



Insiden yang berlaku sekitar jam 5.15 pagi itu menyebabkan 31 mangsa hilang tempat tinggal termasuk dua bayi kembar berusia dua bulan.

Namun, insiden itu tidak melibatkan kemalangan jiwa yang membabitkan empat kedai kopi, tujuh kedai runcit dan sebuah rumah tumpangan hangus dijilat api.

Kebakaran i tu juga menyebabkan kerosakan sebuah Perpustakaan Mini Sebangan yang terletak tidak jauh dari deretan kedai berkenaan.

Insiden kebakaran itu dikatakan bermula dari kedai kopi terletak di bahagian hujung yang diusahakan oleh Penghulu Hamdan Ismail, 65, yang tersedar selepas mendengar seseorang mengejutkannya.

“Apabila saya membuka pintu kedai saya untuk melihat apa yang terjadi, tiba-tiba saya ternampak api keluar dari bahagian kedai saya dan beberapa keluarga lain berlari menyelamatkan diri mereka.

“Saya kemudi annya bergegas mengejutkan cucu saya berusia 16 tahun sebelum kami melarikan diri dari kebakaran itu,” kata Hamdan ketika ditemui di tempat kejadian.

Seorang lagi pemilik kedai kopi, Liew Huei Ting berkata, dia tidak sempat menyelamat barangan lain selain memikirkan untuk menyelamatkan anak kembarnya berusia dua bulan.

“Saya hanya sempat membawa tin susu dan botol susu bayi semasa melarikan diri manakala suami saya menolong anggota keluarga lain keluar dari kedai kami yang turut terbakar,” kata Liew yang baru berpindah ke Sebangan lima tahun lalu selepas mendirikan rumah tangga.

Manakala seorang lagi mangsa pemilik kedai runcit Lee Siok Seng mengatakan dia mengalami kerugian lebih daripada RM2 juta akibat insiden itu.

“Tiada apa yang dapat diselamatkan lagi semasa kebakaran itu berlaku,” katanya. Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Simunjan Jamali Terang berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan sekitar jam 5.38 pagi dan kemudiannya bergegas ke tempat kejadian yang dianggotai oleh sembilan anggota yang terletak sekitar 45 KM.

“Kami tiba sekitar jam 6.15 pagi dan menggunakan sumber air dari sungai yang berdekatan untuk mengawal api yang sedang marak.

“Keadaan dapat dikawal pada jam 7.30 pagi sebelum api dapat dipadamkan sejam kemudian,” kata Jamali sambil menambah ahli anggota penyelamat tidak mengalami sebarang kesulitan ketika operasi memadam dijalankan.

Tambahnya, sekumpulan 15 bomba sukarelawan dari Sebuyau bersama 23 anggota RELA dari Kampung Lutong dan Kampung Tungkah Melayu turut menghulurkan bantuan semasa operasi memadam.

Beliau turut menganggarkan kerugian sebanyak RM6.75 juta akibat kebakaran itu. Kesemua mangsa ditempatkan sementara di SJK(C) Chung Hua Sebangan.

Selain itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sebuyau Julaihi Narawi turut mengadakan lawatan ke tapak kejadian dan sempat menghulurkan sumbangan kepada ahli keluarga yang terjejas.

Julaihi berkata, pihaknya akan berusaha membantu mangsa-mangsa agar dapat meneruskan aktiviti harian mereka seperti biasa.

“Kami akan berbincang dengan beberapa pihak agar mereka ini dapat meneruskan perniagaan seperi biasa di tempat sementara sebelum kedai-kedai mereka siap dibina semula nanti,” katanya di sini semalam

sumber :US

Reactions:

1 comments:

  1. “Tiada apa yang dapat diselamatkan lagi semasa kebakaran itu berlaku,” katanya. Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Simunjan Jamali Terang berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan sekitar jam 5.38 pagi dan kemudiannya bergegas ke tempat kejadian yang dianggotai oleh sembilan anggota yang terletak sekitar 45 KM.

    BalasPadam

COMMUNITY BIZ COMBO

Bantuan pengiklanan dan banyak lagi

UNLIMITED BROADBAND

Unifi atau Streamyx? Anda pilih.

COWAY THE WATER SPECIALIST

Call or whatsapp 0128477709

NAK PAKAI? NAK JUAL?

KLIK DAN TEMPAH

LEBIH 260 SIARAN

Semua movie terkini di panggung wayang

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


Assalamualaikum.. Adik saya Termizzi Bin Senak kembali ke warahmatullah lebih kurang 8.30pm 16 Februari 2012. Mohon pembaca sedekah al-fatihah kepada arwah. al-fatihah.

Mak saudara rakan saya ujang (Firdaus) iaitu Cik Dayang Fatimah Binti Abang Drahman telah kembali ke warahmatullah hari ini 22 Februari 2012. Mohon pembaca sedekah al-fatihah kepada arwah. al-fatihah

Guru silat saya Dato Dahlan Ali telah kembali ke warahmatullah pada 19 Mac 2012. Mohon pembaca sedekah al-fatihah kepada arwah. al-fatihah.