اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ SOLAT TIANG AGAMA.. SELAMAT MEMBACA.. ANDA SENYUM KAMI BAHAGIA..

KEBAKARAN RUMAH SETINGGAN DI MIRI



17 rumah setinggan Pujut Corner musnah terbakar, 67 tinggal sehelai sepinggang Oleh Rosemaria Buma

MIRI: Tragedi hitam yang berlaku di Pujut Corner le-bih 13 tahun lalu yang me-nimpa sebahagian keluarga di kawasan setinggan ber-kenaan berulang kembali, apabila satu kebakaran yang berlaku jam 10.30 pagi me-musnahkan sebanyak 17 buah rumah kayu di situ.

Kejadian itu turut menyebabkan 67 penghuninya tinggal sehelai sepinggang kerana sebahagian besar daripada mangsa turun bekerja dan tidak berada di rumah masing-masing ketika kebakaran berlaku.

Harry Bujang, 22, menyifatkan tragedi hitam yang menimpa mereka sekeluarga lebih 13 tahun lalu berulang kembali apabila rumahnya antara yang turut musnah dalam kebakaran tersebut.

“Seakan masih terbayang-bayang di benak fikiran api yang marak memusnahkan kediaman kami sekeluarga dalam kebakaran yang berlaku pada 4 April 1998 dan kejadian sama berulang lagi pagi ini,” katanya ketika ditemui Utusan Borneo di tempat kejadian semalam.



Menurut Harry, ketika kejadian, dia dan isteri telah keluar bekerja dan hanya me-nyedari kebakaran itu pagi semalam setelah dimaklumkan oleh ibunya yang tinggal di kawasan berhampiran.

Ketika sampai di tempat ke-jadian katanya, api yang marak telah merebak ke rumahnya menyebabkan mereka suami isteri tidak dapat berbuat apa-apa untuk menyelamat-kan harta benda termasuk enjin jana kuasa yang turut disimpan dalam rumah.

Menceritakan detik hitam yang berlaku lebih 13 tahun lalu, Harry berkata, ketika itu dia baru berusia sembilan tahun dan sedang menuntut dalam Tahun Tiga.

“Meskipun masih kecil, namun saya masih ingat akan peristiwa hitam itu dan pe- rasaan takut dan trauma masih menghantui saya sehingga sekarang,” katanya yang merupakan anak sulung dari lima beradik.

Selepas kebakaran itu, mereka sekeluarga telah berpindah ke tapak sekarang yang terletak hanya bersebelahan jalan dengan tapak rumah yang terbakar itu.

Kejadian yang berlaku pada April 1998 itu telah menjadi satu sejarah hitam di negeri ini kerana ia merupakan salah satu kes kebakaran terbesar dan paling dahsyat yang membabitkan puluhan buah rumah setinggan di Pujut Corner.

Keadaan yang umpama pada jarak padang terkukur ketika itu bukan sahaja mendapat liputan meluas media tempatan malah antarabangsa.

Dalam pada itu, menurut sumber, kejadian kebakaran pagi semalam dipercayai bermula dari sebuah rumah yang dihuni beberapa warga asing dari Indonesia sebelum merebak ke beberapa rumah bersebelahan yang dibina berdekatan antara satu sama lain.

Salah seorang mangsa yang hanya dikenali sebagai Yanti, 22, ketika ditemui di tempat kejadian memberitahu dia hanya menyedari kejadian itu setelah terdengar jeritan beberapa orang jiran bersebelahan.

Menurut ibu muda terbabit, ketika itu dia sedang berada di bahagian anjung rumahnya sambil menyuapkan dua anaknya yang masih kecil iaitu Davis Pamana, 4 tahun dan Jakuan, setahun lebih apabila tiba-tiba terdengar orang menjerit.

“Tersentak dengan jeritan api! api! api!, kebakaran, kebakaran, pinggan yang saya pegang terus saya lemparkan dan dengan segera saya mengendong dua anak untuk keluar dari rumah bagi menyelamatkan diri,” katanya yang masih panik dengan kejadian itu.

Menurut Yanti, dia hanya sempat mencapai beg sandangnya yang mengandungi beberapa dokumen penting selain berjaya menyelamat dan bakul pakaian anaknya, sebuah peti televisyen dan dapur dengan bantuan seorang jiran sebelah rumah, sementara suaminya tiada di rumah kerana bekerja.

“Saya sedih kerana tak sempat mengambil susu anak-anak. Entah menyusu entah tidak anak-anak saya hari ini,” katanya dalam nada sedih sambil memangku anak bongsunya.

Sementara itu, Penolong Kanan Penguasa Bomba dari Balai Bomba Lopeng, Mohd Ayob Hassan ketika ditemui di tempat kejadian memberitahu pihaknya ada menerima panggilan telefon daripada orang awam berhubung kebakaran itu sekitar jam 10.40 pagi.

Berikutan itu, tiga jentera bomba bersama 31 anggota yang diketuai beliau sendiri telah berkejar ke tempat kejadian.

Menurut Ayob, cuaca panas terik dan ditambah kedudukan rumah yang dibina saling berdekatan antara satu sama lain merupakan antara faktor utama yang menyebabkan api marak dengan cepat dan memusnahkan kesemua rumah terbabit dalam sekelip mata.

“Memandangkan bilangan rumah yang musnah dalam kebakaran ini melebihi 10 buah, maka siasatan lanjut berhubung kes ini akan diserahkan kepada pihak ibu pejabat untuk mengenal pasti punca kebakaran dan jumlah kerugian yang dialami kesemua mangsa,” ujar beliau sambil menambah api berjaya dipadamkan sepenuhnya sekitar jam 2.30 petang semalam.

Dalam pada itu menurut beliau, seramai empat orang mangsa, kesemuanya lelaki telah mengalami kecederaan akibat terpijak kaca dan terkena atap zink dalam kejadian itu dipercayai ketika cuba menyelamatkan harta-benda masing-masing.





Sumber : US

Reactions:

1 comments:

  1. Menurut Ayob, cuaca panas terik dan ditambah kedudukan rumah yang dibina saling berdekatan antara satu sama lain merupakan antara faktor utama yang menyebabkan api marak dengan cepat dan memusnahkan kesemua rumah terbabit dalam sekelip mata.

    BalasPadam

COMMUNITY BIZ COMBO

Bantuan pengiklanan dan banyak lagi

UNLIMITED BROADBAND

Unifi atau Streamyx? Anda pilih.

COWAY THE WATER SPECIALIST

Call or whatsapp 0128477709

NAK PAKAI? NAK JUAL?

KLIK DAN TEMPAH

LEBIH 260 SIARAN

Semua movie terkini di panggung wayang

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


Assalamualaikum.. Adik saya Termizzi Bin Senak kembali ke warahmatullah lebih kurang 8.30pm 16 Februari 2012. Mohon pembaca sedekah al-fatihah kepada arwah. al-fatihah.

Mak saudara rakan saya ujang (Firdaus) iaitu Cik Dayang Fatimah Binti Abang Drahman telah kembali ke warahmatullah hari ini 22 Februari 2012. Mohon pembaca sedekah al-fatihah kepada arwah. al-fatihah

Guru silat saya Dato Dahlan Ali telah kembali ke warahmatullah pada 19 Mac 2012. Mohon pembaca sedekah al-fatihah kepada arwah. al-fatihah.