اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ SOLAT TIANG AGAMA.. SELAMAT MEMBACA.. ANDA SENYUM KAMI BAHAGIA..

GAJI NAIK TAK ADA MAKNANYA!!! SAPA NAK GAJI NAIK!!!

Baru sahaja siang tadi terdengar dan tertengok berita dalam televisyen bahawa gaji pekerja swasta akan diseragamkan dan dinaikkan. Bagi pekerja kerajaan pula mungkin juga akan dinaikkan. Apakah makna kenaikan gaji bagi anda? Mungkin ada yang bersorak riang gembira sehingga terduduk lupa dunia. he he..



Setiap yang berubah pasti menghasilkan perubahan yang lainnya. Begitulah juga situasi ekonomi kita. Saya bukanlah seorang bijak pandai. Belajar pun setakat Diploma. Saya bercakap berdasarkan pengalaman dan pengetahuan saya yang tidak seberapa.

Bagi saya, tak ada maknanya kenaikan gaji jika kos sara hidup saban tahun ataupun saban bulan meningkat. Mungkin hanya segelintir sahaja tahu makna inflasi atau dengan erti kata lain kuasa belian pengguna di pasaran. Semua orang menyedari bahawa gaji sebanyak RM300.00 pada tahun 80an dikira sudah cukup besar dan mungkin mampu hidup senang. Tapi sekarang, mana mungkin!!!.

Kenaikan gaji sebenarnya tidak sejajar dengan kenaikan kos sara hidup di negara kita. Kita telah menyaksikan kenaikan harga barang di pasaran beberapa kali dari tahun 2000 sehingga tahun 2011 akibat perubahan yang berlaku kepada harga minyak. Secara umumnya kita mengetahui bahawa jika harga minyak naik maka harga barang di pasaran akan meningkat dan apabila berlaku penurunan harga minyak tetapi harga barang di pasaran tetap sama dan tidak turun-turun. 

Tahukah anda apakah pula kesan kenaikan gaji yang mungkin akan dilancarkan nanti? adakah ianya membantu? Sebenarnya kenaikan gaji sekali lagi akan mengakibatkan kos buruh, kos pekerja, kos operasi dan sebagainya akan meningkat dan akhirnya akan memberi kesan ke atas harga barangan di pasaran. Akhirnya Kos sara hidup sekali lagi akan meningkat. Kuasa beli kita tetap akan sama walaupun berlaku kenaikkan gaji.

Bagaimana mengatasi masalah ini pada pendapat saya ialah dengan mengawal harga barangan di pasaran selain menurunkan harga bahan mentah utama seperti petrol, mencari pendapatan sampingan/sambilan dan sebagainya. Ini hanyalah pendapat peribadi saya dan terpulang kepada anda untuk menilainya.

Reactions:

1 comments:

  1. Tahukah anda apakah pula kesan kenaikan gaji yang mungkin akan dilancarkan nanti? adakah ianya membantu? Sebenarnya kenaikan gaji sekali lagi akan mengakibatkan kos buruh, kos pekerja, kos operasi dan sebagainya akan meningkat dan akhirnya akan memberi kesan ke atas harga barangan di pasaran.

    BalasPadam

COMMUNITY BIZ COMBO

Bantuan pengiklanan dan banyak lagi

COWAY THE WATER SPECIALIST

Call or whatsapp 0128477709

NAK PAKAI? NAK JUAL?

KLIK DAN TEMPAH

LEBIH 260 SIARAN

Semua movie terkini di panggung wayang

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


Assalamualaikum.. Adik saya Termizzi Bin Senak kembali ke warahmatullah lebih kurang 8.30pm 16 Februari 2012. Mohon pembaca sedekah al-fatihah kepada arwah. al-fatihah.

Mak saudara rakan saya ujang (Firdaus) iaitu Cik Dayang Fatimah Binti Abang Drahman telah kembali ke warahmatullah hari ini 22 Februari 2012. Mohon pembaca sedekah al-fatihah kepada arwah. al-fatihah

Guru silat saya Dato Dahlan Ali telah kembali ke warahmatullah pada 19 Mac 2012. Mohon pembaca sedekah al-fatihah kepada arwah. al-fatihah.