اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ SOLAT TIANG AGAMA.. SELAMAT MEMBACA.. ANDA SENYUM KAMI BAHAGIA..

DIROGOL KERANA FANATIK DENGAN FILEM KOREA

KUALA LUMPUR: Gara-gara terpengaruh menyaksikan filem terbaru Korea terbaru, seorang wanita berusia 23 tahun dirogol dua lelaki di sebuah rumah di Manjalara, Kepong, di sini, kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 10 malam itu, mangsa bijak diperdaya seorang lelaki berusia lewat 20-an yang dikatakan baru dikenali menerusi laman sembang sosial sejak dua bulan lalu untuk mengikut ke rumahnya sebelum dirogol.

Menurut sumber polis, mangsa pada mulanya dihubungi suspek sebelum mereka bertemu di sebuah restoran di kawasan Kepong, di sini.
“Keghairahan mangsa terhadap filem Korea digunakan suspek dengan mengatakan dia sudah menonton filem berkenaan di rumahnya selepas membeli cakera padat video (CD) beberapa hari lalu.

“Suspek mempelawa mangsa ke rumahnya untuk menonton filem berkenaan. Pada mulanya, mangsa menolak kerana bimbang dengan keselamatannya,” katanya.

Sumber polis berkata, bagaimanapun selepas makan dan diyakinkan suspek bahawa dia tidak akan menyentuh mangsa selain berjanji menjaga keselamatannya, wanita terbabit bersetuju.

“Malah, suspek dikatakan memberitahu dia tinggal berseorangan kerana rakan serumahnya pulang bercuti di kampung.

“Mangsa dibawa ke rumah suspek dengan sebuah motosikal. Sebaik tiba, suspek mengarahkan mangsa masuk ke biliknya dan menonton filem berkenaan dengan menggunakan komputer miliknya manakala, suspek turut berjanji menunggu mangsa di luar sambil menonton rancangan televisyen,” katanya.

Sumber berkata, kira-kira 30 minit, suspek masuk ke dalam bilik sebelum memaksa mangsa melakukan hubungan seks dengannya.

“Mangsa cuba melawan tetapi gagal.

“Penderitaan mangsa tidak berakhir begitu saja sebaliknya turut dirogol rakan serumah suspek yang pulang selepas itu,” katanya.

Selepas dirogol, mangsa dihantar pulang ke rumah dan suspek mengarahkannya supaya tidak membuat laporan polis selain berjanji akan bertanggungjawab terhadap kejadian itu.

Namun, selepas dinasihatkan keluarga dan rakan, mangsa tampil membuat laporan di Balai Polis Kepong, di sini, untuk siasatan dan tindakan lanjut.

Difahamkan, kes berkenaan disiasat bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan (KK) dan sehingga kini suspek masih belum ditahan polis namun pihak berkuasa sedang memburu mereka. - Hairan M

Reactions:

1 comments:

  1. “Mangsa dibawa ke rumah suspek dengan sebuah motosikal. Sebaik tiba, suspek mengarahkan mangsa masuk ke biliknya dan menonton filem berkenaan dengan menggunakan komputer miliknya manakala, suspek turut berjanji menunggu mangsa di luar sambil menonton rancangan televisyen,” katanya.

    BalasPadam

COMMUNITY BIZ COMBO

Bantuan pengiklanan dan banyak lagi

COWAY THE WATER SPECIALIST

Call or whatsapp 0128477709

NAK PAKAI? NAK JUAL?

KLIK DAN TEMPAH

LEBIH 260 SIARAN

Semua movie terkini di panggung wayang

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


Assalamualaikum.. Adik saya Termizzi Bin Senak kembali ke warahmatullah lebih kurang 8.30pm 16 Februari 2012. Mohon pembaca sedekah al-fatihah kepada arwah. al-fatihah.

Mak saudara rakan saya ujang (Firdaus) iaitu Cik Dayang Fatimah Binti Abang Drahman telah kembali ke warahmatullah hari ini 22 Februari 2012. Mohon pembaca sedekah al-fatihah kepada arwah. al-fatihah

Guru silat saya Dato Dahlan Ali telah kembali ke warahmatullah pada 19 Mac 2012. Mohon pembaca sedekah al-fatihah kepada arwah. al-fatihah.