اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ SOLAT TIANG AGAMA.. SELAMAT MEMBACA.. ANDA SENYUM KAMI BAHAGIA..

BOMOH ROGOL 71 TAHUN ROGOL ANAK TIRI

IPOH 5 Mei – Seorang bomoh berusia 71 tahun tergamak merogol anak tirinya yang berusia 24 tahun dengan alasan kononnya ingin menurunkan ilmu yang diamalkan kepada gadis tersebut.


Lebih menjijikkan, perbuatan tersebut dipertontonkan kepada ibu mangsa.

Tidak tahan dengan perbuatan tersebut dan ugutan lelaki itu untuk membunuh ibunya, mangsa membuat laporan polis pada 13 Februari tahun lalu menyebabkan bapa tirinya ditahan polis.

Hari ini, warga emas itu yang bekerja sebagai penoreh getah menerima pembalasan apabila dihukum penjara 15 tahun oleh Mahkamah Sesyen di sini selepas disabitkan kesalahan merogol anak tirinya itu.
Hakim Noor Hayati Mat menjatuhkan hukuman itu setelah lelaki tersebut didapati bersalah merogol mangsa pada pukul 1 pagi, 2 Februari 2010 di rumahnya di Kampung Changkat Tin, Tanjung Tualang, Batu Gajah dekat sini. 

Dakwaan dikemukakan mengikut Seksyen 376B(1) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara minimum enam tahun dan maksimum 20 tahun serta boleh dikenakan sebatan.

Noor Hayati memutuskan demikian setelah mendapati pembelaan tertuduh gagal menimbulkan sebarang keraguan munasabah dan pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie. 

Mahkamah memerintahkan hukuman penjara berkuat kuasa mulai tertuduh ditahan reman pada Februari 2010. 

Tertuduh diwakili peguam bela Ranjit Singh manakala pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Muhaimin Aris. - UM

Reactions:

1 comments:

  1. Lebih menjijikkan, perbuatan tersebut dipertontonkan kepada ibu mangsa. Tidak tahan dengan perbuatan tersebut dan ugutan lelaki itu untuk membunuh ibunya, mangsa membuat laporan polis pada 13 Februari tahun lalu menyebabkan bapa tirinya ditahan polis.

    BalasPadam

COMMUNITY BIZ COMBO

Bantuan pengiklanan dan banyak lagi

COWAY THE WATER SPECIALIST

Call or whatsapp 0128477709

NAK PAKAI? NAK JUAL?

KLIK DAN TEMPAH

LEBIH 260 SIARAN

Semua movie terkini di panggung wayang

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


Assalamualaikum.. Adik saya Termizzi Bin Senak kembali ke warahmatullah lebih kurang 8.30pm 16 Februari 2012. Mohon pembaca sedekah al-fatihah kepada arwah. al-fatihah.

Mak saudara rakan saya ujang (Firdaus) iaitu Cik Dayang Fatimah Binti Abang Drahman telah kembali ke warahmatullah hari ini 22 Februari 2012. Mohon pembaca sedekah al-fatihah kepada arwah. al-fatihah

Guru silat saya Dato Dahlan Ali telah kembali ke warahmatullah pada 19 Mac 2012. Mohon pembaca sedekah al-fatihah kepada arwah. al-fatihah.