COMMUNITY BIZ COMBO

Bantuan pengiklanan dan banyak lagi

UNLIMITED BROADBAND

Unifi atau Streamyx? Anda pilih.

COWAY THE WATER SPECIALIST

Call or whatsapp 0128477709

NAK PAKAI? NAK JUAL?

KLIK DAN TEMPAH

LEBIH 260 SIARAN

Semua movie terkini di panggung wayang

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ SOLAT TIANG AGAMA.. SELAMAT MEMBACA.. ANDA SENYUM KAMI BAHAGIA..

KEMPEN KATAKAN TIDAK PADA PEROKOK MEMANG MEMBERI KESAN

Kerajaan telah berusaha untuk memastikan rakyat Malaysia menjalankan cara hidup yang sihat dengan menaikkan harga rokok selain membuat kempen katakan taknak pada rokok. Pelbagai agensi yang terlibat dalam kempen ini dan pelbagai cara dan kaedah yang digunakan untuk mengekang perokok seperti membuat Zon Bebas dari perokok, memberi kaunseling serta menyediakan makanan tambahan bagi mengelak ketagihan perokok.



Media masa juga memainkan peranan penting dalam kempen ini. Perasan atau tidak perasan sekiranya anda merokok di tempat orang ramai pasti ada yang menjeling tanda protes dan ada juga yang berdengus dan terus berlalu dari situ. Mimik muka mereka menunjukkan betapa mereka tidak suka pada rokok. Ada juga dikalangan mereka menetapkan syarat-syarat pasangan mereka bukan seorang perokok. Alahai... sememangnya impak kempen ini memberi struktur baru dalam masyarakat.

Namun begitu kempen ini boleh dikatakan juga kurang berkesan kerana rokok seludup amat mudah didapati di pasaran. Mengaku atau tidak, semua orang mengetahuinya dan semua orang berdiam diri mengenainya. Saya juga seorang perokok, sebab itu saya tahu mengenainya. Bukan mudah nak mengekang penyeludupan rokok sekiranya sistem atau perlaksanaannya tidak dilakukan dengan bersungguh-sungguh dan sistematik.

Mimik muka orang ramai yang tidak merokok ketika seorang perokok sedang merokok memberi kesan tidak selesa kepada seorang perokok. Dari situ melahirkan bibit atau niat seseorang untuk berhenti merokok. Tetapi tidak semua bersikap begitu, ada juga yang tidak punya perasaan malu apabila melihat mimik muka orang sekeliling yang tidak suka merokok. Tidak kisah dengan semua itu akibat daripada ketagihan merokok.

Saya sendiri suka memberi pelbagai alasan yang tidak munasabah untuk merokok. Contohnya merokok selepas makan. Saya selalu berkata tidak lengkap rasanya apabila selepas makan saya tidak merokok kerana pepejal, cecair dan gas harus di satukan. Apa yang dimaksudkan saya ialah Pepejal ialah makanan, Cecair adalah air dan gas pula adalah rokok. Alasan lain yang saya selalu berikan adalah saya membantu kerajaan dalam sektor pembangunan kerana cukai yang dikenakan ke atas produk rokok amat tinggi dan dari kutipan cukai tersebut maka saya dapat membantu kerajaan.

Pelbagai alasan yang dicipta. Ada yang mengatakan apabila sudah berumah tangga barulah berhenti merokok dan ada juga menyatakan dia akan merokok sampai mati. tak merokok pun mati jugak. Hi Hi.. Pelbagai karenah yang dapat kita perolehi dari tajuk perokok. Apa-apa pun ulasan saya. Saya ucapkan tahniah kepada kerajaan kerana berjaya mendidik rakyat dengan slogan "KATAKAN TAKNAK PADA ROKOK".

HATI-HATI DENGAN PELIWAT BUDAK DI KUCHING

KUCHING: Polis kini sedang memburu seorang suspek yang terlibat dalam salah laku seksual dari Kampung Haji Baki yang didakwa telah me-liwat seorang budak lelaki berusia sembilan tahun yang menjangkakan kemungkinan lebih ramai mangsa.



Sumber menjangkakan semalam bahawa suspek dipercayai menjadikan sekurang-kurangnya empat budak lelaki sebagai mangsa termasuk adik bongsu budak berusia sembilan tahun itu, sejak dua bulan lepas.

Malahan suspek dikatakan membayar antara 50 sen dan RM5 kepada setiap budak berkenaan kerana tidak membuka mulut selepas atau memaksa mereka melakukan seks oral atau meliwat me-reka.

Perkara itu mula diketahui pada Jumaat selepas mangsa berusia sembilan tahun itu dikatakan membuat ‘demonstrasi’ kepada rakannya apa yang berlaku antara dia dan suspek.

Selepas mengetahui per-kara itu, ibu bapa kepada budak lelaki berkenaan menyoal mangsa dan turut mendapati anak bongsu me-reka berusia tujuh tahun juga berkemungkinan menjadi mangsa kepada lelaki yang sama.

Sumber : US

KEK LAPIS SARAWAK TERPANJANG 2011

KUALA LUMPUR: Kek lapis Sarawak sepanjang 30.8 meter sempena Hari Ulang Tahun Radio Te-levisyen Malaysia (RTM) ke-65 semalam dicatatkan dalam Malaysia Book Of Records (MBR) sebagai kek lapis terpanjang di Malaysia setakat ini.



Upacara pelancaran kek lapis yang dipamerkan di Kompleks Kraftangan itu disempurnakan oleh Menteri Muda di Pejabat Ketua Menteri (Unit Pembangunan Usahawan) dan Menteri Muda Perancangan dan Pengurusan Sumber Sarawak Mohd Naroden Majais.

Naroden berkata, pembuatan kek seberat 2,500 kilogram itu disediakan di Kilang Rabiah Amit Cake House di kawasan Demak Laut, Sarawak, melibatkan 15 orang pengusaha terpilih yang bergabung tenaga menyiapkan kek tersebut dalam jangka masa 15 hari.

“Kek yang berjumlah 200 acuan bersaiz 16” x 8? (40.6cm x 20.3cm) itu diterbangkan ke Kuala Lumpur pada 24 Mac dan penyantuman kek lapis Sarawak terpanjang dilakukan semalam,” katanya pada sidang media selepas merasmikan program Memecah Rekod MBR: Kek Lapis Sarawak 65 Tahun RTM Terpanjang Sempena dengan Hari Ulang Tahun RTM ke-65 di Kompleks Kraftangan semalam.

Beliau juga berkata sebanyak 30,000 biji telur, 1,500 kilogram mentega, 800 kilogram tepung dan 500 kilogram gula digunakan dengan kos pembuatan sejumlah RM76,000 bagi menghasilkan kes lapis ini dengan pelbagai corak yang unik. — Bernama

“Tujuan utama program ini ialah untuk memperkenalkan produk-produk utama Sarawak kepada masyarakat di Semenanjung kerana ia merupakan tradisi warga Sarawak yang diwarisi secara turun-temurun dan kini ianya telah menjadi satu daya tarikan dan dihidangkan untuk majlis pertunangan dan perkahwinan,” katanya kepada pemberita.

Kek lapis tersebut akan dijual kepada orang ramai selama dua hari bermula hari ini dengan harga RM20 sekeping bagi yang bercorak dan RM15 sekeping bagi tidak bercorak.

“Kami menyasarkan hasil jualan sebanyak RM60,000 dan 10 peratus daripada hasil jualan tersebut akan disumbangkan kepada rumah anak-anak yatim di ibu negara,” katanya lagi.

Rekod kek lapis ini berjaya mengatasi rekod pada tahun lepas, iaitu sepanjang 21 meter dengan gabungan 20 pengusaha kek lapis di negeri itu.


Sumber : US

KEDAI DI DAERAH SEBUYAU RANAP TERBAKAR

12 unit kedai kayu lama di Pasar Sebangan ranap dalam kebakaran

SEBUYAU:Dua belas unit kedai kayu lama di Pasar Sebangan ranap dalam kebakaran yang berlaku awal pagi semalam.



Insiden yang berlaku sekitar jam 5.15 pagi itu menyebabkan 31 mangsa hilang tempat tinggal termasuk dua bayi kembar berusia dua bulan.

Namun, insiden itu tidak melibatkan kemalangan jiwa yang membabitkan empat kedai kopi, tujuh kedai runcit dan sebuah rumah tumpangan hangus dijilat api.

Kebakaran i tu juga menyebabkan kerosakan sebuah Perpustakaan Mini Sebangan yang terletak tidak jauh dari deretan kedai berkenaan.

Insiden kebakaran itu dikatakan bermula dari kedai kopi terletak di bahagian hujung yang diusahakan oleh Penghulu Hamdan Ismail, 65, yang tersedar selepas mendengar seseorang mengejutkannya.

“Apabila saya membuka pintu kedai saya untuk melihat apa yang terjadi, tiba-tiba saya ternampak api keluar dari bahagian kedai saya dan beberapa keluarga lain berlari menyelamatkan diri mereka.

“Saya kemudi annya bergegas mengejutkan cucu saya berusia 16 tahun sebelum kami melarikan diri dari kebakaran itu,” kata Hamdan ketika ditemui di tempat kejadian.

Seorang lagi pemilik kedai kopi, Liew Huei Ting berkata, dia tidak sempat menyelamat barangan lain selain memikirkan untuk menyelamatkan anak kembarnya berusia dua bulan.

“Saya hanya sempat membawa tin susu dan botol susu bayi semasa melarikan diri manakala suami saya menolong anggota keluarga lain keluar dari kedai kami yang turut terbakar,” kata Liew yang baru berpindah ke Sebangan lima tahun lalu selepas mendirikan rumah tangga.

Manakala seorang lagi mangsa pemilik kedai runcit Lee Siok Seng mengatakan dia mengalami kerugian lebih daripada RM2 juta akibat insiden itu.

“Tiada apa yang dapat diselamatkan lagi semasa kebakaran itu berlaku,” katanya. Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Simunjan Jamali Terang berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan sekitar jam 5.38 pagi dan kemudiannya bergegas ke tempat kejadian yang dianggotai oleh sembilan anggota yang terletak sekitar 45 KM.

“Kami tiba sekitar jam 6.15 pagi dan menggunakan sumber air dari sungai yang berdekatan untuk mengawal api yang sedang marak.

“Keadaan dapat dikawal pada jam 7.30 pagi sebelum api dapat dipadamkan sejam kemudian,” kata Jamali sambil menambah ahli anggota penyelamat tidak mengalami sebarang kesulitan ketika operasi memadam dijalankan.

Tambahnya, sekumpulan 15 bomba sukarelawan dari Sebuyau bersama 23 anggota RELA dari Kampung Lutong dan Kampung Tungkah Melayu turut menghulurkan bantuan semasa operasi memadam.

Beliau turut menganggarkan kerugian sebanyak RM6.75 juta akibat kebakaran itu. Kesemua mangsa ditempatkan sementara di SJK(C) Chung Hua Sebangan.

Selain itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sebuyau Julaihi Narawi turut mengadakan lawatan ke tapak kejadian dan sempat menghulurkan sumbangan kepada ahli keluarga yang terjejas.

Julaihi berkata, pihaknya akan berusaha membantu mangsa-mangsa agar dapat meneruskan aktiviti harian mereka seperti biasa.

“Kami akan berbincang dengan beberapa pihak agar mereka ini dapat meneruskan perniagaan seperi biasa di tempat sementara sebelum kedai-kedai mereka siap dibina semula nanti,” katanya di sini semalam

sumber :US

IDEA PERNIAGAAN



Memanipulasi peluang yang ada menjadi peluang yang lebih baik. Idea ini menjadi lebih baik bila sistem jemaah yang di usulkan suatu ketika dahulu di praktikkan dengan baik. Peluang untuk memiliki satu lagi sumber pendapatan yang mungkin tidak pernah difikirkan boleh diperolehi dari sini.


I-Dea
View more presentations from khall khall.

KEDAI FRANCAIS IMPIAN ANDA DAN SAYA

Kedai-kedai ataupun cafe-cafe yang wujud di sekeliling kita membuatkan kita tertanya-tanya bagaimana hendak memulakan perniagaan seperti itu. Bagi yang ingin lebih maju kehadapan dan memantapkan ekonomi bangsa maka pertanyaan seperti ini akan muncul. Kalau kita perhatikan betul-betul kedai-kedai francais di sekeliling kita banyak dimiliki oleh bumiputra.



Bagaimana mereka memulakan perniagaan seperti itu menjadi persoalan. Suatu ketika dahulu saya pernah menjadi Eksekutif Akaun  di sebuah syarikat yang mengendali Stesen Minyak Shell. Modal yang diperlukan antara RM200k ke RM300k. Dari segi modal sahaja sudah menjadi kekangan antara kita yang hendak berimpian untuk memiliki kedai-kedai francais sendiri.

Bila kita melihat dari segi pengurusannya pula. Kedai francais mempunyai standard tersendiri dalam pengurusan stok, tunai, sumber tenaga kerja, penyelenggaraan dan sebagainya. Segala urusan dikawal oleh pusat pengurusan bagi memastikan kualiti kedai francais terjaga. Segala kos-kos pengurusan juga ditanggung oleh pemilik kedai yang dimana ianya boleh memakan kos sehingga RM50k sebulan.

Akibat daripada itu maka banyak rakan-rakan yang berputus asa untuk memiliki impian memiliki kedai francais. "Nak seribu Daya Tak Nak seribu Dalih" bersesuaian dengan apa yang berlaku di sekeliling kita sebenarnya. Dengan RM100 anda mampu mencapai impian anda untuk memiliki kedai francais. Anda hanya perlu Plan perniagaan yang teratur dan kemahuan yang tinggi untuk memilikinya.

Saya sebenarnya berkongsi pengalaman dengan anda semua mengenai kisah rakan saya yang memiliki kedai francais sendiri yang rata-ratanya jualan mencapai sehingga RM100k sebulan. Modal yang digunakannya adalah Modal Insan. Sebelum ini saya pernah membincangkan perkara ini. Antara modal insan dengan modal tunai yang mana lebih penting. Ini membuktikan bahawa modal insan adalah lebih penting.

Saya bersama rakan-rakan saya sekarang ini sedang berusaha untuk menubuhkan satu kedai francais kami. Kami bergerak dalam berjemaah dan kami juga siap sedia bekongsi idea dengan anda semua. Produk-produk yang disediakan amat berkualiti tinggi dan barang-barang yang dijual adalah barang-barang rumah ataupun lebih mudah dikenali sebagai barang-barang runcit.

Mungkin anda semua tertanya-tanya, bagaimana kedai-kedai francais ini boleh menghasilkan jualan sehingga RM100k sebulan. Sebenarnya kedai-kedai seperti ini menggunakan teknik promosi secara berpusat dan rata-rata kedai-kedai seperti ini mempunyai pelanggan yang setia akibat dari promosi dan teknologi yang digunakan. Pelanggan yang setia menggunakan produk ini kerana sistem kemudahan yang diberikan oleh pelanggan yang memudahkan pelanggan mendapatkan tawaran hebat serta diskaun yang terbaik.

Kami pada awalnya menubuhkan satu syarikat Entrepreneur Knowledge Centre adalah bertujuan untuk mendidik bakal-bakal usahawan serta mengajar mereka bagaimana hendak memulakan perniagaan. Kaedah yang kami gunakan adalah dengan teknik membuka minda supaya lebih nampak peluang dan ruang yang ada dengan kemahiran yang ada. Pada masa sekarang kami menumpu perhatian kepada penubuhan kedai-kedai francais kerana kami nampak ianya dapat mengubah ekonomi institusi keluarga bagi yang berminat untuk membuka kedai tersebut.

Bagi yang berminat mengetahui lebih lanjut lagi mengenai perkara ini.. bolehlah mengikuti Bengkel Peluang Usahawan kami di Satok dan untuk mengetahui lokasi nya dengan lebih terperinci sila emailkan kepada saya di neo.barcode@beloya2u.com.

"HIDUP BERSAMA MENGEMBANG DAN MENYATU"

KAMU FAHAM KE MAKSUD MENGHINA & LAYAK KE KAMU?

Faham ke tak faham jika kamu menghina sememangnya kamu tidak faham. Ada beberapa perkara yang boleh kita hina yang telah pun di gezetkan iaitu merejam atas kesalahan maksiat dengan keadaan dan waktu tertentu. Tetapi kita tidak layak untuk menghina makhluk tuhan. Siapa pun dia dan apa sahaja kekurangan dia itu adalah sebaik-baik ciptaan tuhan.



Kadang-kadang kita ni lupa bahawa apabila kita menghina seseorang sebenarnya kita menghina tuhan yang mencipta kita. Sempurnakah kamu sehingga kamu menghina orang lain. Menghina ni lebih kepada menyentuh kelemahan orang lain yang sememangnya ianya adalah ketentuan baginya. Teguran dengan hinaan adalah perkara yang berbeza.

Antara sedar tidak sedar, remaja zaman sekarang ada yang suka memanipulasikan ayat-ayat yang baik. Manipulasi tersebut menjurus kepada hinaan terhadap tuhan yang mencipta mereka. Contoh ayat yang menghina ialah "Insya Alright" dan "Astagahimagazine" dan "astarfirullahhimagazine". Perkara ini dijadikan satu habitat dan bahan ketawa. Hinaan ini mungkin disebabkan kurangnya pengetahuan agama atau mereka dengan senang hati untuk mempermainkannya.

Di dalam facebook, blogger, wordpress dan sebagainya juga mengandungi coretan hinaan. Perkara ini berlaku terutamanya akibat daripada pergaduhan, salah faham dan sebagainya. Tahukah anda, sekiranya anda membuat hinaan ke atas seseorang ini bermakna anda menjatuhkan maruah individu yang dihina terutama yang di tulis dalam laman sosial, blogger, wordpress dan sabagainya. Bukan anda seorang sahaja yang melihat penulisan anda tetapi hampir beratus malah beribu orang melihat penulisan anda. Akibat dari itu maka ianya boleh meninggalkan kesan emosi yang tidak baik terhadap individu yang dihina dan anda pula bergelak ketawa serta senang hati membuat hinaan. Cuba anda bayangkan jika anda ditempat individu tersebut..

Mungkin anda membuat hinaan kerana nafsu amarah anda terhadap seseorang tetapi menyentuh kelemahan atau kekurangan orang lain bukan jalan untuk menyelesaikan masalah tetapi sebaliknya akan menambah masalah anda. Cuba bayangkan sekiranya hinaan itu boleh menyebabkan individu yang dihina mendapat penyakit kemurungan yang teruk dan boleh membawa maut. Dosa anda boleh dikatakan sama dengan membunuh. Sekiranya individu yang dihina tersebut membuat laporan ataupun tindakkan saman ke atas anda maka ini juga boleh mendatangkan masalah kepada anda.

Berdiri hadapan cermin dan perhatikan wajah anda dan susuk tubuh anda. Tanya kepada diri sendiri, adakah anda sempurna dan layak untuk sombong dengan tuhan dengan menghina ciptaannya yang lain? Tanya kepada diri sendiri bagaimanakah sekiranya anda dihina atas kekurangan anda sendiri dan apakah perasaan anda?.. Dengan cara ini anda dapat muhasabah diri anda untuk lebih faham mengenai hinaan.

Saya membuat artikel ini bukanlah untuk menghina individu yang kuat menghina tetapi sebaliknya saya berniat untuk memberi peringatan kepada pembaca dan diri saya sendiri mengenai kelemahan kita dan keterlanjuran kita. Tidak kira manusia, binatang dan alam sekitar kita, kita memang tidak layak untuk menghinanya.
Kita manusia ni memang seringkali membuat silap dan bukankah tuhan memberi jalan kepada kita untuk meminta maaf dengan sebenar-benar taubat untuk menyelesaikan masalah. Cari kongklusi dan fikir-fikirkan.

ISLAM DI HINA ANDA DI MANA? BACA, SEBARKAN & BERTINDAK

As'salam kepada semua saudara ku.
Apa yang catatkan di sini adalah mengenai seseorang yang menggelarkan dirinya sebagai Makcik Hajjah Sitt AL-Wuzara yang terang-terangan membuat penghinaan ke atas islam. Apakah tujuannya dan dari mana dia datang tidak dapat dipastikan. Perkara ini ada persamaan dengan kejadian Mahesa Hanoto yang menyamar menjadi orang Semenanjung Malaysia dan menghina rakyat Sarawak. Setelah di siasat Mahesa Hanoto ini merupakan rakyat Indonesia.

Mengapa saya buat perbandingan seperti itu adalah kerana sebelum ini kita telah membalas tindakkan Mahesa Hanoto dengan membuta tuli tanpa melihat siapakah dirinya yang sebenar. Makcik Hajjah Sitt ini adalah watak rekaan yang digunakan untuk memporak-perandakan keharmonian perkauman di Malaysia. Kesemua penulisannya terang-terangan menunjukkan sikap mahu melihat seluruh rakya Malaysia berpecah belah dengan memasukkan sentimen keagamaan dan perkauman.

Tindakkan jelas dan anda semua jangan terpedaya dan jangan pula menghina agama lain ataupun bangsa lain. Kita harus bertindak dengan bijak dan bukan kurang pandai seperti Watak yang menamakan dirinya sebagai Makcik Hajjah Sitt itu. Tugas yang perlu lakukan ialah dengan membuat laporan kepada Biro Pengaduan Awam mengenai perkara ini dengan klik Link INI.

Pada pendapat saya, tidakkan individu yang menggunakan watak Makcik Hajjah Sitt ini adalah pengecut dan antara manusia yang meletakkan otaknya di lutut. Kebencian yang dicetusnya langsung tidak berasas dan itu menunjukkan ilmunya amat cetek.

Link Wordpress tersebut klik SINI. Mungkin anda akan marah dengan sikap individu ini dan mungkin juga akan ketawa melihat kebodohan individu ini. Di mana pun kamu berada, agama apa pun yang kamu percayai, bangsa apa sekalipun asal kamu serta sekuat manapun cercaan hina yang kamu terima... Ingatlah bahawa jangan pula kamu menjadi seperti mereka-mereka yang bodoh dan tuli dengan membuat perkara yang sama seperti yang dibuat oleh individu ini.

Saya menyeru sekali lagi kepada saudara-saudara serta pembaca artikel ini supaya jangan bertindak mengikut emosi tetapi bertindak dengan lebih matang dan teliti. INGAT!!! Propaganda yang diwujudkan oleh individu ini adalah untuk memecah belahkan rakyat Malaysia dan KITA!!! jangan sesekali menghina agama lain ataupun bangsa lain. Itu adalah yang terbaik.


SILA COPY ARTIKEL INI ATAU ANDA BOLEH SHARE DALAM FACEBOOK

JIKA GAMBAR BAWAH INI HILANG MAKA ARTIKEL INDIVIDU LAHANAT INI TELAH DI PADAMKAN ATAU DI SEKAT.
JIKA GAMBAR ATAS INI HILANG MAKA ARTIKEL INDIVIDU LAHANAT INI TELAH DI PADAMKAN ATAU DI SEKAT.

PENEMUAN PERUBAHAN DAN REVOLUSI/MUTASI SERANGGA



Makhluk mirip cenkrik ini dinamakan sebagai treehopper. Makhluk ini memiliki tiga pasang sayap yang sukar dijumpai pada evolusi serangga. Seperti apa?

Serangga ini dijumpai oleh Benjamin Prud’homme dan rakan dari Institute of the Biology of Development di Marseille. Sayap serangga yang dimuat dalam jurnal Nature ini sangat lebar. Sayap ini diyakini hanya tumbuh pada segmen kedua dan ketiga dada serangga.

‘Helm’ serangga ini tumbuh dari segmen pertama dada serangga. Uniknya, ‘helm’ ini tumbuh melebihi panjang tubuh serangga itu sendiri dan memiliki warna serta bentuk dan ukuran seragam.

Hasil kajian terdahulu menunjukkan, helm ini muncul dari tulang luar serangga yang terletak pada segmen dada. Prud’homme dan tim terkejut apabila mendapai, helm itu ternyata merupakan perpaduan sepasang sayap, “walaupun tidak digunakan untuk terbang.”

Pemerhati mengatakan, helm pada serangga ini merupakan contoh pertama dari tubuh baru yang muncul pada 250 juta tahun evolusi serangga.

Sumber:
Ilmuwan Temukan Evolusi Serangga Baru – ANEH92

28 MEI INI TUGAS ANDA MENCARI ARAH KIBLAT YANG TEPAT

Matahari di Atas Ka`bah Pada 28/5/2011, InsyaALLAH

Arah Qiblat boleh disemak dengan tepat ketika Istiwa A'zam.Penentuan arah qiblat yang tepat sangat penting kerana ia merupakan antara syarat sah solat samada solat fardhu atau sunnat. Jadi ummat ISLAM mesti memastikan kedudukan arah qiblatnya tepat mengadap Ka’bah.

Alhamdulillah, setiap tahun ada 2 waktu yang telah ALLAH subhanahu wata’ala tentukan kedudukan matahari betul-betul tepat di atas Ka’bah. Fenomena ini dipanggil Istiwa A’zam (Istiwa Utama).


Alhamdulillah, dengan ketentuan ALLAH ‘Azza wa Jalla ini, membolehkan ummat ISLAM di seluruh muka bumi sejak dahulu hingga hari kiamat memeriksa dan menyemak arah qiblat dengan mudah dan tepat. SubhanALLAH…


Bilakah Istiwa A’zam berlaku?

Di Malaysia, waktu berlakunya fenomena ini ialah pada:

28 MEI setiap tahun, tepat pukul 5.16 petang, dan
16 JULAI setiap tahun, tepat pukul 5.28 petang.


Ihsan Falak Online


Apa yang perlu dilakukan untuk menyemak qiblat dengan tepat?

Sebelum

Pastikan jam yang selalu dibuat rujukan oleh tuan/puan mengikuti waktu piawai yang tepat. Untuk menentukan ketepatan waktu, tuan/puan boleh memeriksanya dengan SIRIM atau boleh juga merujuk kepada waktu yang terpapar di televisyen atau radio. Ketepatan waktu yang mengikut piawai adalah penting untuk mendapat hasil yang betul. Justeru, betulkan jam tuan/puan mengikut waktu piawai yang betul.

Cari objek lurus yang keras seperti batang kayu, tiang atau pen.

Pacakkan objek tersebut secara menegak (bersudut 90°) di atas permukaan yang rata.
Pastikan bayang-bayang yang terhasil dari objek tersebut jelas boleh dilihat dengan terang dan jelas.

Dan pastikan juga tuan/puan boleh melihat matahari dari kedudukan tempat tuan/puan pacakkan objek lurus tersebut dan tidak terlindung.

Tunggu dengan sabar waktu yang disebutkan di atas.

Ketika peristiwa ini berlaku:

Perhatikan bayang-bayang yang terhasil dari objek lurus yang dipacakkan tersebut.
Arah qiblat adalah arah yang bertentangan dengan jatuhnya bayang-bayang itu. ( Rujuk gambar di atas )

Tandakan arah qiblat.

Selepas.

Yakinlah bahawa itu merupakan arah qiblat yang tepat.

Bersyukurlah kepada ALLAH subhanahu wata’ala yang telah memberikan peluang untuk tuan/puan memeriksa arah qiblat melalui kaedah ini.

Hadapkanlah tubuh tuan/puan ke arah qiblat tersebut dengan penuh khusyuk ketika solat fardhu dan sunnat.

Mudah-mudahan perkongsian ini bisa memberikan manfaat buat tuan/puan yang mahu mengambil manfaat. Sebarkan, insyaALLAH…

WAllahu Ta’ala A’lam. - cili

TRAGEDI LEMAS DI KPG GIAM PADAWAN

Kuching :Satu kejadian tak diingini telah berlaku di Kampung Giam di sini.Empat rakan sekerja dari Hospital Besar Sarawak''s Heart Centre di Kota Samarahan tragis apabila kedua-dua mereka, seorang doktor dan seorang jururawat, lemas.

Mangsa-mangsa dikenal pasti sebagai Mohamad Azri Dollah, 27, dari Semariang, di sini, yang baru saja menamatkan latihannya , dan jururawat Norfazillah Abdul Kadir, 23, dari Kampung Baru, Samarahan.

Mereka dan dua jururawat dari pusat jantung telah pergi untuk berkelah dan berenang pada kawasan lata,35km dari bandaraya Kuching, pagi ini.

Pada kira-kira 11am, Norfazillah dilihat bergelut dalam air dan berteriak untuk meminta pertolongan. Menyedari rakannya yang tidak tahu berenang, Mohamad Azri terjun ke dalam air menyelamatkan dia.



Bagaimanapun , dia yang dalam keadaan kesukaran disebabkan arus deras dan ditarik oleh Norfazillah yang dalam ketakutan,akhirnya kedua-dua telah hilang di bawa arus yang deras.

Sumber : US

KEBAKARAN RUMAH SETINGGAN DI MIRI



17 rumah setinggan Pujut Corner musnah terbakar, 67 tinggal sehelai sepinggang Oleh Rosemaria Buma

MIRI: Tragedi hitam yang berlaku di Pujut Corner le-bih 13 tahun lalu yang me-nimpa sebahagian keluarga di kawasan setinggan ber-kenaan berulang kembali, apabila satu kebakaran yang berlaku jam 10.30 pagi me-musnahkan sebanyak 17 buah rumah kayu di situ.

Kejadian itu turut menyebabkan 67 penghuninya tinggal sehelai sepinggang kerana sebahagian besar daripada mangsa turun bekerja dan tidak berada di rumah masing-masing ketika kebakaran berlaku.

Harry Bujang, 22, menyifatkan tragedi hitam yang menimpa mereka sekeluarga lebih 13 tahun lalu berulang kembali apabila rumahnya antara yang turut musnah dalam kebakaran tersebut.

“Seakan masih terbayang-bayang di benak fikiran api yang marak memusnahkan kediaman kami sekeluarga dalam kebakaran yang berlaku pada 4 April 1998 dan kejadian sama berulang lagi pagi ini,” katanya ketika ditemui Utusan Borneo di tempat kejadian semalam.



Menurut Harry, ketika kejadian, dia dan isteri telah keluar bekerja dan hanya me-nyedari kebakaran itu pagi semalam setelah dimaklumkan oleh ibunya yang tinggal di kawasan berhampiran.

Ketika sampai di tempat ke-jadian katanya, api yang marak telah merebak ke rumahnya menyebabkan mereka suami isteri tidak dapat berbuat apa-apa untuk menyelamat-kan harta benda termasuk enjin jana kuasa yang turut disimpan dalam rumah.

Menceritakan detik hitam yang berlaku lebih 13 tahun lalu, Harry berkata, ketika itu dia baru berusia sembilan tahun dan sedang menuntut dalam Tahun Tiga.

“Meskipun masih kecil, namun saya masih ingat akan peristiwa hitam itu dan pe- rasaan takut dan trauma masih menghantui saya sehingga sekarang,” katanya yang merupakan anak sulung dari lima beradik.

Selepas kebakaran itu, mereka sekeluarga telah berpindah ke tapak sekarang yang terletak hanya bersebelahan jalan dengan tapak rumah yang terbakar itu.

Kejadian yang berlaku pada April 1998 itu telah menjadi satu sejarah hitam di negeri ini kerana ia merupakan salah satu kes kebakaran terbesar dan paling dahsyat yang membabitkan puluhan buah rumah setinggan di Pujut Corner.

Keadaan yang umpama pada jarak padang terkukur ketika itu bukan sahaja mendapat liputan meluas media tempatan malah antarabangsa.

Dalam pada itu, menurut sumber, kejadian kebakaran pagi semalam dipercayai bermula dari sebuah rumah yang dihuni beberapa warga asing dari Indonesia sebelum merebak ke beberapa rumah bersebelahan yang dibina berdekatan antara satu sama lain.

Salah seorang mangsa yang hanya dikenali sebagai Yanti, 22, ketika ditemui di tempat kejadian memberitahu dia hanya menyedari kejadian itu setelah terdengar jeritan beberapa orang jiran bersebelahan.

Menurut ibu muda terbabit, ketika itu dia sedang berada di bahagian anjung rumahnya sambil menyuapkan dua anaknya yang masih kecil iaitu Davis Pamana, 4 tahun dan Jakuan, setahun lebih apabila tiba-tiba terdengar orang menjerit.

“Tersentak dengan jeritan api! api! api!, kebakaran, kebakaran, pinggan yang saya pegang terus saya lemparkan dan dengan segera saya mengendong dua anak untuk keluar dari rumah bagi menyelamatkan diri,” katanya yang masih panik dengan kejadian itu.

Menurut Yanti, dia hanya sempat mencapai beg sandangnya yang mengandungi beberapa dokumen penting selain berjaya menyelamat dan bakul pakaian anaknya, sebuah peti televisyen dan dapur dengan bantuan seorang jiran sebelah rumah, sementara suaminya tiada di rumah kerana bekerja.

“Saya sedih kerana tak sempat mengambil susu anak-anak. Entah menyusu entah tidak anak-anak saya hari ini,” katanya dalam nada sedih sambil memangku anak bongsunya.

Sementara itu, Penolong Kanan Penguasa Bomba dari Balai Bomba Lopeng, Mohd Ayob Hassan ketika ditemui di tempat kejadian memberitahu pihaknya ada menerima panggilan telefon daripada orang awam berhubung kebakaran itu sekitar jam 10.40 pagi.

Berikutan itu, tiga jentera bomba bersama 31 anggota yang diketuai beliau sendiri telah berkejar ke tempat kejadian.

Menurut Ayob, cuaca panas terik dan ditambah kedudukan rumah yang dibina saling berdekatan antara satu sama lain merupakan antara faktor utama yang menyebabkan api marak dengan cepat dan memusnahkan kesemua rumah terbabit dalam sekelip mata.

“Memandangkan bilangan rumah yang musnah dalam kebakaran ini melebihi 10 buah, maka siasatan lanjut berhubung kes ini akan diserahkan kepada pihak ibu pejabat untuk mengenal pasti punca kebakaran dan jumlah kerugian yang dialami kesemua mangsa,” ujar beliau sambil menambah api berjaya dipadamkan sepenuhnya sekitar jam 2.30 petang semalam.

Dalam pada itu menurut beliau, seramai empat orang mangsa, kesemuanya lelaki telah mengalami kecederaan akibat terpijak kaca dan terkena atap zink dalam kejadian itu dipercayai ketika cuba menyelamatkan harta-benda masing-masing.





Sumber : US

MENU MAKANAN ANGGOTA BADAN MANUSIA

BERLIN: Sebuah restoran baru memeranjatkan bakal pengunjung apabila melancarkan iklan meminta sumbangan anggota tubuh manusia dan membayangkan ia akan termasuk dalam menunya.

“Penderma dikehendaki. Jadi ahli hari ini,” menurut pengumuman dalam laman web Filme, sebuah restoran yang dijadual dibuka di Berlin, lapor akhbar Der Spiegel.



Menunya menyenaraikan pelbagai masakan yang didakwa berasal daripada tabiat makan kaum Waririca, penduduk di Amazon yang terkenal kerana memakan daging manusia.

Ia meminta bakal penderma mengisi borang dan menyenaraikan secara terperinci kesihatan dan tabiat senaman mereka sebelum menambah: “Selepas pemeriksaan perubatan, anda boleh memutuskan bahagian mana yang ingin anda derma!” Lokasi dan butiran terperinci Filme, yang juga mengiklankan jawatan untuk seorang ‘pakar bedah yang berfikiran terbuka,’ tidak didedahkan. Laman web itu menjelaskan: “Kami menganggap menjamu selera sebagai sebahagian daripada perbuatan spiritual di mana roh dan kekuatan manusia yang dimakan itu diberikan kepada tetamu.” Bagaimanapun, sebahagian besar penduduk Jerman percaya ia iklan palsu atau langkah untuk menarik perhatian. “Saya yakin ia hanya jenaka,” kata Naib Pengerusi Parti Kristian Demokrat Berlin, Michael Braun.

“Tetapi ia amat meloyakan lebih-lebih lagi seorang penduduk Berlin pernah dibunuh dan kemudian dimakan seorang lelaki, juga penduduk bandar raya itu, tidak lama dulu,” katanya.

Braun dipercayai merujuk kepada Armin Meiwes yang dihukum penjara seumur hidup pada 2006 selepas memakan daging Bern Jurgen Brandes yang secara sukarela menawarkan diri untuk menjadi mangsanya. - Agensi

ORGAN SAUDARA KITA DI PALESTIN DIJAJA

Tentera--tentera Zionis Israel ditengara menculik warga Palestin untuk diambil organ tubuhnya kemudian dijual ke pasar gelap. Surat kabar Swedia Aftonbladet mengungkap hal itu dalam artikelnya berjudul "Mereka Merampas Organ Tubuh Anak-Anak Kami."



Dalam artikel itu disebutkan bahawa tentera-tentera Zionis menculik anak-anak muda Palestina di Tepi Barat dan Jalur Gaza. Anak-anak muda itu dikembalikan lagi pada keluarganya dalam keadaan meninggal dunia, setelah diambil organ tubuhnya.

Seorang lelaki Palestin asal kota Nablus, pada wartawan Aftonbladet mengaku bahwa kerabatnya dijadikan donor organ tubuh secara paksa oleh tentera-tentera Zionis itu dan masih banyak warga Palestin yang menjadi korban kebiadaban pasukan Zionis. Mangsa penculikan yang meninggal diketahui hilang organ tubuhnya setelah dilakukan autopsi.

Dalam artikelnya, Aftonbladet juga menceritakan peristiwa yang terjadi tahun 1992, ketika seorang aktivis muda Palestin ditangkap oleh tentera Zionis di kota Nablus. Aktivis itu ditembak di bagian dada, di perut dan di kedua kakinya kemudian dibawa ke tempat yang tidak diketahui oleh tentera-tentera Zionis itu.

Jenazah pemuda Palestina bernama Bilal itu baru dijumpai lima hari kemudian. Menurut Aftonbladet, ketika dijumpai, keadaan Bilal sangat menyedihkan. . Ada luka menganga di bahagian dadanya, yang menunjukkan penyiksaan yang telah dialami Bilal.

Aftonbladet mengaitkan laporannyanya dengan sindiket kejahatan penyelundupan organ tubuh manusia di New Jersey, AS yang baru-baru ini terbongkar. Sejumlah rabbi Yahudi di AS ditangkap, karena terlibat dalam sindikat tersebut.


SUSAH SANGAT KE KAMU SAMPAI MENGELUH DAN BAGAIMANA YANG INI

Peringatan buat diriku yang sering terlepas pandang. Aku telah menemui sebuah rumah yang usang. Rumah itu hanya berdindingkan buluh bertanggakan batang kelapa. Di serambi rumah itu ada beberapa anak kecil yang kelihatan lesu dan letih. Aku hampiri mereka lalu bertanya kepada yang paling tua antara mereka, seorang kakak yang berumur baru kira-kira 11 tahun:

"Mana emak? "
"Mak pergi menoreh," jawabnya.
"Mana bapak?"
"Bapak pergi kerja..."
"Habis tu adik yang kecil ini siapa yang jaga?" Di situ ada seorang bayi dalam lingkungan umur 5 bulan.
"Adik ini sayalah yang jaga." Jawab budak berkenaan.
"Awak ada berapa orang adik-beradik? "
"Sepuluh."
"Adik ni yang ke berapa?"
"Saya yang kelapan."
"Mana abang-abang kamu pergi?"
"Tolong emak menoreh."
"Adik puasa hari ini?"
"Sama je pakcik, puasa ke tidak.. Kami ni makan sekali je sehari...." Jawabnya.
Mendengar kata-kata itu aku sungguh terharu.
Lalu aku bertanya lagi "Adik bersekolah dimana?"
"Saya tak sekolah.. Emak bapak tak mampu..".
"Bapak kerja apa?"
"Tangkap ikan kat sungai nak buat lauk bukak puasa ".

Budak itu memberi tahu, lebih baiklah bulan puasa berbanding bulan lain kerana pada bulan puasa mereka dapat makan kuih. Ada saja orang yang hantar. Aku berlalu dari situ dengan seribu-satu keinsafan. Kebetulan di simpang jalan ada orang menjual daging lembu tempatan. Aku beli satu kilo tulang lembu. Di kedai runcit pula, aku beli rempah sup dan sepuluh kilo beras untuk disedekahkan kepada keluarga itu. Bila saja aku beri barang-barang itu pada adiknya, dia melompat kegembiraan sambil menjerit "Yeh yeh..! Kita dapat makan daging malam ni..!". Aku bertanya kepada si kakak mengapa.. adiknya girang sangat. Dia memberitahu aku, sejak dari raya korban tahun lepas baru sekarang mereka berpeluang makan daging lembu sekali lagi. Seminggu kemudian aku datang lagi ke rumah itu. Bila mereka melihat aku datang, mereka girang menyambutku di pintu rumah. Kebetulan pada hari itu aku sempat berjumpa dengan ibu mereka. Sungguh menyedihkan cerita yang aku dengar: Anak yang berumur 4 tahun itu memberitahu padaku bahawa mereka sudah seminggu makan sup tulang yang aku berikan hari itu.

"Tiap-tiap hari mak buat sup, sedaplah Pakcik.."

Aku bertanya kepada emaknya macam mana dia lakukan hinggakan sup itu boleh tahan sampai satu minggu? Dia memberitahu padaku bahawa pada hari pertama dia merebus tulang itu,dia telah berpesan kepada anak-anaknya agar tidak membuangkan tulang yang telah dimakan. Dia kutip semula semua tulang-tulang itu dan merebusnya semula untuk dimakan pada hari berikutnya. Itulah yang dia lakukan setiap hari. Dia berkata

"Kalau tidak dapat makan isi, hirup air rebusan tulang pun dah lebih dari cukup untuk anak-anak saya. Dia orang suka sangat."
Aku bertanya lagi "Upah menoreh berapa makcik dapat?"
"Cuma RM3.00 sehari."
"Ayahnya bekerja macam mana"
"Kalau dia dapat ikan itulah yang dibuat lauk setiap hari."

Rupa-rupanya aku terlupa bahawa aku sebenarnya hidup dalam keadaan mewah..
Pernahkah anda menghirup air rebusan tulang yang direbus semula sepanjang hidup anda? Atau adakah anda buang saja tulang itu beserta daging-daging yang ada padanya kerana anda kata ianya "TAK SEDAP"? Mungkin kita sudah terbiasa hidup senang hinggakan kita lupa bahawa kalau pun kita susah, masih ramai lagi orang yang lebih susah dari kita.

Walaikumsalam wrb - fakrulradzi abu bakar

VIRUS SEDANG BERMAHARAJALELA DI LAMAN SOSIAL



Apa Koobface itu (Virus Semut) ?

Koobface juga disebut sebagai Facebook worm, Myspace worm atau Facebook virus adalah sejenis worm yang menyebar melalui pesanan-pesanan di social networking seperti Facebook dan MySpace. Worm ini mampu menyusup ke PC kita dan kemudian mereplikasi dan menjangkiti semua f...ile yang ada dalam harddisk. Beza antara worm dan virus, jika virus biasanya akan menempel di file-file yang ada dalam computer kita, sedangkan worm akan menghapus file yang ada dan membuat file tiruan yang sudah terinfeksi. Hebatnya lagi worm ini mampu mengirim email automatik dari PC yang sudah terinfeksi ke PC lainnya untuk menyebar.

Bagaimana Virus bertindak?

Biasanya virus ini menyebar melalui message menggunakan account teman kita di facebook, seolah-olah teman kita sedang mengirimkan sebuah link foto atau video. Kadang-kadang disertai ayat-ayat yang memerangkap seperti “you look funny in this video” atau “you look so stupid in this pic“. Atau berisi nama dan isu-isu oang terkenal yang lagi hangat. Misalnya yang terbaru adalah menyebar melalui link video bernama Obama atau yang berbau fornografi. Dan jika kita klik link untuk membuka video yang kita sangka dikirim oleh teman kita, sebuah player video akan muncul tapi video yang ada tidak akan berjalan dan kita diminta untuk mendownload sebuah codec atau harus melakukan update video player agar bisa memainkan video yang ada. Ketika kita mengikuti perintah yang ada dan mengklik link update video/flash player, sepertinya kita sedang mendownload sebuah file flash_player.exe, padahal sebetulnya kita sedang mendownload sebuah file worm atau Trojan yang bernama codecsetup.exe atau tinyproxy.exe. File inilah yang akan menyerang dan mengjangkiti seluruh file dan system di komputer kita.

Cara Remove Koobface.

Incase komputer kita sudah ditembusi koobface, cara paling mudah untuk me-removekan worm ini adalah dengan menggunakan software antispyware. Dan kalau kita menggunakan anti spyware ataupun anti virus jangan lupa untuk selalu melakukan update, karana worm ini juga sering di update oleh syarikat anti-virus tersebut.
.......................................................................................................................

KEBERKESANAN JUGA BERGANTUNG KEPADA SEJAUH MANA VIRUS ITU SUDAH MENYERANG....SEMOGA IN4 INI BERGUNA KEPADA SEMUA...TERIMA KASIH

........... SILA SEBARKAN.. COPY JERR TAK PAYAH NAK MINTAK IZIN... 

MANUSIA SUKA BERSANGKA-SANGKA

Akibat terlalu bersangka buruk lalu melakukan perkara yang sepatutnya tidak dilakukan..

Manusia hari ini suka bersangka-sangka...
Ada sangkaan baik
Ada sangkaan buruk
Orang beribadah, disangka riak
Orang yang relax , disangka malas
Orang yg pakai baju baru, disangka menunjuk
Orang yang pakai baju buruk, disangka zuhud(hina)
Orang makan banyak,disangka pelahap
Orang makan sikit disangka kedekut
Orang baik, disangka buruk
Orang buruk, disangka baik
Orang senyum, disangka mengejek
Orang masam, disangka merajuk
Orang bermuzakarah, dikata mengumpat
Orang diam, disangka sombong
Orang menawan, disangka pakai susuk
Orang nampak ceria , di kata berlakon saja
Mana tahu, yang diam tu kerana berzikir kepada Allah?
Mana tahu, yang senyum itu kerana bersedekah ?
Mana tahu, yang masam itu kerana mengenangkan dosa ?
Mana tahu, yang menawan itu kerana bersih hati dan mindanya ?
Mana tahu, yang ceria itu kerana cerdas cergasnya ?
Jauhi sikap bersangka-sangka,
kerana ia bakal memusnahkan ukhwah,
seperti kayu dimakan api,
satu benda yang kita lihat,
macam-macam kesimpulan yang boleh kita buat.
Apabila memandang ke luar tingkap,
Ada orang melihat pokok,
Ada orang melihat jalan,
Ada orang melihat awan,
Ada orang melihat burung2 berterbangan dan macam2 lagi,
Sedangkan semua orang melihat dari tingkap yang sama.
Kesimpulannya, semuanya bergantung bagaimana kita melihatnya,
Positif yang dilihat, maka positiflah yang kita dapat.
Sebaliknya, kalau negatif yang ditengok, maka negatiflah jadinya,
Marilah kita sama-sama betulkan penglihatan kita,
Berbaik sangkalah sesama kita.

SUMBER : Nur SyafiQah @ TASKA


TEKNIK JIMAT MENGILAT KASUT DAN MENGURANGKAN PENGGUNAAN BAHAN KIMIA

Dengan teknologi hijau macam ini boleh membantu kita menjimatkan tenaga, bahan kimia dan wang tunai. Teknik mengilatkan kasut ini jarang di amalkan di mana-mana tempat apatah lagi Malaysia. Mungkin ramai tidak tahu teknik mengilatkan kasut seperti ini sebelum ini. Dengan paparan berikut ianya dapat membantu anda untuk berjimat dan mengelakkan pencemaran kimia ke atas alam sekitar.

Pesanan saya cuma ialah jika anda membuat perkara ini di khalayak ramai, mungkin anda akan mendapat lesen orang gila dengan mudah. Jangan lakukan perkara seumpama ini kerana ianya tidak baik untuk perut anda. Lainlah kalau anda jilat Yakut.. he he..


YE KE IYO KO KITA SEMUA HAMPIR MAKAN SEPARUH BABI (TEPONG BABI)

Kalau kita di ajuk bahawa kita semua pernah makan babi? memang kita marah kan. Tapi hakikatnya kita semua memang tidak dapat lari dari memakan binatang bernama babi ni jika kita sambil lewa sahaja dengan bab-bab pemilihan makanan. Sejak abad ini kita banyak didedahkan mengenai penggunaan bahan yang datang dari unsur babi ke atas makanan bagi menambah kekuatan atau ketahanan makanan.






Siapa sangka, celik-celik sahaja mata kita semua disajikan dengan babi. Mungkin tepong yang digunakan untuk menguli cucur ataupun apa sahaja makanan yang berkaitan dengan tupong mempunyai unsur babi. Kita semua mungkin tidak sedar dengan keadaan ini sehingga kita diberi tahu dan negara mempunyai sistem yang cekap untuk mengesan serta menyebarkan maklumat kepada kita.

Banyak artikel tidak suka menyebut babi sebab kelihatan kurang ajar. Bagi saya babi ini hanyalah seekor binatang ciptaan tuhan yang haram dipegang oleh umat islam dan kita tidak layak membunuhnya tanpa sebab. Selain babi ini bukanlah binatang yang dihinakan dalam islam cuma ianya haram dipegang. Tetapi oleh kerana perkataan babi ni digunakan untuk menghina atau mencaci orang maka ianya menjadi perkataan yang tidak sopan. Apa dosa babi?. Bukanlah tujuan saya untuk memberi tunjuk ajar tetapi hanya untuk beringat.




Jika antara anda yang suka membaca arikel-artikel mengenai makanan, sudah pasti anda tahu Kod-kod yang mempunyai unsur babi dalam makanan. Mengikut pengalaman saya, kod-kod babi kebiasaannya bermula dari hurup "E" contohnya E27 dan sebagainya.

Apa yang berlaku dalam masyarakat sekeliling kita sebenarnya adalah kerana kecekapan pihak tertentu untuk membuat siasatan serta menyebarkan maklumat dengan berkesan. Makanan yang akan menjadi daging kita hendaklah dari bahan-bahan yang halal dan bukan haram kerana ianya akan membentuk peribadi dan sahsiah seseorang.

Lihat video di bawah ini untuk maklumat lanjut.

Sekian...

MANUSIA PEMERAJUK

Di sekeliling kita tok macam-macam rupa dan sifat manusia.. ada yang berjaya.. ada yang tidak berjaya.. ada yang tidak putus asa.. ada yang cepat putus asa.. macam-macam karektar manusia yang boleh kita lihat sekiranya kita membuka mata membuka minda untuk mengerti apa yang berlaku di sekeliling..




Bergurau senda merupakan perkara biasa bagi kita bagi menghidupkan suasana. Bergurau senda juga memberi pelbagai respon penerimaannya. Ada yang dapat menerima, ada yang tidak dapat menerima, ada yang tak nak tahu, ada yang menerima dan mengamal, ada yang menerima tapi tak mengamal dan macam2 lagi karektar yang boleh kita temui

Fakta atau auta sekiranya orang yang sudah berumur ni lebih cepat merajuk dari budak-budak kecil. Ada yang kata fakta dan ada yang kata auta. Sebenarnya.. yang kuat merajuk ni adalah individu yang terpilih sahaja. Tidak semua begitu. Yang kuat merajuk ni dikaitkan dengan individu yang tidak matang atau pun bersikap kebudak-budakkan. tak gitu?

Anda pernah ke berjumpa dengan manusia yang kuat merajuk? tak mungkin tak pernah kan? mesti pernah punyalah. Apa yang paling tak seronoknya bila bab-bab bergurau. Si A ni bergurau bukan main lagi sampai terasa ke hati kita dibuatnya. Bila kita gurau balik kat dia.. Dia terus merajuk. Orang seperti ini rasa nak pangkong je pakai mikrofon. Biar bergegar speaker.. he he..

Semua orang sebenarnya mempunyai karekter merajuk cuma bezanya bagaimana mereka menunjukkannya dan bagaimana mereka mengawalnya. Kalau tak pandai kawal maka merajuk yang dimiliki akan merugikan diri sendiri. Orang yang kuat merajuk ni susah untuk kita bekerjasama dengannya. Siapa cakap senang silalah komen.

Merajuk ni boleh sekiranya tidak melampaui batas dan tidak merosakkan hubungan ataupun aktiviti orang lain. Bersikap profesional ketika merajuk amat penting kerana dengan cara itu maka orang di sekeliling kita akan merasa selesa dengan kita.

Bagaimana pula kita yang tak kuat merajuk mengawal orang yang kuat merajuk? Ada dikalangan kita hanya memberi alasan tak pandai nak pujuk. Ada juga yang tak kisah pun orang lain merajuk. Ada pulak yang terlalu ambil kisah dengan orang yang kuat merajuk. Di manakah kategori anda. ha ha..

Tips untuk berhadapan dengan orang yang kuat merajuk ni guna kaedah "Cubit dan Tiup". Tahu ke? macam mana kaedah tu. Kaedah tu umpamanya kita buat dia merajuk lepas tu kita merajuk lepas tu kita pujuk lepas tu kita buat lagi dia merajuk. Sampai bila-bila... ha ha.. beri lah nasihat kepada yang kuat merajuk ni.

Anda bagaimana? adakah anda dikalangan orang yang kuat merajuk...???


KERETA PEGAWAI POLIS DI BAKAR DI SIBU

SIBU: Ketua Polis Daerah Sibu ACP Shafie Ismail beranggapan tindakan pihak yang membaling bom petrol (molotov coctail) ke arah kereta milik salah seorang pegawai polis di sini semalam sebagai mencabar undang-undang.



“Pegawai saya hanya mengikut arahan saya untuk menjalankan tugas tetapi mereka yang melakukan perbuatan itu seolah-olah mencabar saya,” katanya pada sidang akhbar di Balai Polis Sentral di sini semalam.

“Kalau mahu mencabar jadilah seorang ‘gentlemen’ dan berdepan terus dengan saya,” katanya.

Walaupun hanya berkhidmat selama tiga tahun setengah di Sibu, beliau tahu kumpulan itu dan sudah mengenal pasti mereka yang melakukan perbuatan berkenaan.

“Ia hanya mengambil sedikit masa lagi untuk menangkap mereka,” katanya namun tidak mendedahkan identiti penjenayah itu kerana siasatan sedang giat dijalankan.

Kereta yang dimiliki oleh salah seorang inspektor ketika itu diletakkan di lorong belakang Jalan Tuanku Osman oleh isterinya sebelum menuju ke tempat kerjanya pada jam 9 pagi itu.

Bom petrol yang dibaling ke arah kereta itu telah menyebabkan kebakaran yang merosakkan bahagian pintu pemandu kenderaan tersebut.

Insiden itu dipercayai berlaku antara jam 9.45 pagi hingga 10 pagi namun tiada saksi berada di situ ketika kejadian.

Seorang pekerja di sebuah kedai berdekatan di situ bertindak cepat untuk memadamkan api dengan pemadam api sebaik sahaja melihat api tersebut.

Orang awam yang berada berdekatan kawasan itu turut membantu memadamkan api yang sedang marak di bahagian pintu pemandu kereta tersebut.

Shafie percaya kes tersebut ada hubung kait dengan kejadian tembakan yang berlaku di Jalan Maludan pada jam 10 malam sebelumnya.

Polis juga telah menahan enam lelaki berumur antara 38 hingga 50 tahun dan merampas selaras bekakuk (senapang buatan sendiri) daripada mereka pada hari yang sama.

Shafie tidak menafikan kemungkinan enam orang tersebut yang kini sedang direman merupakan penagih dadah dan mengesyaki mereka terlibat dalam kes mengedar dadah.
 
Beliau menambah satu siasatan terperinci akan dijalankan.

Sementara itu, Shafie berkata selaras lagi bekakuk dirampas daripada seorang ibu kepada tiga orang anak di rumah sewa di Jalan Langsat dekat sini berikutan satu serbuan Khamis lalu.

Senjata api itu dipercayai dimiliki oleh suaminya yang ditahan sehari sebelum itu kerana kes mencuri motosikal.

Sumber : US

TEKNIK BARU PECAH RUMAH

KUALA LUMPUR: Kawasan perumahan bertingkat seperti rumah pangsa dan pangsapuri antara ‘hot spot’ terbaru penjenayah melakukan kegiatan pecah rumah di sekitar bandar raya ini.

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Zakaria Pagan berkata, kegiatan pecah rumah seakan menjadi trend apabila pihaknya sering menerima laporan daripada penduduk berkenaan.

“Jika dulu kegiatan ini sering dilakukan di kawasan rumah teres, kini ia tidak mengira lokasi kerana sesiapa saja berisiko menjadi mangsa,” katanya selepas merasmikan Penubuhan Komuniti Polis atau Community Policing di Pangsapuri Mutiara Magna, Metro Prima Kepong, di sini, semalam.

Katanya, pecah rumah juga antara kegiatan jenayah tertinggi dicatatkan di kawasan perumahan bertingkat.

Beliau turut menggalakkan suri rumah menyertai KP dan bekerjasama dalam memberi maklumat kepada pihak berkuasa.

“Biasanya kegiatan pecah rumah dilakukan waktu siang selepas penghuni keluar bekerja. Sebab itu kita perlukan kerjasama penduduk kerana polis tidak mampu bertindak tanpa maklumat orang awam,” katanya.

Penubuhan Komuniti Polis dianggap sebagai pendekatan praktikal polis bekerjasama dengan Kawasan Rukun Tetangga (KRT), penduduk setempat dan Rela dalam usaha membanteras jenayah di kawasan masing-masing.

Acara lain diadakan ialah pameran dan pertunjukan aksi anjing mengesan dadah. Hadir sama Pengerusi Komuniti Polis Mutiara Magna, Asisten Komisioner Ahasrap Khan M Aslam. -Mmetro

HILANG BARANG BEHARGA SELEPAS BERHIBUR DENGAN LELAKI YANG TIDAK DIKENALI

KUCHING: Gara-gara keluar berhibur dengan lelaki yang baru dikenali, dua wanita lesap barangan berharga milik mereka.




Semuanya bermula apabila wanita berkenaan pergi ke sebuah pusat hiburan di Petanak dekat sini malam Isnin lepas dan bertemu dengan dua lelaki tempatan di sana.

Bagaimanapun, tanpa disedari pada keesokan paginya kedua-dua wanita terbabit mendapati mereka berada di dalam bilik sebuah hotel bajet di sini dan semua barangan berharga milik mereka hilang.

Mangsa mengesyaki mereka telah diberi minuman yang dicampur bahan tertentu oleh kedua-dua lelaki berkenaan di kelab malam tersebut menyebabkan kedua-duanya tidak sedarkan diri.

Menurut sumber lagi, mangsa bangun awal pada pagi keesokannya dan mendapati hanya mereka berdua di hotel berkenaan di Jalan Rock tanpa mengetahui bagaimana mereka boleh berada di situ.

Selepas membuat pemeriksaan, mereka menyedari barangan milik mereka termasuk telefon Blackberry, telefon bimbit dan wang tunai RM1,700 hilang dipercayai dicuri dua lelaki berkenaan pada malam sebelumnya.

Bagaimanapun, sumber tidak menyatakan sama ada mangsa turut diserang secara seksual oleh suspek ketika mereka dalam keadaan tidak sedarkan diri.

Polis masih menyiasat kes tersebut. Dalam kes berasingan, tiga pelajar kolej masing-masing kehilangan komputer riba selepas rumah sewa mereka di Jalan Wan Ali di sini dipecah masuk Selasa lepas.

Mangsa, yang kesemuanya berusia awal 20-an, hanya mengetahui kejadian itu sebaik tiba di rumah sekitar jam 10.30 pagi selepas tamat kelas dan melihat terdapat tanda-tanda rumah sewa mereka dipecah masuk. Kerugian dianggarkan berjumlah RM5,000.


sumber : US

PENDUDUK MENGAMUK DENGAN PEMBALAK DI TEBEDU


TEBEDU: Dua jentera berat, dua lori dan khemah pekerja kem pembalakan di sini semalam musnah dibakar oleh penduduk dari 10 kampung terjejas ketika demonstrasi bantahan keras terhadap aktiviti pembalakan yang memusnahkan tanah pusaka dan tanaman mereka.

Tindakan itu jelas menunjukkan kemuncak kepada kemarahan para penduduk, setelah sebelum ini hanya bertindak merobohkan jambatan balak sebagai gesaan kepada syarikat terlibat mahupun pihak berkuasa berkaitan menghentikan segera aktiviti tersebut.

Malah, demonstrasi yang disertai lebih 500 orang itu bermula sekitar jam 10 pagi nyata tidak dapat dihalang oleh mana-mana pihak, termasuk anggota polis daripada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Serian yang hadir dengan jumlah anggota mencecah 20 orang daripada Unit Antirusuhan.

Dengan tempoh perjalanan satu jam menaiki gunung untuk ke kem pembalakan, kehadiran para penduduk bagaimanapun disedari awal oleh pekerja-pekerja balak yang terdiri daripada warga asing yang kemudiannya melarikan diri menyebabkan usaha penduduk untuk menahan mereka gagal.

Gunjar Jambu, 47, selaku jurucakap yang mewakili para penduduk terlibat berkata tindakan sedemikian dilakukan setelah mendapati tiada sebarang usaha dilakukan pihak berkuasa berkaitan untuk menghentikan segera aktiviti pembalakan tersebut.

“Tahap kesabaran orang kampung sudah mencapai kemuncak, sudah berapa kali aduan dan laporan dibuat namun ia (pembalakan) masih berterusan.

“Hak kami telah diceroboh, malah tanah dan tanaman kami musnah… kami 100 peratus tidak menyokong aktiviti pembalakan ini,” katanya yang ditemui ketika demonstrasi bantahan tersebut.

Selain itu, Gunjar berkata amaran juga sering diajukan kepada pekerja-pekerja balak supaya menghentikan aktiviti mereka itu namun tidak diendahkan.

“Sebab itu, kami hari ini (semalam) bertindak membakar jentera dan khemah mereka.

“Namun, usaha untuk menahan mereka yang dipercayai warga asing dari Indonesia dan Filipina gagal setelah kesemuanya berjaya melarikan diri,” katanya.




Gunjar juga sempat menceritakan di mana seorang wanita warga Indonesia, yang dipercayai isteri salah seorang pekerja balak di situ sempat melarikan diri pada malam sebelumnya bersama anak yang baru lahir beberapa hari lepas.

Sementara, Ketua Cawangan Khas IPD Serian ASP Awangku Ahmaddin Awang Wang yang turut ditemui di lokasi demonstrasi tersebut, berkata pihaknya tidak dapat menghalang tindakan penduduk terbabit ekoran situasi tegang dan beremosi ketika itu.

“Sebaik kami tiba, semua jentera dan khemah telah terbakar… keadaan ketika itu amat tegang dan kami hanya bertindak memantau sahaja,” katanya.

Sehubungan itu, beliau menyarankan penduduk agar menyelesaikan perkara itu menerusi saluran yang betul tanpa bertindak terburu-buru.

“Mereka yang terbabit dalam pertikaian ini, kalau tidak berpuas hati selesaikan di mahkamah,” katanya.

Sumber : US

MUKA JAHANAM YANG DIRAKAM BERKAITAN KES SIMBAH ASID

Polis berjaya mendapatkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) menunjukkan imej suspek bermotosikal yang dipercayai terlibat dalam 22 kes menyimbah cecair asid di sekitar Lembah Klang.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohd. Bakri Zinin (gambar) berkata, rakaman ditunjukkan, namun tidak jelas kerana suspek melakukan perbuatan itu sambil menunggang motosikal dan segera meninggalkan tempat kejadian.



Katanya, melalui rakaman tersebut, polis dapat mengenal pasti kejadian itu adalah didalangi oleh dua lelaki yang identiti mereka telah didedahkan sebelum ini iaitu berketurunan India, berusia 20-an dan 30-an serta masing-masing bertubuh kurus dan gempal.

“Hasil siasatan mendapati 70 peratus kejadian simbah cecair itu dilakukan oleh suspek bersendirian, manakala 30 peratus lagi berdua,” katanya.

Sumber : US

MAKLUMAT PERIBADI ANDA DI FACEBOOK DALAM BAHAYA


Menurut laporan syarikat keselamatan web Symantec, sekurang-kurangnya 100 ribu aplikasi Facebook secara tidak sengaja telah membocorkan akses kepada akaun pengguna laman sosial itu selama beberapa tahun. Seperti dilaporkan CNN, aplikasi-aplikasi Facebook adalah aplikasi web yang berjalan pada platform Facebook. Facebook mengatakan para pengguna memuat turun 20 juta aplikasi dalam platform yang sama setiap hari.

Pihak ketiga, utamanya pengiklan, mempunyai akses ke profil, foto, chat dan maklumat peribadi lain milik pengguna, ungkap sebuah posting dalam blog Symantec pada rabu (11 / 5).



Facebook memahami persoalan itu dan mengatakan hal itu sudah diatasi. Tetapi laman sosial terbesar itu juga mengatakan bahawa laporan Symantec mempunyai beberapa "ketidaktepatan" dan maklumat pengguna tidak pernah dibahagikan kepada pihak ketiga yang tidak dibenarkan.

Laporan Symantec mengatakan bahawa selama bertahun-tahun, beratus-ratus dari ribuan aplikasi didapati mempunyai "akses token", di mana syarikat itu menggambarkannya sebagai bentuk dari kunci cadangan untuk akaun-akaun orang.

"Tak perlu dikatakan, akibat kebocoran token akses itu sepertinya jauh dan luas," kata Nishant Dosti, kakitangan syarikat pembekal antivirus Norton itu dalam tulisannya di blog syarikat. Tak ada cara yang baik untuk menganggarkan dengan tepat seberapa banyak token akses telah bocor, kata Symantec.

Namun Symantec mengatakan bahawa kebanyakan pemaju aplikasi mungkin tidak menyedari mereka telah mempunyai akses ini. Syarikat itu mengatakan Facebook telah mengambil langkah pembaikan untuk mengatasi persoalan yang ditemui bulan lalu dan menarik perhatian pihak Facebook.


Facebook mengatakan sebahagian besar token akses habis masa berlakunya dalam dua jam, yang bererti tidak berguna lagi bagi pihak ketiga berbahaya selepas tempoh itu.

Seorang jurucakap Facebook mengatakan kepada CNN dalam sebuah e-mel bahawa laman itu bekerja bersama Symantec untuk mengatasi persoalan tersebut. Tetapi ia mengatakan sebuah "penyiasatan meyeluruh" tak menunjukan adanya maklumat apa pun yang didapati oleh pihak yang tak berkuasa.

"Sebagai tambahan, laporan ini mengabaikan kewajipan-kewajipan kontrak pengiklan dan pemaju yang melarang mereka untuk mengambil atau berkongsi maklumat pengguna dengan cara yang melanggar dasar kami," katanya.

Pada selasa (11 / 5), Facebook mengumumkan bahawa pihaknya sedang bekerja bersama Symantec untuk mengenali persoalan dalam pusat otentifikasi kami untuk memastikan bahawa mereka lebih selamat. "

Posting itu mengumumkan sebuah update yang memerlukan semua website dan aplikasi Facebook untuk beralih kepada sesuatau yang baru, yang lebih selamat bagi pemaju.

"Kami percaya perubahan ini mencipta pengalaman yang lebih baik dan selamat bagi pengguna dari aplikasi anda," tulis Naitik Shah dalam akaun Facebooknya.

Facebook saat ini menggunakan sebuah sistem otentifikasi yang lebih selamat untuk aplikasi, tetapi masih menyokong yang lama, versi yang kurang selamat, kata Symantec. Ia menemukan bukti bahawa setiap maklumat yang bocor telah digunakan untuk kepentingan yang menyalahi dasar Facebook.

Pengguna Facebook boleh menghalang setiap akses yang tidak sah dalam sebuah aplikasi yang dimiliki dengan jalan menukar kata kuci. Para pemaju yang menggunakan sistem lama Facebook akan mengalami peralihan ke yang baru, sistem pembangunan lebih selamat, antara sekarang hingga 1 Oktober mendatang, menurut posting di blog itu.

Sistem baru ini membolehkan pengguna memasang aplikasi dengan senarai terperinci dari aplikasi yang akan mengakses data peribadi mereka.

Sumber : bujangsusah

MANUSIA TANPA OTAK HIDUP MACAM ZOMBIE

Kuching13 May - Banyak udang banyak garam, Banyak orang banyak ragam.Macam-macam perkara yang saya temui sejak bermulanya saya kenal erti kehidupan. Kita memang tidak dapat lari dari manusia yang pelik-pelik. Manusia yang banyak mulut yang suka menjaja cerita orang lain dan menaburkan fitnah adalah seburuk-buruk manusia. Manusia seperti ini tidak layak untuk mencium baru syurga (Masuk syurga ke tak itu bukan kerja saya yerr).

Manusia yang sombong dan bongkak adalah manusia yang tidak pernah mensyukuri nikmat tuhan. Ini merupakan kejadian yang berlaku ke atas diri saya dan ini adalah contoh yang terbaik manusia yang tidak menyukuri rahmat tuhan. Seorang individu yang tidak dikenali telah menghantar pesanan ringkas ke telefon bimbit saya dan menggunakan bahasa yang kasar serta kurang ajar.

Apabila ditanya siapakah empunya nombor tersebut. Individu tersebut bagaimanapun membalas pesanan ringkas tersebut dengan sumpah seranah. Selepas itu individu tersebut langsung tidak memohon maaf malah bersikap bongkak dan takbur dengan memberi respon yang kasar.

Individu tersebut bagaimanapun tidak dapat dikenal pasti di manakah asal usulnya tetapi kita boleh kategorikan individu ini sebagai manusia tanpa otak hidup macam zombie. kah kah kah kah.. Kepada pembaca-pembaca yang saya hormati. Apa yang berlaku ini adalah tauladan dan sempadan bagi kita dalam menghadapi liku-liku kehidupan. Jangan sesekali menggunakan perkataan yang tidak baik ke atas orang lain.

Saya bagaimanapun tidak membalas individu tersebut dengan hadiah sumpah seranah dan sebaliknya saya cuba untuk mengetahui siapakah gerangan yang menghantar pesanan ringkas tersebut. Nombor yang tertera pada pesanan ringkas tersebut ialah 0145962643.

Sekian...

JANGAN KETAWA KAH KAH KAH... WEI.. JANGAN KETAWA.. HI HI HI..



Jangan ketawa aku cakap... ak ak ak... Bukan salah dia.. sian dia kena gelak dengan korang.. nak buat macam mana.. di tak biasa.. saksikan video berikut:

TEMBAK ISTERI BERASMARA DENGAN LELAKI LAIN

Berang melihat isteri kesayangan bermesra dengan lelaki lain, seorang anggota polis yang baru selesai menjalankan tugas bertindak di luar dugaan apabila melepaskan tembakan terhadap pasangan terbabit, semalam. Anggota polis berpangkat koperal itu yang sedang menunggang motosikal dikatakan terkejut apabila melihat kelibat isterinya bersama seorang lelaki di dalam proton Waja berhampiran rumahnya di jalan Papar Lama, kira-kira pukul 7 pagi.



Isteri polis terbabit pada mulanya cuba melarikan diri dengan memecut kenderaan, namun dikejar suaminya sambil mengarahkannya memberhentikan kenderaan. Bagaimanapun, isteri itu tetap memecut keretanya dan dalam keadaan kelam-kabut itu, suaminya yang berang melepaskan beberapa das tembakkan, namun tidak mengenainya.

Tindakkan luar dugaan suaminya itu menyebabkan si isteri terus memecut kenderaan ke Balai Polis Kinarut dan membuat laporan polis. Difahamkan, kekasih wanita itu dipercayai seorang anggota Pasukan Gerakkan AM (PGA) berpangkalan di Tawau, berpangkat lans koperal dan masih bujang.
Sementara itu, ketua jabatan siasatan Jenayah negeri, Senior Asisten Komisioner Omar Mammah, ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan daripada pasangan suami isteri terbabit. "Suami mangsa yang juga anggota PGA Kota Kinabalu ditahan selepas membuat laporan berkaitan kejadian itu. "Anggota polis itu ditahan selepas beberapa minit isterinya mebuat laporan di balai sama." Katanya.

Sumber : HM

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


Assalamualaikum.. Adik saya Termizzi Bin Senak kembali ke warahmatullah lebih kurang 8.30pm 16 Februari 2012. Mohon pembaca sedekah al-fatihah kepada arwah. al-fatihah.

Mak saudara rakan saya ujang (Firdaus) iaitu Cik Dayang Fatimah Binti Abang Drahman telah kembali ke warahmatullah hari ini 22 Februari 2012. Mohon pembaca sedekah al-fatihah kepada arwah. al-fatihah

Guru silat saya Dato Dahlan Ali telah kembali ke warahmatullah pada 19 Mac 2012. Mohon pembaca sedekah al-fatihah kepada arwah. al-fatihah.