اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ SOLAT TIANG AGAMA.. SELAMAT MEMBACA.. ANDA SENYUM KAMI BAHAGIA..

ULASAN SENADA SEJIWA DAN PERUSAHAAN SERAMIK

Tamat sudah majlis Senada Sejiwa yang dilangsungkan di sekitar Taman Sukma pada hari ini. Pelbagai kisah dan kejadian yang berlaku yang telahpun di tulis oleh beberapa Blogger Sarawak. Tahniah kepada kerajaan Sarawak kerana berjaya melangsungkan acara seperti ini dan ianya amat bermakna bagi mempromosikan perkhidmatan yang disediakan oleh kerajaan.

Namun begitu, terdapat beberapa masalah yang saya lihat dalam Majlis seperti ini. Masalah yang paling ketara adalah masalah trafik. Kebanyakkan rakan-rakan yang menghadiri majlis tersebut merungut masalah tempat letak kereta dan kesesakkan lalu lintas serta keselamatan kenderaan mereka.

Kedai-kedai makan yang juga dikenali sebagai Sukma Ria di bawah naungan SEDC kalau tidak silap saya, kebanyakkannya tidak bersedia menerima pelanggan. Makanan dan minuman yang mereka sediakan tidak begitu berkualiti. Mereka tidak mengambil kesempatan pada ketika itu untuk memancing pelanggan tetap.

Usahawan kecil sederhana seperti usahawan kerepek ditempatkan di lokasi yang kurang pengunjung. Saya perhatikan lokasi tersebut terletak di bahagian belakang khemah iaitu di hadapan sukma ria. Kebanyakkan pengunjung berada di kawasan perasmian. Mungkin perkara ini boleh diperbaiki dengan cara yang sesuai seperti acara yang pernah dibuat di hadapan Bangunan pejabat perdana menteri (MSAM) suatu ketika dahulu. Dimana setiap pengunjung tidak terlepas pandang melihat pameran yang dibuat.

Secara keseluruhannya, acara ini baik untuk usahawan dan rakyat Sarawak mengenai fungsi jabatan-jabatan kerajaan yang diwujudkan di Sarawak dan saya berharap aktiviti ini akan berlansung seterusnya pada masa-masa akan datang.

Di bawah ini merupakan secara ringkas temu ramah ringkas tanpa persediaan saya salah seorang daripada anak didi SIRIM mengenai perusahaan Seramik:



Reactions:

1 comments:

  1. Secara keseluruhannya, acara ini baik untuk usahawan dan rakyat Sarawak mengenai fungsi jabatan-jabatan kerajaan yang diwujudkan di Sarawak dan saya berharap aktiviti ini akan berlansung seterusnya pada masa-masa akan datang.

    BalasPadam

COMMUNITY BIZ COMBO

Bantuan pengiklanan dan banyak lagi

COWAY THE WATER SPECIALIST

Call or whatsapp 0128477709

NAK PAKAI? NAK JUAL?

KLIK DAN TEMPAH

LEBIH 260 SIARAN

Semua movie terkini di panggung wayang

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


Assalamualaikum.. Adik saya Termizzi Bin Senak kembali ke warahmatullah lebih kurang 8.30pm 16 Februari 2012. Mohon pembaca sedekah al-fatihah kepada arwah. al-fatihah.

Mak saudara rakan saya ujang (Firdaus) iaitu Cik Dayang Fatimah Binti Abang Drahman telah kembali ke warahmatullah hari ini 22 Februari 2012. Mohon pembaca sedekah al-fatihah kepada arwah. al-fatihah

Guru silat saya Dato Dahlan Ali telah kembali ke warahmatullah pada 19 Mac 2012. Mohon pembaca sedekah al-fatihah kepada arwah. al-fatihah.