اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ SOLAT TIANG AGAMA.. SELAMAT MEMBACA.. ANDA SENYUM KAMI BAHAGIA..

TINDAK BALAS ARTIKEL "BERHATI-HATI DENGAN ORANG MACAM TOK"

Tanpa diduga tanpa disangka artikel "Berhati-hati dengan orang macam tok" telah mendapat tindak balas daripada mangsa dan pemangsa. Sebelum ini, saya membuat artikel tersebut dalam bahasa Sarawak dan mungkin tidak semua orang dapat memahaminya. Pada artikel ini pula saya akan menggunakan bahasa Melayu Baku.

Semasa artikel tersebut dilancarkan, saya mendapat maklum balas dari beberapa pihak yang mengaku dia merupakan antara mangsa manusia yang berperangai seperti yang disebutkan di dalam artikel. Mereka telah berkongsi beberapa kejadian yang telah mereka lalui akibat nafsu serakah dan kejahatan mulut yang menabur fitnah.
Apa yang lebih menarik ialah artikel tersebut telah melibatkan pihak polis IPD Kuching dimana saya dihubungi mereka menyatakan seseorang telah membuat laporan kepada pihak polis bahawa artikel tersebut mempunyai unsur fitnah terhadap dirinya. Saya hanya tersenyum dan berbincang dengan polis tersebut mengenai dakwaan tersebut. Kebetulan nama pelapor juga adalah bermula dari huruf "S". 

Kelihatan perkara ini agak melucukan saya apabila dakwaan itu telah dibuat. Ia seolah-olah pelapor ataupun pihak yang mendakwa saya mengakui artikel tersebut adalah mengambarkan dirinya sendiri. Umpamanya dia pergi ke Kaunter aduan polis kemudian menyatakan sifat yang saya gambarkan dalam artikel tersebut merupakan dirinya. BUKANKAN ITU SAMA DENGAN MEMBUKA PEKONG DI DADA SENDIRI.

Saya sedikitpun tidak menyerang kredibiliti secara individu dan saya hanya membuat kenyataan secara umum. Artikel tersebut adalah bertujuan untuk memberi peringatan kepada semua masyarakat kita bahawa jika berjumpa dengan ciri-ciri sifat yang saya nyatakan dalam artikel tersebut hendaklah berhati-hati dan jangan sesekali libatkan individu tersebut di dalam satu-satu organisasi kerana dia boleh menyebabkan pecah-belah di dalam organisasi.

Ini merupakan pengalaman dan maklum balas yang lucu sepanjang saya membangunkan beloya2u.com. Kepada yang sudah terkena dengan fitnahtullah yang dibuat oleh "S" hendaklah pergi berjumpa dengan beliau sendiri ataupun pihak ketiga dan bersihkan nama anda tidak kira dengan apa sekalipun. "S" bermaksud "Siapa-siapa". 

Reactions:

2 comments:

  1. Apa yang lebih menarik ialah artikel tersebut telah melibatkan pihak polis IPD Kuching dimana saya dihubungi mereka menyatakan seseorang telah membuat laporan kepada pihak polis bahawa artikel tersebut mempunyai unsur fitnah terhadap dirinya.

    BalasPadam
  2. artikel yg saling ingat mengingati adalah perlu supaya tidak ada yang akan menjadi mangsa lagi kepada org yg bersikap seperti "S"..kepada yg mengaku bernama "S"...bacala sekali lagi artikel tentang sikap2 keburukan "S" dan ketahuilah anda telah mengaku anda mempunyai sikap yg begitu sepatutnya anda sedar betapa teruknya sikap tersebut sehingga boleh menimbulkan buruk sangka,perbalahan dan tidak puas hati di kalangan org lain...Jika anda tidak mempunyai sikap seperti "S" maka berhati hatilah anda dengan org yg bersikap seperti "S"..sekian harap maklum..muhasabah diri sendiri

    BalasPadam

COMMUNITY BIZ COMBO

Bantuan pengiklanan dan banyak lagi

COWAY THE WATER SPECIALIST

Call or whatsapp 0128477709

NAK PAKAI? NAK JUAL?

KLIK DAN TEMPAH

LEBIH 260 SIARAN

Semua movie terkini di panggung wayang

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


Assalamualaikum.. Adik saya Termizzi Bin Senak kembali ke warahmatullah lebih kurang 8.30pm 16 Februari 2012. Mohon pembaca sedekah al-fatihah kepada arwah. al-fatihah.

Mak saudara rakan saya ujang (Firdaus) iaitu Cik Dayang Fatimah Binti Abang Drahman telah kembali ke warahmatullah hari ini 22 Februari 2012. Mohon pembaca sedekah al-fatihah kepada arwah. al-fatihah

Guru silat saya Dato Dahlan Ali telah kembali ke warahmatullah pada 19 Mac 2012. Mohon pembaca sedekah al-fatihah kepada arwah. al-fatihah.