اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ SOLAT TIANG AGAMA.. SELAMAT MEMBACA.. ANDA SENYUM KAMI BAHAGIA..

Status Syarikat Samudra-GV


From:
Aduan
Thursday, 31 March 2011 3:40:28

Tuan,

Kami merujuk kepada e-mel tuan di bawah. Terima kasih kerana menghubungi Suruhanjaya Sekuriti (“SC”).

Berdasarkan penelitian kami ke atas aktiviti program tersebut, program terbabit tidak melibatkan aktiviti-aktiviti yang dikawalselia oleh SC menurut Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007 iaitu urus niaga dalam sekuriti, berdagang dalam kontrak niaga hadapan, pengurusan dana, khidmat nasihat dalam kewangan korporat, nasihat pelaburan atau perancangan kewangan.

Dalam aspek ini syarikat terbabit tidak pernah dilesenkan atau mendapat apa jua bentuk kebenaran dari pihak SC bagi menjalankan aktiviti ini. Di mana aktiviti atau perkhidmatan tersebut membabitkan sekuriti, nasihat pelaburan atau pengurusan dana dalam sekuriti, pihak tuan dinasihatkan berurusan dengan pihak yang dilesenkan dan diluluskan oleh pihak SC sahaja. Untuk keterangan lanjut mengenai badan-badan yang dilesenkan oleh pihak SC, tuan bolehlah merujuk kepada senarai tersebut yang terdapat di laman web SC di www.sc.com.my melalui Pengantara Berlesen.

Disebabkan kemungkinan terdapatnya elemen peluang pelaburan dalam urusniaga jual beli emas tersebut iaitu dengan mengutip wang orang ramai dan kutipan atau pelaburan tersebut diberi pulangan mengikut jangkamasa tertentu yang mana pelaburan asal juga boleh diambil semula, ianya mungkin mungkin melibatkan aktiviti pengambilan wang (deposit taking) yang berada di bawah pemantaun pihak Bank Negara Malaysia (BNM).

Pihak tuan adalah dinasihatkan untuk menghubungi BNM di talian 1-300-885-465 atau emel ke bnmtelelink@bnm.gov.my bagi mendapatkan keterangan lanjut mengenai pertanyaan tersebut.
Sekiranya tuan memerlukan apa-apa penjelasan daripada pihak SC, sila hubungi kami di Jabatan Hal Ehwal Pelabur & Pengaduan di 03-62048999.

Sekian, terima kasih.

Yang benar,

Sharifah Farah Mahmud
Hal Ehwal Pelabur & Pengaduan
Suruhanjaya Sekutriti Malaysia
Email: aduan@seccom.com.my
p/s: share to others

Reactions:

1 comments:

  1. mengutip wang orang ramai dan kutipan atau pelaburan tersebut diberi pulangan mengikut jangkamasa tertentu yang mana pelaburan asal juga boleh diambil semula, ianya mungkin mungkin melibatkan aktiviti pengambilan wang (deposit taking) yang berada di bawah pemantaun pihak Bank Negara Malaysia (BNM).

    BalasPadam

COMMUNITY BIZ COMBO

Bantuan pengiklanan dan banyak lagi

COWAY THE WATER SPECIALIST

Call or whatsapp 0128477709

NAK PAKAI? NAK JUAL?

KLIK DAN TEMPAH

LEBIH 260 SIARAN

Semua movie terkini di panggung wayang

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


Assalamualaikum.. Adik saya Termizzi Bin Senak kembali ke warahmatullah lebih kurang 8.30pm 16 Februari 2012. Mohon pembaca sedekah al-fatihah kepada arwah. al-fatihah.

Mak saudara rakan saya ujang (Firdaus) iaitu Cik Dayang Fatimah Binti Abang Drahman telah kembali ke warahmatullah hari ini 22 Februari 2012. Mohon pembaca sedekah al-fatihah kepada arwah. al-fatihah

Guru silat saya Dato Dahlan Ali telah kembali ke warahmatullah pada 19 Mac 2012. Mohon pembaca sedekah al-fatihah kepada arwah. al-fatihah.