اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ SOLAT TIANG AGAMA.. SELAMAT MEMBACA.. ANDA SENYUM KAMI BAHAGIA..

SELLY SI PENIPU DITANGKAP (BERHATI-HATI RAKAN FACEBOOK)

DENPASAR, BALI - Selly seorang gadis yang sangat popular di Indonesia tahun lalu termasuk dalam rangkaian laman sosial Facebook.

Popularitinya itu bukan disebabkan dia seorang selebriti tetapi gadis ini dikatakan telah menipu ratusan orang di kota-kota besar di republik tersebut.

Namun, sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah juga. Selly ditahan oleh polis Denpasar Selatan, sabtu lalu.

Selly Yustianita atau Rassellya Rahman Taher berusia 26 tahun ditahan oleh pegawai polis ketika sedang bercuti bersama kekasihnya, Bima di Hotel The Amaris, Kuta di sini.

"Setelah kita pastikan ciri-cirinya sama seperti dalam maklumat DPO (Daftar pencarian orang) yang kita terima sebelumnya, akhirnya kita tangkap gadis ini (Selly)," Ujar Ketua Polis Denpasar Selatan, Leo Martin Pasaribu di sini.

Menurutnya, wanita itu menjalani pemeriksaan dan soal siasat di balai polis Denpasar Selatan sebelum dipindahkan ke polis Bogor.

"Kes (Selly) ini akan ditangani di sana (Bogor)," Jelas Leo Pasaribu. Sementara itu, Bima, si kekasih Selly telah dibebaskan oleh polis kerana tiada bukti yang mengaitkannya dengan kes-kes jenayah wanita tersebut.

Pada tahun lalu, seelly mengjadikan pengguna Facebok sebagai mangsa dalam kegiatan penipuannya. Salat satu modus operandinya adalah menawarkan pelaburan dan perniagaan kad prabayar yang menjanjikan keuntungan berlipat kali ganda kepada bakal mangsanya.

Setelah mangsa memindahkan sejumlah wang ke akaunnya, Selly melarikan diri. Kebanyakkan mangsanya bersal dari Jakarta Bandung, Yogyakarta, Tangerang, dan kota lain. Lebih berani daripada itu, Selly juga pernah menyamar pada tahun 2009 sebagai wartawan Kompas dan menipu pekerja di HOtel Grand Mahakam dan HOtel KOmpas Gramedia. -Agensi -Hmetro

Penangkapan ini menjadi tauladan kepada kita semua. Jangan mudah tertipu dengan kecantikkan dan kelembutan. Sila sebarkan kepada rakan-rakan anda semoga mereka tidak menjadi mangsa Selly seterusnya. ak ak ak ak....

Reactions:

1 comments:

  1. Penangkapan ini menjadi tauladan kepada kita semua. Jangan mudah tertipu dengan kecantikkan dan kelembutan. Sila sebarkan dan kongsikan info ini dengan rakan-rakan anda semoga mereka tidak menjadi mangsa Selly seterusnya. ak ak ak ak....

    BalasPadam

COMMUNITY BIZ COMBO

Bantuan pengiklanan dan banyak lagi

UNLIMITED BROADBAND

Unifi atau Streamyx? Anda pilih.

COWAY THE WATER SPECIALIST

Call or whatsapp 0128477709

NAK PAKAI? NAK JUAL?

KLIK DAN TEMPAH

LEBIH 260 SIARAN

Semua movie terkini di panggung wayang

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


Assalamualaikum.. Adik saya Termizzi Bin Senak kembali ke warahmatullah lebih kurang 8.30pm 16 Februari 2012. Mohon pembaca sedekah al-fatihah kepada arwah. al-fatihah.

Mak saudara rakan saya ujang (Firdaus) iaitu Cik Dayang Fatimah Binti Abang Drahman telah kembali ke warahmatullah hari ini 22 Februari 2012. Mohon pembaca sedekah al-fatihah kepada arwah. al-fatihah

Guru silat saya Dato Dahlan Ali telah kembali ke warahmatullah pada 19 Mac 2012. Mohon pembaca sedekah al-fatihah kepada arwah. al-fatihah.