اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ SOLAT TIANG AGAMA.. SELAMAT MEMBACA.. ANDA SENYUM KAMI BAHAGIA..

SEJARAH SENI SILAT KALAM

Pada zaman pemerintahan Raja Kedah yang bergelar Maharaja Derbar Raja II  yang juga dikenali sebagai  Merong Mahawangsa III pada tahun 1136 Masehi (536 Hijrah), ada seorang alim Islam dari negeri Yaman di tanah Arab bernama Sheikh Abdullah Bin Sheikh Ahmad Bin Sheikh AlQaumiri telah datang ke negeri Kedah bersama 15 orang pengiringnya. Sebaik sampai di bumi negeri Kedah, rombongan tersebut menunaikan solat berjemaah di tepi pantai. Peristiwa itu cukup menjadi sesuatu yang luar biasa bagi penduduk kampung negeri Kedah yang menyaksikan mereka. Pada maa itu umumnya rakyat negeri Kedah masih beragama Hindu. Berita tentang adanya rombongan datang dari luar negeri akhirnya sampai kepada Maharaja Kedah. Baginda mengarahkan supaya rombongan tersebut menghadapnya di istana.

Ekoran dari titah tersebut maka Sheikh Abdullah serta orang-orangnya datang mengadap baginda dengan membawa barang-barang dagangan dari Parsi dan menawarkan kepada baginda. Nampaknya, Raja pun sangat tertarik dengan barangan dari negeri Arab tersebut dan sebagai tanda persahabatan baginda memerintahkan supaya diadakan pesta di istana dalam rangka memberikan penghormatan kepada saudagar-saudagar arab tersebut. Seperti mana biasa pesta yang diadakan tidak pernah terlepas  dari hindangan haram yang berupa arak dan tarian-tarian yang mempersonakan dari penari-penari yang cantik dan menggoda. Setelah habis pesta, Raja pun masuk ke dalam bilik tidur dan melanjutkan budayanya meminum arak.

Sesungguhnya Maharaja Derbar Raja II adalah raja yang sangat kuat meminum arak. Tanpa diundang Sheikh Abdullah telah berada di samping raja padahal semua pintu terkunci dan dikawal ketat. Dengan nada rendah diri dan beradap Sheikh Abdullah menegur Raja "Tuanku jangan tuan hamba meminum ini, minuman ini adalah terdiri dari kencing iblis". Mendengar teguran tersebut baginda sangat murka dan menyerang Sheikh Abdullah dengan pelbagai senjata. Maka terjadilah perlawanan yang sengit antara keduanya. Pada akhirnya Sheikh Abdullah telah berjaya mengunci semua anggota badan baginda sehingga tidak dapat bergerak sama sekali dengan buah Seni Silat Kalam. Setelah Sheikh Abdullah melepaskan kuncinya baginda bertanya "Wahai orag yang handal, apakah ilmu kamu sehingga beta tewas dengan kesaktianmu". Maka berlakulah soal jawab antara mereka berdua. Dipendekkan cerita. Sheikh Abdullah diminta agar mengajarkan ilmunya kepada Raja. 

Terdahulu dari itu SHeikh Abdullah telah menerangkan kepada baginda serta menteri-menteri banginda berkenaan dengan  kebaikan dan kemurniaan agama Islam. Setelah mendengar keterangan dan penjelasan Sheikh Abdullah, baginda serta sekalian menteri baginda pun terbuka hati mereka dengan cenderung kepada agama Islam, lalu mereka beramai-ramai di Islamkan oleh Sheikh Abdullah. Setelah itu atas nasihat dan cadangan Sheikh Abdullah, Maharaja Derbar Raja II telah mengubah nama baginda dengan nama Islam yang diberi oleh Sheikh Abdullah iaitu Sulatan Muzaffar Shah dan negeri Kedah diubah namanya menjadi Kedah Darul Aman. Tiada lama kemudian ramai orang-orang besar serta orang-orang melayu Kedah pun memeluk agama Islam. Sultan Muzaffar Shah sangat kasih kepada Sheikh Abdullah kerana kebaikan dan tulus ikhlasnya terhadap baginda serta bijaksana dan baik tertib kelakuannya. Baginda telah melantik Sheikh Abdullah menjadi penasihat bginda. Setelah itu Sheikh Abdullah telah mengajar semua ilmu persilatan Seni Silat Kalam kepada baginda dan pembesar-pembesarnya. Perkembangan seterusnya, Sheikh Abdullah meminta agar Sultan merahsiakan nama beliau dan cukuplah dikenali sebgai Sheikh Tajrid.

Di bawah ini merupakan video Majlis Silaturahim Akedemi Seni Silat kalam Sarawak. Kepada belia-belia yang berminat untuk mempelajari Seni Silat Kalam yang juga menekankan kekuatan jati diri ini bolehlah email kepada saya di neo.barcode@beloya2u.com





"HIDUP BERSAMA MENGEMBANG DAN MENYATU"

Reactions:

1 comments:

  1. Sesungguhnya Maharaja Derbar Raja II adalah raja yang sangan kuat meminum arak. Tanpa diundang Sheikh Abdullah telah berada di samping raja padahal semua pintu terkunci dan dikawal ketat. Dengan nada rendah diri dan beradap Sheikh Abdullah menegur Raja "Tuanku jangan tuan hamba meminum ini, minuman ini adalah terdiri dari kencing iblis".

    BalasPadam

COMMUNITY BIZ COMBO

Bantuan pengiklanan dan banyak lagi

COWAY THE WATER SPECIALIST

Call or whatsapp 0128477709

NAK PAKAI? NAK JUAL?

KLIK DAN TEMPAH

LEBIH 260 SIARAN

Semua movie terkini di panggung wayang

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


Assalamualaikum.. Adik saya Termizzi Bin Senak kembali ke warahmatullah lebih kurang 8.30pm 16 Februari 2012. Mohon pembaca sedekah al-fatihah kepada arwah. al-fatihah.

Mak saudara rakan saya ujang (Firdaus) iaitu Cik Dayang Fatimah Binti Abang Drahman telah kembali ke warahmatullah hari ini 22 Februari 2012. Mohon pembaca sedekah al-fatihah kepada arwah. al-fatihah

Guru silat saya Dato Dahlan Ali telah kembali ke warahmatullah pada 19 Mac 2012. Mohon pembaca sedekah al-fatihah kepada arwah. al-fatihah.