Kegilaan remaja lelaki termasuk pelajar sekolah terhadap permainan komputer lucah menerusi cakera padat (CD) perisian komputer dan cakera video digital (DVD) menawarkan pengalaman sebagai pelakon untuk "Memancing" watak gadis animasi sehingga tahap melakukan hubungan seks di alam maya, kini membimbangkan.
Difahamkan, pemain perlu menempuh beberapa peringkat sama seperti kehidupan seorang lelaki di alam nyata, antaranya merangkumi proses mengurat gadis maya idaman bermula sesi temu janji (Dating) hingga datang ke rumah untuk mengambil hati kedua ibu bapa teman wanitanya itu.
Sejurus semua peringkat itu diselesaikan, pemain akan diberi peluang untuk mengakhirinya di ranjang bersama gadis berkenaan yang menayangkan susuk tubuh bogel dan mengiurkan.
Perkara itu dibongkar bahagian Kawalan Filem dan Penguatkuasaan (BKF) kementerian Dalam Negeri (KDN) Negeri Sembilan yang merampas puluhan bahan haram terbabit di sebuah premis menjual peralatan komputer di pusat beli-belah Terminal One di sini, pada 8 Mac lalu.
Ketua Cawangannya, Zainal Abidin Othman, berkata serbuan dilakukan hasil risikan pihaknya berhubung kewujudan permainan lucah yang dijual secara terbuka dengan harga RM15 sekeping. Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai perkara ini bolehlah menghubungi pejabat BKF KDN negeri di talian 06-7611152 untuk tindakkan lanjut.
BLY: Pelik tapi benar, CD ni dah lama dah berada di pasaran. Tapi baru sekarang ke sedar. Haiya!!

BalasPadam