اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ SOLAT TIANG AGAMA.. SELAMAT MEMBACA.. ANDA SENYUM KAMI BAHAGIA..

LAGI DAN LAGI PENIPUAN MELALUI TELEFON RUGI RIBUAN RINGGIT

Seorang suri rumah kerugian RM2,190.62 apabila ditipu sindiket yang menyamar sebagai pegawai Bank Negara Malaysia (BNM) selepas menerima panggilan telefon mendakwa dia membuat transaksi di luar negara. Mangsa berusia 41 tahun yang berasal dari Taman Midah, Cheras di sini, berkata dia menerima panggilan telefon daripada seorang lelaki yang mendakwa pegawai Maybank Finance kira-kira jam 1.30 tengah hari pada 12 April lalu berhubung penggunaan kad kreditnya di jakarta, Indonesia.

Menurutnya, lelaki berkenaan mendakwa kad kreditnya digunakan sebanyak RM9,350 di negara itu dan apabila dia menafikannnya, lelaki itu memaklumkan pihaknya mempunyai rekod transaksi serta memintannya menghubuni Bank Negara di talian 03 27826998 sambungan 2017.

"Apabila saya menghubungi nombor tersebut, seorang wanita yang menggelarkan dirinya sebagai Helen menjawab telefon dan dia mengesahkan penggunaan kad kredit saya di luar negara. "Saya yang tertipu dengan helah sindiket itu kemudian mengikut setiap arahan mereka termasuk pergi ke mesin pengeluaran automatik (ATM) untuk menukar kata laluan akaun saya," katanya.

Dia kemudian diminta menukar kata laluannya ke nombor kad pengenalannya sendiri sebelum di arah menghentikan sebarang transaksi dan dilarang memaklumkan kejadian berkenaan kepada sesiapa pun termasuk polis bagi tempoh tiga hari kerana akan mengganggu siasatan BNM.

"Namun, saya yang bimbang dan sangsi dengan pertolongan Helen bertindak memaklumkan kejadian berkenaan kepada suami dan apabila memeriksa akaun saya seketika kemudian, kami mendapati hanya RM10 berbaki dalam akaun saya manakala RM2,190.62 sudah lesap.

Kes seperti ini akan terus menular di negara kita sekiranya pihak berkuasa tidak bertindak awal apabila berlaku perkara seperti ini. Perkara ini pernah berlaku dengan saya dan saya sudah melaporkan perkara ini kepada pihak BNM namun pihak BNM hanya memberi nasihat supaya mengabaikan orang yang membuat penipuan tersebut. Ini bermakna pihak yang tidak bertanggungjawab membuat penipuan kebal daripada mana-mana hukuman di Malaysia.

Reactions:

1 comments:

  1. Kes seperti ini akan terus menular di negara kita sekiranya pihak berkuasa tidak bertindak awal apabila berlaku perkara seperti ini. Perkara ini pernah berlaku dengan saya dan saya sudah melaporkan perkara ini kepada pihak BNM namun pihak BNM hanya memberi nasihat supaya mengabaikan orang yang membuat penipuan tersebut.

    BalasPadam

COMMUNITY BIZ COMBO

Bantuan pengiklanan dan banyak lagi

UNLIMITED BROADBAND

Unifi atau Streamyx? Anda pilih.

COWAY THE WATER SPECIALIST

Call or whatsapp 0128477709

NAK PAKAI? NAK JUAL?

KLIK DAN TEMPAH

LEBIH 260 SIARAN

Semua movie terkini di panggung wayang

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


Assalamualaikum.. Adik saya Termizzi Bin Senak kembali ke warahmatullah lebih kurang 8.30pm 16 Februari 2012. Mohon pembaca sedekah al-fatihah kepada arwah. al-fatihah.

Mak saudara rakan saya ujang (Firdaus) iaitu Cik Dayang Fatimah Binti Abang Drahman telah kembali ke warahmatullah hari ini 22 Februari 2012. Mohon pembaca sedekah al-fatihah kepada arwah. al-fatihah

Guru silat saya Dato Dahlan Ali telah kembali ke warahmatullah pada 19 Mac 2012. Mohon pembaca sedekah al-fatihah kepada arwah. al-fatihah.