اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ SOLAT TIANG AGAMA.. SELAMAT MEMBACA.. ANDA SENYUM KAMI BAHAGIA..

FENOMENA OBESITI DI KALANGAN PELAJAR

Pada masa sekarang muncul desas-desus mengenai perhatian kerajaan mengenai Obesiti yang berlaku di kalangan pelajar. Langkah yang di ambil kerajaan adalah dengan mengarahkan rekod prestasi pelajar hendaklah dicatat mengenai BMI pelajar bagi mengesan Obesiti dan memudahkan ibu bapa untuk mengawal pemakanan pelajar.




Arahan serta-merta ini adalah kerana kebimbangan kerajaan mengenai fenomena Obesiti yang boleh mengancam kesihatan pelajar-pelajar yang juga bakal pemimpin pada masa-masa akan datang. Penjualan makanan yang tidak sihat juga merupakan faktor mengapa obesiti ini berlaku dengan mudah contohnya makanan atau minuman yang mengandungi gula dan garam yang berlebihan. Tindakkan ini juga dilakukan kerajaan bagi memperkenalkan rakyat mengenai gaya hidup sihat.

Untuk makluman, Malaysia merupakan negara ke-6 di rantau asia sebagai negara yang mempunyai kadar obesiti yang tinggi di kalangan orang dewasa. Semua ini berlaku kerana kurang pendidikan mengenai pengambilan pemakanan serta sudah terbiasa dengan makanan-makanan ringan yang dijual di pasaran.

Kajian terbaru Kementerian Kesihatan mengangarkan lebih kurang 1.7 juta rakyat Malaysia yang berumur 18 tahun ke atas mengalami Obesiti. Keadaan ini amat membimbangkan dan rakyat Malaysia terdedah kepada resiko penyakit seperti diabetis, kardiovaskular dan beberapa jenis penyakit kanser. Sebagai rekod, penyakit diabetes mendudukan tangga ke 10 menyebabkan kematian di hospital kerajaan.

Kurang bersenam juga merupakan faktor utama kepada obesiti. Makanan yang mempunyai kalori dan kandungan garam serta merokok adalah faktoryang menyumbang kepada penyakit ini. Di anggarkan 1.5 juta rakyat Malaysia dewasa mengalami diabetes dan 4.8 juta menghidap darah tinggi.

Faktor yang nyata di depan mata kita sekarang adalah gaya hidup rakyat Malaysia yang suka makan dan minum di kedai-kedai makanan dan cafe di mana rata-rata meletakkan gula secara berlebihan dan perasa yang berlebihan. Sila klik SINI untuk membaca artikel mengenai laporan kedai makanan di sekitar tempat tinggal anda.

Reactions:

2 comments:

  1. Untuk makluman, Malaysia merupakan negara ke-6 di rantau asia sebagai negara yang mempunyai kadar obesiti yang tinggi di kalangan orang dewasa. Semua ini berlaku kerana kurang pendidikan mengenai pengambilan pemakanan serta sudah terbiasa dengan makanan-makanan ringan yang dijual di pasaran.

    BalasPadam
  2. boleh nyatakan obesiti dikalangan umur 30 tahun dan keatas di malaysia

    BalasPadam

COMMUNITY BIZ COMBO

Bantuan pengiklanan dan banyak lagi

UNLIMITED BROADBAND

Unifi atau Streamyx? Anda pilih.

COWAY THE WATER SPECIALIST

Call or whatsapp 0128477709

NAK PAKAI? NAK JUAL?

KLIK DAN TEMPAH

LEBIH 260 SIARAN

Semua movie terkini di panggung wayang

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


Assalamualaikum.. Adik saya Termizzi Bin Senak kembali ke warahmatullah lebih kurang 8.30pm 16 Februari 2012. Mohon pembaca sedekah al-fatihah kepada arwah. al-fatihah.

Mak saudara rakan saya ujang (Firdaus) iaitu Cik Dayang Fatimah Binti Abang Drahman telah kembali ke warahmatullah hari ini 22 Februari 2012. Mohon pembaca sedekah al-fatihah kepada arwah. al-fatihah

Guru silat saya Dato Dahlan Ali telah kembali ke warahmatullah pada 19 Mac 2012. Mohon pembaca sedekah al-fatihah kepada arwah. al-fatihah.