اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ SOLAT TIANG AGAMA.. SELAMAT MEMBACA.. ANDA SENYUM KAMI BAHAGIA..

FAKTA-FAKTA YANG MENAKUTKAN MENGENAI BUMI KITA

Bumi kita tidak akan bertahan selamanya, sedangkan kita bergantung pada bumi untuk bertahan hidup. Kita akan binasa semuanya apabila bumi hancur oleh berbagai sebab. Kedengaran menakutkan sekali, tetapi kita perlu menyedari bahawa sumber isi bumi terhad. Penggunaan sumber bumi secara bertersusan seperti sekarang ini, boleh menyebabkan kehidupan manusia berakhir dalam kehancuran.


Para ilmuwan menyatakan mengenai perubahan-perubahan kedudukan bumi, apakah itu tentang pemanasan global atau sumber daya mineral yang sudah mulai merosot. Marilah kita mengamati bagaimana kita secara perlahan namun pasti menuju kepada kehancuran yang dibuat oleh tangan kita sendiri.

Jadi bagaimanakah masa depan kita dan bumi yang kita diami ini? Berikut ini fakta-faktanya:



  1. Pemanasan global adalah satu peristiwa yang tidak boleh dielakkan yang mempengaruhi keadaan iklim di bumi. Ombak yang menghancurkan, gelombang air pasang, tsunami dan kelaparan akibat kekeringan akan terus berlanjutan meskipun usaha-usaha untuk memperbaiki kerosakkan yang telah dilakukan. Bumi berusaha untuk terus ada dengan melakukan perbaikan semulajadi, tetapi kita manusia akan menerima akibatnya disebabkan proses perbaikan itu sangat dahsyat dan tidak dapat dikawal.
  2. Peningkatan kecil bergerakkan bumi disebabkan ketidakseimbangan isi kandungan perut bumi yang mengurang, boleh mempengaruhi kita dengan berbagai cara. Banjir dahsyat yang menenggelamkan segalanya, atau glesier-glesier yang menghilang selamanya. ini bererti kekurangan air, kepupusan dan bermaharajerelanya penyakit serta meluasnya kelaparan. Beberapa spesies haiwan dan tanaman menjadi pupus.
  3. Terjadinya perubahan pola peruntukan tanah, di mana sekarang lebih banyak orang-orang hidup di kota-kota besar dibanding dengan di daerah kesil. Kota-kota penuh sesak sehingga harus memperluas lingkungan untuk perumahan ke wilayah kecil dengan mengorbankan tanah pertanian. Kota besar yang sibuk dan kotor mengganggu kesihatan manusia dan menimbulkan penyakit baru.
  4. Pengeluaran minyak mengalami peningkatan tahun 2008 dan 2018 akan mencapai puncaknya, dan ini beerti awal dari penurunan. Ini boleh menjadi pencetus suatu masalah tenaga global, konflik antara negara yang berebut bahan mentah minyak dan juga sumber makanan. Minyak sangat penting bagi setiap bangsa untuk melakukan aktiviti pengeluarannya, termasuk pertanian dan peternakan. Pemedapan dan Menipisnya kandungan minyak di bumi bisa mempengaruhi hidup seluruh manusia di bumi secara menyeluruh.
  5. Kereta merupakan penggunaan sebesar 3/4 dari semua industri. Sejak hari ini, dunia akan dipenuhi lebih dari satu million kereta yang bergerak di jalan-jalan di tahun 2030 dan akan bertambah hingga satu million lagi di tahun 2050. Hal ini berkait rapat dengan 75% peningkatan CO2 selama setahun di atmosfer berasal dari pembakaran bahan bakar fosil (minyak bumi, gas bumi dan batu bara), sedangkan sekitar 20% CO2 yang memasuki atmosfer bumi berasal dari pembakaran BBM pada mesin-mesin kendaraan bermotor, selebihnya 80% emisi CO2 bersumber dari pembakaran bahan bakar fosil oleh mesin pembangkit tenaga listrik.
  6. Kerana peningkatan suhu udara akibat meningkanya kadar CO2, maka sedikit wap air bertahan di udara untuk membentuk awan. Hal ini berarti hujan akan menjadi lebih sedikit, dan secara langsung mengakibatkan hasil pengeluaran pertanian juga menurun. Akan terjadi di sekitar tahun 2020 di mana terjadi suatu masa yang sukar dan air pasang surut tiba-tiba meningkat di semua bahagian dari benua Eropah, kerana mencairnya ais di Kutub Utara. Sedangkan populasi penduduk bumi akan mencapai 7.7 million orang.
  7. Sejak Hari Bumi yang pertama tahun 1970 hingga awal millennium baru, manusia telah membuat peningkatan pencemaran (gas buangan) rumah kaca sebesar 70%.
  8. Atmosfer bumi sekarang mengandungi 40% lebih banyak CO2 dibandingkan dengan di awal Revolusi Industri.
  9. Hasil pembakaran bahan bakar fosil pada masa ini menambah hampir 6 million ton CO2 ke dalam atmosfer bumi setiap tahunnya. Hanya separuh sahaja yang diserap oleh hutan-hutan dan lautan.
  10. Hutan hujan pernah meliputi 14% dari permukaan bumi. Sekarang hanya tinggal sekitar 6% dan menurut perkiraan para ahli hutan hujan yang tertinggal itu akan habis ditebang kurang dari 40 tahun. 1 sampai 1.5 hektar hutan hujan lenyap setiap 1 saat sebagai kesimpulan tragedi pembangunan di negara-negara industri dan berkembang.
  11. Hampir separuh dari semua jenis flora, fauna dan mikro organisme akan musnah atau pasti terancam kepupusan dalam seperempat abad ke depan disebabkan oleh penebangan hutan-hutan hujan.
  12. Perkiraan para ilmuwan bahawa kita sedang kehilangan 137 jenis tanaman, haiwan dan serangga setiap harinya karena penebangan hutan-hutan hujan. Atau sama dengan 50,000 jenis setiap tahun. Seiring dengan lenyapnya spesis-spesis di hutan hujan, demikian juga dengan berbagai macam pengobatan penyakit-penyakit yang mengancam hidup manusia. Sekarang ini, 121 ubat-ubatan yang dijual ke seluruh dunia berasal dari tanaman herba. Sementara itu 25% dari perusahaan ubat-ubatan di Barat mengambil bahan dari ramuan tanaman dari hutan hujan, dan lebih sedikit 1% dari pohon-pohon dan tanaman-tanaman tropika ini telah diuji oleh para ilmuwan.
  13. Penebangan hutan yang merajalela sekarang ini menyumbang 20% populasi pemanasan global diakibatkan oleh terhambatnya penyerapan kembali CO2.
  14. Wabak penyakit terus bertambah jumlah dan jenisnya kerana populasi udara, air dan tanah meningkat, terutama sekali terjadi di negara-negara dengan pendapatan rendah.
  15. Di tahun 2030 sekitar 18% dari gagasan karang laut akan lenyap kerana perubahan iklim dan lingkungan. Dalam 2030 ini populasi penduduk dunia akan mencapai 8.3 million.
  16. Tahun 2040 laut di Kutub Utara akan mengalami musim panas yang pertama tanpa ais.
  17. Kerana menghilangnya glesier dan terjadi musim kering yang panjang, pengeluaran elektrik dari turbin elektrik tenaga air akan berkurang.
  18. Luas padang pasir di permukaan bumi mengalami peningkatan disebabkan menaiknya suhu bumi. Pada akhir tahun 2007, Australia kehilangan 25% pengeluaran makanan kerana masalah ini..
  19. Kadar karbon monoksida (CO) di atmosfer bumi terus meningkat.
  20. Efek berbahaya dari aktiviti manusia dapat mempengaruhi sistem global dengan cara yang negatif. Perang, sebagai contoh, dapat menghancurkan bumi dalam berbagai jalan; pembunuhan missil, berkembangnya kelaparan dan penyakit, pembakaran bahan bakar fosil secara besar-besaran oleh mesin-mesin perang, termasuk juga penebangan hutan dan pengambilan batu-batuan dan tanah untuk perbaikan kembali infrastruktur yang rosak..

Kesimpulannya bumi dalam perjalanan kehancuran dan kita manusia tidak mampu untuk menghalangnya. Segala yang terjadi adalah hasil dari otak manusia yang cerdas. Bersediakah kita dengan apa yang berlaku pada masa-masa akan datang?

Reactions:

1 comments:

  1. Kesimpulannya bumi dalam perjalanan kehancuran dan kita manusia tidak mampu untuk menghalangnya. Segala yang terjadi adalah hasil dari otak manusia yang cerdas. Bersediakah kita dengan apa yang berlaku pada masa-masa akan datang?

    BalasPadam

COMMUNITY BIZ COMBO

Bantuan pengiklanan dan banyak lagi

UNLIMITED BROADBAND

Unifi atau Streamyx? Anda pilih.

COWAY THE WATER SPECIALIST

Call or whatsapp 0128477709

NAK PAKAI? NAK JUAL?

KLIK DAN TEMPAH

LEBIH 260 SIARAN

Semua movie terkini di panggung wayang

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


Assalamualaikum.. Adik saya Termizzi Bin Senak kembali ke warahmatullah lebih kurang 8.30pm 16 Februari 2012. Mohon pembaca sedekah al-fatihah kepada arwah. al-fatihah.

Mak saudara rakan saya ujang (Firdaus) iaitu Cik Dayang Fatimah Binti Abang Drahman telah kembali ke warahmatullah hari ini 22 Februari 2012. Mohon pembaca sedekah al-fatihah kepada arwah. al-fatihah

Guru silat saya Dato Dahlan Ali telah kembali ke warahmatullah pada 19 Mac 2012. Mohon pembaca sedekah al-fatihah kepada arwah. al-fatihah.