اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ SOLAT TIANG AGAMA.. SELAMAT MEMBACA.. ANDA SENYUM KAMI BAHAGIA..

DEWASAKAH KITA MENGUTUK SESAMA KITA

Sana-sini kutuk mengutuk kedengaran. Di media cetak, internet, media masa dan mulut-mulut yang tak lena untuk berkata-kata. Mengata di polan jahat berlaka dan berbalas balik dengan kata-kata jahat serta nista. Tidak akan pernah ada kesudahannya. Akan bersambung pada episod lima tahun akan datang selepas 16hb April 2011.

Lupakah kita dengan kejadian 13 Mei yang menimpa negeri tercinta kita ini suatu ketika dahulu. Pertumpahan darah tidak mengira umur dan jantina. Asalkan nafsu dendam dapat dilerai dengan darah maka disitulah akan ada pertumbahan darah. Tidak ada kesudahannya juga. Semuanya kerana mulut-mulut yang lantang berkata dan mengata bangsa si polan penipu belaka dan bangsa di anu pemfitnah tahap dewa.

Permulaan jendela 13 Mei adalah kerana tiada keserasian, kedengkian dan ketidaksamaan dari segi ekonomi dan sosial. Mulut-mulut jahat mula berbicara dengan melemparkan tuduhan yang melulu kepada sesiapa sahaja yang menghalang hajat di hati. Benih-benih kebencian mula disemaikan. Ianya tidak berlaku bersahaja tetapi mengambil masa. Luka di hati yang dicerca akan mula menjadi barah yang bernanah. Demokrasi dilaungkan adalah untuk bersaing memajukan bangsa tetapi berlaku sebaliknya

Siapa yang merasa kesengsaraan dikala 13 Mei menjelma. Sudah lupakah kita. Siapa pula yang datang menjenguk untuk memberi kata-kata dusta dan memberi semangat untuk berkata nista. Dia laungkannya  "Semangat Nasionalisme Dayak!!" dan dia laungkan "Semangat Nasionalisme Iban!!". Semangat Dayak dan semangat iban bukan untuk kamu politikkan. Semangat itu adalah semangat yang kamu tidak akan mampu untuk memahaminya. Mereka bukan orang yang kamu kenal 50 tahun dahalu. Mereka sudah tahu malah lebih maju dan matang atas pimpinan kerajaan yang memerintah.

Bukan kutuk mengutuk caranya untuk kita dapat apa yang kita hajati. Tetapi usaha dengan mengikut tradisi yang sudah di ajari. Bukan hanya menadah tangan untuk mendapatkan yang dihajati tetapi dengan usaha dan titik peluh sendiri. Tidak mungkin kamu akan dapat berubah sekiranya hanya berpeluk tubuh dan menunding jari. Jawatan diberi tapi tidak berfungsi akhirnya akan memakan bangsanya sendiri.

Sedih rasa hati apabila melihat sesama bangsa bergaduh sesama sendiri. Mereka melaungkan kekuatan pimpinan mereka mengikut parti. Ke hulu ke hilir membawa bendara dan bertebaran di serata negeri. Tetapi bila ditanya siapa pemimpin kamu, langsung tidak kenal dengan pemimpin sendiri.

Gerun rasa jiwa apabila mengenangkan 13 Mei mungkin berlaku apabila mulut-mulut hina mula meniup semangat perkauman. Bukankan kita sudah berikra di bawah naungan satu bendera Malaysia. Tidak mengira bangsa agama dan negara. Mulut-mulut hina itu tidak lain tidak bukan adalah untuk mendapat apa yang dihajat di hati.

Bukankah jawatan pemimpin itu untuk menyatukan dan menyatukan dan bukanlah untuk melakukan kerosakkan dengan cara pecah perintah. Dulu aku mungkin tidak faham apa yang berlaku tetapi setelah maklumat mudah didapati hampir setiap hari aku mendengar semangat perkauman dilaung-laungkan.

Berhati-hati dengan kata-kata yang datangnya bukan dari ahlinya. Kita yang duduk setanah menyokong yang bukan setanah dengan kita. Kita dihasut yang bukan setanah dengan kita untuk membenci dengan yang setanah dengan kita. Jangan lupa kita adalah setanah dan esok lusa pasti bertemu muka. Jangan kerana harta menyebabkan kekaburan mata.

Reactions:

1 comments:

  1. Berhati-hati dengan kata-kata yang datangnya bukan dari ahlinya. Kita yang duduk setanah menyokong yang bukan setanah dengan kita. Kita dihasut yang bukan setanah dengan kita untuk membenci dengan yang setanah dengan kita. Jangan lupa kita adalah setanah dan esok lusa pasti bertemu muka. Jangan kerana harta menyebabkan kekaburan mata.

    BalasPadam

COMMUNITY BIZ COMBO

Bantuan pengiklanan dan banyak lagi

COWAY THE WATER SPECIALIST

Call or whatsapp 0128477709

NAK PAKAI? NAK JUAL?

KLIK DAN TEMPAH

LEBIH 260 SIARAN

Semua movie terkini di panggung wayang

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


Assalamualaikum.. Adik saya Termizzi Bin Senak kembali ke warahmatullah lebih kurang 8.30pm 16 Februari 2012. Mohon pembaca sedekah al-fatihah kepada arwah. al-fatihah.

Mak saudara rakan saya ujang (Firdaus) iaitu Cik Dayang Fatimah Binti Abang Drahman telah kembali ke warahmatullah hari ini 22 Februari 2012. Mohon pembaca sedekah al-fatihah kepada arwah. al-fatihah

Guru silat saya Dato Dahlan Ali telah kembali ke warahmatullah pada 19 Mac 2012. Mohon pembaca sedekah al-fatihah kepada arwah. al-fatihah.