اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ SOLAT TIANG AGAMA.. SELAMAT MEMBACA.. ANDA SENYUM KAMI BAHAGIA..

AYAT KURSI PAKAIAN RASUL

Sebelum saya mengulas mengenai tajuk di atas, terlebih dahulu saya nak memperkenalkan permulaan serta detik dan ketika penggunaan bahasa Sarawak bagi setiap artikel yang seterusnya iaitu perkataan bahasa melayu baku berbual atau berbincang akan digantikan dengan perkataan beloya. Dengan erti kata lain beloya adalah bermaksud berboral, berbual, berbincang atau bersembang.

Ilmu dunia dan akhirat amat luas sehingga manusia hanya mampu menguasai sedikit sahaja walaupun secanggih mana ciptaan manusia. Perumpamaannya adalah ilmu itu seluas air di lautan dan manusia hanya mampu menguasai setitis air dari lautan sahaja.

Dalam beberapa hari ini saya suka bertanya dengan kawan-kawan saya mengenai sesuatu yang melibatkan alam ghaib kerana saya merasakan diri saya tidak selesa kerana diganggu. Setiap kali berjumpa dengan rakan-rakan saya kami akan beloya mengenai perkara tersebut.

Antara yang menarik minat saya dan dengan ikhlas hati saya kongsikan dengan anda adalah mengenai pakaian Nabi iaitu ayatul kursi. Ayatul kursi ini diturunkan untuk melindungi manusia daripada ganguan jin dan syaitan ataupun ilmu-ilmu hitam yang ditujukan.

antara perkara yang kami beloya adalah teknik membaca ayatul kursi dan bagaimana ianya boleh membantu kita dengan izinnya. Cara nya ialah dengan membaca ayatul Kursi kemudian berniat ianya diletakkan di bahagian dada, bahu kanan, bahu kiri, belakang, atas kepala dan di bawah. Ini bermakna pembacaan ayat tersebut hendaklah dibuat sebanyak enam kali.

Jika kita merasa berdebar-debar dan terancam eloklah kiranya kita membaca ayatul kursi bersama dengan niat-niat kita. Sekiranya anda merasakan diri anda disihir maka ayat ini juga berguna.

Apa yang saya kongsikan diharapkan dapat memberi menafaat kepada anda semua. Segala yang kurang itu adalah datang dari saya sendiri dan kelebihan itu rahmat Allah. Renung-renungkan dan selamat beramal.

Reactions:

1 comments:

  1. Jika kita merasa berdebar-debar dan terancam eloklah kiranya kita membaca ayatul kursi bersama dengan niat-niat kita. Sekiranya anda merasakan diri anda disihir maka ayat ini juga berguna.

    BalasPadam

COMMUNITY BIZ COMBO

Bantuan pengiklanan dan banyak lagi

COWAY THE WATER SPECIALIST

Call or whatsapp 0128477709

NAK PAKAI? NAK JUAL?

KLIK DAN TEMPAH

LEBIH 260 SIARAN

Semua movie terkini di panggung wayang

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


Assalamualaikum.. Adik saya Termizzi Bin Senak kembali ke warahmatullah lebih kurang 8.30pm 16 Februari 2012. Mohon pembaca sedekah al-fatihah kepada arwah. al-fatihah.

Mak saudara rakan saya ujang (Firdaus) iaitu Cik Dayang Fatimah Binti Abang Drahman telah kembali ke warahmatullah hari ini 22 Februari 2012. Mohon pembaca sedekah al-fatihah kepada arwah. al-fatihah

Guru silat saya Dato Dahlan Ali telah kembali ke warahmatullah pada 19 Mac 2012. Mohon pembaca sedekah al-fatihah kepada arwah. al-fatihah.