اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ SOLAT TIANG AGAMA.. SELAMAT MEMBACA.. ANDA SENYUM KAMI BAHAGIA..

ADAB DI GELANGGANG AKEDEMI SILAT KALAM SARAWAK

Akedemi Seni Silat Kalam telah melatih beberapa orang pelajar baru bermula dari Mac 2011. Setiap pelajar diterapkan dengan nilai-nilai murni serta moral yang tinggi. 
Di dalam Seni Silat Kalam, Adab amat dititik berat dan terdapat beberapa rukun dalam Seni Silat Kalam yang memberi peringatan mengenai adab-adab dalam kehidupan. Antara adab-adab ataupun rukunya ialah:

Kami beradapan kepada Allah dan Rasul
Kami beradapan kepada Ibu dan Ayah
Kami beradapan kepada Abang dan kakak
Kami beradapan kepada guru yang mengajar kebaikan.
Kami beradapan kepada sesama ahli silat kalam
Kami beradapan kepada sesama Insan.

Adab-adab ini dibaca semsa membuka gelanggang.

Turutan semasa membuka gelanggan adalah dimulai dengan setiap pelajar dikehendaki mengambil wuduk dan kemudian berdiri di hadapan guru silat dengan tegak dan teratur. Kemudian mendengar arahan dari guru silat. Selepas itu, setiap pelajar bersama dengan guru akan membaca Al-fatihah bagi memberkati majlis ilmu yang akan dilangsungkan. Selesai membaca Al-fatihah, Semua ahli silat kalam kemudian mengankat tangan kanan dan membaca rukun-rukun dalam Seni Silat Kalam. 

Setelah selesai melakukan perkara di atas, maka aktiviti memanaskan badan dimulakan disertai dengan amalan-amalan harian yang sudahpun di terangkan kepada semua pelajar Seni Silat Kalam. Selepas itu, barulah pembelajaran dilakukan.

Setiap yang dibuka pasti ada penutupnya. Apabila selesai sesi pembelajaran maka adab menutup gelanggang akan dilakukan dengan berdiri di hadapan guru dengan teratur kemudian mendengar arahan guru. Disusuli dengan membaca Al-fatihah  dengan menadah tangan. Setelah selesai perkara tersebut maka, semua pelajar dan ahli Seni Silat Kalam bersalaman sambil berselawat. Adab bersalaman dalam Seni Silat Kalam adalah dengan bersalam dan menemukan bahu kanan dan kiri.

Di bawah ini merupakan video sedutan pelajaran dalam Akedemi Seni Silat Kalam :.



Reactions:

1 comments:

  1. Kami beradapan kepada Allah dan Rasul, Kami beradapan kepada Ibu dan Ayah, Kami beradapan kepada Abang dan kakak, Kami beradapan kepada guru yang mengajar kebaikan, Kami beradapan kepada sesama ahli silat kalam, Kami beradapan kepada sesama Insan.

    BalasPadam

COMMUNITY BIZ COMBO

Bantuan pengiklanan dan banyak lagi

UNLIMITED BROADBAND

Unifi atau Streamyx? Anda pilih.

COWAY THE WATER SPECIALIST

Call or whatsapp 0128477709

NAK PAKAI? NAK JUAL?

KLIK DAN TEMPAH

LEBIH 260 SIARAN

Semua movie terkini di panggung wayang

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


Assalamualaikum.. Adik saya Termizzi Bin Senak kembali ke warahmatullah lebih kurang 8.30pm 16 Februari 2012. Mohon pembaca sedekah al-fatihah kepada arwah. al-fatihah.

Mak saudara rakan saya ujang (Firdaus) iaitu Cik Dayang Fatimah Binti Abang Drahman telah kembali ke warahmatullah hari ini 22 Februari 2012. Mohon pembaca sedekah al-fatihah kepada arwah. al-fatihah

Guru silat saya Dato Dahlan Ali telah kembali ke warahmatullah pada 19 Mac 2012. Mohon pembaca sedekah al-fatihah kepada arwah. al-fatihah.