اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ SOLAT TIANG AGAMA.. SELAMAT MEMBACA.. ANDA SENYUM KAMI BAHAGIA..

2/4 WARGA KOTA DALAM KATEGORI MISKIN

Pengunjung yang mengunjungi kawasan pusat membeli belah yang mewah seakan memberi persepsi yang baik mengenai kehidupan masyarakat di sesuatu tempat. Tetapi siapa sangka bahawa sebenarnya separoh daripada golongan tersebut merupakan golongan miskin.



Walaupun hampir semua pengunjung yang datang ke tempat tersebut menggunakan jenama yang terkenal dan mahal tetapi kebanyakkannya tidak mempunyai wang. Mereka berbelanja secara berhutang ataupun menggunakan Kad Kredit. Keadaan ini menjadikan pendapatan mereka jatuh kepada -ve dan inilah dikatakan miskin.

Purata gaji rakyat Malaysia ialah sekitar RM3,000 sebulan. Sumber gaji tersebut digunakan untuk menampung kos pembelian atau penyewaan rumah, ansuran kereta, belanja isi rumah, hutang piutang pinjaman, berhibur dan sebagainya. Berdasarkan statistik Jabatan Perangkaan, taburan peratus isi rumah mengikut kelas pendapatan Malaysia menunjukkan 43.1% atau kira-kira 7.9 juta daripata 18.47 juta penduduk di bandar berpendapatan bawah RM3,000. Fakta lain pula menyebut bahawa penggunaan kad kredit di kalangan penduduk bandar melebihi 70% daripada 10 Juta.

Kenaikan harga barang akibat daripada kenaikan harga sumber bahan mentah utama iaitu petrol menyebabkan tekanan dalam masyakat bandar dan mereka terasa terhimpit dengan kehidupan yang semakin mencabar. Ada antara mereka mengambil langkah yang berisiko untuk mendapatkan wang bagi menampung kehidupan mereka dengan mengikut skim cepat kaya dan beberapa aktiviti jenayah yang lain.
Info:
Difinisi miskin bandar yang dikeluarkan Bahagian Kemiskinan Bandar (BKB), Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar (KWPKB) ialah pendapatan isi rumah di bawah RM2,300 sebulan.

Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) melalui e-kasih meletakkan ketua isi Rumah (KIR) yang berpendapatan kurang daripada RM1,500 sebagai miskin bandar.

Mari kita membuat kiraan bagi yang hidup bujang di sekitar bandaraya Kuching ataupun Sarawak secara AM nya:

  1. Sewa Rumah - RM500.00
  2. Bil utiliti (Elektrik, Air, Internet, Telefon) -RM300.00
  3. Sewa beli kenderaan -RM400.00
  4. Perbelanjaan bekerja harian (Makan dan Petrol) -RM500.00
  5. Bayaran Pinjaman PTPTN -RM150.00
  6. Hantar Wang kepada ibu bapa -RM200.00
  7. Keperluan peribadi (Baju, sabun etc) -RM200.00


Jumlah keseluruhan ialah RM2,250.00

Setiap perbelanjaan yang dinyatakan akan naik setiap 3 bulan berdasarkan kenaikan harga petrol seluruh negara. Mengikut sumber, petrol akan naik harga setiap 3 bulan ataupun setiap setengah tahun.

Reactions:

1 comments:

  1. Difinisi miskin bandar yang dikeluarkan Bahagian Kemiskinan Bandar (BKB), Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar (KWPKB) ialah pendapatan isi rumah di bawah RM2,300 sebulan.

    BalasPadam

COMMUNITY BIZ COMBO

Bantuan pengiklanan dan banyak lagi

COWAY THE WATER SPECIALIST

Call or whatsapp 0128477709

NAK PAKAI? NAK JUAL?

KLIK DAN TEMPAH

LEBIH 260 SIARAN

Semua movie terkini di panggung wayang

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


Assalamualaikum.. Adik saya Termizzi Bin Senak kembali ke warahmatullah lebih kurang 8.30pm 16 Februari 2012. Mohon pembaca sedekah al-fatihah kepada arwah. al-fatihah.

Mak saudara rakan saya ujang (Firdaus) iaitu Cik Dayang Fatimah Binti Abang Drahman telah kembali ke warahmatullah hari ini 22 Februari 2012. Mohon pembaca sedekah al-fatihah kepada arwah. al-fatihah

Guru silat saya Dato Dahlan Ali telah kembali ke warahmatullah pada 19 Mac 2012. Mohon pembaca sedekah al-fatihah kepada arwah. al-fatihah.