اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ SOLAT TIANG AGAMA.. SELAMAT MEMBACA.. ANDA SENYUM KAMI BAHAGIA..

IRAN MENCIPTA PIRING TERBANG PERTAMA DI DUNIA

Ilmuwan Iran telah melaporkan mencipta piring terbang pertama, meskipun belum jelas berapa tinggi objek itu mampu terbang, Media menyebut pesawat itu sama dengan UFO.

Piring terbang bernama Zohal yang bererti Saturnus itu merupakan pesawat ruang angkasa tak bersayap yang dirancang untuk terbang ke udara.

Namun, berdasarkan keterangan Daily Mail, objek itu boleh dimanfaatkan untuk berbagai misi yang tidak disebutkan terperinci. pejabat media Fars menggambarkan piring terbang itu sama dengan UFO di tayangkan di Hollywood pada 1950-an.

“Alat pengankutan yang mudah diluncurkan dan terbang, sedikit bunyi dan memiliki keuntungan yang sama dengan pesawat lain,” tulis laporan ISNA (Iran’s Student’s News Agency).

pergerakkan pesawat dilengkapi autopilot, otomatik kestabilan gambar, GPS dan alat perakam kuliti HD. Program luar angkasa Iran yang luar biasa nampaknya menjadi peringatan bagi dunia Barat.

Tahun lalu, Iran mengumumkan kejayaan mereka berhasil pengintip tikus, kura-kura dan cacing ke luar angkasa. Mereka berjya menghantar manusia ke antartika, sembilan tahun akan datang.

LIMA TAHUN TIDUR DENGAN MAYAT

Gara-gara terlalu sayang dan enggan berpisah dengan isterinya, Le Van, 55 yang tinggal di Quang Nam, Vietnam bertindak menggali mayat isterinya dan membawanya pulang ke rumah. Dia menggunakan tanah untuk membentuk mayat isterinya itu seperti bentuk asalnya.



Mayat isterinya itu diletakkannya di atas katilnya agar dia dapat memeluknya setiap malam. Kini sudah lima tahun mayat isterinya berada di rumahnya. Menurut Han, selepas isterinya meninggal dunia pada 2003 dahulu, dia tidur di kubur isterinya setiap malam. 

Selepas setengah tahun berlalu dia mengambil keputusan untuk menggali lubang bersebelahan kubur terbabit untuk keselesaan dirinya. Tindakkannya itu bagaimanapun tidak dipersetujui oleh pihak berkuasa tempatan dan mereka menasihatkannya supaya menghentikan tindakkan terbabit.

Pada November 2004, Van kembali ke kubur isterinya lalu menggali dan membawanya pulang. Anak pasangan itu juga dikatakan akan memeluk ibunya sebelum masuk tidur pada setiap malam.

WANITA LEBIH RAMAI MEROKOK

Betul ke dikatakan wanita lebih banyak merokok berbanding lelaki. Servey juga menyatakan demikian. Saya telah membuat servey seperti link berikut. Klik di SINI. Ini bukan pelik tapi benar tapi kenyataan. Perwatakkan wanita lembut atau kasar bukan ukuran mereka merokok tetapi ianya tidak dapat dilihat dengan mata kasar. Namun begitu, peratusan wanita yang kurang bersukan lebih cenderung merokok dari wanita yang bersukan. Selain itu, wanita yang kuat bersosial seperti yang suka mengunjungi disko atau kelab-kelab malam merupakan antara yang paling banyak merokok.

Percaya atau tidak percaya terpulang kepada anda. Pemakaian wanita juga bukan ukuran kepada pengaruh untuk merokok. Kebanyakkan mereka memberi alasan untuk merokok kerana tertekan. Adakah ini menunjukkan dunia yang kita duduk sekarang sudah tidak ada jalan ketenangan?

Beberapa orang individu yang dibual bicara menyatakan perempuan yang merokok biasanya bibir mereka lebih berkredut berbanding wanita yang tidak merokok. Selain itu, wanita yang merokok lebih mesra berbanding wanita yang tidak merokok. Benar atau tidak terpulang kepada anda untuk menilainya.


TEKNIK PENYAMUN DI MESIN ATM KETIKA ANDA MENGELUARKAN DUIT

Bahaya ada di mana-mana tidak kira anda berada di laut, darat atau di langit. Mengambil sikap berhati-hati adalah tanggungjawab kita dan bukannya sambil lewa apabila kita di ingatkan tentang sesuatu perkara yang boleh mendatangkan kemudaratan kepada diri kita dan orang lain.

Berikut merupakan sedutan video mengenai tektik penyamun yang mengambil duit dari mesin atm salah seorang pelanggan sebuah bank yang telah dirakamkan melalui litar tertutup. Litar tertutup sedikitpun tidak dapat membantu mangsa untuk mendapat kembali duit mereka kerana wajah dan rupa paras perompak tidak dapat dilihat.

Di mana ada kelalaian di situ ada penyangak.. ikuti video di bawah ini dan pastikan anda bukan menjadi mangsa seterusnya dalam tektik ini.


VIDEO KENA TANGKAP BASAH DI BINTULU (MACAM KENAL JERR)

Terkejut katak bila melihat video ini ditayangkan tanpa penapisan. Video ini menayangkan 3 orang remaja ditangkap kerana melakukan hubungan seks ataupun melakukan perkara tidak senonoh di tepi pantai. Wajah remaja lelaki dan perempuan ditunjukkan dengan jelas sekali tanpa ada sebarang tapisan.

Nombor kereta juga ditunjukkan di dalam video ini. Apa yang melucukan ialah lagu yang dipasang di dalam kereta jenis produa kembara ini ialah lagu Taubat dari Wali Band dan pada masa yang sama mereka melakukan hubungan seks di dalam kereta.

Wajah-wajah yang dipaparkan di dalam video ini kelihatan ada persamaan dengan rakan-rakan chatter ataupun rakan-rakan Yahoo Messenger Sarawak. Kesian pun ada apabila melihat wajah mereka dipaparkan begitu sahaja tanpa tapisan. Video seperti ini boleh memberi impak tekanan emosi kepada mereka. Apa-apapun ulasan saya. Anda saksikan sendiri sedutan video ini tanpa saya edit dan download. Video ini saya ambil menggunakan script original daripada Facebook. Jika ianya dipadamkan maka video dalam blog ini juga tidak dapat dilihat.


STATUS FACEBOOK ANDA MEMBONGKAR PERANGAI ANDA

Sedar tidak sedar apa yang anda tulis pada status anda merupakan apa yang berlaku dengan anda semasa status itu diterbitkan. Pelbagai ragam status yang boleh kita lihat dan kita boleh bahagikannya mengikut perasaan, suasana, kejadian dan sebagainya.

Status kesedihan merupakan status yang paling popular antara status yang terdapat dalam FB dan status kedua terpopular adalah status kemarahan. Pada pendapat anda, apakah motif status kesedihan yang di terbitkan di dalam FB. Saya telah mengambil beberapa pendapat secara rawak mengenai motif tersebut. 80% menyatakan status seperti itu adalah bertujuan untuk mendapatkan simpati. Manakala 10% menyatakan status tersebut bertujuan menunjukkan emosi sahaja dan 10% lagi adalah kerana terbiasa meluahkan perasaan di FB.

Saya telah membuat tinjauan secara rawak mengambil pendapat beberapa pihak mengenai "Status anda melambangkan perangai anda, Setuju?". Setuju telah mengatasi jawapan lain. Pengakuan ini menunjukkan bahawa untuk mengenali seseorang kita boleh lihat statusnya di dalam FB. Adakah dia seorang yang sensitif, berani, berilmu, pengotor, riang dan sebagainya.

Anda terdorong untuk meletakkan situasi anda di FB kerana anda mahu semua orang tahu situasi anda dan inginkan perhatian. Jika anda kurang bersetuju dengan artikel ini sila klik SINI untuk menjadi salah seorang pengundi dalam perbincangan ini.

TINDAK BALAS ARTIKEL "BERHATI-HATI DENGAN ORANG MACAM TOK"

Tanpa diduga tanpa disangka artikel "Berhati-hati dengan orang macam tok" telah mendapat tindak balas daripada mangsa dan pemangsa. Sebelum ini, saya membuat artikel tersebut dalam bahasa Sarawak dan mungkin tidak semua orang dapat memahaminya. Pada artikel ini pula saya akan menggunakan bahasa Melayu Baku.

Semasa artikel tersebut dilancarkan, saya mendapat maklum balas dari beberapa pihak yang mengaku dia merupakan antara mangsa manusia yang berperangai seperti yang disebutkan di dalam artikel. Mereka telah berkongsi beberapa kejadian yang telah mereka lalui akibat nafsu serakah dan kejahatan mulut yang menabur fitnah.
Apa yang lebih menarik ialah artikel tersebut telah melibatkan pihak polis IPD Kuching dimana saya dihubungi mereka menyatakan seseorang telah membuat laporan kepada pihak polis bahawa artikel tersebut mempunyai unsur fitnah terhadap dirinya. Saya hanya tersenyum dan berbincang dengan polis tersebut mengenai dakwaan tersebut. Kebetulan nama pelapor juga adalah bermula dari huruf "S". 

Kelihatan perkara ini agak melucukan saya apabila dakwaan itu telah dibuat. Ia seolah-olah pelapor ataupun pihak yang mendakwa saya mengakui artikel tersebut adalah mengambarkan dirinya sendiri. Umpamanya dia pergi ke Kaunter aduan polis kemudian menyatakan sifat yang saya gambarkan dalam artikel tersebut merupakan dirinya. BUKANKAN ITU SAMA DENGAN MEMBUKA PEKONG DI DADA SENDIRI.

Saya sedikitpun tidak menyerang kredibiliti secara individu dan saya hanya membuat kenyataan secara umum. Artikel tersebut adalah bertujuan untuk memberi peringatan kepada semua masyarakat kita bahawa jika berjumpa dengan ciri-ciri sifat yang saya nyatakan dalam artikel tersebut hendaklah berhati-hati dan jangan sesekali libatkan individu tersebut di dalam satu-satu organisasi kerana dia boleh menyebabkan pecah-belah di dalam organisasi.

Ini merupakan pengalaman dan maklum balas yang lucu sepanjang saya membangunkan beloya2u.com. Kepada yang sudah terkena dengan fitnahtullah yang dibuat oleh "S" hendaklah pergi berjumpa dengan beliau sendiri ataupun pihak ketiga dan bersihkan nama anda tidak kira dengan apa sekalipun. "S" bermaksud "Siapa-siapa". 

LAGI DAN LAGI PENIPUAN MELALUI TELEFON RUGI RIBUAN RINGGIT

Seorang suri rumah kerugian RM2,190.62 apabila ditipu sindiket yang menyamar sebagai pegawai Bank Negara Malaysia (BNM) selepas menerima panggilan telefon mendakwa dia membuat transaksi di luar negara. Mangsa berusia 41 tahun yang berasal dari Taman Midah, Cheras di sini, berkata dia menerima panggilan telefon daripada seorang lelaki yang mendakwa pegawai Maybank Finance kira-kira jam 1.30 tengah hari pada 12 April lalu berhubung penggunaan kad kreditnya di jakarta, Indonesia.

Menurutnya, lelaki berkenaan mendakwa kad kreditnya digunakan sebanyak RM9,350 di negara itu dan apabila dia menafikannnya, lelaki itu memaklumkan pihaknya mempunyai rekod transaksi serta memintannya menghubuni Bank Negara di talian 03 27826998 sambungan 2017.

"Apabila saya menghubungi nombor tersebut, seorang wanita yang menggelarkan dirinya sebagai Helen menjawab telefon dan dia mengesahkan penggunaan kad kredit saya di luar negara. "Saya yang tertipu dengan helah sindiket itu kemudian mengikut setiap arahan mereka termasuk pergi ke mesin pengeluaran automatik (ATM) untuk menukar kata laluan akaun saya," katanya.

Dia kemudian diminta menukar kata laluannya ke nombor kad pengenalannya sendiri sebelum di arah menghentikan sebarang transaksi dan dilarang memaklumkan kejadian berkenaan kepada sesiapa pun termasuk polis bagi tempoh tiga hari kerana akan mengganggu siasatan BNM.

"Namun, saya yang bimbang dan sangsi dengan pertolongan Helen bertindak memaklumkan kejadian berkenaan kepada suami dan apabila memeriksa akaun saya seketika kemudian, kami mendapati hanya RM10 berbaki dalam akaun saya manakala RM2,190.62 sudah lesap.

Kes seperti ini akan terus menular di negara kita sekiranya pihak berkuasa tidak bertindak awal apabila berlaku perkara seperti ini. Perkara ini pernah berlaku dengan saya dan saya sudah melaporkan perkara ini kepada pihak BNM namun pihak BNM hanya memberi nasihat supaya mengabaikan orang yang membuat penipuan tersebut. Ini bermakna pihak yang tidak bertanggungjawab membuat penipuan kebal daripada mana-mana hukuman di Malaysia.

DI BINTULU BUNUH DIRI GANTUNG DIRI

Bintulu -Seorang gadis berusia 19 tahun ditemui mati menggatungkan diri di siling bilik tidur di kediamannya di RPR Kidurong Fasa II di sini awal pagi tadi. Mangsa ditemui adik perempuannya berumur 14 tahun yang terbangun apabila melihat cahaya lampu dalam bilik mangsa masih terpasang.

Sejurus mendekati pintu bilik mangsa, adik mangsa terkejut apabila menemui sekujur tubuh kakaknya dalam keadaan tergantung dengan menggunakan sehelai kain sarong di siling bilit tidurnya. Sebelum ini, mangsa pernah bekerja di salah sebuah pasar raya di Medan Jaya di sini sebelum berhenti kerja sejak dua bulan lalu, 

Semasa kejadian, mangsa tinggal bersama-sama dua adiknya, masing-masing seorang lelaki berusia lapan tahun dan adik perempuan berusia 14 tahun manakala kedua-dua orang tua mereka berada di Balingian melawat keluarga mereka bergegas pulang selepas dimaklumkan mengenai insiden malang itu.

Difahamkan, dua hari sebelum kejadian, mangsa meminta persetujuan orang tuanya untuk berkahwin dengan teman lelakinya, namun permintaannya ditolak. Sepasukan anggota polis bergegas ke tempat kejadian untuk menjalankan siasatan. Mereka turut merampas seunit telefon bimbit milik mangsa. Mayat mangsa kemudiannya dihantar ke rumah mayat Hospital Bintulu untuk bedah saisat bagi mengenal pasti punca kematian.

Inilah dikatakan cinta Bollywood yang selalu menayangkan cerita yang berunsur cinta kepada manusia sepenuh jiwa dan sepenuh hati. 

AL-QURAN DIGITAL MENYELAMATKAN BUMI

Pada masa dahulu masyarakat dunia menggunakan Batu ataupun kulit binatang untuk dijadikan salah satu alat penulisan seperti Al-quran. Perubahan telah berlaku mengikut zaman. Dengan lahirnya teknologi maka peralihan alat penulisan bertukar menjadi kertas dan sehingga kini kita masih menggunakan kertas. Manusia bagaimanapun tersedar bahawa dengan penggunaan kertas banyak boleh memudaratkan bumi kerana banyak pokok yang menghijau terpaksa menjadi korban. Dengan ini, lahirlah satu lagi enovasi yang intelektual pada masa kini yang akan mengubah peradapan manusia sejagat dan anda janganlah menjadi di kalangan orang yang ketinggalan.

Al-Quran Bersuara dan Bertajwid.


  1. Adakah anda mahu menjadi pembaca Al-Quran yang fasih?
  2. Adakah susah bagi anda memahami makna-makna Al-Quran dan memperbaiki tajwid?
  3. Adakah ibu bapa anda telah berumur dan susah bagi mereka untuk membaca Al-Quran?
  4. Adakah anda pelajar yang mengambil berat tentang i’rab dan ilmu bacaan?
  5. Adakah anda ingin mendidik anak-anak anda penghafal Al-Quran, tetapi tidak mempunyai banyak masa yang terluang untuk bersamanya?


KAMI ADA PENYELESAIANNYA

Al-Quran Bersuara Kami mempunyai ciri-ciri istimewa seperti berikut:

  1. Bacaan Al-Quran dengan suara daripada beberapa Qari yang masyhur
  2. Terjemahan dalam pelbagai bahasa termasuk Bahasa Malaysia, Inggeris dan lain-lain
  3. Penerangan bagi perkataan-perkataan Al-Quran.
  4. Terdapat amalan harian berserta dengan doa dalam bentuk MP3 bagi memudahkan hafazan.

Ciri-ciri lain Al-Quran Digital:

  1. Kitab suci Al-Quran ini menggunakan huruf Utmanik.
  2. Pembacanya merupakan pembaca yang termasyur
  3. Anda boleh memilih pembaca al-quran mengikut kehendak anda.
  4. Mempunyai pembesar suara dan Headphone.
  5. Cara pembacaannya hanya dengan membuat sentuhan pada Al-Quran.
  6. Pembacaan boleh di ulang semula.
  7. Mp3/Pause (2G/4G)
  8. Boleh memuat turun
  9. Penggunaannya boleh bertahan sehingga 6 jam.

JIKA ANDA BERMINAT UNTUK MEMILIKI AL-QURAN DIGITAL INI ANDA BOLEH TERUS MENGHUBUNGI KAMI DI:

PENGURUS DAERAH KUCHING
MUHD AFRIZA BIN KARIM @ KUT
+60146923975
+60194536799

Tingkat 1, Blok 401, Seksyen 11, KTLD, Jalan Satok, 93400 Kuching Sarawak

PERNAHKAN ANDA MELIHAT WAJAH INI??


INTAN NAJIHAH BINTI JUNNY
14 Tahun

Hilang Sejak 14 April 2011

Jika anda mempunyai maklumat mengenai pelajar ini,

Sila hubungi

En. Junniy
019 367 9499 @ 017 310 9973




~ MOHON SEBARKAN ~

- perelih.blogspot

MAYAT BAYI DISUMBAT DALAM BOTOL

Mayat seorang bayi yang sudah reput dijumpai disumbat di dalam botol Nescafe bersaiz besar di sungai Tawau pagi tadi. Botol itu dijumpai setelah tersangkut di bawah sebuah jambatan di sungai berkenaan di kawasan Blok 10 Kampung Titingan.

Bayi yang jantinanya belum dikenal pasti itu ditemui kira-kira 9.30 pagi oleh seorang penduduk. "Ketika saya sedang mengupas kelapa, tiba-tiba adik saya datang dan memaklumkan bahawa ada satu botol di bawah jambatan yang sangat mencurigakan".

"Sebaik sampai di jambatan, saya mengambil botol itu dan melihat secara dekat isinya. Selepas membuka botol dan melihat kandungannya, saya cepat-cepat menutup semula botol itu kerana tidak tahan dengan bau busuk yang keluar darinya," Kata Ronnie Jude, 32.

Beliau berkata kepada pihak polis telah mengambil botol berkenaan selepas dimaklumkan mengenai penemuannya. Ketua Polis Daerah Tawau, ACP Ibrahim Chin mengesahkan penemuan bayi tersebut dan siasatan terperinci masih dijalankan.- bernama

ISU BUNUH DIRI ADA KAITAN DENGAN STRESS KE?

Dalam tempoh 3 tahun sejak 2007, Seramai 731 individu dilaporkan telah membunuh diri di negara ini, kata Timbalan Menteri Kesihatan Datuk ROsnah Abdul Rashid Shirlin. Jumlah itu melibatkan 545 lelaki dan 186 wanita, manakala daftar Statistik Bunuh Diri Kebangsaan Malaysia pula menunjukkan 321 kes melibatkan pasangan berkahwin, 29 bercerai, 34 balu dan 298 lagi adalah golongan bujang.

Bunuh diri boleh berlaku akibat beberapa penyebab yang berkait seperti faktor biologi, genetik, psikologi, sosioekonomi, budaya dan persekitaran dengan faktor KEMISKINAN, tiada pekerjaan, kegagalan akademik, HUTANG dan putus hubungan romantik juga menyumbang kepada kejadian ini.

Gangguan bunuh diri atau psikiatri seperti kemurungan, skizofrenia, penyalahgunaan substans dan alkohol dan gangguan personaliti juga boleh mendorong kepada pelakuan bunuh diri.

Kerajaan mengambil beberapa langkah bagi merawat pesakit mental ataupun individu yang mengalami tekanan dalam kehidupan dengan mewujudkan beberapa klinik yang menawarkan khidmat pemulihan psikososial.

SEJARAH SENI SILAT KALAM

Pada zaman pemerintahan Raja Kedah yang bergelar Maharaja Derbar Raja II  yang juga dikenali sebagai  Merong Mahawangsa III pada tahun 1136 Masehi (536 Hijrah), ada seorang alim Islam dari negeri Yaman di tanah Arab bernama Sheikh Abdullah Bin Sheikh Ahmad Bin Sheikh AlQaumiri telah datang ke negeri Kedah bersama 15 orang pengiringnya. Sebaik sampai di bumi negeri Kedah, rombongan tersebut menunaikan solat berjemaah di tepi pantai. Peristiwa itu cukup menjadi sesuatu yang luar biasa bagi penduduk kampung negeri Kedah yang menyaksikan mereka. Pada maa itu umumnya rakyat negeri Kedah masih beragama Hindu. Berita tentang adanya rombongan datang dari luar negeri akhirnya sampai kepada Maharaja Kedah. Baginda mengarahkan supaya rombongan tersebut menghadapnya di istana.

Ekoran dari titah tersebut maka Sheikh Abdullah serta orang-orangnya datang mengadap baginda dengan membawa barang-barang dagangan dari Parsi dan menawarkan kepada baginda. Nampaknya, Raja pun sangat tertarik dengan barangan dari negeri Arab tersebut dan sebagai tanda persahabatan baginda memerintahkan supaya diadakan pesta di istana dalam rangka memberikan penghormatan kepada saudagar-saudagar arab tersebut. Seperti mana biasa pesta yang diadakan tidak pernah terlepas  dari hindangan haram yang berupa arak dan tarian-tarian yang mempersonakan dari penari-penari yang cantik dan menggoda. Setelah habis pesta, Raja pun masuk ke dalam bilik tidur dan melanjutkan budayanya meminum arak.

Sesungguhnya Maharaja Derbar Raja II adalah raja yang sangat kuat meminum arak. Tanpa diundang Sheikh Abdullah telah berada di samping raja padahal semua pintu terkunci dan dikawal ketat. Dengan nada rendah diri dan beradap Sheikh Abdullah menegur Raja "Tuanku jangan tuan hamba meminum ini, minuman ini adalah terdiri dari kencing iblis". Mendengar teguran tersebut baginda sangat murka dan menyerang Sheikh Abdullah dengan pelbagai senjata. Maka terjadilah perlawanan yang sengit antara keduanya. Pada akhirnya Sheikh Abdullah telah berjaya mengunci semua anggota badan baginda sehingga tidak dapat bergerak sama sekali dengan buah Seni Silat Kalam. Setelah Sheikh Abdullah melepaskan kuncinya baginda bertanya "Wahai orag yang handal, apakah ilmu kamu sehingga beta tewas dengan kesaktianmu". Maka berlakulah soal jawab antara mereka berdua. Dipendekkan cerita. Sheikh Abdullah diminta agar mengajarkan ilmunya kepada Raja. 

Terdahulu dari itu SHeikh Abdullah telah menerangkan kepada baginda serta menteri-menteri banginda berkenaan dengan  kebaikan dan kemurniaan agama Islam. Setelah mendengar keterangan dan penjelasan Sheikh Abdullah, baginda serta sekalian menteri baginda pun terbuka hati mereka dengan cenderung kepada agama Islam, lalu mereka beramai-ramai di Islamkan oleh Sheikh Abdullah. Setelah itu atas nasihat dan cadangan Sheikh Abdullah, Maharaja Derbar Raja II telah mengubah nama baginda dengan nama Islam yang diberi oleh Sheikh Abdullah iaitu Sulatan Muzaffar Shah dan negeri Kedah diubah namanya menjadi Kedah Darul Aman. Tiada lama kemudian ramai orang-orang besar serta orang-orang melayu Kedah pun memeluk agama Islam. Sultan Muzaffar Shah sangat kasih kepada Sheikh Abdullah kerana kebaikan dan tulus ikhlasnya terhadap baginda serta bijaksana dan baik tertib kelakuannya. Baginda telah melantik Sheikh Abdullah menjadi penasihat bginda. Setelah itu Sheikh Abdullah telah mengajar semua ilmu persilatan Seni Silat Kalam kepada baginda dan pembesar-pembesarnya. Perkembangan seterusnya, Sheikh Abdullah meminta agar Sultan merahsiakan nama beliau dan cukuplah dikenali sebgai Sheikh Tajrid.

Di bawah ini merupakan video Majlis Silaturahim Akedemi Seni Silat kalam Sarawak. Kepada belia-belia yang berminat untuk mempelajari Seni Silat Kalam yang juga menekankan kekuatan jati diri ini bolehlah email kepada saya di neo.barcode@beloya2u.com





"HIDUP BERSAMA MENGEMBANG DAN MENYATU"

2/4 WARGA KOTA DALAM KATEGORI MISKIN

Pengunjung yang mengunjungi kawasan pusat membeli belah yang mewah seakan memberi persepsi yang baik mengenai kehidupan masyarakat di sesuatu tempat. Tetapi siapa sangka bahawa sebenarnya separoh daripada golongan tersebut merupakan golongan miskin.



Walaupun hampir semua pengunjung yang datang ke tempat tersebut menggunakan jenama yang terkenal dan mahal tetapi kebanyakkannya tidak mempunyai wang. Mereka berbelanja secara berhutang ataupun menggunakan Kad Kredit. Keadaan ini menjadikan pendapatan mereka jatuh kepada -ve dan inilah dikatakan miskin.

Purata gaji rakyat Malaysia ialah sekitar RM3,000 sebulan. Sumber gaji tersebut digunakan untuk menampung kos pembelian atau penyewaan rumah, ansuran kereta, belanja isi rumah, hutang piutang pinjaman, berhibur dan sebagainya. Berdasarkan statistik Jabatan Perangkaan, taburan peratus isi rumah mengikut kelas pendapatan Malaysia menunjukkan 43.1% atau kira-kira 7.9 juta daripata 18.47 juta penduduk di bandar berpendapatan bawah RM3,000. Fakta lain pula menyebut bahawa penggunaan kad kredit di kalangan penduduk bandar melebihi 70% daripada 10 Juta.

Kenaikan harga barang akibat daripada kenaikan harga sumber bahan mentah utama iaitu petrol menyebabkan tekanan dalam masyakat bandar dan mereka terasa terhimpit dengan kehidupan yang semakin mencabar. Ada antara mereka mengambil langkah yang berisiko untuk mendapatkan wang bagi menampung kehidupan mereka dengan mengikut skim cepat kaya dan beberapa aktiviti jenayah yang lain.
Info:
Difinisi miskin bandar yang dikeluarkan Bahagian Kemiskinan Bandar (BKB), Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar (KWPKB) ialah pendapatan isi rumah di bawah RM2,300 sebulan.

Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) melalui e-kasih meletakkan ketua isi Rumah (KIR) yang berpendapatan kurang daripada RM1,500 sebagai miskin bandar.

Mari kita membuat kiraan bagi yang hidup bujang di sekitar bandaraya Kuching ataupun Sarawak secara AM nya:

  1. Sewa Rumah - RM500.00
  2. Bil utiliti (Elektrik, Air, Internet, Telefon) -RM300.00
  3. Sewa beli kenderaan -RM400.00
  4. Perbelanjaan bekerja harian (Makan dan Petrol) -RM500.00
  5. Bayaran Pinjaman PTPTN -RM150.00
  6. Hantar Wang kepada ibu bapa -RM200.00
  7. Keperluan peribadi (Baju, sabun etc) -RM200.00


Jumlah keseluruhan ialah RM2,250.00

Setiap perbelanjaan yang dinyatakan akan naik setiap 3 bulan berdasarkan kenaikan harga petrol seluruh negara. Mengikut sumber, petrol akan naik harga setiap 3 bulan ataupun setiap setengah tahun.

FENOMENA OBESITI DI KALANGAN PELAJAR

Pada masa sekarang muncul desas-desus mengenai perhatian kerajaan mengenai Obesiti yang berlaku di kalangan pelajar. Langkah yang di ambil kerajaan adalah dengan mengarahkan rekod prestasi pelajar hendaklah dicatat mengenai BMI pelajar bagi mengesan Obesiti dan memudahkan ibu bapa untuk mengawal pemakanan pelajar.




Arahan serta-merta ini adalah kerana kebimbangan kerajaan mengenai fenomena Obesiti yang boleh mengancam kesihatan pelajar-pelajar yang juga bakal pemimpin pada masa-masa akan datang. Penjualan makanan yang tidak sihat juga merupakan faktor mengapa obesiti ini berlaku dengan mudah contohnya makanan atau minuman yang mengandungi gula dan garam yang berlebihan. Tindakkan ini juga dilakukan kerajaan bagi memperkenalkan rakyat mengenai gaya hidup sihat.

Untuk makluman, Malaysia merupakan negara ke-6 di rantau asia sebagai negara yang mempunyai kadar obesiti yang tinggi di kalangan orang dewasa. Semua ini berlaku kerana kurang pendidikan mengenai pengambilan pemakanan serta sudah terbiasa dengan makanan-makanan ringan yang dijual di pasaran.

Kajian terbaru Kementerian Kesihatan mengangarkan lebih kurang 1.7 juta rakyat Malaysia yang berumur 18 tahun ke atas mengalami Obesiti. Keadaan ini amat membimbangkan dan rakyat Malaysia terdedah kepada resiko penyakit seperti diabetis, kardiovaskular dan beberapa jenis penyakit kanser. Sebagai rekod, penyakit diabetes mendudukan tangga ke 10 menyebabkan kematian di hospital kerajaan.

Kurang bersenam juga merupakan faktor utama kepada obesiti. Makanan yang mempunyai kalori dan kandungan garam serta merokok adalah faktoryang menyumbang kepada penyakit ini. Di anggarkan 1.5 juta rakyat Malaysia dewasa mengalami diabetes dan 4.8 juta menghidap darah tinggi.

Faktor yang nyata di depan mata kita sekarang adalah gaya hidup rakyat Malaysia yang suka makan dan minum di kedai-kedai makanan dan cafe di mana rata-rata meletakkan gula secara berlebihan dan perasa yang berlebihan. Sila klik SINI untuk membaca artikel mengenai laporan kedai makanan di sekitar tempat tinggal anda.

Tips Kuruskan Peha ..


Sapa rasa peha nya besar kedak Kaki KERBO ? Ha, tok tips yg aku mok share ngan ktk orang. Hasil daripada aku merajinkan dirik ku Meng'gugel', aku berjaya dapat kesimpulan camnei nak kecik kan peha. *aku belom praktis gik.. kelak2 mun dah kurus ku padah ahh..Hehehe*

Ok, demi ktk orang, lelah ku NGUPAH CARTOON k demo cara TERBAEK untuk Peha yg Cumil.
1) Senaman




2) Lotion

Ada macam-macam lotion dijual di pasar nun. Antaranya :-
1) Losyen Mustajab Pati Halia.. Alah, yg NORA DANISH jadi Duta ya bah.. [ Nora Danish tantek!:) ]



Erm, selain dari cara-cara atas tek, boleh juak melawat Slimming Sanctuary, Marie France, Slim World dan yg sekeluarga dengannya. Ya pun bagi yg mampu. Yang lebih AFDAL ya lah eksesaisss.. hihih...  :)

Ok, selamat mencuba kawan-kawan!! :)

BERHATI-HATI DENGAN ORANG MACAM TOK

Kisah tok terjadi dengan kamek dikpun bersama kawan-kawan yang lain yang menjadi mangsa keadaan.  Suasana riuh rendah bersama kawan-kawan 360 Degree Friends tiba-tiba hilang akibat daripada nafsu untuk mendapat perhatian dengan ngambik langkah memecah belahkan orang. Pegi sia nganok sidak sinun, pergi sinun nganok sidak sia. Akhirnya berpecah belah kawan-kawan semua.

Mulutnya nang jaik. Udah lah jaik berbau parit agik ya. Mula-mula semua orang hormat dengannya sebabnya lebih tua antara kawan-kawan. Sepatutnya yang tua merik tauladan kepada yang muda. Tetapi sebaliknya yang berlaku. Umurnya dah pun mencecah 41 asanya taun tok. Tua dah nak?.. Nya ompuan kurus-kurus.. Diam kat Flat Batu 6 Jalan Matang sia... Kerja kat Matang Jaya sia... Oppsss.. terpadah indah udik kamek. he he.. sik ku madah semua bah.. Nama panggilannya bermula dari Huruf "S".. Jeng Jeng Jeng....

Ciri-cirinya yang mungkin kitak orang boleh cam ialah seperti yang kamek sebut di atas lah. Selain daripada ya, ciri-ciri yang lainnya ialah ompuan ya salu muji dikpun madah diriknya banyak berjasa dengan si anu & si polan. Diriknya tek pande molah tok pande molah ya. Diriknya tek ada kazen mazen YB, Diriknya tek berkorban untuk orang lain. Macam-macamlah nak bagus tentang diriknya teklah. Orang lain semua jaik. Nya sorang ajak bagus. Mun nemu empuan ada ciri-ciri yang disebut dari atas sampe bawah. Hati-hati lah kitak orang k. Terutamanya kitak orang yang ada berkereta or yang ada kelebihan or yang ada molah organisasi. Jangan sesekali suruhnya enter ke organisasi kitak orang. Mun sik... Hancur organisasi kitak orang. Bunyi ngasut kamek owh.. adeh2...  Kamek molah research lepas apa yang berlaku dengan 360 Degree Friends... Apa latar belakang ompuan ya... That why kamek berani madah kitak orang mesti berhati-hati sebab mulutnya sik akan kepak fitnah orang.

Kejadian tok memang sik disedari apabila ompuan ya mala ngankat orang madah orang tok bagus then madah orang nun sik bagus. Bagus pange gia ka?. Macam talam dua muka jak. Bila kitak orang mintak pendapatnya tentang sesuatu or berkongsi masalah dengannya. Habislah kitak orang.. Sebabnya ompuan ya akan madah dengan orang ketiga bahawa kitak orang sik puas hati dengan orang ketiga. Sukati mak bapak belah ninek angkatnya madah gia. Ujung-ujung cerita kelaie lah jawapannya. Semuanya berpunca daripada mulut parit ompuan ya tek.

Kisah lain ialah ompuan tok suka nuduh perkara yang luar biasa tentang orang lain. Madah kawan nyatok mabok la. Kawan nyanun ngepil la. Kawan nyaya bodo la. Macam-macamlah benda yang nya tuduh ataupun dengan kata lain fitnah. Kali mintak tanpa berlipat orang macam ya nak nong owh. Manusia camtok lah diketegorikan sebagai dengki sampe mati leput. Gik KO!!! kekekekekekek...

Sekiranya kitak orang ada hubungan yang bagus rapat dengan kawan kitak orang then ompuan ya muncul dalam hidup kitak orang. kamek sure kitak orang akan berpecah belah sebab mulutnya akan ngembak cerita jaik sesama kitak orang lepas ya kelaie la kesudahannya. Antara mangsa-mangsa yang dikenal pasti dalam kes tok ialah dalam tujuh lapan orang gia la. Semuanya berlaku secara berperingkat. Sorang-sorang kawan-kawan kamek jadi jaik oleh mulutnya.

Perkara yang paling nyata tentang pempuan tua sik sedar dirik ya ialah nya semua betul orang lain semua salah. Selain daripada ya, mun kitak orang ada kelebihan kereta ka, pemande ka.. siap la kitak orang kenak manipulasi.. Mun nak molah apa-apa projek ka.. kitak orang nak kongsi dengannya... Ujung-ujung ceritanya lak.. mestinya madah dengan semua orang yang semua kejayaan projek ya atas usaha nya sorang... Cayo lo cokep den... 

Pelik tapi benar.. Orang macam tok memang wujud sebabnya sikda kemaluan dalam diriknya agik. Sejarahnya membuktikan nya nang gia sejak dahulu kala berkala-kala.. Sebelum tok nya berjaya memecah belahkan keluarga dikpun (Dapat dari sumber yang boleh dipercayai). Lepas ya nya berjaya memecah belahkan saudara maranya (Dapat dari sumber yang amat meyakinkan). Lepas ya nya berjaya memecah belahkan rumah tangganya pun (Sumber amat sahih) & kinektok nya berjaya memecah belahkan orang luar yang dekat dengannya. (Sumbernya aku dikpun). Semua sejarah yang berlaku di atas ya memang berasas berdasarkan kehidupan yang nya lalui nektok. Setan Ifrid lam badannya ya dikonon dipadah kawan kamek manas dengan pangenya bah. Sumber-sumber yang kamek dapat ya bukan secara sengaja berlaku tetapi orang yang teraniaya datang berporet dengan kamek tanpa kamek mintak. Sebab ya kamek berani madah manusia jenis "S" ya dengki sampe mati leput.

Sebelum kamek terlupak. Ompuan "S" ya elergik dengan duit. Mun biznes kitak orang bagus nak.. Mun part-part pembahagian keuntungan nak.. Masa ya lah perangenya berubah dengan tujuan untuk ngambik semua perolehan ya.. Tauk sik apa alasannya akhirnya.. Nya madah diriknya berusaha lebih dari orang lain la... Apa lagik nak... Madah nya tek...

Kebanyakkan perkara yang nya cerita dengan orang hanya 10% jak benar dan selebihnya 90% bulak-bulak belaka. Tauk sik, perkara tok terjadi pada bulan oktober 2010 tapi sampe kinek tok kamek dengar mulut paritnya masih ngembak fitnah ke hulu ke hilir. Mana-mana individu yang kenal dengan kawannya akan bertanyak dengan kawannya apa yang dicerita oleh ompuan "S" tek. Sebab ya perkara tok ditapok tetap nampak juak akhirnya.

Profesional sik manusia ya mun ngembak fitnah sampe ke tempat kerja orang lain, menjatuhkan reputasi orang lain, Memberi persepsi jaik dengan orang lain & macam-maca lagiklah yang membolehkannya nampak bagus gilak-galak dikononnya la. Aok eh.. bagi kitak orang yang baca langkah-langkah ya "S" ya bukan stand untuk SONDAL ah.. ya adalah nama orang k.. kekekekekekekekekek..

Bila la manusia gitok nak berubah serta mintak maaf dengan kesalahan dikpun ka.. Kubo kata mari.. Rumah kata pergi.. Mulutnya tetap juak bau parit... Akhir kata.. kitak orang berhati-hati dengan ciri-ciri manusia yang kamek dah ceritakan dengan kitak orang k...



DEWASAKAH KITA MENGUTUK SESAMA KITA

Sana-sini kutuk mengutuk kedengaran. Di media cetak, internet, media masa dan mulut-mulut yang tak lena untuk berkata-kata. Mengata di polan jahat berlaka dan berbalas balik dengan kata-kata jahat serta nista. Tidak akan pernah ada kesudahannya. Akan bersambung pada episod lima tahun akan datang selepas 16hb April 2011.

Lupakah kita dengan kejadian 13 Mei yang menimpa negeri tercinta kita ini suatu ketika dahulu. Pertumpahan darah tidak mengira umur dan jantina. Asalkan nafsu dendam dapat dilerai dengan darah maka disitulah akan ada pertumbahan darah. Tidak ada kesudahannya juga. Semuanya kerana mulut-mulut yang lantang berkata dan mengata bangsa si polan penipu belaka dan bangsa di anu pemfitnah tahap dewa.

Permulaan jendela 13 Mei adalah kerana tiada keserasian, kedengkian dan ketidaksamaan dari segi ekonomi dan sosial. Mulut-mulut jahat mula berbicara dengan melemparkan tuduhan yang melulu kepada sesiapa sahaja yang menghalang hajat di hati. Benih-benih kebencian mula disemaikan. Ianya tidak berlaku bersahaja tetapi mengambil masa. Luka di hati yang dicerca akan mula menjadi barah yang bernanah. Demokrasi dilaungkan adalah untuk bersaing memajukan bangsa tetapi berlaku sebaliknya

Siapa yang merasa kesengsaraan dikala 13 Mei menjelma. Sudah lupakah kita. Siapa pula yang datang menjenguk untuk memberi kata-kata dusta dan memberi semangat untuk berkata nista. Dia laungkannya  "Semangat Nasionalisme Dayak!!" dan dia laungkan "Semangat Nasionalisme Iban!!". Semangat Dayak dan semangat iban bukan untuk kamu politikkan. Semangat itu adalah semangat yang kamu tidak akan mampu untuk memahaminya. Mereka bukan orang yang kamu kenal 50 tahun dahalu. Mereka sudah tahu malah lebih maju dan matang atas pimpinan kerajaan yang memerintah.

Bukan kutuk mengutuk caranya untuk kita dapat apa yang kita hajati. Tetapi usaha dengan mengikut tradisi yang sudah di ajari. Bukan hanya menadah tangan untuk mendapatkan yang dihajati tetapi dengan usaha dan titik peluh sendiri. Tidak mungkin kamu akan dapat berubah sekiranya hanya berpeluk tubuh dan menunding jari. Jawatan diberi tapi tidak berfungsi akhirnya akan memakan bangsanya sendiri.

Sedih rasa hati apabila melihat sesama bangsa bergaduh sesama sendiri. Mereka melaungkan kekuatan pimpinan mereka mengikut parti. Ke hulu ke hilir membawa bendara dan bertebaran di serata negeri. Tetapi bila ditanya siapa pemimpin kamu, langsung tidak kenal dengan pemimpin sendiri.

Gerun rasa jiwa apabila mengenangkan 13 Mei mungkin berlaku apabila mulut-mulut hina mula meniup semangat perkauman. Bukankan kita sudah berikra di bawah naungan satu bendera Malaysia. Tidak mengira bangsa agama dan negara. Mulut-mulut hina itu tidak lain tidak bukan adalah untuk mendapat apa yang dihajat di hati.

Bukankah jawatan pemimpin itu untuk menyatukan dan menyatukan dan bukanlah untuk melakukan kerosakkan dengan cara pecah perintah. Dulu aku mungkin tidak faham apa yang berlaku tetapi setelah maklumat mudah didapati hampir setiap hari aku mendengar semangat perkauman dilaung-laungkan.

Berhati-hati dengan kata-kata yang datangnya bukan dari ahlinya. Kita yang duduk setanah menyokong yang bukan setanah dengan kita. Kita dihasut yang bukan setanah dengan kita untuk membenci dengan yang setanah dengan kita. Jangan lupa kita adalah setanah dan esok lusa pasti bertemu muka. Jangan kerana harta menyebabkan kekaburan mata.

FILEM MERLIN ADALAH PROPAGANDA YAHUDI

Melentur buluh biar dari rebung adalah pepatah melayu yang bermaksud mengajar anak biarlah semasa dia kecil. Hari ini saya telah menemui yang mungkin telah ditemui oleh pemikir yang lain mengenai video di youtube iaitu "the arrival" ataupun yang ada persamaan dengannya.



Secara kebetulan sejarah kumpulan Freemason ataupun kumpulan yang menyembah syaitan yang baru saya tonton sebentar tadi ada kaitan dengan filem yang ditayangkan di kaca telivisyen di setiap rumah seluruh negara. Peminat filem Melin ini tidak mengira umur dan latar belakang seseorang. Sedar tidak sedar sebenarnya filem ini membentuk satu persepsi ataupun sikap kepada manusia mengenai sihir dan ianya ada kaitan dengan kumpulan yang menyembah syaitan iaitu Freemason.

Dalam masa 10 ke 20 tahun akan datang, anak-anak kecil yang menonton filem ini mungkin berpendapat bahawa Sihir itu baik kerana filem Merlin menayangkan kisah seorang lelaki yang bernama Merlin menyembunyikan sihirnya dari rajanya dan cuba membantu rajanya daripada diganggu oleh musuh-musuhnya. Sedangnya berhubung dengan jin itu adalah ditegah dan sihir itu adalah berdosa.

Bagaimana saya mengaitkan filem Merlin dengan kumpulan Freemason ini adalah jalan cerita Merlin itu sendiri ada persamaan dengan sejarah bagaimana kumpulan Freemason ini yang suatu ketika dahulu dikenali sebagai Knight Templer cuba memasuki Eropah dengan membawa dakyah menyembah syaitan telah dihalau oleh raja-raja Eropah. Pada ketika itu, Eropah mengharamkan penyembahan syaitan dan pengunaan sihir. Bukankah perkara ini ada persamaan dengan filem Merlin dimana rajanya mengharamkan penggunaan sihir.

Dalam filem Merlin, seorang individu yang menyelamatkan rajanya menggunakan sihir memegang watak yang baik dan ini mendatang persepsi yang baik kepada amalan sihir. Tidak dapat berkata tidak bahawa rakyat Malaysia telah diserang rohaninya menggunakan televisyen dan ini bermakna dalam masa 10  ke 20 akan datang maka Sihir ataupun amalan syaitan ini akan diagungkan oleh Manusia seluruhnya kecuali orang-orang yang beriman.
Negara seluruh dunia sibuk menyiapkan negara mereka dengan bala tentera dan senjata yang canggih namun mereka terlupa pada senjata rohani yang menyerap masuk ke dalam negara mereka dengan mudah hanya dengan menggunakan Media. Bagaimana ini terjadi?. Tidak payah kita pergi jauh, lihat sahaja apa yang berlaku di sekeliling kita. Bagaimana media memainkan peranan yang penting dalam membentuk pemikiran manusia terutamanya dari segi ekonomi. Iklan-iklan KFC, McD, Coca Cola, Kit Kat dan sebagainya memberi impak yang besar kepada ekonomi dan tidak ada bezanya dengan rohani manusia. Rahani manusia diserang menggunakan filem seperti filem Merlin tersebut.

Antara watak-watak dalam merlin ialah :
Merlin
Putera Athur
Gaius
Raja Athur Pendragon
Morgana

Mungkin ada dikalangan kita tidak bersetuju dengan pendapat saya dan mungkin akan mengambil ringan atau mudah dengan pandangan saya. Jika anda merasakan demikian, anda disarankan untuk menonton video di youtube.com yang bertajuk "the arrival". Sedarlah kamu dengan apa yang berlaku di sekeliling kamu.

Jika di izinkan yang esa, saya akan mengupas mengenai keanehan pertemuan dua kepercayaan yang berbeza yang saling berbunuhan 1400 tahun dahulu menjadi satu.


ADAB DI GELANGGANG AKEDEMI SILAT KALAM SARAWAK

Akedemi Seni Silat Kalam telah melatih beberapa orang pelajar baru bermula dari Mac 2011. Setiap pelajar diterapkan dengan nilai-nilai murni serta moral yang tinggi. 
Di dalam Seni Silat Kalam, Adab amat dititik berat dan terdapat beberapa rukun dalam Seni Silat Kalam yang memberi peringatan mengenai adab-adab dalam kehidupan. Antara adab-adab ataupun rukunya ialah:

Kami beradapan kepada Allah dan Rasul
Kami beradapan kepada Ibu dan Ayah
Kami beradapan kepada Abang dan kakak
Kami beradapan kepada guru yang mengajar kebaikan.
Kami beradapan kepada sesama ahli silat kalam
Kami beradapan kepada sesama Insan.

Adab-adab ini dibaca semsa membuka gelanggang.

Turutan semasa membuka gelanggan adalah dimulai dengan setiap pelajar dikehendaki mengambil wuduk dan kemudian berdiri di hadapan guru silat dengan tegak dan teratur. Kemudian mendengar arahan dari guru silat. Selepas itu, setiap pelajar bersama dengan guru akan membaca Al-fatihah bagi memberkati majlis ilmu yang akan dilangsungkan. Selesai membaca Al-fatihah, Semua ahli silat kalam kemudian mengankat tangan kanan dan membaca rukun-rukun dalam Seni Silat Kalam. 

Setelah selesai melakukan perkara di atas, maka aktiviti memanaskan badan dimulakan disertai dengan amalan-amalan harian yang sudahpun di terangkan kepada semua pelajar Seni Silat Kalam. Selepas itu, barulah pembelajaran dilakukan.

Setiap yang dibuka pasti ada penutupnya. Apabila selesai sesi pembelajaran maka adab menutup gelanggang akan dilakukan dengan berdiri di hadapan guru dengan teratur kemudian mendengar arahan guru. Disusuli dengan membaca Al-fatihah  dengan menadah tangan. Setelah selesai perkara tersebut maka, semua pelajar dan ahli Seni Silat Kalam bersalaman sambil berselawat. Adab bersalaman dalam Seni Silat Kalam adalah dengan bersalam dan menemukan bahu kanan dan kiri.

Di bawah ini merupakan video sedutan pelajaran dalam Akedemi Seni Silat Kalam :.



AYAT KURSI PAKAIAN RASUL

Sebelum saya mengulas mengenai tajuk di atas, terlebih dahulu saya nak memperkenalkan permulaan serta detik dan ketika penggunaan bahasa Sarawak bagi setiap artikel yang seterusnya iaitu perkataan bahasa melayu baku berbual atau berbincang akan digantikan dengan perkataan beloya. Dengan erti kata lain beloya adalah bermaksud berboral, berbual, berbincang atau bersembang.

Ilmu dunia dan akhirat amat luas sehingga manusia hanya mampu menguasai sedikit sahaja walaupun secanggih mana ciptaan manusia. Perumpamaannya adalah ilmu itu seluas air di lautan dan manusia hanya mampu menguasai setitis air dari lautan sahaja.

Dalam beberapa hari ini saya suka bertanya dengan kawan-kawan saya mengenai sesuatu yang melibatkan alam ghaib kerana saya merasakan diri saya tidak selesa kerana diganggu. Setiap kali berjumpa dengan rakan-rakan saya kami akan beloya mengenai perkara tersebut.

Antara yang menarik minat saya dan dengan ikhlas hati saya kongsikan dengan anda adalah mengenai pakaian Nabi iaitu ayatul kursi. Ayatul kursi ini diturunkan untuk melindungi manusia daripada ganguan jin dan syaitan ataupun ilmu-ilmu hitam yang ditujukan.

antara perkara yang kami beloya adalah teknik membaca ayatul kursi dan bagaimana ianya boleh membantu kita dengan izinnya. Cara nya ialah dengan membaca ayatul Kursi kemudian berniat ianya diletakkan di bahagian dada, bahu kanan, bahu kiri, belakang, atas kepala dan di bawah. Ini bermakna pembacaan ayat tersebut hendaklah dibuat sebanyak enam kali.

Jika kita merasa berdebar-debar dan terancam eloklah kiranya kita membaca ayatul kursi bersama dengan niat-niat kita. Sekiranya anda merasakan diri anda disihir maka ayat ini juga berguna.

Apa yang saya kongsikan diharapkan dapat memberi menafaat kepada anda semua. Segala yang kurang itu adalah datang dari saya sendiri dan kelebihan itu rahmat Allah. Renung-renungkan dan selamat beramal.

PERSEMBAHAN SENI SILAT KALAM SARAWAK DI TEKUN NASIONAL KUCHING

Silat ataupun yang dikatakan berasal dari solat. Seni mempertahankan diri yang berasaskan Solat. Amalan-amalan harian yang menerapkan kekuatan jati diri yang tinggi. Akedemi Seni Silat Kalam Sarawak mula bertapak di Sarawak pada Awal Mac lalu dengan dipengerusikan oleh Dato Dahlan Ali dan Panasihatnya dikenali sebagai Abg Pit dengan dibantu oleh tenaga pengajar yang bercita-cita untuk mengembang dan menyatu iaitu saudara Hasnol dan saudara Rosli. Tidak lupa juga Mahaguru yang amat saya hormati iaitu Mahaguru Mazlan yang juga turut hadir bagi memberi sokongan dan dorongan yang tinggi kepada anak buahnya.

Ini merupakan pertunjukkan kali ke II Akademi Seni Silat Kalam bagi menarik minat belia-belia untuk mengikuti akedemi ini yang menerapkan nilai jati diri yang tinggi. Pertunjukkan kali pertama telah berlangsung di PWTC Kuala lumpur pada Mac lalu.

Belia-belia di sekitar kuching dijemput untuk mengikuti dan mempelajari Seni Silat Kalam ini tidak kira bangsa, agama dan budaya. Anda amat di alu-alukan. Gelanggan Petra Jaya sudah bersedia menerima anak murid baru bagi meneruskan warisan Seni Silat Kalam ini. Jika anda berminat untuk mempelajari dan mengetahui lebih lanjut mengenai Seni Silat Kalam ini. Anda bolehlah menghubungi saya di email dan nombor telefon berikut : neo.barcode@beloya2u.com dan +6013 777 848.
Budaya Seni Silat Kalam yang mementingkan adab-adab ataupun budaya saling hormat-menghormati serta ketelusan hati dalam aktiviti harian boleh memberi impak yang baik dalam kehidupan. Segala perbuatan dan lisan dijaga dengan rapi bagi memberi kekuatan dalam diri dan bukan sahaja sekadar jurus-jurus yang di ajar.

Berikut adalah video ringkas pertunjukkan Akedemi Seni Silat Kalam :.



LANGGAN TV SATELIT PERCUMA SENAPANG

Salmon, Idaho 8 April -Rangkaian kedai elektronik di beberapa bahagian di Idaho dan Montana menawarkan senapang percuma kepada pengguna yang pertama kali melanggan perkhidmatan televisyen satelit.



Promosi hasil idea gabungan antara pembekal RadioShack dan saluran Dish di barat Montana serta barat daya Idaho itu berjaya menarik perhatian orang ramai dari kawasan sekitar.

Mengikut tawaran promosi itu, pengguna baru yang melanggan pakej saluran Dish akan diberikan kupon bernilai AS$135 (RM415) untuk membeli sepucuk senapang di kedai tempatan.

Macam-macam cara peniaga menarik minat pelanggan untuk membeli produk dan perkhidmatan mereka. Cara ini memang berkesan kepada promosi yang dibuat. Ini menunjukkan penggunaan sejata api di Salmon, Idaho adalah bebas tanpa mengenal usia, darjat dan jantina. Pengganas pun boleh memiliki senjata api. untuk makluman  Salmon ni berada di wilayah US.


Setiap kali ada tunjuk perasaan pasti ada yang terbunuh. Setiap kali ada pergaduhan pasti ada yang terbunuh. Setiap kali ada kesalahfahaman pasti ada yang terbunuh. Itulah kesan jika senjata api tidak dikawal pengeluarannya dan untuk memilikinya. Rakyat Malaysia disarankan jangan melawat negara-negara seperti ini..

TELUR TIRUAN DI SIASAT DI MALAYSIA

Kementerian Kesihatan sedang menjalankan siasatan terperinci terhadap telur tiruan yang dijual di pasaran tempatan. Menterinya, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, sebanyak tiga sampel telur telah di ambil di Pulau Pinang dan dihantar ke Jabatan Kimia untuk dianalisis bagi menentukan ketulenannya.





Katanya, jika keputusan analisis menunjukkan ianya sah tiruan seperti didakwa, maka tindakan undang-unjang akan diambil terhadap mereka yang bertanggungjawab.. "Sehubungan itu, orang ramai tidak perlu risau dan diharap tampil membuat aduan jika meragui tentang ketulenan telur yang dibeli.

"Aduan terbabit boleh disalurkan kepada bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan, Jabatan Kesihatan Negeri atau Pejabat Kesihatan Daerah yang berdekatan atau melalui laman web http://fsq.moh.gov.my". Katanya dalam kenyataan akhbar di sini hari ini.

Menurut Tiong Lai, perbuatan menjual telur tiruan adalah satu kesalahan mengikut seksyen 14(1) dan 14(2) Akta Makanan 1983 dan peraturan 171(1) Peraturan-peraturan Makanan 1985. Katanya, jika sabit kesalahan di bawah seksyen 14(1) iaitu larangan menjual apa-apa makanan yang bukan daripada jenis, bahan atau kualiti bagi makanan tersebut, boleh dihukum penjara tidak melebihi lima tahun atau denda atau kedua-duanya sekali", Katanya. -Utusan






Antara bahan-bahan yang digunakan untuk membuat telur tiruan ini ialah seperti calcium carbonate, starch, resin, gelatin, alum dan lain-lain lagi bahan kimia yang diperlukan..


360 DEGREE FRIEND BOWLING & SNOOKER

Ini merupakan aktiviti 360 Degree Friends yang biasa di adakan  jika korum cukup. Aktiviti ini tidak di warwarkan secara meluas menggunakan laman sosial kumpulan 360 Degree Friends yang dibuat seperti selalu. Namun begitu, kami pernah mengadakan aktiviti ini sebelum ini dan dihadiri lebih kurang 20 rakan dari 360 Degree Friends dan pada masa itu kita telah berjumpa dengan rakan-rakan baru.


Pada masa-masa akan datang kita sekali lagi akan mengadakan aktiviti seperti ini bagi mengeratkan silaturahim antara kita selain dapat menambah kawan baru dan tidak hanya sekadar berkawan di Internet sahaja. Dari sinilah maka kita boleh berkongsi maklumat secara langsung atau tidak langsung.

Untuk makluman pada masa ini iaitu setiap hari rabu malam "Ladies Night" wanita diberi diskaun untuk bermain bowling dengan harga RM10.00 untuk 3 kali pusingan permainan. Sewa kasut adalah percuma. Untuk wanita sahaja yerrr.. Lelaki kenalah bayar full.

Bersama artikel ini saya sertakan video aktiviti 360 Degree Friends pada 6 April 2011. Saya berharap dapat berjumpa dengan anda dan bermain dengan anda untuk aktiviti seterusnya nanti. Selamat menonton dan klik SINI untuk mengikuti kumpulan 360 Degree Friends.



KUCING KENA LA MANDI JUGAK

Membela Kucing bukan setakat memberi makan dan menghiburkan kita dikala susah hati. Kebersihannya juga perlu dijaga. Kebanyakkan penggemar Kucing lebih senang menghantar Kucing di kedai-kedai yang menyediakan perkhidmatan memandikan Kucing. Padahal kita sendiri boleh memberinya mandi.
Apabila kita sendiri memberi Kucing kita mandi maka ianya boleh mengeratkan silaturahim kita dengan Kucing kita. Selain, kita dapat melihat sendiri atau merasa sendiri jika terdapat luka-luka di badan Kucing dan kotoran yang melekat pada badannya. Anda hanya perlu membeli syampu khas untuk kucing. Bahagian yang anda tidak boleh kenakan terus dengan air adalah bahagian kepala ataupun bahagian matanya. Jika anda terus kenakan air pada bahagian tersebut ia boleh mengakibatkan kucing anda kelemasan dan mungkin boleh mendatangkan cedera kepada diri anda.

Ketika anda memberi mandi kucing anda. Pastikan matanya, bahagian kemaluannya, telingannya di cuci. Rata-rata penggemar kucing yang saya kenali lebih senang menghantar Kucing ke kedai untuk di beri mandi. Bukankah lebih elok kiranya kita sendiri yang memberinya mandi. he he...Mudah jerr...

Untuk makluman. info ini hanya untuk kucing tempatan sahaja. Kucing tempatan lagi kiut, cantik, tangkas dan loba kata orang Sarawak. kekekekekek..  Di bawah ini merupakan video saya memberi kucing saya mandi. Namanya Si Kacak dan saya menjaganya sejak dari dia lahir dari perut ibunya (Si Kirana) lagi. Si Kacak merupakan jenerasi ke-3 dari kucing yang saya bela dulu dan dia bermata biru.. Selamat menonton.


PERMAINAN VIDEO LUCAH

Kegilaan remaja lelaki termasuk pelajar sekolah terhadap permainan komputer lucah menerusi cakera padat (CD) perisian komputer dan cakera video digital (DVD) menawarkan pengalaman sebagai pelakon untuk "Memancing" watak gadis animasi sehingga tahap melakukan hubungan seks di alam maya, kini membimbangkan.







Difahamkan, pemain perlu menempuh beberapa peringkat sama seperti kehidupan seorang lelaki di alam nyata, antaranya merangkumi proses mengurat gadis maya idaman bermula sesi temu janji (Dating) hingga datang ke rumah untuk mengambil hati kedua ibu bapa teman wanitanya itu.

Sejurus semua peringkat itu diselesaikan, pemain akan diberi peluang untuk mengakhirinya di ranjang bersama gadis berkenaan yang menayangkan susuk tubuh bogel dan mengiurkan.

Perkara itu dibongkar bahagian Kawalan Filem dan Penguatkuasaan (BKF) kementerian Dalam Negeri (KDN) Negeri Sembilan yang merampas puluhan bahan haram terbabit di sebuah premis menjual peralatan komputer di pusat beli-belah Terminal One di sini, pada 8 Mac lalu.

Ketua Cawangannya, Zainal Abidin Othman, berkata serbuan dilakukan hasil risikan pihaknya berhubung kewujudan permainan lucah yang dijual secara terbuka dengan harga RM15 sekeping. Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai perkara ini bolehlah menghubungi pejabat BKF KDN negeri di talian 06-7611152 untuk tindakkan lanjut.


BLY: Pelik tapi benar, CD ni dah lama dah berada di pasaran. Tapi baru sekarang ke sedar. Haiya!!

LAGI CERITA RADIASI NUKLEAR DAN PENIPUAN

Sebelum ini kita dengar desas dusus mengenai konon-kononnya penipuan SMS yang menyatakan rakyat Malaysia dan Sarawak Khasnya terdedah kepada radiasi bagi melumpuhkan ekonomi negara diterima dengan hati terbuka. Kes ini bagaimanapun mendedahkan pencawang-pencawang yang dipasang di beberapa kawasan bagi mengesan radiasi. Sayang Sarawak tidak ada pencawang mengesan radiasi.



Ini pula kejadian yang berlaku di Tokyo Jepun, Polis Jepun, semalam menahan dua lelaki yang menjual ubat didakwa mereka dapat melindungi orang ramai daripada kesan radiasi nuklier. Dua lelaki berkenaan iaitu perniaga makanan kesihatan, 50 dan pembantunya yang berusia 29 tahun didakwa menjual ubat berkenaan, kata jurucakap Jabatan Polis Tokyo. 

"Iklan yang disiarkan mereka menyatakan ubat yang diberi nama Premium Zeo-lite boleh menyerap bahan radiasi dan membuangnya daripada tubuh manusia dalam tempoh enam jam melalui proses perkumuhan," ujarnya.

Menurutnya, ubat itu terbukti tidak efektif untuk membebaskan bahan radiasi seperti mana didakwanya. Dua lelaki terbabit menjual 10 botol ubat itu kepada tiga orang antara 17 Februari hingga 29 Mac lalu dengan harga 47,500 yen (RM1,705.00) -AFP

MENERIMA PANGGILAN YANG MENGERINGKAN POKET (SILA BACA DAN BERHATI-HATI)

AWAS!! Hanya menerusi panggilan telefon, satu sindiket penipuan antarabangsa dipercayai didalangi warga Taiwan boleh membuatkan anda pokai dan setakat ini hampir 200 orang menjadi mangsa membabitkan kerugian kira-kira RM10 Juta.



Sindiket itu yang bergiat aktif sejak dua tahun lalu mempunyai kepakaran tinggi apabila mampu memastikan nombor telefon pemanggil yang tertera pada telefon bimbit mangsa adalah nombor telefon ibu pejabat Polis Bukit Aman atau Bank Negara.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Wira Syed Ismail Syed Azizan, berkata mangsa terbaru sindiket itu ialah seorang lelaki dari Sabah berusia 30-an yang tertipu sebanyak RM250,000.00.

Menurutnya, modus operandi sindiket licik itu memerangkap mangsa dimulakan  dengan menelefon mangsa dengan pemanggil menyamar sebagai pegawai polis Bukit AMan atau kakitangan Bank Negara.

"Mangsa dimaklumkan akaun bank atau kad kredit mereka diceroboh pihak ketiga dan jika tidak segera memindahkan wang ke akaun lain, mereka akan kerugian kerana wang akan dicuri sidiket penipuan." Katanya.

Menurut Syed Ismail, mangsa pada mulanya tidak percaya maklumat itu dan akan menghubungi semula nombor telefon terbabit, namun panggilan mereka dijawab mesin operator elektronik sama seperti sistem yang diguna pakai Bukit Aman atau bahagian khidmat pelanggan Bank Negara.

"Siasatan polis mendapati sindiket terbabit menggunakan perisian khas dikenali sebagai VOice Internet Protocol iaitu sistem panggilan telefon melalui pelayan komputer bagi memudahkan proses penyamaran.

Justeru, mangsa yang mula yakin dan takut wang mereka hilang akan mengikut arahan diberikan dan arahan itu yang menyebabkan mangsa kehilangan wang di dalam akaun bank atau kad kredit mereka," Katanya.

Beliau berkata, antara arahan pemanggil yang mendakwa pegawai polis Bukit Aman atau kakitangan Bank Negara itu ialah memberikan satu sisi nombor yang didakwa kod atau kata aluan untuk proses transaksi pemindahan wang melalui mesin juruwang automatik (ATM).

"Selepas mangsa memindahkan wang ke dalam akaun ketiga yang diberikan, mereka juga diminta menghapuskan resit bank atas alasan keselamatan.

"Selepas berbuat demikian mangsa diarah menunggu tiga jam, kononnya untuk proses kemas kini akaun sebelum diminta menghubungi semula pemanggil untuk membolehkan mereka mengambil wang. Bagaimanapun, suspek gagal dihubungi selepas itu dan menghilangkan diri. Ketika itu mangsa menyedari mereka ditipu, tambhan pula apabila mendapati wang dalam akaun masing-masing sudah tiada dan mereka tiada akses untuk akaun ketiga di mana wang mereka dipindahkan," Katanya.

baca lebih lanjut di : Harian Metro.

BERHATI-HATI MEMBAWA LAPTOP DI KEDAI MAKAN

Ini merupakan rakaman dari litar tertutup mengenai gelagat seorang pencuri di tempat terbuka. Mungkin kita tidak pernah berfikir perkara ini pernah berlaku di Malaysia. He he.. Kalau kita leka dengan barang kita dan tidak dijaga dengan baik maka ia akan memberi peluang kepada pihak atau individu yang tidak bertanggungjawab serta tidak berhati perut untuk merosak atau mencuri barangan kita.



Sekarang ini kebanyakkan kedai makan atau Cafe dilengkapi dengan WIFI yang membolehkan pelanggannya mengekses internet di kedai mereka sambil menikmati makanan. Sudah menjadi trend pada masa kini remaja, kanak-kanak dan setiap peringkat umur akan membawa sekali Laptop mereka. Maka di sini wujudlah peluang kepada penyangak dan penyamun.

Silalah tengok video bawah ini dan berhati-hati dengan penyamun di sekeliling anda:



ABDULLAH SAIDOL CALON BARISAN NASIONAL N.36 - SEMOP




Barisan Nasional(BN ) dinasihatkan supaya tidak memandang rendah lawan calon Barisan Nasional di Dun 36  Semop pada pilihanraya kali ini. Sebelum ini penyandang kerusi Dun Semop ialah Ds Asfia Awg Nasar yang digugurkan dari senarai calon pada pengumuman ahad lepas.

Abdullah Saidol calon BN dilihat mampu membawa perubahan kepada Dun Semop yang sebelum ini terkenal sebagai kawasan luar bandar kaum melanau yang mundur. Pencalonan beliau juga diharap akan menyatukan kembali perpaduan masyarakat kampung yang dilihat semakin renggang sebelum ini.

Abdullah Saidol juga diharap tidak mengamalkan dasar kroni kerana ia boleh menjejaskan kepercayaan rakyat kepada BN. Oleh yang demikian sebagai calon anak Muda Abdullah Saidol wajar mendekati golongan muda supaya mereka rapat kepada bakal wakil rakyat di Dun Semop. Abdullah Saidol harus mengelak kaki ampu kerana ia boleh merosakkan kredibiliti beliau.

Status Syarikat Samudra-GV


From:
Aduan
Thursday, 31 March 2011 3:40:28

Tuan,

Kami merujuk kepada e-mel tuan di bawah. Terima kasih kerana menghubungi Suruhanjaya Sekuriti (“SC”).

Berdasarkan penelitian kami ke atas aktiviti program tersebut, program terbabit tidak melibatkan aktiviti-aktiviti yang dikawalselia oleh SC menurut Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007 iaitu urus niaga dalam sekuriti, berdagang dalam kontrak niaga hadapan, pengurusan dana, khidmat nasihat dalam kewangan korporat, nasihat pelaburan atau perancangan kewangan.

Dalam aspek ini syarikat terbabit tidak pernah dilesenkan atau mendapat apa jua bentuk kebenaran dari pihak SC bagi menjalankan aktiviti ini. Di mana aktiviti atau perkhidmatan tersebut membabitkan sekuriti, nasihat pelaburan atau pengurusan dana dalam sekuriti, pihak tuan dinasihatkan berurusan dengan pihak yang dilesenkan dan diluluskan oleh pihak SC sahaja. Untuk keterangan lanjut mengenai badan-badan yang dilesenkan oleh pihak SC, tuan bolehlah merujuk kepada senarai tersebut yang terdapat di laman web SC di www.sc.com.my melalui Pengantara Berlesen.

Disebabkan kemungkinan terdapatnya elemen peluang pelaburan dalam urusniaga jual beli emas tersebut iaitu dengan mengutip wang orang ramai dan kutipan atau pelaburan tersebut diberi pulangan mengikut jangkamasa tertentu yang mana pelaburan asal juga boleh diambil semula, ianya mungkin mungkin melibatkan aktiviti pengambilan wang (deposit taking) yang berada di bawah pemantaun pihak Bank Negara Malaysia (BNM).

Pihak tuan adalah dinasihatkan untuk menghubungi BNM di talian 1-300-885-465 atau emel ke bnmtelelink@bnm.gov.my bagi mendapatkan keterangan lanjut mengenai pertanyaan tersebut.
Sekiranya tuan memerlukan apa-apa penjelasan daripada pihak SC, sila hubungi kami di Jabatan Hal Ehwal Pelabur & Pengaduan di 03-62048999.

Sekian, terima kasih.

Yang benar,

Sharifah Farah Mahmud
Hal Ehwal Pelabur & Pengaduan
Suruhanjaya Sekutriti Malaysia
Email: aduan@seccom.com.my
p/s: share to others

COMMUNITY BIZ COMBO

Bantuan pengiklanan dan banyak lagi

UNLIMITED BROADBAND

Unifi atau Streamyx? Anda pilih.

COWAY THE WATER SPECIALIST

Call or whatsapp 0128477709

NAK PAKAI? NAK JUAL?

KLIK DAN TEMPAH

LEBIH 260 SIARAN

Semua movie terkini di panggung wayang

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


Assalamualaikum.. Adik saya Termizzi Bin Senak kembali ke warahmatullah lebih kurang 8.30pm 16 Februari 2012. Mohon pembaca sedekah al-fatihah kepada arwah. al-fatihah.

Mak saudara rakan saya ujang (Firdaus) iaitu Cik Dayang Fatimah Binti Abang Drahman telah kembali ke warahmatullah hari ini 22 Februari 2012. Mohon pembaca sedekah al-fatihah kepada arwah. al-fatihah

Guru silat saya Dato Dahlan Ali telah kembali ke warahmatullah pada 19 Mac 2012. Mohon pembaca sedekah al-fatihah kepada arwah. al-fatihah.