اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ SOLAT TIANG AGAMA.. SELAMAT MEMBACA.. ANDA SENYUM KAMI BAHAGIA..

TUKANG MASAK MELUDAH DALAM MAKANAN PELANGGAN

Kuchieng - Seorang tukang masak didapati bersalah kerana telah meludah di dalam makanan seorang pelanggan di sekitar bandar ini pagi tadi. Tukang masak itu telah dimasukkan ke dalam penjara dan di denda sebanyak RM10,000 kerana membuat perkara yang boleh memalukan masyarakat setempat. Dikononya berita. Tak adanya kes macam tu masuk surat khabar. Saya sebenarnya nak berkongsi dengan anda semua mengenai pengalaman saya berkawan dengan seseorang yang bergelar tukang masak. Saya ni agak pelupa, agaknya banyak sangat minum air semut ais. he he..



Ceritanya lebih kurang macam gini. Pada suatu hari..... ada seorang tukang masak sedang memasak. Dah namanya tukang masak. buat apa lagi kan?. Dia memasak bermacam-macam masakan bagi memenuhi kehendak dan selera nafsu serakah pelanggannya. Dia bagaimanapun juga bertindak sebagai pelayan kerana tidak cukup pelayan dalam kedai makan tersebut. Pelayan tu waitress/waiter lerr... Di suatu sudut yang agak mewah, terdapat beberapa orang pelanggan VIP sedang duduk menanti dilayan. Bagi menghargai mereka datang ke kedai makan tersebut. Si tukang masak terus menuju ke meja mereka.

Si tukang masak kemudian menulis pesanan mereka dengan melemparkan senyuman yang menawan walaupun kelihatan giginya roboh akibat terlalu kuat mengunyah ais. Dengan bangganya si tukang masak kemudian pergi ke dapur dan membuat masakan yang terbaik buat tetamu VIP tersebut. Selang beberapa minit, segala pesanan sudah siap sedia dihidangkan.

2 minit kemudian. Salah seorang VIP memanggil Si tukang Masak. PANGGG!!!!! meja dihentak oleh VIP tersebut. "Kenapa Dato?" tanya si tukang masak. VIP itu kemudian menyambung "Makanan awak ni pedas sangat!! saya taknak ni!! saya nak tukar yang lain!! air ni tak manis!! Awak ni pandai masak ke tidak?!! Kalau tak pandai masak tak payah bukak kedai makan!!." Suara VIP tersebut dapat didengari oleh pelanggan lain. Dengan muka merah padam dan benci tersangat lah benci. Si tukang masak kemudian akur dan mengarahkan pelayan lain mengambil semula makanan yang tidak diterima oleh VIP tersebut.

Semasa di dapur, Si tukang masak meluahkan perasaannya kepada pembantu dapur bahawa dia amat terhina dan malu disebabkan kebiadapan VIP tersebut. Si tukang masak dengan bengangnya memasak semula makanan yang dikehendaki oleh VIP tersebut. Tanpa disangka, tanpa di duga, si tukang masak kemudian menarik hingusnya sedalam-dalamnya sedalam air lautan atlantik kemudian meludah ke dalam masakannya. Hati si tukang masak berasa puas. Selang beberapa minit kemudian, pelayan menghantar semula makanan yang ditukarkan tadi. Pang!!!!!!!! "Bodoh betul korang ni buat kerja!!! airnya mana??!!" bentak VIP tersebut. Pelayan terkedu dengan sikap VIP tersebut. Pelayan tersebut kemudian mengambil air secepat yang boleh bagi mengelak VIP tersebut daripada membuat kecoh.

Begitulah kisah si tukang masak meludah dalam makanan pelanggan. Mungkin tajuk dalam artikel ini memberi impak sakit hati pada anda terhadap si tukang masak. Dalam cerita ini, Dua-dua watak utama bersalah. Punca pada masalah ini ialah dicetuskan oleh VIP tersebut kerana bersikap biadap dan memandang rendah terhadap orang lain. Bersikap angkuh, riak, takabur dan bangga diri. Dia mengangap dirinya seorang yang penting dan mana mungkin orang lain boleh melakukan sesuatu terhadapnya. Sikap seperti VIP ini memang tidak bertemadun dan dibenci oleh orang lain. Akibat yang lain ialah akan lahirlah golongan-golongan yang pura-pura di sekelilingnya. Pura-pura baik terhadapnya. Tujuannya adalah untuk mengampu sahaja dan tidak lebih daripada itu. Jika tiba saat kejatuhannya nanti siapa mahu membantu kalau sikap itu tidak di ubahnya.

Si tukang masak pun satu. Perbuatan dia tadi boleh menyebabkan dia menanggung dosa seumur hidup dan itu tergolong dalam dosa besar. Rezeki mana boleh buat macam tu. Kalau anda tak percaya tanya ler adik anda umur 12 tahun. Tahu lerr dia menjawabnya. he he..

Apa yang saya kongsikan di sini adalah hasil dari pengalaman saya berkawan dengan seorang rakan yang benci sesangat dengan golongan VIP yang angkuh. Kisah ini agak lama sudah berlaku dan saya tidak ingat lokasi perkara ni terjadi. Malah saya tidak ingat siapa yang ceritakan kisah ini pada saya. Seperti yang saya katakan tadi.. kuat sangat minum air semutcampur susu. he he.. 

Tauladannya di sini. Semakin tinggi martabat anda maka janganlah anda lupa bahawa ke tanah juga anda tuju.

Sahabat Anda
360 Degree Friends

Reactions:

3 comments:

  1. Kuchieng - Seorang tukang masak didapati bersalah kerana telah meludah di dalam makanan seorang pelanggan di sekitar bandar ini pagi tadi. Tukang masak itu telah dimasukkan ke dalam penjara dan di denda sebanyak RM10,000 kerana membuat perkara yang boleh memalukan masyarakat setempat. Dikononya berita.

    BalasPadam
  2. Kesimpulannya :

    jangan makan kat luar.. makan kat rumah je.. sendiri masak, sendiri tahu nak letak apa kat makanan tu.. hihihehehe..

    BalasPadam

COMMUNITY BIZ COMBO

Bantuan pengiklanan dan banyak lagi

COWAY THE WATER SPECIALIST

Call or whatsapp 0128477709

NAK PAKAI? NAK JUAL?

KLIK DAN TEMPAH

LEBIH 260 SIARAN

Semua movie terkini di panggung wayang

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


Assalamualaikum.. Adik saya Termizzi Bin Senak kembali ke warahmatullah lebih kurang 8.30pm 16 Februari 2012. Mohon pembaca sedekah al-fatihah kepada arwah. al-fatihah.

Mak saudara rakan saya ujang (Firdaus) iaitu Cik Dayang Fatimah Binti Abang Drahman telah kembali ke warahmatullah hari ini 22 Februari 2012. Mohon pembaca sedekah al-fatihah kepada arwah. al-fatihah

Guru silat saya Dato Dahlan Ali telah kembali ke warahmatullah pada 19 Mac 2012. Mohon pembaca sedekah al-fatihah kepada arwah. al-fatihah.