اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ SOLAT TIANG AGAMA.. SELAMAT MEMBACA.. ANDA SENYUM KAMI BAHAGIA..

TSUNAMI, KESEDIHAN DAN KEAJAIBAN DI JEPUN

Di kala melakukan kerja-kerja menyelamat, tentera jepun banyak melihat mayat-mayat bergelimpangan di persisir pantai yang di anggarkan sekurang-kurangnya 2,000 orang dan mereka menyaksikan kehancuran rumah-rumah yang dibina di sekitar kawasan tsunami mengganas. Apa yang mereka lihat hanyalah kesedihan dan kesayuan mengenangkan betapa gerunnya ketika saat tsunami menghempas rumah-rumah dan apa sahaja yang berada di laluannya.


Tiba-tiba di saat pencarian dilakukan mereka terdengar tangisan bayi yang tidak diketahui di mana arahnya. Mereka bagaimanapun berusaha untuk mengesan arah tangisan bayi tersebut. Mereka dengan berhati-hati mengalihkan kayu-kayu dan batu-bata yang hancur dihempas tsunami. 

Setelah beberapa minit kemudian mereka dengan jelas nampak sepasang tangan kecil dan kedengaran dengan jelas bayi menangis. Dengan tergesa-gesa dan penuh semangat mendapatkan bayi tersebut. Bayi itu dalam keadaan sihat dengan diselimuti bulu beruang yang bewarna pink. Penemuan bayi tersebut telah memberi semangat baru kepada mereka dalam kerja-kerja mencari dan menyelamat. Namun begitu kesedihan melanda apabila mengenangkan bayi tersebut sudah tidak ada ibu dan ayahnya yang ditelan oleh kerakusan tsunami. Beberapa jam kemudian, satu keajaiban berlaku lagi apabila mereka berjaya menyatukan bayi tersebut dengan ayahnya.

Dalam kejadian berasingan, tsunami telah menghancurkan sebuah rumah nenek tua yang berusia 70 tahun namun tragedi tersebut tidak meragut nyawanya. Inilah dikatakan keajaiban dan berpantang maut sebelum ajal.

Seorang lelaki juga telah ditemui hanyut di tengah lautan setelah di bawa arus tsunami. Hiromitsu Shinkawa yang berusia 60 tahun. Dia sudah 2 hari berada di lautan dan terselamat dari bencana tersebut.

.

Reactions:

1 comments:

  1. aat pencarian dilakukan mereka terdengar tangisan bayi yang tidak diketahui di mana arahnya. Mereka bagaimanapun berusaha untuk mengesan arah tangisan bayi tersebut. Mereka dengan berhati-hati mengalihkan kayu-kayu dan batu-bata yang hancur dihempas tsunami.

    BalasPadam

COMMUNITY BIZ COMBO

Bantuan pengiklanan dan banyak lagi

UNLIMITED BROADBAND

Unifi atau Streamyx? Anda pilih.

COWAY THE WATER SPECIALIST

Call or whatsapp 0128477709

NAK PAKAI? NAK JUAL?

KLIK DAN TEMPAH

LEBIH 260 SIARAN

Semua movie terkini di panggung wayang

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


Assalamualaikum.. Adik saya Termizzi Bin Senak kembali ke warahmatullah lebih kurang 8.30pm 16 Februari 2012. Mohon pembaca sedekah al-fatihah kepada arwah. al-fatihah.

Mak saudara rakan saya ujang (Firdaus) iaitu Cik Dayang Fatimah Binti Abang Drahman telah kembali ke warahmatullah hari ini 22 Februari 2012. Mohon pembaca sedekah al-fatihah kepada arwah. al-fatihah

Guru silat saya Dato Dahlan Ali telah kembali ke warahmatullah pada 19 Mac 2012. Mohon pembaca sedekah al-fatihah kepada arwah. al-fatihah.