اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ SOLAT TIANG AGAMA.. SELAMAT MEMBACA.. ANDA SENYUM KAMI BAHAGIA..

TIP-TIP JIMAT ELEKTRIK

Kos sara hidup di Malaysia Semakin meningkat walaupun hasil bumi Malaysia amat banyak sekali. Tetapi kos sara hidup semakin hari semakin meningkat sehingga membebankan kita. Kenaikkan harga minyak petrol amat memeningkan kita. Semakin tinggi harga petrol adalah persamaan penurunan nilai gaji/pendapatan anda ataupun dengan kata lain kuasa membeli anda semakin berkurangan. Walaupun Petronas membuat laporan keuntungan berjuta-juta tetapi harga minyak tetap dinaikkan bagi mengurangkan beban subsidi yang ditanggung kerajaan. 

Saya ada beberapa tips untuk anda bagi mengurangkan sedikit bebanan kewangan anda walaupun tidak dapat menyelesaikannya dengan sepenuhnya. Dengan tip-tip yang saya beri ini maka anda mampu untuk membuat penjimatan dari segi tunai, penggunaan elektrik dan pelepasan karbon dioksida. Tip-tip adalah seperti berikut :

Tukar lampu: Jika anda masih menggunakan lampu mentol yang berwarna kuning, tukarlah kepada lampu kalimantang (fluorescent) . Ianya bukan sahaja menjimatkan elektrik, malah lampu fluorescent ini mempunyai jangka hayat sehingga 10 tahun lamanya dan ianya juga menghasilkan haba yang sedikit.



Gunakan kipas: Angin dapat menurunkan sedikit suhu bilik dalam beberapa darjah celcius. Cuma jangan lupa untuk menutup kipas apabila anda keluar bilik. Ingat, kipas untuk menyejukkan badan anda, bukannya menyejukkan bilik.

Mencabut plug: Gajet seperti pengecas telefon bimbit dan microwave oven menghauskan tenaga elektrik, selagi mana ia disambungkan ke soket elektrik. Alat elektrik yang tidak digunakan dan dibiarkan dalam keadaan standby akan menggunakan lebih kurang 5%-10% dari jumlah bil elektrik bulanan anda. Jadi, sentiasa pastikan alat elektrik yang tidak digunakan ditutup siusnya.

Beli alat elektrik jimat tenaga: Jika anda masih menggunakan peti sejuk yang berumur 10 tahun atau lebih, tukarlah kepada peti sejuk yang terbaru. Ini kerana kebanyakkan alat elektrik pada masa sekarang lebih cekap tenaga. Beli alat elektrik yang mempunyai rating Energy Star yang tinggi.




Pengunanan mesin basuh: Basuhlah baju anda hanya dengan muatan kain penuh. Ini akan menjimatkan tenaga elektrik dan juga air.

Servis penghawa dingin: Penghawa dingin yang tidak diservis terpaksa bekerja dengan lebih kuat untuk menyejukkan bilik anda sekaligus menaikkan kadar tenaga elektrik yang digunakan. Cuci filter penghawa dingin sekurang-kurangnya setahun sekali.

Disertakan juga beberapa alat elektrik yang paling banyak menggunakan tenaga elektrik
  1. Pemanas air bilik mandi 4,000 watts
  2. Pam air 3,000 watts
  3. Pengering rambut 1,200 watts
  4. Dapur gas elektrik 1,000 watts
  5. Peti sejuk 1,000 watts
  6. Komputer dan monitor 400 watts
  7. Lampu mentol 100 watts
Jika cara mudah untuk menjimatkan bil elektrik TNB ini berjaya dipraktikkan, tidak mustahil anda akan melihat penjimatan sebanyak 30%-40% bil elektrik rumah anda.

Reactions:

1 comments:

  1. Saya ada beberapa tips untuk anda bagi mengurangkan sedikit bebanan kewangan anda walaupun tidak dapat menyelesaikannya dengan sepenuhnya. Dengan tip-tip yang saya beri ini maka anda mampu untuk membuat penjimatan dari segi tunai, penggunaan elektrik dan pelepasan karbon dioksida. Tip-tip adalah seperti berikut

    BalasPadam

COMMUNITY BIZ COMBO

Bantuan pengiklanan dan banyak lagi

UNLIMITED BROADBAND

Unifi atau Streamyx? Anda pilih.

COWAY THE WATER SPECIALIST

Call or whatsapp 0128477709

NAK PAKAI? NAK JUAL?

KLIK DAN TEMPAH

LEBIH 260 SIARAN

Semua movie terkini di panggung wayang

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


Assalamualaikum.. Adik saya Termizzi Bin Senak kembali ke warahmatullah lebih kurang 8.30pm 16 Februari 2012. Mohon pembaca sedekah al-fatihah kepada arwah. al-fatihah.

Mak saudara rakan saya ujang (Firdaus) iaitu Cik Dayang Fatimah Binti Abang Drahman telah kembali ke warahmatullah hari ini 22 Februari 2012. Mohon pembaca sedekah al-fatihah kepada arwah. al-fatihah

Guru silat saya Dato Dahlan Ali telah kembali ke warahmatullah pada 19 Mac 2012. Mohon pembaca sedekah al-fatihah kepada arwah. al-fatihah.