اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ SOLAT TIANG AGAMA.. SELAMAT MEMBACA.. ANDA SENYUM KAMI BAHAGIA..

TANGGUNGJAWAB KETUA/BOS/PENGURUS/ SESEBUAH PERNIAGAAN

Seorang Usahawan mempunyai ciri-ciri kepimpinan dan posisi mereka adalah yang teratas sekali dalam organisasi sesebuah perniagaan. Ada dikalangan rakan-rakan saya dan individu di luar sana yang memandang seorang bos itu adalah seorang yang senang, goyang kaki, merdeka mengenai masa, seronok dan pelbagai lagi pandangan yang bahagia.

Apa yang saya hendak kongsikan di sini ialah pengalaman saya dan pemerhatian saya mengenai seorang individu yang bernama pemimpin dalam sesebuah organisasi. Dalam mencapai matlamat sesebuah organisasi seseorang itu mesti bijak dalam mengawal organisasi bermula dari orang bawahan sehingga orang atasan.

Cabaran utama seorang pemimpin ialah mengawal organisasinya. Semakin banyak orang bawahan di bawahnya maka semakin pelbagailah sikap dan tingkah laku yang diterima. Adakalanya seorang pemimpin gagal mengawal emosi dalam mengawal orang bawahannya sehingga melakukan perkara yang dilarang dalam hak asasi manusia serta agama.

Cabaran mengawal emosi ini amat sukar bagi seorang pemimpin yang tidak pernah berada di bawah. Mereka ini mengawal sesuatu organisasi dengan teknik ditaktor. Akibatnya ramai pekerja bawahannya membencinya, produktiviti organisasi menjadi terhad dan pekerja menjadi benci untuk masuk pejabat serta mengurangkan dan mengelak berjumpa dengan bos.

Seorang pemimpin juga tidak boleh tidak begitu tegas kepada orang bawahannya. Ketegasan yang di tunjukkan hendaklah disertai dengan hikmah. Mendidik orang bawahan bersikap profesional dalam menjalankan tugas, menegur dengan cara teratur dan konsisten dalam setiap perbuatan.
Orang bawahan akan lebih rasa dihargai jika pemimpinnya bersikap tenang dan profesional dalam mengurus organisasi. Untuk menjadi seorang pemimpin sebenarnya bukan mudah seperti yang di sangka. Mungkin masyarakat suka menilai seorang pemimpin itu kelihatan bahagia kerana melihat dari sudut material sahaja. Siapa tahu hati dan perasaannya serta otaknya berserabut memikirkan masalah dan cabaran yang perlu dihadapi setiap hari.

Saya harap perkongsian ini memberi sedikit sebanyak ilmu kepada pembaca dan sedikit sebanyak dapat membantu anda dalam memimpin sebuah organisasi.
Sahabat anda
360 Degree Friends

Reactions:

1 comments:

  1. Mereka ini mengawal sesuatu organisasi dengan teknik ditaktor. Akibatnya ramai pekerja bawahannya membencinya, produktiviti organisasi menjadi terhad dan pekerja menjadi benci untuk masuk pejabat serta mengurangkan dan mengelak berjumpa dengan bos.

    BalasPadam

COMMUNITY BIZ COMBO

Bantuan pengiklanan dan banyak lagi

COWAY THE WATER SPECIALIST

Call or whatsapp 0128477709

NAK PAKAI? NAK JUAL?

KLIK DAN TEMPAH

LEBIH 260 SIARAN

Semua movie terkini di panggung wayang

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


Assalamualaikum.. Adik saya Termizzi Bin Senak kembali ke warahmatullah lebih kurang 8.30pm 16 Februari 2012. Mohon pembaca sedekah al-fatihah kepada arwah. al-fatihah.

Mak saudara rakan saya ujang (Firdaus) iaitu Cik Dayang Fatimah Binti Abang Drahman telah kembali ke warahmatullah hari ini 22 Februari 2012. Mohon pembaca sedekah al-fatihah kepada arwah. al-fatihah

Guru silat saya Dato Dahlan Ali telah kembali ke warahmatullah pada 19 Mac 2012. Mohon pembaca sedekah al-fatihah kepada arwah. al-fatihah.