اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ SOLAT TIANG AGAMA.. SELAMAT MEMBACA.. ANDA SENYUM KAMI BAHAGIA..

SIKAP WANITA YANG TIDAK DISUKAI LELAKI


Tiada manusia yang sempurna di dunia ini. Setiap manusia mempunyai kelemahan masing-masing, tidak kira lelaki ataupun wanita semuanya sama sahaja. Apa yang kita perlu lakukan ialah memahami antara satu sama lain dan cuba mengawal keadaan dengan cara yang bijak dan waras.

Sebagai wanita, anda perlu bijak memahami sikap dan tingkahlaku pasangan anda. Dari masa ke semasa anda perlu meningkatkan tahap pengetahuan anda berkaitan sikap teman lelaki atau suami anda. Oleh sebab lelaki mempunyai sifat ego yang tinggi , wanita harus lebih bijak berdepan dengan perkara sebegini. Seperti yang anda tahu, lelaki lemah dengan pujuk rayu seorang wanita tidak kira si wanita itu adalah teman biasa, teman lelaki, kekasih atau isterinya sendiri. Walaubagaimanapun seorang lelaki masih tidak selesa dengan wanita yang mempunyai sifat buruk walaupun secantik mana pun wanita itu.

Berikut adalah beberapa sifat-sifat wanita yang tidak digemari oleh lelaki yang perlu anda titikberatkan untuk menjamin kebahagian anda.

1. Tidak Puas
Walaupun lelaki memiliki sifat tidak pernah puas, namun berdasarkan kajian yang dilakukan, wanita lebih sukar untuk dipuaskan di dalam apa jua aspek. Wanita juga dikatakan inginkan kesempurnaan, yang sememangnya mustahil untuk dikecapi. Saya rasa tidak perlu huraikan perkaran ini kerana anda boleh berfikir secara rasional tehadap sikap ini.

2. Mata Duitan
Wanita itu adalah menipu sama sekali jika dia menyatakan sedikitpun tidak tertarik dengan wang. Ini kerana lelaki akan tertarik dengan wanita disebabkan oleh tarikan seks manakala wanita tertarik dengan lelaki disebabkan oleh dorongan wang dan kemewahan. Itu adalah benar kerana, cuba anda perhatikan artis-artis Negara kita sudahlah. Siti nurhaliza kahwin dengan siapa? Walaupun dia sudah kaya. Norjuma pengacara TV3 kahwin dengan siapa? Orang yang berstatus datuk juga. Sememangnya susah hendak cari cinta sejati, semuanya adalah kepuraaan.

3. Suka Mengatur
Apabila wanita mempunyai peluang, wanita akan cuba mengatur kehidupan lelaki. Termasuklah cara berpakaian, bila anda boleh keluar rumah, balik dalam masa yang diberikan, tidak boleh balik lewat, tidak boleh keluar seorang, dan macam-macam perkara yang terbatas. Ini boleh membuatkan lelaki rimas dengan situasi ini. Wanita tidak sedar sikap sebegitu bukan dapat menambah baik hubungan yang terjalin sebaliknya hanya akan membinasakan. Lelaki lebih suka kehidupannya tidak dikongkong oleh perkara-perkara sebegini.

4. Cemburu Buta
Cemburu tandanya sayang, betul ke? Atau cemburu tandanya bengang. Namun sikap cemburu yang keterlaluan hanya akan membuatkan lelaki didorong untuk membuat perkara yang dicemburui itu dengan lebih kerap lagi. Ini kerana ramai wanita yang cemburu berlebih-lebihan semata-mata untuk mendapatkan perhatian daripada insan tersayang. Apatah lagi jika teman lelakinya boleh dikategorikan sebagai kacak dan mempunyai kerjaya yang teguh, lagilah dia risau. Kepada wanita yang mempunyai sikap sebegini, segeralah berubah kerana teman lelaki anda tidak akan mampu bertahan selamanya dengan sikap anda yang sebegitu.

5. Emosional
Sudah menjadi kebiasaan wanita akan mengalirkan air mata apabila sesuatu yang membuat hatinya tergores dan terluka. Tetapi wanita tidak boleh mengambil kesempatan dengan menggunakan air mata sebagai senjata untuk melemahkan lelaki. Jika kerap digunakan, ia dikuatiri akan membuat lelaki anda meluat. Tidak salah menunjukkan emosi yang anda itu sedang merajuk dan sebagainya, tetapi kawal-kawalah diri anda supaya teman lelaki anda tidak menjauhi anda suatu hari nanti.

6. Merajuk berlebihan
Memang tidak dinafikan wanita dengan merajuk umpama isi dengan kuku. Tetapi jika ianya dipraktikkan secara berlebihan maka ianya akan memberi kemudaratan kepada lelaki. Perkara yang dapat diselesaikan dengan mudah boleh menjadi rumit jika sikap ini ditonjolkan malah masalah dan pergaduhan akan menjadi berpanjangan tanpa kesudahan.

7. Meninggikan suara
Lelaki memang pantang apabila wanita meninggikan suara terhadap mereka kerana ianya melibatkan maruah mereka sebagai lelaki. Sebagai wanita yang nalurinya berjiwa lembut hendaklah bercakap dengan nada yang sesuai walaupun ketika bergaduh kerana ia mampu menyejukkan hati lelaki tetapi jika wanita bertindak sebaliknya maka ianya akan menyebabkan tindak balas yang tidak baik dari lelaki.


Sumber : tanyalelaki

Reactions:

2 comments:

  1. Lelaki memang pantang apabila wanita meninggikan suara terhadap mereka kerana ianya melibatkan maruah mereka sebagai lelaki. Sebagai wanita yang nalurinya berjiwa lembut hendaklah bercakap dengan nada yang sesuai.

    BalasPadam

COMMUNITY BIZ COMBO

Bantuan pengiklanan dan banyak lagi

COWAY THE WATER SPECIALIST

Call or whatsapp 0128477709

NAK PAKAI? NAK JUAL?

KLIK DAN TEMPAH

LEBIH 260 SIARAN

Semua movie terkini di panggung wayang

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


Assalamualaikum.. Adik saya Termizzi Bin Senak kembali ke warahmatullah lebih kurang 8.30pm 16 Februari 2012. Mohon pembaca sedekah al-fatihah kepada arwah. al-fatihah.

Mak saudara rakan saya ujang (Firdaus) iaitu Cik Dayang Fatimah Binti Abang Drahman telah kembali ke warahmatullah hari ini 22 Februari 2012. Mohon pembaca sedekah al-fatihah kepada arwah. al-fatihah

Guru silat saya Dato Dahlan Ali telah kembali ke warahmatullah pada 19 Mac 2012. Mohon pembaca sedekah al-fatihah kepada arwah. al-fatihah.