اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ SOLAT TIANG AGAMA.. SELAMAT MEMBACA.. ANDA SENYUM KAMI BAHAGIA..

PENYEMBELIHAN YAHUDI TERHADAP RAKYAT PALESTIN

Dalam kita sibuk dengan berita-berita bencana alam dan peperangan yang berlaku di Libya kita terlupa bahawa sekutu Amerika sedang mencabul hak asasi manusia di Palestin. Sekutu mereka Israel yang tidak berhati perut akan terus menjadikan darah rakyat palestin sebagai bahan boneka yang boleh diperkotak-katikkan.

Bangsa arab sekarang ini boleh dikatakan bangsa yang amat lemah kerana mereka tidak bersatu padu dan mereka berpecah belah mengejar harta dunia yang bukan hak mereka. Kebanyakkan negara arab pada masa sekarang ranap dan tidak tahu bilakah kesudahannya.

Berikut adalah rentetan kekejaman israel:

Pada 29 Disember 1947, 14 orang arab Palestin telah dibunuh dengan bahan peledak yang ditanam oleh sayap kana militant yahudi, Irgun di Bab al-Amound iaitu pintu kemasukan yang terbesar dan yang terpenting di Jerusalem (ianya juga digelar sebagai Pintu Damascus dan Pintu Nablus).

Keesokan harinya, sejumlah bahan peledak kedua telah ditanam di tanam di tempat yang sama dan menyebabkan 11 orang arab Palestin dan dua orang British terbunuh.

Pada hari tentera Zionis, Haganah menyerang Kampung Jabal al-Shaikh yang membunuh 17 orang Arab Palestin. Tentera yang sama juga kembali pada hari yang berikutannya denagn menggunakan bom tangan dan senjata api yang menyebabkan 30 orang kampung itu cedera, kebayakannya adalah wanita dan kanak-kanak.

9 April 1948
adalah sejarah paling penting bagi orang Palestin di mana mereka menjadi sasaran utama bersama tentera Palmach (Striking Companes), yang disokong oleh Haganah, dan hasil sampingan pengganas yang digelar Stern Gang telah dibunuh penduduk kampung di Dir Yasin ke barat Jerusalem.
Kampung ini dihuni oleh lebih kurang 800 orang yang menjadi faktor utama yang menjadi tanda lapangan terbang secara sulit. Rumah-rumah di sini diletupkan manakala kawasan-kawasan perkuburan telah dimusnahkan.
Bilangan sebenar jumlah kematian masih menjadi persoalan, namun ada beberapa dakwaan ayng mengatakan jumlah sebenarnya ialah daripada 90 hingga kepada 250 orang.
Kampung tersebut telah didiami oleh orang-orang Yahudi yang berhijrah yang dinamakan sebagai Givat Shaul Bet.

Pada April 1948,
50 orang penduduk dari Kampung Nasir dekat Tasik Tiberias telah terbunuh apabila puak Hayanah meyerang kampung ini menggunakan senjata api dalam usaha menghapuskan kaum Tani yang tidak bersenjata.

Pada 23 Mei 1948,
askar Israel telah menghapuskan Kampung Al-Tantoura dengan membunuh 71 orang daripada penduduknya manakala yang lain melarikan diri.

Pada 27 Oktober 1948,
ketua pihak Zionist,Moshe Dayan telah mengetuai askar Israel dalam sebuah divisyen yang ke-89 bagi menyerang Kampung Al-Dawayima dekat Hebron dan memusnahkan kampong itu sekaligus membunuh ratusan rakyatnya.

Pada 14 Oktober 1953,
unit askar Israel yang telah diketuai oleh Ariel Sharon menyelinap masuk ke Kampung Qibiya dekat Ramallah dan membunuh berdozen-dozen penduduk dan memusnahkan 56 buah sekolah serta 2 buah sekolah dan sebuah masjid dalam operasi selama 36 jam itu.Seluruh keluarga dari rumah itu terbunuh.

Pada 10 Oktober 1956,
sepasukan tentera Israel dilengkapi dengan kereta kebal dan jet pejuang menyerang Bandar Palestin, dekat Qalqilya yang membunuh lebih daripada 60 orang awam termasuk wanita dan kanak-kanak.

Pada 29 Oktober 1996,
tentera Israel menahan para petani Palestin untuk menghantar mereka pulang ke kediaman masing-masing di Kampung Karf Qasim. Tentera mengarahkan mereka berbaris untuk melaksanakan hukuman pembunuhan ke atas penduduk Palestin kerana tentera Israel mendakwa mereka melanggar desakan perintah berkurung Israel.

Pada 15 September 1992,
sekali lagi berlaku pembunuhan beramai-ramai secara kejam Sabra dan Shatila di bawah pemerintahan Ariel Sharon. Dua kem pelarian di Lebanon menyaksikan 800 orang awam terbunuh.
Dua kem telah dikelilingi oleh kereta kebal Israel dimana penduduk awam didalamnya telah dirogol dan dibunuh dalam tempoh 40 jam.

Pada 8 Oktober 1990,
bersempena dengan kebangkitan ( Intifada). Pertama, sepasukan pertahanan sempadan Israel dan para tenteranya telah membunuh 21 orang Arab Palestin di dalam Masjid Al-Aqsa.

Pada 25 Februari 1994,
Jewish Zionist Goldstein meletupkan Masjid Al-Ibrahimi di Hebron dengan menggunakan senjata api dan menembak mati 29 orang Arab Islam Palestin yang sedang bersembahyang.

Pada 17 Julai 1994,
11 orang pekerja yang berada di Eretz, Jaluran Gaza telah ditembak.

Pada 18 April 1996,
seramai 109 orang penduduk awam di Lebanon telah dibunuh oleh butiran das peluru Israel ketika berteduh di bangunan Pusat Perlindungan Persatuan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dekat Qana. Ini merupakan sebahagian daripada Operasi Saliran Kemarahan Tidak Rasmi yang diarahkan oleh Shimon Peres, perdana menteri Israel ketika itu.


Reactions:

1 comments:

  1. Bangsa arab sekarang ini boleh dikatakan bangsa yang amat lemah kerana mereka tidak bersatu padu dan mereka berpecah belah mengejar harta dunia yang bukan hak mereka. Kebanyakkan negara arab pada masa sekarang ranap dan tidak tahu bilakah kesudahannya.

    BalasPadam

COMMUNITY BIZ COMBO

Bantuan pengiklanan dan banyak lagi

UNLIMITED BROADBAND

Unifi atau Streamyx? Anda pilih.

COWAY THE WATER SPECIALIST

Call or whatsapp 0128477709

NAK PAKAI? NAK JUAL?

KLIK DAN TEMPAH

LEBIH 260 SIARAN

Semua movie terkini di panggung wayang

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


Assalamualaikum.. Adik saya Termizzi Bin Senak kembali ke warahmatullah lebih kurang 8.30pm 16 Februari 2012. Mohon pembaca sedekah al-fatihah kepada arwah. al-fatihah.

Mak saudara rakan saya ujang (Firdaus) iaitu Cik Dayang Fatimah Binti Abang Drahman telah kembali ke warahmatullah hari ini 22 Februari 2012. Mohon pembaca sedekah al-fatihah kepada arwah. al-fatihah

Guru silat saya Dato Dahlan Ali telah kembali ke warahmatullah pada 19 Mac 2012. Mohon pembaca sedekah al-fatihah kepada arwah. al-fatihah.