اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ SOLAT TIANG AGAMA.. SELAMAT MEMBACA.. ANDA SENYUM KAMI BAHAGIA..

PENIPUAN BOMOH YANG MUDAH DAPAT RM97,000

Gelang Patah : Seorang wanita yang terpengaruh dengan pujukan seorang bomoh untuk mengubah nasibnya serta menolak bala, mendakwa kerugian wang tunai dan barang kemas bernilai lebih RM20,000.00 selepas ditipu bomoh perawakan lembut bulan lalu.



Mangsa, Esah Yaakub, 59, berkata kejadian itu berlaku selepas beliau dan suami pergi ke rumah bomoh berkenaan di Kampung Paya Mengkuang dekat sini, untuk berubat kerana mengesyaki beliau terkena "buatan Orang".

Bomoh itu kemudian mengarahkannya supaya menyerahkan barang kemas dan wang simpanan kononnya untuk dijampi bagi mengelak barang terbabit dicuri.

"Saya mengenali bomoh berkenaan melalui datuk saudara kerana ingin mengubati sakit badan, tetapi ketika menemui lelaki itu, dia memberitahu harta saya akan hilang.

"Saya ketika itu kebingungan dan tidak mengerti apa-apa, lalu terus menyerahkan barang kemas serta wang simpanan kepada bomoh terbabit untuk mendapatkan perlindungan," katanya ketika ditemui di sini, semalam.

Katanya, akibat dipukau beliau juga sanggup mengeluarkan wang simpanan yang disimpannya sejak bertahun lalu dan menyerahkannya kepada bomoh terbabit.

"Sejak daripada itu, saya terus berulang alik ke rumah bomoh terbabit malah dia juga turut datang ke rumah saya di Kampung  Melayu untuk melakukan proses perubatan menerusi alam ghaib seperti didakwanya," katanya.

Bagaimanapun, katanya, tembelang bomoh berkenaan terbongkar selepas dia dan ananya pergi ke rumah bomoh berkenaan untuk mengambil semula barang kemas dan wang tunai  yang diserahkannya sebelum itu.

Esah berkata, bomoh terbabit kemudian menyerahkan sebuah beg didakwa mengandungi semua barang kemas dan wang tunai miliknya dan meminta hanya dibuka selepas tiba di rumah.

Turut menjadi mangsa bomoh berperawakan lembut itu ialah datuk saudara dan sepupu mangsa yang masing-masing kerugian RM50,000 dan RM27,000 selepas menyerahkan wang tunai dan barang kemas untuk dilindungi.

Sementara itu, ketua polis Daerah Nusajaya, Superintendan Aziz Ahmad ketika dihubungi mengesahkan siasatan lanjut sedang dijalankan. -B.Harian.


BLY :
Perkara yang logik akal yang sememangnya sudah di ajar dalam agama pun masih ada orang yang terpedaya. Tiada siapa yang dapat melindungi kita selain yang Esa. Minta lagi dengan syaitan laknatullah. Itulah akibatnya. Apa yang terjadi sebaliknya memalukan diri sendiri. Kita diwajibkan percaya pada perkara ghaib dan bukan meminta pertolongan daripadanya selain yang Esa.

Reactions:

1 comments:

  1. Turut menjadi mangsa bomoh berperawakan lembut itu ialah datuk saudara dan sepupu mangsa yang masing-masing kerugian RM50,000 dan RM27,000 selepas menyerahkan wang tunai dan barang kemas untuk dilindungi.

    BalasPadam

COMMUNITY BIZ COMBO

Bantuan pengiklanan dan banyak lagi

UNLIMITED BROADBAND

Unifi atau Streamyx? Anda pilih.

COWAY THE WATER SPECIALIST

Call or whatsapp 0128477709

NAK PAKAI? NAK JUAL?

KLIK DAN TEMPAH

LEBIH 260 SIARAN

Semua movie terkini di panggung wayang

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


Assalamualaikum.. Adik saya Termizzi Bin Senak kembali ke warahmatullah lebih kurang 8.30pm 16 Februari 2012. Mohon pembaca sedekah al-fatihah kepada arwah. al-fatihah.

Mak saudara rakan saya ujang (Firdaus) iaitu Cik Dayang Fatimah Binti Abang Drahman telah kembali ke warahmatullah hari ini 22 Februari 2012. Mohon pembaca sedekah al-fatihah kepada arwah. al-fatihah

Guru silat saya Dato Dahlan Ali telah kembali ke warahmatullah pada 19 Mac 2012. Mohon pembaca sedekah al-fatihah kepada arwah. al-fatihah.