اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ SOLAT TIANG AGAMA.. SELAMAT MEMBACA.. ANDA SENYUM KAMI BAHAGIA..

MASA ANDA PRODUKTIF ATAU KUALITI ATAU DIBAZIRKAN

Hari ini hari isnin banyak orang penin-penin, hari ini hari selasa banyak orang makan laksa, hari ini hari rabu banyak orang makan kerabu, hari ini hari khamis banyak orang makan kismis, hari ini hari jumaat banyak orang sembahyang jumaat, hari ini hari sabtu banyak budak jadi hantu, hari ini hari ahad banyak orang berehat. he he.. Mukadimah dah pun dimulakan.. konon-kononnya la..

Setiap hari saya memikirnya perkara yang produktif yang harus saya lakukan untuk masa akan datang. Walaupun kadang-kadang saya melakukan perkara yang tidak produktif tetapi menukarkannya menjadi masa yang berkualiti. Apakah masa yang berkualiti dan apakan masa yang produktif? Mungkin ada dikalangan anda yang tertanya-tanya.

Apapun yang saya akan kongsikan di sini hanyalah teori saya sendiri dan saya cuba praktikkan setiap hari walaupun kadang-kadang tersungkur, terjatuh dan terpelecok. Sebelah pagi saya jadikan sebagai masa berkualiti saya dengan bersama-sama keluarga, membersih rumah, tidur 30 minit dan sebagainya.. Sebelah petang saya mengubah masa saya menjadi masa yang produktif iaitu membuat mesyuarat bersama Persatuan Usahawan Satu Daerah Satu Industri. Sebelah malam iaitu pada sekarang tengah melakukan perkara yang produktif dengan berjumpa dengan bakal-bakal pelanggan dan menambah rangkaian perniagaan.

Saya akan terangkan dengan lebih lanjut. Masa produktif ialah masa yang digunakan untuk menghasilkan sesuatu di masa hadapan dari segi material dan duniawi. Masa kualiti pula ialah perkara yang dilakukan untuk memenuhi jiwa rohani kita. Contoh-contoh masa kualiti ialah bersama keluarga, bersama anak-anak, bersama rakan-rakan, bersama tuhan dan sebagainya.

Pernahkan anda terfikir? berkualiti atau produktifkah masa anda atapun anda melakukan perkara yang membazir masa. Setakat ini sahaja yang saya kongsikan, kita jumpa lagi di waktu yang sama tajuk yang berbeza dan URL yang sama. Saya profesor not so easy hj alik mengucapkan selamat malam. renung-renungkan dan selamat beramal. :p

Reactions:

1 comments:

  1. Pernahkan anda terfikir? berkualiti atau produktifkah masa anda atapun anda melakukan perkara yang membazir masa. Setakat ini sahaja yang saya kongsikan, kita jumpa lagi di waktu yang sama tajuk yang berbeza dan URL yang sama.

    BalasPadam

COMMUNITY BIZ COMBO

Bantuan pengiklanan dan banyak lagi

COWAY THE WATER SPECIALIST

Call or whatsapp 0128477709

NAK PAKAI? NAK JUAL?

KLIK DAN TEMPAH

LEBIH 260 SIARAN

Semua movie terkini di panggung wayang

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


Assalamualaikum.. Adik saya Termizzi Bin Senak kembali ke warahmatullah lebih kurang 8.30pm 16 Februari 2012. Mohon pembaca sedekah al-fatihah kepada arwah. al-fatihah.

Mak saudara rakan saya ujang (Firdaus) iaitu Cik Dayang Fatimah Binti Abang Drahman telah kembali ke warahmatullah hari ini 22 Februari 2012. Mohon pembaca sedekah al-fatihah kepada arwah. al-fatihah

Guru silat saya Dato Dahlan Ali telah kembali ke warahmatullah pada 19 Mac 2012. Mohon pembaca sedekah al-fatihah kepada arwah. al-fatihah.