اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ SOLAT TIANG AGAMA.. SELAMAT MEMBACA.. ANDA SENYUM KAMI BAHAGIA..

KLIMAKS SPIRITUAL

Klimaks boleh di difinisikan sebagai sesuatu yang terlalu nikmat walaupun ianya berlaku dalam beberapa saat sahaja. Klimaks lebih sinonim dengan sesuatu yang melibatkan seks. Klimaks yang melibatkan seks ialah Klimaks Biologi dimana ianya dirangsang oleh hormon-hormon yang terdapat dalam badan manusia.
 
Klimaks biologi merupakan kebiasaan masyarakat kita sehingga tidak mengira perkara yang dilarang dalam agama dan undang-undang. Menurut pemikir-pemikir bebas mengenai pekara ini. Individu yang terlalu mengejar Klimaks biologi boleh di umpamakan sebagai individu yang meletakkan otaknya di bawah perut nya. Di mana, dia hanya akan memuaskan nafsunya duniawinya bagi mencapai klimaks biologi. Mereka akan terus berfikir dan mencari helah bagaimana hendak menghadapi esok hari bagi memenuhi kehendak nafsu mereka. Mereka sanggup mengadai maruah diri sendiri malah bangsa dan agama.

Kebanyakkan manusia berpecah belah kerana hendak mencapai klimaks biologi mereka. Pertengkaran merebut harta duniawi sehingga sanggup berbunuhan.

Klimaks spiritual terjadi apabila kita menyerahkan diri sepenuhnya kepada yang esa dan itu bukanlah bermakna kita melupakan tentang kehidupan kita di dunia. Di dalam dunia islam. Menyerahkan diri kepada tuhan adalah dengan pelbagai cara dan ianya tidak terbatas setakat menunaikan sembahyang, berpuasa, menunaikan zakat dan menunaikan haji sahaja. Bekerja, bersukan, belajar, berkawan, berkasih dan apa sahaja yang berlaku di sekeliling kita merupakan ibadah apabila ianya disertai dengan niat kerana tuhan yang esa (Allah). 

Setiap kali kita bernafas, mendengar, berfikir, melihat, berkata-kata dan merasa deria berlima merupakan anugerah dari yang Allah. Anugerah itu kita gunakan kerana Allah. Apabila kita mencapai pada satu-satu tahap iaitu tahap klimaks spritual maka kita dengan sendirinya merasai nikmat yang diberikan olehnya malah segala masalah ataupun rintangan yang kita hadapi merupakan nikmat darinya. Tiada lagi keluh kesah, susah hati, kebingungan melanda dalam diri apabila kita melalui saat-saat klimaks spritual. Segalanya dirasai nikmat dan disusuli dengan ketenangan di saat orang lain merasakan ketegangan.

Ketika dilanda rintangan dan cabaran manusia yang mudah merasakan klimaks spiritual akan merasakan perkara tersebut merupakan ujian dan nikmat dari Allah untuk ditempuhi bagi mengankat martabat dan pelajaran dalam dunia. Segala rintangan dan cabaran insyaallah ada jalannya dan sekiranya sudah menemui jalannya maka katalah alhamdulillah.

Apa yang saya kongsikan ini adalah hasil dari bacaan-bacaan saya dan pengalaman saya pada satu ketika dahulu dan saya merinduinya. Menulis Blog kerana Allah, Berkongsi Ilmu kerana Allah, Bersatu dengan rakan-rakan blogger kerana Allah.

Reactions:

1 comments:

  1. Klimaks boleh di difinisikan sebagai sesuatu yang terlalu nikmat walaupun ianya berlaku dalam beberapa saat sahaja. Klimaks lebih sinonim dengan sesuatu yang melibatkan seks. Klimaks yang melibatkan seks ialah Klimaks Biologi dimana ianya dirangsang oleh hormon-hormon yang terdapat dalam badan manusia.

    BalasPadam

COMMUNITY BIZ COMBO

Bantuan pengiklanan dan banyak lagi

UNLIMITED BROADBAND

Unifi atau Streamyx? Anda pilih.

COWAY THE WATER SPECIALIST

Call or whatsapp 0128477709

NAK PAKAI? NAK JUAL?

KLIK DAN TEMPAH

LEBIH 260 SIARAN

Semua movie terkini di panggung wayang

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


Assalamualaikum.. Adik saya Termizzi Bin Senak kembali ke warahmatullah lebih kurang 8.30pm 16 Februari 2012. Mohon pembaca sedekah al-fatihah kepada arwah. al-fatihah.

Mak saudara rakan saya ujang (Firdaus) iaitu Cik Dayang Fatimah Binti Abang Drahman telah kembali ke warahmatullah hari ini 22 Februari 2012. Mohon pembaca sedekah al-fatihah kepada arwah. al-fatihah

Guru silat saya Dato Dahlan Ali telah kembali ke warahmatullah pada 19 Mac 2012. Mohon pembaca sedekah al-fatihah kepada arwah. al-fatihah.