اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ SOLAT TIANG AGAMA.. SELAMAT MEMBACA.. ANDA SENYUM KAMI BAHAGIA..

KEJADIAN REALITI DALAM DUNIA MAYA YAHOO MESSENGER

Yahoo Messenger merupakan platfom kepada pengguna-pengguna internet untuk berborak suatu ketika dahulu sebelum popularnya Facebook. Banyak kenangan pahit dan manis ketika saya begitu aktif bersama rakan-rakan chater YM dahulu.

 
Perkara yang paling menyeronokkan ialah apabila rakan-rakan chat menjadi rakan-rakan realiti. Mungkin ada di kalangan anda di luar sana pernah masuk ke ruang seperti "Room Sarawak" dan lain-lain "Room". Di sana kita boleh melihat gelagat rakan-rakan chater. 

Di situlah bermulanya detik berkenalan antara chater-chater dan juga detik permusuhan mereka. Permusuhan terjadi apabila anda bertemu dengan chater yang bersikap ke anak-anakkan yang menunjuk-nunjuk, menyumpah seranah dan pelbagai lagi perangai buruk.

Memang tidak dinafikan perjumpaan di alam maya menghasilkan satu lagi trend kehidupan baru. Dari situ lahirlah pelbagai gelagat kawan dan lawan. Ada antara mereka kini sudahpun menjadi kawan rapat, kekasih rapat, kekasih gelap gelita, musuh ketat, rakan kongsi perniagaan dan sebagainya. Perkara yang paling seronok didengar apabila ada antara mereka sudahpun berumah tangga dan beranak pinak hasil dari permulaan perkenalan menggunakan Yahoo Messenger.

Beberapa kumpulan-kumpulan Yahoo Messenger amat aktif sehingga mereka membuat T-shirt mereka sendiri dan selalu membuat gathering. Aktiviti seperti ini amat saya sokong kerana ianya memberi banyak kelebihan dan faedah.

Sehingga kini, rakan-rakan yang saya kenali melalui Yahoo Messenger masih lagi menghubungi saya dan saya juga menghubungi mereka walaupun saya tidak lagi menjenguk ke ruang-ruang utama Yahoo Messenger.

Tip-tip apabila masuk ke ruang utama Yahoo Messenger seperti "Sarawak Room", "Malaysia Room" dan sebagainya ialah hendaklah memberi salam, jangan sesekali menggunakan bahasa kasar, menghormati orang lain, berfikiran terbuka, membuat teguran secara berhikmah, jangan membiarkan emosi menguasai diri sendiri semasa berborak, jangan meninggi diri, jangan riak dan banyak lagi perkara yang dilarang. Dengan cara ini maka anda pasti akan dihormati. Rajin bertegur dengan chater-chater lain walaupun anda tidak mengenali mereka.


Bersama entri ini saya sertakan video proposal pernikahan menggunakan Webcam. kitak layannnnnnnnn... Zazzzssssssssssssssssssssssssssssssssssss


Reactions:

1 comments:

  1. Ada antara mereka kini sudahpun menjadi kawan rapat, kekasih rapat, kekasih gelap gelita, musuh ketat, rakan kongsi perniagaan dan sebagainya.

    BalasPadam

COMMUNITY BIZ COMBO

Bantuan pengiklanan dan banyak lagi

UNLIMITED BROADBAND

Unifi atau Streamyx? Anda pilih.

COWAY THE WATER SPECIALIST

Call or whatsapp 0128477709

NAK PAKAI? NAK JUAL?

KLIK DAN TEMPAH

LEBIH 260 SIARAN

Semua movie terkini di panggung wayang

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


Assalamualaikum.. Adik saya Termizzi Bin Senak kembali ke warahmatullah lebih kurang 8.30pm 16 Februari 2012. Mohon pembaca sedekah al-fatihah kepada arwah. al-fatihah.

Mak saudara rakan saya ujang (Firdaus) iaitu Cik Dayang Fatimah Binti Abang Drahman telah kembali ke warahmatullah hari ini 22 Februari 2012. Mohon pembaca sedekah al-fatihah kepada arwah. al-fatihah

Guru silat saya Dato Dahlan Ali telah kembali ke warahmatullah pada 19 Mac 2012. Mohon pembaca sedekah al-fatihah kepada arwah. al-fatihah.