اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ SOLAT TIANG AGAMA.. SELAMAT MEMBACA.. ANDA SENYUM KAMI BAHAGIA..

KEIKHLASAN DALAM KEHIDUPAN

Ikhlas merupakan perkara yang di inginkan oleh kita dari orang lain. Tetapi adakah kita ikhlas terhadap orang lain. Tetapi, untuk mengetahui keikhlasan orang lain agak sukar namun boleh diterjemah melalui perbuatan dan dalam bentuk lisan. 

Sebenarnya saya ingin berkongsi pengalaman dengan anda semua mengenai keikhlasan yang seringkali menjadi isu sesetengah pihak terutamanya pihak yang menjalankan perniagaan Multilevel Marketing. Pada masa dulu saya hanya menganguk sahaja setiap yang diberitahu akibat daripada caj emosi kegaguman terhadap orang-orang yang berjaya dalam bidang tersebut.

Golongan yang selalu menjadi mangsa dalam isu ini ialah orang-orang yang bekerja dengan kerajaan atau swasta. Mereka seringkali memperlekehkan keikhlasan mereka dalam bekerja. Kata-kata yang tidak mungkin saya lupa ialah "Mereka bekerja kerana untuk mendapatkan wang, itu bermakna mereka tidak ikhlas. Sebaliknyanya niat mereka ialah untuk mendapatkan wang.. Tiada lain selain wang". Perkataan mereka yang selalu mereka ulangi ialah "Wang bukan segala-galanya tapi segala-galanya memerlukan wang".

Pada pendapat saya, Keikhlasan dalam bekerja bukan di ukur dari penerimaan gaji di hujung bulan. Bekerja untuk mendapatkan gaji atau wang merupakan lumrah dan ianya ditutut dalam agama. Keikhlasan bukan bermakna membuat sesuatu pekerjaan tetapi tidak mahu mendapat apa-apa pembalasan. Niat yang ikhlas ialah "Bekerja kerana Allah". Tiada siapa yang dapat menilai keikhlasan orang lain. Sebaik-baik penilai ialah Allah s.w.t. Kita sama sekali tidak layak untuk menilainya. Kepada pengkritik-pengkritik di luar sana ataupun kepada yang mempunyai kepentingan dan untuk mendapat kepentingan itu dengan menjatuhkan orang lain saya sarankan, hentikanlah!,

Wang bukanlah segalanya tetapi segalanya memerlukan wang.  Ayat pertama, Wang bukanlah segalanya adalah betul tetapi segalanya memerlukan wang adalah salah sama sekali. Bagi yang tidak berfikir panjang maka individu tersebut akan mengambil mudah dan menerima ayat tersebut dan menyebarkannya kepada orang lain. Ayat tersebut memang tidak sesusuai digunakan. Ayat seperti itu hanya boleh diterima kepada individu  yang meterialistik sahaja.

Apa yang saya tulis di sini bukanlah untuk menyakitkan hati mana-mana pihak tetapi untuk perkongsian kita bersama dan saya lakukan ikhlas kerana allah dan untuk kebaikan sejagat. Apa yamg lemah dan cela itu datang dari saya sendiri dan yang baik itu datang dari Allah s.w.t.

Sahabat anda
360 Degree Friends

Reactions:

1 comments:

  1. Niat yang ikhlas ialah "Bekerja kerana Allah". Tiada siapa yang dapat menilai keikhlasan orang lain. Sebaik-baik penilai ialah Allah s.w.t. Kita sama sekali tidak layak untuk menilainya.

    BalasPadam

COMMUNITY BIZ COMBO

Bantuan pengiklanan dan banyak lagi

UNLIMITED BROADBAND

Unifi atau Streamyx? Anda pilih.

COWAY THE WATER SPECIALIST

Call or whatsapp 0128477709

NAK PAKAI? NAK JUAL?

KLIK DAN TEMPAH

LEBIH 260 SIARAN

Semua movie terkini di panggung wayang

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


Assalamualaikum.. Adik saya Termizzi Bin Senak kembali ke warahmatullah lebih kurang 8.30pm 16 Februari 2012. Mohon pembaca sedekah al-fatihah kepada arwah. al-fatihah.

Mak saudara rakan saya ujang (Firdaus) iaitu Cik Dayang Fatimah Binti Abang Drahman telah kembali ke warahmatullah hari ini 22 Februari 2012. Mohon pembaca sedekah al-fatihah kepada arwah. al-fatihah

Guru silat saya Dato Dahlan Ali telah kembali ke warahmatullah pada 19 Mac 2012. Mohon pembaca sedekah al-fatihah kepada arwah. al-fatihah.