اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ SOLAT TIANG AGAMA.. SELAMAT MEMBACA.. ANDA SENYUM KAMI BAHAGIA..

BUNUH ANAK KERANA SAYANG

LONDON: Seorang ibu kepada lelaki cacat berusia 22 tahun disabit kesalahan membunuh anaknya kelmarin, walaupun wanita itu mendakwa dia melakukan demikian untuk mengakhiri penderitaan dihadapi anaknya itu.

Frances Inglis, 57, yang menyuntik anaknya dengan heroin berkata, dia membunuh anaknya kerana terlalu sayang kepadanya.


Wanita itu dijatuhkan hukuman penjara seumur hidup dengan minimum sembilan tahun menjalani hukuman penjara.

Anaknya, Tom Inglis mengalami kerosakan otak dalam satu kemalangan jalan raya pada Julai 2007 dan ibunya percaya anak lelakinya itu tersepit dalam ‘penjara dunia’ dan tiada harapan untuk pulih sepenuhnya.

Namun 10 orang juri yang mendengar perbicaraan selama dua minggu itu tidak yakin dengan hujahnya dan memutuskan wanita berkenaan membunuh anaknya ketika mangsa tidur pada November 2008.

Hakim Brian Barker di Old Bailey berkata: “Anda tidak boleh mengambil nyawa orang lain, walaupun anda berasa tindakan itu betul,” katanya.

“Kami boleh memahami perasaan anda. Namun hakikatnya anda melanggar nilai yang dipegang masyarakat serta undang-undang dan anda tahu akibatnya.”

Ketika memberi keterangan, Frances seorang ibu kepada tiga anak dari Dagenham, timur London, berkata, baginya kehidupan Tom berakhir pada 7 Julai 2007 ketika dia terjatuh daripada ambulans yang sedang bergerak.

Anaknya itu cedera dalam satu pergaduhan di luar sebuah bar dan mengalami kecederaan kepala yang teruk ketika jatuh daripada ambulans yang sedang membawanya ke hospital. ? Agensi
-bharian

Reactions:

1 comments:

  1. Hakim Brian Barker di Old Bailey berkata: “Anda tidak boleh mengambil nyawa orang lain, walaupun anda berasa tindakan itu betul,” katanya. Kami boleh memahami perasaan anda. Namun hakikatnya anda melanggar nilai yang dipegang masyarakat serta undang-undang dan anda tahu akibatnya.”

    BalasPadam

COMMUNITY BIZ COMBO

Bantuan pengiklanan dan banyak lagi

COWAY THE WATER SPECIALIST

Call or whatsapp 0128477709

NAK PAKAI? NAK JUAL?

KLIK DAN TEMPAH

LEBIH 260 SIARAN

Semua movie terkini di panggung wayang

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


Assalamualaikum.. Adik saya Termizzi Bin Senak kembali ke warahmatullah lebih kurang 8.30pm 16 Februari 2012. Mohon pembaca sedekah al-fatihah kepada arwah. al-fatihah.

Mak saudara rakan saya ujang (Firdaus) iaitu Cik Dayang Fatimah Binti Abang Drahman telah kembali ke warahmatullah hari ini 22 Februari 2012. Mohon pembaca sedekah al-fatihah kepada arwah. al-fatihah

Guru silat saya Dato Dahlan Ali telah kembali ke warahmatullah pada 19 Mac 2012. Mohon pembaca sedekah al-fatihah kepada arwah. al-fatihah.