اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ SOLAT TIANG AGAMA.. SELAMAT MEMBACA.. ANDA SENYUM KAMI BAHAGIA..

BUDAYA BERGENDANG/BERTANDAK/BERNOPENG MELAYU SARAWAK

Pengenalan
Masyarakat Melayu Sarawak sememangnya kaya dengan aktiviti-aktiviti kesenian yang berteraskan adat dan budaya. Selain sastera rakyat, lagu tradisi dan pelbagai permainan rakyat, kesenian tradisi yang paling popular di kalangan masyarakat Melayu Sarawak ialah bergendang.
Apakah Bergendang?
Bergendang ialah khazanah budaya dan kesenian yang dipusakai masyarakat Melayu Sarawak daripada nenek moyang mereka sejak zaman-berzaman. Aktiviti unik ini mempunyai keistimewaan tersendiri sebagai aktiviti bersuka ria yang diadakan dalam keadaan terbuka dan terang-benderang.
Seh Gendang
Kalangan wanita yang duduk di balik tabir tadi terdapat dua atau tiga wanita yang berperanan memukul gendang sambil berpantun. Mereka ini dipanggil “tukang gendang” atau “seh gendang”.

Kaum lelaki pula akan duduk sejajar atau berselerak mengikut keselesaan masing-masing di luar tabir. Namun begitu, mereka meninggalkan ruang di bahagian tengah, berdekatan tabir dan seh gendang sebagai gelanggang tarian.

Mereka menari secara bergilir dengan pasangan masing-masing. Kaum lelaki berperanan bermain biola atau akordian mengiringi seh gendang. Irama yang dimainkan oleh penggesek biola itulah yang akan menjadi ikutan seh gendang ketika berpantun dan bermukun. Majlis bergendang ini biasanya berjalan sepanjang malam hinggalah ke subuh mengikut kehendak kemampuan seh gendang dan topeng dengan keizinan tuan rumah.
Fungsi Gendang Melayu
Tidak dinafikan tujuan utama majlis ini dilangsungkan adalah untuk bersuka ria. Sambil bersuka ria, secara tidak langsung majlis ini juga menjadi temasya muda-mudi mencari pasangan.

Pada temasya ini, mereka dapat mengenali dengan jarak dekat gadis dan jejaka idaman mereka-apatah lagi pada zaman dahulu, anak-anak gadis jarang keluar rumah. Secara tradisi, apabila berkenan, pihak lelaki akan menyusul pula dengan majlis merisik dan meminang.
Peralatan Bergendangi. 
i. Gendang :
Gendang diperbuat daripada kayu keras seperti merbau, meranti, belian, menggeris, tanjan dan tapang. Kulitnya ialah kulit kambing yang kering yang disimpai atau diketatkan dengan rotan dan sidak.

ii. Sidak:
Sidak ialah lengkungan rotan untuk menegangkan kulit kambing tadi agar bunyi gendang itu kuat ketika dipukul.

Sidak yang diselit di antara birai gendang sebelah dalam dengan kulit kambing akan dikeluarkan sekiranya gendang itu tidak digunakan. Ada juga yang menggunakan kulit kayu yang dipintal seperti tali rotan, tetapi ia sukar diperolehi.

iii. Biola :
Biola diperlukan sekiranya ada penggesek.
iv. Akordian :
Ada yang menggunakan akordian sebagai alternatif sekiranya biola tidak ada atau tidak ada yang mahir menggesek biola.
v. Gong :
Di sesetengah tempat, selain gendang dan biola, gong turut digunakan untuk berpadu irama dengan paluan gendang.
Bila bergendang?
Bergendang lazimnya diadakan pada masa-masa tertentu;
Bergendang selepas kenduri Majlis bergendang selalunya diadakan pada waktu malam setiap kali selepas kenduri doa selamat, bercukur rambut, pindah ke rumah baru, berkhatan, lawatan menantu baru, mendapat laba atau anak baru dan menerima tetamu baru. Apabila majlis doa selamat atau berzikir diadakan pada siangnya, lazimnya 
yang terlibat ialah orang tua-tua. Hanya segelintir muda-mudi yang terlibat. Untuk bersikap adil, majlis bergendang diadakan pada sebelah malamnya, khusus bagi muda-mudi. Ia juga diadakan untuk melepaskan rasa letih dan tegang setelah bertungkus-Iumus mengendalikan majlis kenduri pada siangnya.

Bergendang selepas kanak-kanak berkhatan

Pada zaman dahulu, majlis berkhatan diadakan secara besar-besaran seperti majlis perkahwinan. Pelamin dibina dan pukulan hadrah berkumandang. Kanak-kanak yang akan berkhatan dihias seperti pengantin dan diarak keliling kampung. Kanak-kanak tadi “disandingkan” di atas pelamin dan ditepung tawar. Majlis berzikir atau doa selamat diadakan.

Selepas kanak-kanak itu dikhatankan, majlis bergendang diadakan, bukan sahaja semalam bahkan sampai tiga malam berturut-turut. la diadakan agar kanak-kanak yang berkhatan tadi dapat berjaga.

Sekiranya kanak-kanak itu tidur, tindih menindih akan berlaku. Ini boleh menyebabkan luka selepas khatan itu berdarah semula. Ini amat berbahaya kepada kanak-kanak berkenaan. Pada waktu siang, kanak-kanak itu boleh tidur dengan pengawasan rapi kaum keluarga mereka.
Irama Pantun
lrama pantun sering bertukar-tukar mengikut kemahiran seh gendang dan penggesek biola. Biasanya, irama itu berdasarkan pembayang maksud pantun tersebut. Pantun orang tua-tua dahulu mempunyai irama yang di sebut Labuan, Asam Paya, Samsudin, Air Amboi, lndung Anak, Selendang Mayang, Air Pasang dan Lela Majnun.

Contoh irama Labuan: 

Labuan pulo di laut, sayang Labuan pulo di laut,
Khabarlah berita, khabar berita pulo yang tumbuh,
Salamlahmu tuan, salammu tuan kami menyambut,
Asallah rahsia, asal rahsia disimpan teguh
Contoh irama Asam Paya: 
Asam paya buah di hutan,
Dalam sepompong masak sebiji,
sungguh kacak wajahmu tuan,
Dalam kampung payah dicari

Pantun yang biasa dilafaz oleh seh gendang:

Apa dijeruk buah belimbing,
Kurang masin tambahlah garam,
apa dijenguk di luar dinding,
Kalau sudi masuklah ke dalam.
Satang kecil si Satang besar,
Sama timbal Pulo Sempadi
Dari kecil sampai ke besar,
Belum pernah memungkir janji.
Di bawah ini merupakan rakaman budaya bergendang masyarakat Sarawak.


sumber : rahsiakite


Reactions:

1 comments:

  1. Bergendang ialah khazanah budaya dan kesenian yang dipusakai masyarakat Melayu Sarawak daripada nenek moyang mereka sejak zaman-berzaman. Aktiviti unik ini mempunyai keistimewaan tersendiri sebagai aktiviti bersuka ria yang diadakan dalam keadaan terbuka dan terang-benderang.

    BalasPadam

COMMUNITY BIZ COMBO

Bantuan pengiklanan dan banyak lagi

COWAY THE WATER SPECIALIST

Call or whatsapp 0128477709

NAK PAKAI? NAK JUAL?

KLIK DAN TEMPAH

LEBIH 260 SIARAN

Semua movie terkini di panggung wayang

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


Assalamualaikum.. Adik saya Termizzi Bin Senak kembali ke warahmatullah lebih kurang 8.30pm 16 Februari 2012. Mohon pembaca sedekah al-fatihah kepada arwah. al-fatihah.

Mak saudara rakan saya ujang (Firdaus) iaitu Cik Dayang Fatimah Binti Abang Drahman telah kembali ke warahmatullah hari ini 22 Februari 2012. Mohon pembaca sedekah al-fatihah kepada arwah. al-fatihah

Guru silat saya Dato Dahlan Ali telah kembali ke warahmatullah pada 19 Mac 2012. Mohon pembaca sedekah al-fatihah kepada arwah. al-fatihah.