اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ SOLAT TIANG AGAMA.. SELAMAT MEMBACA.. ANDA SENYUM KAMI BAHAGIA..

BERCINTA TIDAK SEMESTINYA MEMILIKI

Ini bukan cubaan, ini betul-betul. he he.. Selama saya bergiat dalam bidang IM saya telah membuat beberapa pemerhatian tentang sesuatu dalam laman sosial Facebook, twitter & apa sahaja yang berkaitan dengan laman sosial. Adakah anda tahu bahawa laman-laman tersebut melambangkan diri anda ataupun dengan kata lain segala yang anda tulis ataupun tunjukkan dalam laman tersebut samada dalam bentuk status, gambar, profile merupakan pendedahan mengenai diri anda. Bagi yang tidak mendedahkan dirinya pula mempunyai tafsirannya juga dan orang yang tidak mendedahkan siapa dirinya tidak dapat lari dari tafsirannya.



Mungkin perkara yang saya nak terangkan di atas agak umum dan saya sebenarnya ingin membuat satu artikel mengenainya. Tetapi buat masa sekarang saya lebih suka memerhati dan menilai untuk diri saya sendiri sahaja. Terdapat beberapa orang rakan yang sudah saya bincangkan mengenai perkara itu dan mereka bersetuju dengan apa yang saya katakan.

Berbalik kepada tajuk di atas, bercinta tidak semestinya memiliki sebenarnya huraian saya tentang cinta yang ditunjukkan dalam laman sosial yang popular, glamor, tertarik, menarik kau memang de Boom.. he he..

Apabila seseoang itu menyuarakan rasa cintanya dengan seseorang dalam statusnya. Ianya sebenarnya dilihat oleh banyak orang di dalam senarai rakan anda. Contohnya, senarai rakan saya sekarang dalam laman sosial saya ialah berjumlah 1000 orang. Sekiranya saya membuat satu status dalam laman sosial saya maka 1000 orang dapat melihat status saya. Dalam 1000 orang itu, berapakah yang berpendapat bahawa anda seorang yang romantis, terdesak, berharap, mengharap, tidak tahu malu, kasihan dan sebagainya. Seperti kata pepatah, Banyak udang banyak garam, banyak orang banyak ragam.

Tidak semua orang menilai status anda sebagai sesuatu yang baik. Lebih-lebih lagi apabila anda mengadu domba atau pun menyatakan sesuatu tentang kelemahan diri anda sendiri contohnya, "Aku tidak dapat hidup tanpa diri mu". Saya menilai orang yang meletakkan status seperti itu terlalu bergantung kepada orang lain untuk hidup. Apa pendapat anda pula.

Jika anda sedang bercinta, percayalah bahawa anda tidak semestinya memilikinya kerana si dia adalah milik tuhan yang esa. Hati anda dipenuhi dengan puisi-puisi yang dibisikkan oleh syaitan lalu anda lemah akan sesuatu yang bernama cinta. Anda tidak boleh mengongkong pasangan anda sehingga dia tidak mampu untuk melakukan sesuatu yang sewajarnya dan wajib dilakukkannya. Contohnya, Si dia ingin melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi lagi. Anda sebagai pasangannya tidak sepatutnya menghalang tetapi seharusnya mendorong kerana dia yang menentukan hala tujunya dan dia bukan milik anda.

Dipendekkan cerita, apa pendapat anda tentang status seseorang yang menunjukkan dirinya peras menonggeng? :p... la la la la... itu sahaja perkongsian saya hari ini... fikir-fikirkan dan selamat beramal (copy word (Ustaz Not Easy ali)...

sahabat anda,
360 Degree Friends..

Reactions:

2 comments:

  1. Dalam 1000 orang itu, berapakah yang berpendapat bahawa anda seorang yang romantis, terdesak, berharap, mengharap, tidak tahu malu, kasihan dan sebagainya. Seperti kata pepatah, Banyak udang banyak garam, banyak orang banyak ragam.

    BalasPadam
  2. Adakah anda tahu bahawa laman-laman tersebut melambangkan diri anda ataupun dengan kata lain segala yang anda tulis ataupun tunjukkan dalam laman tersebut samada dalam bentuk status, gambar, profile merupakan pendedahan mengenai diri anda.

    BalasPadam

COMMUNITY BIZ COMBO

Bantuan pengiklanan dan banyak lagi

UNLIMITED BROADBAND

Unifi atau Streamyx? Anda pilih.

COWAY THE WATER SPECIALIST

Call or whatsapp 0128477709

NAK PAKAI? NAK JUAL?

KLIK DAN TEMPAH

LEBIH 260 SIARAN

Semua movie terkini di panggung wayang

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


Assalamualaikum.. Adik saya Termizzi Bin Senak kembali ke warahmatullah lebih kurang 8.30pm 16 Februari 2012. Mohon pembaca sedekah al-fatihah kepada arwah. al-fatihah.

Mak saudara rakan saya ujang (Firdaus) iaitu Cik Dayang Fatimah Binti Abang Drahman telah kembali ke warahmatullah hari ini 22 Februari 2012. Mohon pembaca sedekah al-fatihah kepada arwah. al-fatihah

Guru silat saya Dato Dahlan Ali telah kembali ke warahmatullah pada 19 Mac 2012. Mohon pembaca sedekah al-fatihah kepada arwah. al-fatihah.