اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ SOLAT TIANG AGAMA.. SELAMAT MEMBACA.. ANDA SENYUM KAMI BAHAGIA..

360 DEGREE FRIENDS DI AKTIVITI SANTAI

360 Degree Friends baru-baru ini telah melaksanakan aktiviti yang ringkas iaitu aktiviti Santai di Pustaka Negeri Sarawak. Aktiviti ini didukung oleh Halaman Facebook Kuching, Sarawak, Blogger Sarawak, Juh Beloya dan pelbagai lagi individu dan halaman lain yang mungkin menyokong aktiviti ini.

Aktiviti seperti ini seperti sebelum ini mencapai tujuan utamanya iaitu mengeratkan silaturahim, menambah rakan-rakan, bertukar-tukar info dan merehatkan minda. Jumlah rakan yang mengikuti aktiviti ini kira-kira 15 orang termasuk rakan-rakan yang baru.

Aktiviti ini pada pendapat rakan-rakan yang mengikuti aktiviti ini amat menyeronokkan dan merupakan aktiviti yang boleh mengurangkan stress dalam diri. Namun begitu, aktiviti ini mempunyai cabarannya yang tersendiri. Cabaran ini kadang-kadang amat sukar untuk di atasi bagi rakan-rakan baru. Setiap kali kami mengadakan aktiviti seperti ini. Kami pasti ada antara rakan-rakan baru yang kecundang. Cabaran tersebut ialah bertegur sapa dengan rakan-rakan yang terdapat dalam 360 Degree Friends. 

Setiap kali aktiviti ini dibuat 360 Degree Friends akan menempatkan 1 hingga 3 orang ahli menggunakan baju 360 Degree Friends. Ini bagi memudahkan ahli baru mengenali ahli-ahli 360 Degree Friends.

Ada dikalangan ahli-ahli 360 Degree Friends yang mengikuti aktiviti ini sebelum ini terus menjadi kawan karib sehingga sekarang semasa mengenali antara satu sama lain semasa aktiviti 360 Degree Friends ini di adakan. Semasa aktiviti ini dijalankan, kami perasan ada antra ahli baru yang cuba untuk menegur rakan 360 Degree Friends tetapi mereka hanya mampu melihat sahaja akibat kurang keberanian.

Pada masa-masa akan datang, 360 Degree Friends bersama deligasi halaman Facebook lain akan bergabung tenaga bagi menjayakan aktiviti akan datang dan saya berharap sambutan yang baik akan berterusan seperti aktiviti-aktiviti yang lalu. Setiap aktiviti sebenarnya diselitkan dengan promosi tempat-tempat menarik di Kuching Sarawak dan jika anda ada tempat menarik yang boleh dikunjungi bolehlah memberi idea kepada ahli dalam kumpulan 360 Degree Friends.

Bagi mengikuti aktiviti seterusnya pada masa akan datang. Anda bolehlah terus klik pada link INI dan anda akan dibawa ke Kumpulan 360 Degree Friends. Dari kesempatan ini saya mengucapkan tahniah kepada individu yang yakin pada diri sendiri dalam mencari rakan baru di 360 Degree Friends dan bukan hanya sekadar berkawan di Laman Sosial Facebook sahaja.

Di bawah ini merupakan video aktiviti 360 Degree Friends yang dilaksanakan baru-baru ini.


Reactions:

1 comments:

  1. Aktiviti seperti ini seperti sebelum ini mencapai tujuan utamanya iaitu mengeratkan silaturahim, menambah rakan-rakan, bertukar-tukar info dan merehatkan minda. Jumlah rakan yang mengikuti aktiviti ini kira-kira 15 orang termasuk rakan-rakan yang baru.

    BalasPadam

COMMUNITY BIZ COMBO

Bantuan pengiklanan dan banyak lagi

UNLIMITED BROADBAND

Unifi atau Streamyx? Anda pilih.

COWAY THE WATER SPECIALIST

Call or whatsapp 0128477709

NAK PAKAI? NAK JUAL?

KLIK DAN TEMPAH

LEBIH 260 SIARAN

Semua movie terkini di panggung wayang

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


Assalamualaikum.. Adik saya Termizzi Bin Senak kembali ke warahmatullah lebih kurang 8.30pm 16 Februari 2012. Mohon pembaca sedekah al-fatihah kepada arwah. al-fatihah.

Mak saudara rakan saya ujang (Firdaus) iaitu Cik Dayang Fatimah Binti Abang Drahman telah kembali ke warahmatullah hari ini 22 Februari 2012. Mohon pembaca sedekah al-fatihah kepada arwah. al-fatihah

Guru silat saya Dato Dahlan Ali telah kembali ke warahmatullah pada 19 Mac 2012. Mohon pembaca sedekah al-fatihah kepada arwah. al-fatihah.