اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ SOLAT TIANG AGAMA.. SELAMAT MEMBACA.. ANDA SENYUM KAMI BAHAGIA..

BAYI KEMBAR SATU KEPALA TANPA BADAN

Jalan punya jalan punya jalan punya jalan... terjumpa lerr satu video bagi saya agak unik dan sedikit menakutkan.. Mana tidaknya, bayi kebar satu kepala tanpa badan. Selain itu, kejadian ini menyedihkan dan cukup menyebabkan ibu bapanya risau dengan masa depannya..



Doktor bagaimanapun cuba membuat pembedahan memisahkan bayi tersebut dan resikonya kita semua sudah tahu kerana ia melibatkan percantuman kepala yang melibatkan saraf otak. Apa yang paling menyedihkan ialah kepala yang satu lagi pasti akan meninggal dunia kerana tidak cukup sifat.

Saksikan videonya di bawah ini :


ANAK LALAT MAKAN DAGING MANUSIA YANG MASIH BERNYAWA

Lalat ini luar biasa, mengapa? karana ternyata mereka mampu berkembang menjadi spesies khusus sampai ada nama khusus, misalnya: Lalat Bot Perut Kuda, Lalat Bot Hidung Kambing, dan coba tebak.. ternyata ada juga Lalat Bot Manusia!



Masing-masing lalat bot ini memiliki berbagai macam kelebihan yang mengerikan, dan tiap akhir kitaran ini akan ada seekor kepompong besar dan gemuk yang akan menempelkan diri di daging hidup masing-masing mangsanya. Dan tidak sekedar menempel, mereka memakan daging mangsa ini hidup-hidup!


Lalat Bot Perut Kuda misalnya, akan meletakkan telur mereka di rumput, yang akan dimakan oleh kuda, bersamaan dengan telur lalat. Telur ini kemudian akan menetas di mulut kuda, karana panas tubuh kuda. Kemudian mereka akan masuk ke dalam perut kuda, dan akan membuat lubang-lubang kecil di perut kuda sampai puas dan jadi gemuk. Setelah siap, mereka tinggal ikut sistem pencernaan kuda, dan akan menjadi lalat setelah keluar dari tubuh kuda, dan kitaran awal akan terjadi lagi!


Lalat Bot Manusia lebih sadis lagi, mereka akan meletakkan telur mereka di tubuh lalat biasa atau nyamuk, yang tentunya akan berusaha mendarat di tubuh manusia. Apabila ianya mendarat, telur tadi secara tidak sengaja akan jatuh ke tubuh manusia, dan karena panas tubuh manusia, telur ini akan menetas menjadi larva. Larva lalat ini kemudian masuk ke dalam kulit, dan tumbuh besar dibawah kulit dengan perlahan-lahan memakan daging manusia!

Yang lebih menyeramkan lagi:

Larva tadi tidak tinggal diam dan tidak pemilih. Mereka dapat tumbuh dimanapun tergantung dimana telur tadi terjatuh. Jadi dengan kata lain, bisa di hidung, bisa di saluran air mata atau bahkan di otak! Sudah ada beberapa bukti kejadian ini…


Kalau mandi or basuh tangan tu, bersih-bersih lah yerrr... Gosok betul-betul.. Kalau lalat ni bertelur kat kepala.. alahai.. tak dopek den nak nolong... keh keh keh

KANAK-KANAK MELAYU BERMATA BIRU

image
SUNGAI PETANI - Kampung Teluk Amboi, Pulau Sayak, Kota Kuala Muda dekat sini menjadi tumpuan penduduk sejak beberapa hari lalu gara-gara seorang kanak-kanak lelaki Melayu bermata biru.

Kanak-kanak tersebut, Mohd. Aizat Aiman Mohd. Rizal, berusia 1 tahun 4 bulan menjadi tumpuan ramai kerana warna matanya berbeza dengan kebanyakan masyarakat negara ini yang rata-rata hitam atau perang.

Datuk kepada Mohd. Aizat Aiman, Ahmad Mustafa, 62, memberitahu, kejadian pelik itu berlaku selepas beberapa bulan cucunya dilahirkan. "Semasa dilahirkan, matanya berwarna hitam macam kebanyakan kita. Namun, selepas beberapa bulan ia berubah warna menjadi biru dan berkilauan.

"Kami sekeluarga hairan kerana tidak mempunyai darah kacukan orang barat ataupun Asia Barat," katanya ketika ditemui Utusan Malaysia di sini semalam. Ahmad berkata, keluarganya pernah membawa Mohd. Aizat Aiman menjalani pemeriksaan di beberapa hospital di Sungai Petani dan Pulau Pinang. Namun, katanya, doktor mengesahkan mata Mohd. Aizat Aiman itu tidak mengalami sebarang masalah dan boleh melihat seperti kanak-kanak biasa.

Ditanya tentang kejadian aneh sebelum Mohd. Aizat Aiman dilahirkan, Ahmad berkata, semasa mengandung, ibu kanak-kanak itu, Noraini Ahmad, 31, dikatakan gemar bermain dengan seekor kucing peliharaan mereka yang bermata biru.

"Noraini suka membersihkan mata kucing itu kerana tertarik dengan warnanya yang kebiruan. Orang tua-tua kata, mungkin kejadian mata biru Mohd. Aizat Aiman ada kaitan dengan kenan kucing," ujarnya. Bekas nelayan itu berkata, Mohd. Aizat Aiman itu juga mungkin mewarisi ciri-ciri bapanya, Mohd. Rizal Mohamad, 34, yang mata kanannya sedikit kebiruan tetapi tidak ketara.

"Noraini dan Mohd. Rizal merupakan insan istimewa kerana mereka berdua bisu dan mempunyai masalah pendengaran. Mereka bekerja sebagai operator kilang di Seberang Perai dan hanya pulang ke kampung dua minggu sekali," katanya.

Tambahnya, dia bagaimanapun berasa bimbang dengan masa depan Mohd. Aizat Aiman yang mungkin mewarisi kecacatan ibu bapanya yang tidak boleh mendengar. "Doktor memaklumkan bahawa cucu saya ini disyaki mengalami masalah pendengaran dan perlu menjalani pemeriksaan dua bulan sekali di Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) Sungai Petani," katanya.

Ahmad bagaimanapun berharap, cucunya itu dapat menjalani kehidupan seperti insan normal. "Dia seorang yang aktif dan sering menarik perhatian ramai kerana ciri anehnya yang bermata biru. Kini, dia juga mula petah bersuara walaupun setakat ini tidak dapat pastikan sama ada dia boleh bercakap atau tidak dalam beberapa tahun lagi. Kami doakan agar dia mempunyai sifat sempurna seperti orang lain," katanya.

sumber : utusan

BUDAYA BERGENDANG/BERTANDAK/BERNOPENG MELAYU SARAWAK

Pengenalan
Masyarakat Melayu Sarawak sememangnya kaya dengan aktiviti-aktiviti kesenian yang berteraskan adat dan budaya. Selain sastera rakyat, lagu tradisi dan pelbagai permainan rakyat, kesenian tradisi yang paling popular di kalangan masyarakat Melayu Sarawak ialah bergendang.
Apakah Bergendang?
Bergendang ialah khazanah budaya dan kesenian yang dipusakai masyarakat Melayu Sarawak daripada nenek moyang mereka sejak zaman-berzaman. Aktiviti unik ini mempunyai keistimewaan tersendiri sebagai aktiviti bersuka ria yang diadakan dalam keadaan terbuka dan terang-benderang.
Seh Gendang
Kalangan wanita yang duduk di balik tabir tadi terdapat dua atau tiga wanita yang berperanan memukul gendang sambil berpantun. Mereka ini dipanggil “tukang gendang” atau “seh gendang”.

Kaum lelaki pula akan duduk sejajar atau berselerak mengikut keselesaan masing-masing di luar tabir. Namun begitu, mereka meninggalkan ruang di bahagian tengah, berdekatan tabir dan seh gendang sebagai gelanggang tarian.

Mereka menari secara bergilir dengan pasangan masing-masing. Kaum lelaki berperanan bermain biola atau akordian mengiringi seh gendang. Irama yang dimainkan oleh penggesek biola itulah yang akan menjadi ikutan seh gendang ketika berpantun dan bermukun. Majlis bergendang ini biasanya berjalan sepanjang malam hinggalah ke subuh mengikut kehendak kemampuan seh gendang dan topeng dengan keizinan tuan rumah.
Fungsi Gendang Melayu
Tidak dinafikan tujuan utama majlis ini dilangsungkan adalah untuk bersuka ria. Sambil bersuka ria, secara tidak langsung majlis ini juga menjadi temasya muda-mudi mencari pasangan.

Pada temasya ini, mereka dapat mengenali dengan jarak dekat gadis dan jejaka idaman mereka-apatah lagi pada zaman dahulu, anak-anak gadis jarang keluar rumah. Secara tradisi, apabila berkenan, pihak lelaki akan menyusul pula dengan majlis merisik dan meminang.
Peralatan Bergendangi. 
i. Gendang :
Gendang diperbuat daripada kayu keras seperti merbau, meranti, belian, menggeris, tanjan dan tapang. Kulitnya ialah kulit kambing yang kering yang disimpai atau diketatkan dengan rotan dan sidak.

ii. Sidak:
Sidak ialah lengkungan rotan untuk menegangkan kulit kambing tadi agar bunyi gendang itu kuat ketika dipukul.

Sidak yang diselit di antara birai gendang sebelah dalam dengan kulit kambing akan dikeluarkan sekiranya gendang itu tidak digunakan. Ada juga yang menggunakan kulit kayu yang dipintal seperti tali rotan, tetapi ia sukar diperolehi.

iii. Biola :
Biola diperlukan sekiranya ada penggesek.
iv. Akordian :
Ada yang menggunakan akordian sebagai alternatif sekiranya biola tidak ada atau tidak ada yang mahir menggesek biola.
v. Gong :
Di sesetengah tempat, selain gendang dan biola, gong turut digunakan untuk berpadu irama dengan paluan gendang.
Bila bergendang?
Bergendang lazimnya diadakan pada masa-masa tertentu;
Bergendang selepas kenduri Majlis bergendang selalunya diadakan pada waktu malam setiap kali selepas kenduri doa selamat, bercukur rambut, pindah ke rumah baru, berkhatan, lawatan menantu baru, mendapat laba atau anak baru dan menerima tetamu baru. Apabila majlis doa selamat atau berzikir diadakan pada siangnya, lazimnya 
yang terlibat ialah orang tua-tua. Hanya segelintir muda-mudi yang terlibat. Untuk bersikap adil, majlis bergendang diadakan pada sebelah malamnya, khusus bagi muda-mudi. Ia juga diadakan untuk melepaskan rasa letih dan tegang setelah bertungkus-Iumus mengendalikan majlis kenduri pada siangnya.

Bergendang selepas kanak-kanak berkhatan

Pada zaman dahulu, majlis berkhatan diadakan secara besar-besaran seperti majlis perkahwinan. Pelamin dibina dan pukulan hadrah berkumandang. Kanak-kanak yang akan berkhatan dihias seperti pengantin dan diarak keliling kampung. Kanak-kanak tadi “disandingkan” di atas pelamin dan ditepung tawar. Majlis berzikir atau doa selamat diadakan.

Selepas kanak-kanak itu dikhatankan, majlis bergendang diadakan, bukan sahaja semalam bahkan sampai tiga malam berturut-turut. la diadakan agar kanak-kanak yang berkhatan tadi dapat berjaga.

Sekiranya kanak-kanak itu tidur, tindih menindih akan berlaku. Ini boleh menyebabkan luka selepas khatan itu berdarah semula. Ini amat berbahaya kepada kanak-kanak berkenaan. Pada waktu siang, kanak-kanak itu boleh tidur dengan pengawasan rapi kaum keluarga mereka.
Irama Pantun
lrama pantun sering bertukar-tukar mengikut kemahiran seh gendang dan penggesek biola. Biasanya, irama itu berdasarkan pembayang maksud pantun tersebut. Pantun orang tua-tua dahulu mempunyai irama yang di sebut Labuan, Asam Paya, Samsudin, Air Amboi, lndung Anak, Selendang Mayang, Air Pasang dan Lela Majnun.

Contoh irama Labuan: 

Labuan pulo di laut, sayang Labuan pulo di laut,
Khabarlah berita, khabar berita pulo yang tumbuh,
Salamlahmu tuan, salammu tuan kami menyambut,
Asallah rahsia, asal rahsia disimpan teguh
Contoh irama Asam Paya: 
Asam paya buah di hutan,
Dalam sepompong masak sebiji,
sungguh kacak wajahmu tuan,
Dalam kampung payah dicari

Pantun yang biasa dilafaz oleh seh gendang:

Apa dijeruk buah belimbing,
Kurang masin tambahlah garam,
apa dijenguk di luar dinding,
Kalau sudi masuklah ke dalam.
Satang kecil si Satang besar,
Sama timbal Pulo Sempadi
Dari kecil sampai ke besar,
Belum pernah memungkir janji.
Di bawah ini merupakan rakaman budaya bergendang masyarakat Sarawak.


sumber : rahsiakite


KUCING DIDERA DAN DITAYANG DI FACEBOOK

Penderaan keatas binatang merupakan perkara yang paling dibenci oleh kita. Mungkin akibat dari kurang didikan dan kasih sayang maka wujudnya individu yang tidak ada perasaan mendera binatang sehingga mati. Penderaan dengan membunuh untuk dimakan adalah perkara yang berbeza. Jika kita membunuh binatang tanpa sebab yang munasabah maka ianya dikira mendera dan kita membunuh atas dasar nafsu syaitan semata-mata.
Terdapat seorang individu yang mendera kucing dan dia sendiri menunjukkan aksi tersebut dengan merakam video perlakuannya. Status kucing tersebut bagaimanapun dilaporkan mati akibat dari penderaan yang dibuat oleh individu tersebut.


dibawah ini merupakan laporan mengenai penderaan tersebut :

360 DEGREE FRIENDS DI AKTIVITI SANTAI

360 Degree Friends baru-baru ini telah melaksanakan aktiviti yang ringkas iaitu aktiviti Santai di Pustaka Negeri Sarawak. Aktiviti ini didukung oleh Halaman Facebook Kuching, Sarawak, Blogger Sarawak, Juh Beloya dan pelbagai lagi individu dan halaman lain yang mungkin menyokong aktiviti ini.

Aktiviti seperti ini seperti sebelum ini mencapai tujuan utamanya iaitu mengeratkan silaturahim, menambah rakan-rakan, bertukar-tukar info dan merehatkan minda. Jumlah rakan yang mengikuti aktiviti ini kira-kira 15 orang termasuk rakan-rakan yang baru.

Aktiviti ini pada pendapat rakan-rakan yang mengikuti aktiviti ini amat menyeronokkan dan merupakan aktiviti yang boleh mengurangkan stress dalam diri. Namun begitu, aktiviti ini mempunyai cabarannya yang tersendiri. Cabaran ini kadang-kadang amat sukar untuk di atasi bagi rakan-rakan baru. Setiap kali kami mengadakan aktiviti seperti ini. Kami pasti ada antara rakan-rakan baru yang kecundang. Cabaran tersebut ialah bertegur sapa dengan rakan-rakan yang terdapat dalam 360 Degree Friends. 

Setiap kali aktiviti ini dibuat 360 Degree Friends akan menempatkan 1 hingga 3 orang ahli menggunakan baju 360 Degree Friends. Ini bagi memudahkan ahli baru mengenali ahli-ahli 360 Degree Friends.

Ada dikalangan ahli-ahli 360 Degree Friends yang mengikuti aktiviti ini sebelum ini terus menjadi kawan karib sehingga sekarang semasa mengenali antara satu sama lain semasa aktiviti 360 Degree Friends ini di adakan. Semasa aktiviti ini dijalankan, kami perasan ada antra ahli baru yang cuba untuk menegur rakan 360 Degree Friends tetapi mereka hanya mampu melihat sahaja akibat kurang keberanian.

Pada masa-masa akan datang, 360 Degree Friends bersama deligasi halaman Facebook lain akan bergabung tenaga bagi menjayakan aktiviti akan datang dan saya berharap sambutan yang baik akan berterusan seperti aktiviti-aktiviti yang lalu. Setiap aktiviti sebenarnya diselitkan dengan promosi tempat-tempat menarik di Kuching Sarawak dan jika anda ada tempat menarik yang boleh dikunjungi bolehlah memberi idea kepada ahli dalam kumpulan 360 Degree Friends.

Bagi mengikuti aktiviti seterusnya pada masa akan datang. Anda bolehlah terus klik pada link INI dan anda akan dibawa ke Kumpulan 360 Degree Friends. Dari kesempatan ini saya mengucapkan tahniah kepada individu yang yakin pada diri sendiri dalam mencari rakan baru di 360 Degree Friends dan bukan hanya sekadar berkawan di Laman Sosial Facebook sahaja.

Di bawah ini merupakan video aktiviti 360 Degree Friends yang dilaksanakan baru-baru ini.


18SX DAN NORMALKAH KITA

Cerita 1
Aminah merenung batang yang semakin menegak itu, dia terus mengusap-usap batang tersebut, kelihatan air putih mengalir keluar. Aminah pun menjerit “..Nek lemang ni nak buat macam mana, dah masak rasanya..”..

Cerita 2
Jalal meramas-ramas kemuncak kedua-dua bukit kecil itu, hatinya puas dan semangatnya semakin berkobar-kobar, jari-jemarinya terus menguli tanpa henti. Jalal tidak sabar hendak menyiapkan model untuk projek sainsnya itu yang bertajuk “bentuk muka bumi di kawasan berbukit bukau.”



Cerita 3
Zamrul menghisap-hisap puting itu dengan berhat-hati dan perlahan, dia tidak mahu tergesa-gesa, sesekali lidah nya menyentuh lembut hujung puting itu dan menyedut keluar sedikit susu …”cehhh masih panas, dah dekat satu jam aku rendam dalam air suam pun masih panas” Anak Zack yang masih bayi terus menangis meminta susu. Zamrul semakin tension.

Cerita 4
Idham menjerit sambil menhenjut-henjut badannya dengan rakus dan kasar “Come on baby, lets make it…”..katanya berulanag-ulang kali tanpa henti.. Kemuncaknya semakin tiba dan Idham kelihatan semakin rakus memacu kudanya untuk menamatkan perlumbaan itu, dia bertekad untuk memenangi tempat pertama dalam perlumbaan itu.



Cerita 5
Bahagian belakang kereta itu bergegar dan berhenjut-henjut. Alman yang dari tadi mengintip dari celah-celah pokok dapat melihat dua susuk tubuh manusia sedang melakukan sesuatu didalam kegelapan itu. Alman terus
mendiamkan diri, dia takut kehadirannya akan disedari. Tetapi setelah lama mengintip Alman pun lantas bangun dan segera menawarkan khidmatnya untuk membantu mereka menukarkan tayar kereta mereka yang pancit itu.

Kesimpulannya, Jika anda langsung tidak terfikirkan apa-apa mengenai seks semasa membaca 5 cerita diatas, ini bermaksud anda bukanya seorang yang normal. Sebaliknya jika anda terfikirkan sesuatu yang
berkaitan dengan seks….jangan ler anda risau, sebab anda adalah seorang yang normal.. tapi janganlah pulak anda mengelamun ye.... he he..

WANITA CEPAT MERASA TUA BERBANDING LELAKI

Wanita kebiasaannya akan merasakan fizikal atau perasaannya tua apabila mencapai lebih 29 tahun sedangkan lelaki hanya merasa tua apabila usianya mencapai 58 tahun mengikut beberapa sevey yang telah dibuat. Selain itu hampir 25% wanita merasakan dirinya tua apabila rambut putih ataupun uban mula tumbuh dikepalanya manakala lelaki pula tidak menghiraukannya. Lelaki hanya akan merasakan dirinya tua apabila hormon seksualnya mula menurun.



10% wanita akan merasa tua apabila kulit mereka mula berkedut manakala 3% pula merasakan dirinya tua apabila sudah menjadi ibu. 50% yang lainnya pula akan merasa tua apabila seluruh kulit di tubuhnya mengedur atau menurun akibat daripada selepas bersalin dan menyusukan anak.

Lebih 75% lelaki tidak menghiraukan perubahan pada bentuk tubuh badan mereka akibat faktor usia. Manakala 22% yang lainnya akan merasa tua apabila mereka tidak mampu lagi melakukan kerja-kerja berat.

Lelaki dikatakan merasakan dirinya tua apabila dia tidak mampu untuk meneruskan kerjayanya Lelaki lebih cenderung mengaitkan usianya dengan kerjayanya dan langsung tidak memikirkan mereka sudah tua walaupun sudah berumur 40 tahun atau usia-usia yang kita rasakan ianya sudah tua.


Wanita pula akan terus merasakan dirinya sudah tua apabila mereka tidaklah mampu bergaya atau mengenakan pakaian yang trendy. Perasaan tua akan mula dirasai apabila umur mulai mencecah 29 tahun.. Pada umur 30 tahun, wanita akan menjadi lebih matang dan menginginkan sesuatu yang lebih pada usia tersebut. Mereka akan lebih memikirkan mengenai keluarga dan pembangunan isi rumah. Pada ketika ini mereka akan memiliki keinginan yang lebih baik berbanding ketika mereka meningkat remaja.

Wanita memang sensitif pada usia dan ada dikalangan mereka amat takut untuk menunjukkan usia mereka malah segelintirnya sehingga tidak mahu menyambut kelahiran mereka kerana tidak suka dengan penuaan yang di alami oleh mereka.

BAHAYA PAUTAN/LINK DI FACEBOOK

Dalam kebelakangan ini, Pengguna Facebook diganggu oleh skrip serta link-link yang tidak baik. Hasil dari pemantauan skrip tersebut menggunakan XSS atau dikenali sebagai (Cross Site Scripting). Jika pengguna Facebook klik pada link-link tersebut seperti bit.ly, tinyurl.com, x.co dan go.gl maka mereka akan dibawa ke laman yang sudah disediakan untuk mengekploitasikan identiti mangsa iaitu XSS.





Skrip tersebut berfungsi secara automatik dengan sendirinya akan membuat posting ke status pengguna Facebook ataupun Facebook Chatbox. Skrip ini juga berpotensi untuk mencuri kata laluan pengguna Facebook dan mengambil data peribadi pengguna Facebook yang telah masuk ke laman XSS atau telah melakukan klik pada link tersebut.

Proses-proses tersebut hampir ada persamaan dengan penyebar firesheep iaitu mereka mencuri cookies-cookies sesama pengguna WIFI kemudian mengekses laman Facebook mereka tanpa diketahui oleh pemilik asal.


Pengguna Facebook yang pernah melakukan klik pada URL tersebut disarankan supaya menukar kata laluan Facebook bagi mengelak daripada kata laluan anda dicuri dan digunakan untuk tujuan tidak baik dengan mengeploitasikan Facebook anda.

Dengan itu, saya sarankan kepada pengguna Facebook agar berhati-hati dengan link ataupun URL yang ada persamaan dengan bit.ly, tinyurl.com, x.co dan go.gl. Jangan sesekali anda klik pada link tersebut.

Jangan lupa tekan butang "share" untuk artikel ni.. Selamatkan senarai rakan anda... sekian..

MOZILLA FIREFOX 4.0

Terbaik... Mozilla FireFox 4.0 sudah pun dilancarkan. Mungkin ada dikalangan anda belum mengetahui perkara ini. Tak rugi kongsi-kongsi perkara camni. Sebenarnya saya sendiri dah guna Mozilla FireFox 4.0 ni. Cuma tak sempat nak post kat beloya2u. Sibuk la katakan. he he..







Mozilla FireFox 4.0 dikatakan mempunyai kepantasan 4 kali ganda berbanding Mozilla FireFox 3.6 yang kita gunakan sebelum ini. Banyak paparan baru yang muncul dalam Mozilla FireFox 4.0. Ini akan memuaskan penggunanya yang berjumlah mencapai lebih 400 juta pengguna. Paparan ini lebih canggih dari paparan yang sebelum nya. Kalau dibandingkan Google Chrome mungkin ada nampak sedikit persamaan.

Mozilla FireFox 4.0 ini dibuat bagi memenuhi perubahan yang berlaku dalam dunia maya. Mozilla ini mampu menerima HTML5, Video HD (WebM) dan 3D Grafik. Terdapat banyak lagi kelebihan dalam Mozilla FireFox 4.0 ini. Bagi yang belum menggunakannya. Tunggu apa lagi, Muat turun lerr.. pergi sini http://mozilla.com.

FENOMENA WAKTU

Mereka yang mengamati semua peristiwa sejarah sejak Nabi Adam sampai hari ini, pasti yakin bahwa tidak ada tempat bagi orang yang tidak berguna dalam hidup.

Lain halnya bagi mereka yang kuat dalam beramal, mereka saling berkompetisi dalam mencapai puncak kemuliaan, yaitu Ridha Allah Ta’ala. Pada kesempatan ini kembali kita akan menyinggung untuk kesekian kalinya tentang fenomena waktu yang ‘tidak pernah menunggu’ siapapun, ia akan terus berjalan sesuai dengan kehendak Rabbnya. kali ini saya akan mengurai fenomena klasik yaitu, keluhan hampir semua orang; banyaknya tugas dan minimnya waktu yang tersedia. Selamat menyimak...



Mereka yang mengamati kondisi kaum muslimin akan membuat perkiraan, bahwa kebanyakan orang shalih yang menapaki jalan amal pada usia kurang lebih  dua puluh tahun. Kalau kita jadikan ukuran umur ummat Rasulullah enam puluh tahun, itu artinya ia telah kehilangan kira-kira sepertiga usianya tanpa memanfaatkannya. Dan ini adalah kenyataan. Katakanlah seorang yang shalih  hidup di dunia ini selama enampuluh tahun jadi yang tersisa lagi empat puluh tahun. Sisa umur tersebut itu berjalan kurang lebih sebagai berikut:

Pertama, sepertiga usia digunakan untuk tidur. Dalam batas tertentu tidur adalah kebutuhan setiap orang, namun kalau sudah melewati ambang batas, maka ini tentu adalah kerugian nyata. Seperti ada orang tidur 12 jam itu berartinya setengah dari kehidupan. Ada yang tidur 8 jam sehari yang berarti dari usia 40 tahun itu berkurang dari 13 tahun 6 bulan.

Kedua, sepertiga usia digunakan untuk bekerja. Ini juga menurut kebiasaan karena ada manusia yang memiliki dua atau tiga pekerjaan. Dengan demikian, bila sepertiga waktunya untuk bekerja dari usia 4o tahun, umur yang tersisa  tinggal 13 tahun enam bulan lagi

Ketiga, dengan perincian di atas maka usia yang tersisa bagi mereka yang berusia 60 tahun tinggal 13 tahun saja sisa usia tersebut digunakan  untuk melaksanakan  kewajiban yang lain, seperti menikah, mendidik anak, bersilaturrahim, mengunjungi teman, makan dan minum, pergi ke pasar dan seterusnya. Inipun kita belum mengkalkulasi waktu yang kita gunakan untuk sekedar bersenda gurau, bercanda yang tidak jelas ujung pangkalnya. Jadi kira-kira masih adakah usia yang tersisa untuk mencapai akhirat dan berlomba-lomba mendapatkan kenikmatannya ?

Inilah Salaf kita
Para salafus shalih selalu berusaha mengurangi waktu tidur, bekerja dan pemenuhan kebutuhan mereka yang lain sehingga tersedia waktu yang lebih banyak untuk meraih prestasi akhirat. Inilah Imam an-Nawawi, yang riwayat hidupnya layak untuk kita angkat sebagai yang paling ideal dari salaf kita dalam mengelola waktu.

Ketika Imam an-Nawawi pindah dari kampung kelahirannya, Nawa, ke Damaskus beliau semakin giat menggunakan waktunya selama dua tahu penuh beliau tidak merebahkan tubuhnya di lantai untuk tidur. Beliau tidur hanya dengan merebahkan kepala dan sebagian tubuhnya di atas buku. Hari-harinya diisi dengan belajar, memperbanyak ibadah seperti shalat malam, shaum sepanjang hari, dan bersikap wara’ dan zuhud. Setiap harinya beliau beliau mempelajari dua belas mata pelajaran dari satu guru ke guru yang lain. Beliau menjadi panutan  dalam hal menuntut ilmu.

Beliau pernah berkata,”jika kantuk mengalahkanku maka aku bersandar pada bukuku sebentar, lalu aku terbangun.” Salah seorang kawan beliau pernah datang membawakan makanan untuknya, tapi makanan itu sedikitpun tidak disentuhnya. Ketika ditanya tentang itu beliau berkata,”Saya khawatir tubuhku kenyang dan menjadikan aku terkantuk.” Diriwayatkan bahwa beliau sehari semalam tidak makan kecuali sekali, yaitu pada akhir isya dan tidak minum kecuali sekali pada waktu sahur. Beliau memakan roti yang dibawakan oleh ayah beliau dari negeri Nawa yang ia buat sendiri dengan tangannya, dan roti itu cukup beliau makan dalam seminggu. Beliau juga tidak makan kecuali satu jenis makanan saja. Adapun daging beliau memakannya hanya sekali dalam sebulan saja

Inilah sepotong kisah yang layak dijadikan contoh. Tentu kita tidak harus seperti persis dengan Imam an-Nawawi dalam mengurangi makan dan minum sebab setiap orang berbeda kemampuan dan potensi yang diberikan Allah. Karena itu ‘ibrah yang patut kita ambil dalam potongan kisah di atas  adalah semangat dalam mencapai cita-cita mulia harus dengan memaksimalkan waktu-waktu berharga dan memangkas semua pekerjaan yang kira-kira menghambat meraih cita-cita utama.

Karena itu, tidakkah kita melihat bagaimana orang-orang shalih memanfatkan waktu mereka, bahkan mereka harus berkejaran dengan waktu. Semua itu tak lain karena mereka mengetahui betul  nilai dan singkatnya waktu sehingga mereka memanfaatkannya sebaik mungkin, bahkan terkesan berlebih-lebihan sehingga harus mengurangi jatah makanan  yang sangat dibutuhkan oleh tubuh. Tapi, demikianlah selalu keadaan orang-orang yang memiliki himmah al-‘liyah (cita-cita yang tinggi) jasad terkadang harus mengalah demi cita-cita mulia.  

sumber : TASKA

PLENET MARS ADA KAITAN DENGAN NENEK MOYANG MANUSIA

Kenyataan plenet Mars merupakan tempat tinggal nenek moyang manusia bakal menjadi isu yang kontrovesi. Kenyataan ini bagaimanapun tidak dicampur adukkan dengan ilmu agama dan hanya berdasarkan fikiran manusia semata-mata.








Baru-baru ini para saintis MIT dan Harvard sedang mencari kebenaran mengenai laporan ini dan telah membuat beberapa risikan serta mengumpul maklumat yang perlu di plenet Mars. Para saintis dikatakan menggunakan teknologi terkini yang boleh membantu mereka untuk menyelidik perkara tersebut. Alat tersebut diberi nama Search for Extra-Terrestrial Genom atau SETG. Alat atau mesin ini akan digunakan bagi menganalisis debu-debu yang terdapat di plenet Mars yang mungkin ada persamaan dengan tisu-tisu yang terdapat pada kehidupan sebelumnya yang telah mati beberapa juta tahun dahulu.

Teori ini bagaimanapun sukar untuk diterima oleh beberapa pihak. Namun begitu teori ini disokong dengan sejarah bumi kita di mana keadaan bumi kita pada masa dahulu yang dikatakan kering kontang tiada sumber kehidupan kemudian berubah menjadi yang anda lihat sekarang. Perkara ini dikatakan akan berulang kembali pada masa akan datang di mana bumi kita akan di langgar oleh komet dan ianya akan menjadi seperti Plenet Mars.



Sejauh mana kebenaran ini dari segi pemikiran dan ilmuan manusia yang perumpamaannya setitis air lautan yang luas.


vivanews.com

HUBUNGAN WARNA HITAM DENGAN SELURUH LAPISAN ALAM

Hitam? Apakah makna warna hitam? Pelbagai pendapat yang dikeluarkan oleh pelbagai individu mengenai hitam. Hitam dikatakan melambangkan keunggulan, kebebasan dan keanggunan. Ada juga menyatakan hitam itu, kejahatan, kurang kasih sayang, ilmu hitam, syaitan dan sebagainya.






Hitam merupakan kegelapan dan itu sudah pasti. Jika kita guna baju hitam maka nyamuk suka mendekati kita dan itupun pasti. Hitam menyebabkan kita sukar dilihat dan itu juga pasti. Hitam selalu dikaitkan dengan black metal dan itu juga pasti. Hitam dikaitkan dengan kemurungan kerana dikala kemurungan kita hanya nampak kegelapan. Hitam juga selalu dikaitkan dengan utusan syaitan seperti ahli sihir, bomoh dan sebagainya. Hitam juga dikaitkan dengan hantu. Pelbagai persepsi manusia mengenai hitam.

Mungkin ada di kalangan peminat hitam di luar sana berpendapat hitam itu keunggulan, kekuatan dan mudah (simple). Siapakah yang suka berpakaian hitam? Pada ketika manakah kita menggunakan pakaian hitam? Kebanyakkan orang yang berpakaian hitam mempunyai perangai yang hampir sama?



Ayam kampung hitam, burung hitam, anjing hitam dan kucing hitam selalu dikaitkan dengan penjelmaan jin. Anda nilai sendiri dan tonton video di bawah ini :





UCAPAN MAAF DAPAT MENYIHATKAN JANTUNG WANITA

Walau marah macam mana kita dekat seseorang itu,kita jangan pernah melupakan 2 kata ajaib iaitu “terima kasih” dan “maaf“. Mungkin bagi korang perkataan ini tidak membawa maksud apa-apa, tapi tahukah korang bahawa hanya dengan meminta maaf kepada perempuan dengan iklas dapat membantu memanjangkan usianya.

Mengucapkan ‘maaf’ mungkin sangat susah dilafaskan kebanyakkan orang terutama lelaki. Akan tetapi,kajian ilmuwan dari Massachusetts University membuktikan,meminta maaf yang ditujukan pada seorang perempuan boleh meningkatkan kesihatannya terutama jantung.






Perempuan yang mempunyai sifat kelakuan kasar atau menyakitkan dari orang lain boleh menyebabkan peningkatan tekanan darah yang dapat memacu risiko serangan jantung atau stroke. Namun ketika mendengarkan kata ‘maaf‘ dapat menurunkan tekanan darahnya dan secara automatiknya dapat kembali normal sekitar 20% lebih cepat.



Sebaliknya tekanan darah laki-laki akan 20% lebih lama untuk pulih setelah mendengar permintaan maaf kerana mendapat perlakuan tak tenang. Hal ini menunjukkan seseorang lelaki cenderung bekerja lebih keras setelah mendengar pengakuan bersalah.


Kajian ini dilakukan ilmuwan di University of Massachusetts Medical School di Worcester, AS.Kajian mengukur tekanan di astolik dari 29 orang lelaki dan 59 perempuan.


Tekanan darah yang diukur dalam kajian ini adalah tekanan darah di astolik,iaitu tekanan dalam darah antara detik jantung atau tekanan dalam arteri-arteri ketika jantung istirehat setelah penat 'bekerja'.Jika tekanan terlalu tinggi, ia dapat meningkatkan kemungkinan stroke atau serangan jantung pada orang tersebut.


jadi,sayangilah pasangan korang.Jangan lupa berterima kasih dan meminta maaf.

AHLI BINA BADAN MENJADI MAK NYAH

du 05.1 Dulu ahli bina badan, kini mak nyah glamor


SOUTHAMPTON, Britain – Seorang bekas ahli bina badan lelaki, Chrisie Edkins kini bergelar model glamor selepas dia menukar identitinya menjadi seorang wanita, lapor sebuah akhbar semalam.


Edkins, 31, ditawarkan banyak kontrak peragaan yang menyaksikannya beraksi sebagai model wanita malah dia juga menceburi bidang nyanyian.







Lelaki tersebut yang memiliki seorang anak perempuan berusia sembilan tahun, Chloe, hidup sebagai seorang wanita selama bertahun-tahun sebelum dia tampil secara terbuka dengan identiti barunya itu pada tahun 2003.

“Saya masih melaksanakan tanggungjawab sebagai penjaga dan anak saya memahami kehidupan baru saya,” katanya.

Edkins yang dahulunya dikenali dengan nama lelaki, Chris pernah bekerja sebagai seorang mekanik dan juruelektrik dengan tujuan untuk membuktikan kepada dirinya bahawa dia ialah seorang lelaki ‘sejati’.

Namun, dia kemudian memutuskan untuk akur kepada naluri kewanitaan yang kuat dalam dirinya.
Edkins kemudian menjalani terapi hormon dan pelbagai rawatan kosmetik termasuk rawatan membesarkan payu dara untuk tampil sebagai seorang wanita yang cantik.

Dia mengubah profil diri di Facebook kepada wanita pada tahun 2003. – Agensi -kosmo-

TEMUDUGA NAK JADI POLIS

Ajoi dan Sumardi pergi interview jawatan Polis.Dalam ujian tersebut, seorang pegawai polis menguji kepantasan mereka.

Polis: “Ini ialah gambar suspek, cuba kamu ceritakan apa yang kamu ingat tentangnya.(Sambil penemeduga menunjukkan sekeping gampar suspek dalam masa 5 saat kemudian ditutup cepat-cepat)

Ajoi:”Kacang jer tu tuan, kami akan dapat tangkap dia dengan cepat, kerana dia hanya ada satu mata sahaja!”

Polis:”Weyyy…satu mata sebab gambar dari tepi lah!”

Kemudian Polis menunjukkan gambar tersebut kepada Sumardi pula.

Sumardi: “Aha, senang jer tuan, dia hanya ada satu telinga!”

Polis:”Lagi sorang nih…satu telinga sebab gambar dari tepi lah!”"takde jawapan lain ker? Pening pala aku!”

Tanpa putus asa, pegawai polis penemuduga tu memberi lagi satu peluang kepada Ajoi dan Sumardi.

Polis menunjukkan gambar tersebut sekali lagi kepada Ajoi dan bertanya dengan nada keras. “Ini gambar suspek, bagaimana kamu mengenalinya?” Dia menyambung lagi “Berfikir sebelum memberikan jawapan!”

Ajoi merenung gambar itu sejenak, dan berkata “Suspek menggunakan contact lens..!”

Pegawai Polis tersebut teruja dan kagum,kerana dia sendiri tidak tahu bahawa suspek memakai contact lens atau tidak.

“Wah, sebuah jawapan yang hebat. Tunggu sebentar, saya lihat dulu datanya, apakah dia pakai contact lens atau tidak”.

Beberapa minit kemudian pegawai polis datang dengan tersenyum.

Polis: “Wow, saya seperti tidak percaya, BETUL! suspek memang menggunakan contact lens!, hebat!, bagaimana kamu boleh meneka dengan sedetail ini?”

Ajoi : “Mudah sangat tuan”. “DIA TIDAK BOLEH PAKAI CERMIN MATA KERANA HANYA ADA SATU MATA DAN SATU TELINGA!”

Polis: WTF! “….”








.



BACA JANGAN SIK BACA DENGAR SIK KITAK ORANG!!!!

Nek ngepak kejap tok eh.. kah kah kah..eran juak ati tok nangga pange kitak orang eh. Nang kali-kali jak gia. Bukan bunyi nak nganok. Nak nego ajak bah. Boh kecik ati indah udik. Sapa kitak orang yang di maksud oleh kamek ya adalah kitak oranglah!!! keh keh keh.. termasuklah kamek pun. Padan muka kamek pun.. huak huak huak...



Perkara pelik tapi benar lah kata kamek. Aok la kata i!!.. Bila diberik sesuatu pake baca sikmok nak maca. Suka nak nanyak balit. eran juak ati ku erk.. Baca sebelum bertanyak nakkah bagus. keh keh keh. kamek salu gia juak bah. Sik juak nak medo nak. keh keh keh.. kenak kita camya gilak owh?

Salu nak mun komputer berolah pasya nya ada merik nota di screen. Alu klik ok.... bukan maok nak maca dolok.. Salu sik gia??!! eh! eboh ko nak senyum sia.. Ngakuk jak sia. Kamek ngakuk bah... Kekekekekekekek.. Mun ditanyak nak.. berapa banyak dah buku dibaca ko bulan tok?. keh keh.. berik jawapan lok.. Kotan malas gilak nak maca tek nak..

Udah gik jadi malas ya eh!!! (aku nego ku pun juak bah). Mun ada assignment or apa ajak keja diberik orang. Mun nak molah baca dolok apa yang perlu dibaca sebelum bertanyak. Mun kitak orang aktif dengan Internet Marketing (IM), Mun nak belaja tentang satu-satu software eh. kitak orang akan encarik gine nak make software ya. Sekiranya kitak orang terus direct tanyak dalam forum yang disedia sidaknya, dengan yakin & konfiden aku kitak orang akan kenak anok. keh keh keh.. aku dah kenak bah.. ya aku tauk.. kekekekekek.. padan muka aku. Kitak orang jangan gia k.

Lewat juak susah nak maca eh. Simple jak ya bah. kali orang asia nang gia nak owh. sik juak eh!!! kenak kita camya gilak owh... dari tadik aku madah.. eran juak ati ku nangga. Rajin-rajinlah membaca k. Jadilah orang yang berguna kepada agama, masyarakat & negara. Boh nak lepak2 tepi jeraya sik tentu pasal ajak bah.. Mun nak lepak boleh tapi jangan lah dari 6 pagi sampe 6 petang lepak. Kali gila lepak sampe lamak gia nak!! kekekekekekekek... Makin-makin gik aku nangga lepak sambil rah tangan ada botol arak.. asa nak langgar ku k keta twin turbo ku.. dikononnya lah... sikda orang muji pange gia eh..

sori mun ada terkasar bahasa, tersilap tatabahasa.. kamek nak nego ajak bah.. bukan nganok k... sama2 kita beringat bah.. mena nak nong owh..

SIKAP WANITA YANG TIDAK DISUKAI LELAKI


Tiada manusia yang sempurna di dunia ini. Setiap manusia mempunyai kelemahan masing-masing, tidak kira lelaki ataupun wanita semuanya sama sahaja. Apa yang kita perlu lakukan ialah memahami antara satu sama lain dan cuba mengawal keadaan dengan cara yang bijak dan waras.

Sebagai wanita, anda perlu bijak memahami sikap dan tingkahlaku pasangan anda. Dari masa ke semasa anda perlu meningkatkan tahap pengetahuan anda berkaitan sikap teman lelaki atau suami anda. Oleh sebab lelaki mempunyai sifat ego yang tinggi , wanita harus lebih bijak berdepan dengan perkara sebegini. Seperti yang anda tahu, lelaki lemah dengan pujuk rayu seorang wanita tidak kira si wanita itu adalah teman biasa, teman lelaki, kekasih atau isterinya sendiri. Walaubagaimanapun seorang lelaki masih tidak selesa dengan wanita yang mempunyai sifat buruk walaupun secantik mana pun wanita itu.

Berikut adalah beberapa sifat-sifat wanita yang tidak digemari oleh lelaki yang perlu anda titikberatkan untuk menjamin kebahagian anda.

1. Tidak Puas
Walaupun lelaki memiliki sifat tidak pernah puas, namun berdasarkan kajian yang dilakukan, wanita lebih sukar untuk dipuaskan di dalam apa jua aspek. Wanita juga dikatakan inginkan kesempurnaan, yang sememangnya mustahil untuk dikecapi. Saya rasa tidak perlu huraikan perkaran ini kerana anda boleh berfikir secara rasional tehadap sikap ini.

2. Mata Duitan
Wanita itu adalah menipu sama sekali jika dia menyatakan sedikitpun tidak tertarik dengan wang. Ini kerana lelaki akan tertarik dengan wanita disebabkan oleh tarikan seks manakala wanita tertarik dengan lelaki disebabkan oleh dorongan wang dan kemewahan. Itu adalah benar kerana, cuba anda perhatikan artis-artis Negara kita sudahlah. Siti nurhaliza kahwin dengan siapa? Walaupun dia sudah kaya. Norjuma pengacara TV3 kahwin dengan siapa? Orang yang berstatus datuk juga. Sememangnya susah hendak cari cinta sejati, semuanya adalah kepuraaan.

3. Suka Mengatur
Apabila wanita mempunyai peluang, wanita akan cuba mengatur kehidupan lelaki. Termasuklah cara berpakaian, bila anda boleh keluar rumah, balik dalam masa yang diberikan, tidak boleh balik lewat, tidak boleh keluar seorang, dan macam-macam perkara yang terbatas. Ini boleh membuatkan lelaki rimas dengan situasi ini. Wanita tidak sedar sikap sebegitu bukan dapat menambah baik hubungan yang terjalin sebaliknya hanya akan membinasakan. Lelaki lebih suka kehidupannya tidak dikongkong oleh perkara-perkara sebegini.

4. Cemburu Buta
Cemburu tandanya sayang, betul ke? Atau cemburu tandanya bengang. Namun sikap cemburu yang keterlaluan hanya akan membuatkan lelaki didorong untuk membuat perkara yang dicemburui itu dengan lebih kerap lagi. Ini kerana ramai wanita yang cemburu berlebih-lebihan semata-mata untuk mendapatkan perhatian daripada insan tersayang. Apatah lagi jika teman lelakinya boleh dikategorikan sebagai kacak dan mempunyai kerjaya yang teguh, lagilah dia risau. Kepada wanita yang mempunyai sikap sebegini, segeralah berubah kerana teman lelaki anda tidak akan mampu bertahan selamanya dengan sikap anda yang sebegitu.

5. Emosional
Sudah menjadi kebiasaan wanita akan mengalirkan air mata apabila sesuatu yang membuat hatinya tergores dan terluka. Tetapi wanita tidak boleh mengambil kesempatan dengan menggunakan air mata sebagai senjata untuk melemahkan lelaki. Jika kerap digunakan, ia dikuatiri akan membuat lelaki anda meluat. Tidak salah menunjukkan emosi yang anda itu sedang merajuk dan sebagainya, tetapi kawal-kawalah diri anda supaya teman lelaki anda tidak menjauhi anda suatu hari nanti.

6. Merajuk berlebihan
Memang tidak dinafikan wanita dengan merajuk umpama isi dengan kuku. Tetapi jika ianya dipraktikkan secara berlebihan maka ianya akan memberi kemudaratan kepada lelaki. Perkara yang dapat diselesaikan dengan mudah boleh menjadi rumit jika sikap ini ditonjolkan malah masalah dan pergaduhan akan menjadi berpanjangan tanpa kesudahan.

7. Meninggikan suara
Lelaki memang pantang apabila wanita meninggikan suara terhadap mereka kerana ianya melibatkan maruah mereka sebagai lelaki. Sebagai wanita yang nalurinya berjiwa lembut hendaklah bercakap dengan nada yang sesuai walaupun ketika bergaduh kerana ia mampu menyejukkan hati lelaki tetapi jika wanita bertindak sebaliknya maka ianya akan menyebabkan tindak balas yang tidak baik dari lelaki.


Sumber : tanyalelaki

PENYEMBELIHAN YAHUDI TERHADAP RAKYAT PALESTIN

Dalam kita sibuk dengan berita-berita bencana alam dan peperangan yang berlaku di Libya kita terlupa bahawa sekutu Amerika sedang mencabul hak asasi manusia di Palestin. Sekutu mereka Israel yang tidak berhati perut akan terus menjadikan darah rakyat palestin sebagai bahan boneka yang boleh diperkotak-katikkan.

Bangsa arab sekarang ini boleh dikatakan bangsa yang amat lemah kerana mereka tidak bersatu padu dan mereka berpecah belah mengejar harta dunia yang bukan hak mereka. Kebanyakkan negara arab pada masa sekarang ranap dan tidak tahu bilakah kesudahannya.

Berikut adalah rentetan kekejaman israel:

Pada 29 Disember 1947, 14 orang arab Palestin telah dibunuh dengan bahan peledak yang ditanam oleh sayap kana militant yahudi, Irgun di Bab al-Amound iaitu pintu kemasukan yang terbesar dan yang terpenting di Jerusalem (ianya juga digelar sebagai Pintu Damascus dan Pintu Nablus).

Keesokan harinya, sejumlah bahan peledak kedua telah ditanam di tanam di tempat yang sama dan menyebabkan 11 orang arab Palestin dan dua orang British terbunuh.

Pada hari tentera Zionis, Haganah menyerang Kampung Jabal al-Shaikh yang membunuh 17 orang Arab Palestin. Tentera yang sama juga kembali pada hari yang berikutannya denagn menggunakan bom tangan dan senjata api yang menyebabkan 30 orang kampung itu cedera, kebayakannya adalah wanita dan kanak-kanak.

9 April 1948
adalah sejarah paling penting bagi orang Palestin di mana mereka menjadi sasaran utama bersama tentera Palmach (Striking Companes), yang disokong oleh Haganah, dan hasil sampingan pengganas yang digelar Stern Gang telah dibunuh penduduk kampung di Dir Yasin ke barat Jerusalem.
Kampung ini dihuni oleh lebih kurang 800 orang yang menjadi faktor utama yang menjadi tanda lapangan terbang secara sulit. Rumah-rumah di sini diletupkan manakala kawasan-kawasan perkuburan telah dimusnahkan.
Bilangan sebenar jumlah kematian masih menjadi persoalan, namun ada beberapa dakwaan ayng mengatakan jumlah sebenarnya ialah daripada 90 hingga kepada 250 orang.
Kampung tersebut telah didiami oleh orang-orang Yahudi yang berhijrah yang dinamakan sebagai Givat Shaul Bet.

Pada April 1948,
50 orang penduduk dari Kampung Nasir dekat Tasik Tiberias telah terbunuh apabila puak Hayanah meyerang kampung ini menggunakan senjata api dalam usaha menghapuskan kaum Tani yang tidak bersenjata.

Pada 23 Mei 1948,
askar Israel telah menghapuskan Kampung Al-Tantoura dengan membunuh 71 orang daripada penduduknya manakala yang lain melarikan diri.

Pada 27 Oktober 1948,
ketua pihak Zionist,Moshe Dayan telah mengetuai askar Israel dalam sebuah divisyen yang ke-89 bagi menyerang Kampung Al-Dawayima dekat Hebron dan memusnahkan kampong itu sekaligus membunuh ratusan rakyatnya.

Pada 14 Oktober 1953,
unit askar Israel yang telah diketuai oleh Ariel Sharon menyelinap masuk ke Kampung Qibiya dekat Ramallah dan membunuh berdozen-dozen penduduk dan memusnahkan 56 buah sekolah serta 2 buah sekolah dan sebuah masjid dalam operasi selama 36 jam itu.Seluruh keluarga dari rumah itu terbunuh.

Pada 10 Oktober 1956,
sepasukan tentera Israel dilengkapi dengan kereta kebal dan jet pejuang menyerang Bandar Palestin, dekat Qalqilya yang membunuh lebih daripada 60 orang awam termasuk wanita dan kanak-kanak.

Pada 29 Oktober 1996,
tentera Israel menahan para petani Palestin untuk menghantar mereka pulang ke kediaman masing-masing di Kampung Karf Qasim. Tentera mengarahkan mereka berbaris untuk melaksanakan hukuman pembunuhan ke atas penduduk Palestin kerana tentera Israel mendakwa mereka melanggar desakan perintah berkurung Israel.

Pada 15 September 1992,
sekali lagi berlaku pembunuhan beramai-ramai secara kejam Sabra dan Shatila di bawah pemerintahan Ariel Sharon. Dua kem pelarian di Lebanon menyaksikan 800 orang awam terbunuh.
Dua kem telah dikelilingi oleh kereta kebal Israel dimana penduduk awam didalamnya telah dirogol dan dibunuh dalam tempoh 40 jam.

Pada 8 Oktober 1990,
bersempena dengan kebangkitan ( Intifada). Pertama, sepasukan pertahanan sempadan Israel dan para tenteranya telah membunuh 21 orang Arab Palestin di dalam Masjid Al-Aqsa.

Pada 25 Februari 1994,
Jewish Zionist Goldstein meletupkan Masjid Al-Ibrahimi di Hebron dengan menggunakan senjata api dan menembak mati 29 orang Arab Islam Palestin yang sedang bersembahyang.

Pada 17 Julai 1994,
11 orang pekerja yang berada di Eretz, Jaluran Gaza telah ditembak.

Pada 18 April 1996,
seramai 109 orang penduduk awam di Lebanon telah dibunuh oleh butiran das peluru Israel ketika berteduh di bangunan Pusat Perlindungan Persatuan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dekat Qana. Ini merupakan sebahagian daripada Operasi Saliran Kemarahan Tidak Rasmi yang diarahkan oleh Shimon Peres, perdana menteri Israel ketika itu.


HUBUNGAN POKOK DAN MANUSIA

Tahukah Anda bila kita selalu dekat dengan pokok, kita akan rasa tenang, bersemangat dan penuh dengan inspirasi? Mungkin Anda kurang menyedari hal ini.

Kita jadi bersemangat apabila kita selalu hampir pada alam terutama hampir dengan pokok dan rumput-rumput hijau. Orang-orang Barat cepat mencapai kemajuan kerana mereka suka bersantai di taman bersama keluarga. Dekat pada pokok-pokok dan alam semulajadi menjadi kebiasaan buat mereka.

Oleh kerana mereka dekat dengan alam, fikiran mereka jadi lebih positif sebab mereka merasa tenang sentiasa sedangkan ramai daripada mereka bukan beragama Islam seperti kita. Dari fikiran positif, tindakan mereka lebih banyak mengarah kepada tindakan positif lantas membuat mereka banyak mencapai pencapaian-pencapaian positif.

Pokok mempunyai tenaga positifnya tersendiri. Tenaga positif ini dipanggil "prana".
Tiap kali kita duduk berhampiran pokok atau kita duduk 30-60 minit di bawah pokok yang besar, sedar tak sedar tubuh kita menyerap pancaran tenaga positif yang terpancar dari pokok melalui kulit tubuh kita. Kesannya, fikiran kita berubah jadi tenang dan kita berada dalam emos santai.

Bila kita sudah tenang dan santai, kita jadi bersemangat. Bila sudah bersemangat, rasa gusar, risau dan tertekan hilang tiba-tiba.

Masalah yang kita fikirkan nampak penyelesaiannya. Fikiran yang berserabut seolah-olah jadi ringan tak semena-mena.




Tiap kali Anda berasa resah, gelisah, hati terluka, bawa diri Anda duduk bersendirian di bawah pokok. Tak jumpa pokok yang besar, cari pokok yang rimbun dan dekatkan diri anda pada pokok tu terutama di taman-taman yang suasananya tenang.

Lebih kerap Anda berada hampir dengan pokok, lebih bermotivasilah anda. Ini satu terapi diri yang baik, mudah dan murah.

CARA MENGELAK PERBALAHAN BERPANJANGAN

ADAT dalam perkahwinan berbaik, bergaduh dan kemudian, bermesra semula. Siapa yang inginkan pergaduhan berpanjangan namun kebiasaannya, berlaku sebaliknya. Perdamaian bersifat sementara, esok lusa bertengkar lagi. Sama ada sedang bercinta mahupun sudah mendirikan rumah tangga, pergaduhan sukar dielakkan kerana mungkin pasangan tidak mengetahui teknik tepat untuk berdamai. Bukan sahaja untuk yang sudah berumah tangga tetapi untuk semua yang bernama Manusia.



Panduan berikut mungkin boleh dimanfaatkan supaya mengelak daripada pergaduhan berterusan. Antaranya:


Jangan merajuk 
Sejak masih kanak-kanak, perempuan pandai menggunakan strategi merajuk untuk mendapat apa yang mereka inginkan. Ramai juga isteri menggunakan strategi merajuk untuk menang dan memaksa suami mengalah. Merajuk tidak menyelesaikan masalah, malah ia boleh memburukkan lagi masalah sedia ada. Walaupun dengan cara merajuk, isteri boleh mendorong suami mengalah, strategi itu tidak membawa kedamaian yang kekal. Malah, perbuatan merajuk sangat membahayakan kerana ia akan menyusahkan usaha untuk berdamai semula. Semakin kuat dan semakin lama rajuk seseorang isteri, semakin susah apabila mereka hendak berdamai. Oleh itu, apabila si dia merajuk lagi, helah itu mungkin memakan diri sendiri kerana tidak ada lelaki yang suka dihukum isterinya sendiri.


Jangan menghukum 
Pergaduhan, pertengkaran dan konflik antara suami isteri meninggalkan kesan buruk kepada hati dan perasaan kedua-dua pihak. Masing-masing cenderung mahu menghukum satu sama lain kerana hendak memuaskan hati yang sakit atas kata-kata berbisa dan perbuatan salah pihak satu lagi. Lelaki dan wanita mempunyai cara sendiri apabila menghukum pasangan. Lelaki lazimnya cenderung 'menarik diri' dan tidak mahu lagi bercakap dengan isteri, melainkan terpaksa. Wanita pula cenderung untuk merajuk, menekan, menarik muka masam, menyindir, tidak mahu senyum dan tidak mahu melayan suami. Namun, hukuman tidak mungkin menyelesaikan sebarang masalah.


Jangan berdusta 
Jika pasangan menunjukkan sikap mahu berdamai dan anda sendiri mahu berdamai, jangan berdusta. Jangan pura-pura tarik harga atau jual mahal. Jangan pura-pura tidak sudi. Jangan pura-pura benci. Perbuatan seperti itu ada risikonya. Dia mungkin menyangka anda betul-betul tidak sudi dan tidak mahu berdamai. Akibatnya, dia terdorong untuk melupakan usaha berdamai.


Jangan mencari salah 
Jika mahu berdamai, berhentikan tabiat suka mencari salah orang. Ia termasuk perbuatan berleter, menegur, mengkritik dan menasihati pihak satu lagi. Mencari salah tidak mungkin membawa penyelesaian. Kajian mendapati, wanita cenderung menuduh suami mereka bersalah apabila berlaku masalah dalam hubungan perkahwinan.


Hentikan bahasa negatif 
Dua jenis bahasa negatif yang biasa digunakan apabila bergaduh ialah bahasa tuduhan dan bahasa celaan. Jika mahu berdamai, hentikan bahasa itu termasuk sindiran dan penghinaan. Untuk tujuan berdamai, tukar bahasa negatif kepada bahasa positif. Jenis bahasa positif yang sangat baik kesannya kepada hubungan cinta suami isteri ialah bahasa pengiktirafan, penghargaan, pujian dan sanjungan.


Berbicara mengenai hari ini dan esok 
Setelah berdamai, jangan bercakap melainkan mengenai hari ini dan hari esok. Jangan pandang ke belakang melainkan untuk tidak mengulangi lagi kesilapan kita sendiri pada masa lalu. Jangan sekali-kali mengungkit perkara yang menyebabkan konflik.


Senyum semula 
Menerusi pelbagai kajian, antara perkara yang banyak disebut lelaki mengenai bekas isteri mereka ialah isteri mereka tidak senyum. Jadi, senyumlah walaupun susah kerana senyuman ialah cara yang mujarab untuk berdamai semula.


Mulakan berdamai 
Selepas konflik yang berlaku itu berlarutan, kedua-duanya mungkin mahu berdamai, tetapi takut risiko untuk memulakannya. Jika benar inginkan perdamaian, ambil langkah untuk berdamai. Jangan tunggu sampai pihak satu lagi yang memulakannya.

sumber : nilabiru

COMMUNITY BIZ COMBO

Bantuan pengiklanan dan banyak lagi

UNLIMITED BROADBAND

Unifi atau Streamyx? Anda pilih.

COWAY THE WATER SPECIALIST

Call or whatsapp 0128477709

NAK PAKAI? NAK JUAL?

KLIK DAN TEMPAH

LEBIH 260 SIARAN

Semua movie terkini di panggung wayang

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


Assalamualaikum.. Adik saya Termizzi Bin Senak kembali ke warahmatullah lebih kurang 8.30pm 16 Februari 2012. Mohon pembaca sedekah al-fatihah kepada arwah. al-fatihah.

Mak saudara rakan saya ujang (Firdaus) iaitu Cik Dayang Fatimah Binti Abang Drahman telah kembali ke warahmatullah hari ini 22 Februari 2012. Mohon pembaca sedekah al-fatihah kepada arwah. al-fatihah

Guru silat saya Dato Dahlan Ali telah kembali ke warahmatullah pada 19 Mac 2012. Mohon pembaca sedekah al-fatihah kepada arwah. al-fatihah.