اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ SOLAT TIANG AGAMA.. SELAMAT MEMBACA.. ANDA SENYUM KAMI BAHAGIA..

USAHAWAN : 1000 LANGKAH BERMULA DARI LANGKAH YANG PERTAMA

Sebut sahaja usahawan, saya pasti anda akan memikirkan sesuatu yang diusahakan untuk menghasilkan duit. Tapi pernahkah anda bagaimana hendak melakukkannya. Untuk menjadi usahawan anda harus memulakan langkah yang pertama. Sebenarnya untuk menjadi usahawan amat mudah. Caranya ialah menjadikan sesuatu itu sebagai sesuatu yang bernilai dan boleh ditukar dengan wang ringgit.


Peniaga nasi lemak juga adalah usahawan. Jika anda benar-benar hendak menjadi usahawan, pergilah jual nasi lemak. Mudah bukan?. Tetapi tidak semua orang mampu untuk menjualnya kerana beberapa faktor dan faktor utamanya adalah malas dan malu.

Saya meletakkan beberapa langkah mudah di sini untuk menjadi usahawan. Langkah pertama ialah menjadikan sesuatu barang, produk ataupun perkhidmatan menjadi sesuatu yang bernilai yang boleh menghasilkan duit contohnya anda menjadikan ranting kayu sebagai tempat untuk pengusaha kacang panjang melilitkan tanaman mereka. Dengan membuat jualan ranting kayu tersebut maka anda mampu meraih keuntungan dan keuntungan itu  adalah hasil daripada jualan ranting kayu yang mungkin hanya dipandang sebagai sampah oleh orang yang tidak nampak peluang.

Langkah kedua ialah setelah anda berjaya membuat jualan pada pendapat saya anda haruslah memikirkan sesuatu yang lebih jauh ke hadapan dengan membuat pendaftaran syarikat. Mungkin ada dikalangan anda memikirkan untuk mendaftar perniagaan anda merupakan perkara yang rumit dan leceh. Sebenarnya langkah ini amat penting supaya anda dapat bergerak lebih jauh lagi dan ini menjadikan perniagaan anda mempunyai identiti tersendiri selain memudahkan urusan jualan dan pengenalan pengeluaran produk.

Langkah ketiga ialah dengan membuat nilai tambah pada produk contohnya anda boleh membuat sedikit perubahan pada ranting kayu tersebut supaya mudah digunakan oleh pengusaha kacang panjang dan memberi impak kekemasan pada kebun mereka. Selain itu, mungkin anda boleh memberi lebih perkhidmatan kepada pelanggan anda untuk menaikkan kualiti perkhidmatan. Dengan cara ini anda boleh menaikkan sedikit harga pada produk dan perkhidmatan anda dengan memberi kepuasan lebih kepada pelanggan.

Langkah keempat pula ialah dengan mempelbagaikan produk anda seperti menjadikan ranting kayu tersebut sebagai barang perhiasan di rumah, rotan, kayu api dan sebagainya. Dengan cara ini pasaran anda akan menjadi luas dan tidak bergantung kepada permintaan pekebun kacang panjang sahaja.

Langkah kelima ialah menyuntik modal pada perniagaan anda bagi menambah produktiviti perniagaan anda. Untuk menambah modal terdapat beberapa cara antaranya ialah dengan membuat pinjaman atau mencari rakan kongsi baru. Apabila anda membuat pinjaman, anda memerlukan sijil pendaftaran perniagaan anda dan mejoriti skim bantuan pinjaman perniagaan meletakkan syarat perniagaan anda hendaklah beroperasi sekurang-kurangnya 6 bulan. Bukankah anda sudah memenuhi syarat tersebut.

Langkah ke enam ialah membuat kawalan rapi pada perniagaan anda supaya lompang pembaziran yang boleh menyebabkan kerugian dapat di elak. Jika unsur kawalan tidak terdapat dalam perniagaan anda maka ia boleh mengakibatkan perniagaan anda tidak kekal lama. Saya berkata begini hasil dari pengalaman saya sendiri.

Langkah ke tujuh ialah dengan meletakkan jenama pada produk anda dan membuat promosi secara konsisten bagi memastikan produk anda menjadi salah satu daripada produk yang kuat daya saing di pasaran.

Apa yang saya kongsikan diharap dapat membantu sedikit sebanyak kepada anda semua bagaimana hendak menjadi usahawan. Sebenarnya terdapat banyak lagi langkah yang harus anda buat untuk menjadi seorang usahawan. Saya bagaimanapun hanya meletakkan beberapa perkara yang difikirkan perlu.

Jangan lupa kongsi dengan rakan-rakan anda... tekan jerr butang share kat bawah ni.. pilih laman sosial yang anda gunakan...

.

Reactions:

1 comments:

  1. Peniaga nasi lemak juga adalah usahawan. Jika anda benar-benar hendak menjadi usahawan, pergilah jual nasi lemak. Mudah bukan?. Tetapi tidak semua orang mampu untuk menjualnya kerana beberapa faktor dan faktor utamanya adalah malas dan malu.

    BalasPadam

COMMUNITY BIZ COMBO

Bantuan pengiklanan dan banyak lagi

COWAY THE WATER SPECIALIST

Call or whatsapp 0128477709

NAK PAKAI? NAK JUAL?

KLIK DAN TEMPAH

LEBIH 260 SIARAN

Semua movie terkini di panggung wayang

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


Assalamualaikum.. Adik saya Termizzi Bin Senak kembali ke warahmatullah lebih kurang 8.30pm 16 Februari 2012. Mohon pembaca sedekah al-fatihah kepada arwah. al-fatihah.

Mak saudara rakan saya ujang (Firdaus) iaitu Cik Dayang Fatimah Binti Abang Drahman telah kembali ke warahmatullah hari ini 22 Februari 2012. Mohon pembaca sedekah al-fatihah kepada arwah. al-fatihah

Guru silat saya Dato Dahlan Ali telah kembali ke warahmatullah pada 19 Mac 2012. Mohon pembaca sedekah al-fatihah kepada arwah. al-fatihah.