اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ SOLAT TIANG AGAMA.. SELAMAT MEMBACA.. ANDA SENYUM KAMI BAHAGIA..

TUMOR OTAK DIHASILKAN OLEH TELIFON BIMBIT

LONDON: Satu kajian yang diawasi Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) yang dilakukan selama sedekad dilaporkan akan mengesahkan penggunaan telefon bimbit berlebihan mendedahkan seseorang kepada risiko tumor otak.



Akhbar Britain The Daily Telegraph melaporkan semalam keputusan awalan kajian mendapati “risiko tumor otak meningkat secara ketara” dalam kes penggunaan telefon bimbit selama 10 tahun atau lebih.

Ketua kajian itu berkata laporan berkenaan yang hasilnya akan didedahkan tidak lama lagi akan turut memuatkan “pesanan kesihatan awam.” Akhbar itu berkata Jabatan Kesihatan Britain sudah empat tahun tidak mengemas kini panduannya berhubung penggunaan telefon bimbit. Di bawah panduan sekarang, jabatan itu berkata bukti yang tersedia pada masa ini tidak menunjukkan penggunaan telefon bimbit membahayakan. Namun ia menyarankan agar kanak-kanak tidak digalakkan membuat panggilan yang tidak perlu melalui telefon bimbit dan orang dewasa membuat panggilan yang singkat.

Kajian diawasi WHO itu menyiasat sama ada pendedahan kepada penggunaan telefon bimbit berhubung kait dengan tiga jenis tumor otak dan tumor kelenjar air liur. Ketua kajian itu, Dr Elisabeth Cardis, menyokong diadakan amaran baru berhubung penggunaan telefon bimbit. “Berikutan beberapa kajian yang menunjukkan frekuensi radio berkemungkinan memberi kesan, sikap waspada adalah penting,” katanya.

“Saya bersetuju dengan pandangan bahawa penggunaan telefon bimbit di kalangan kanak-kanak dihadkan. “Tetapi saya tidak setuju penggunaan telefon bimbit diharamkan kerana ia sudah menjadi alat komunikasi yang penting,” katanya.

“Kaedah mengurangkan pendedahan seperti alat “bebas tangan” juga menarik dipertimbangkan,” katanya. Kajian itu meliputi 13 negara dengan mengadakan temu ramah di kalangan lebih 12,000 pesakit tumor dan mereka yang sihat yang menggunakan telefon bimbit.- Agensi -bharian

Reactions:

0 comments:

Catat Ulasan

COMMUNITY BIZ COMBO

Bantuan pengiklanan dan banyak lagi

UNLIMITED BROADBAND

Unifi atau Streamyx? Anda pilih.

COWAY THE WATER SPECIALIST

Call or whatsapp 0128477709

NAK PAKAI? NAK JUAL?

KLIK DAN TEMPAH

LEBIH 260 SIARAN

Semua movie terkini di panggung wayang

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


Assalamualaikum.. Adik saya Termizzi Bin Senak kembali ke warahmatullah lebih kurang 8.30pm 16 Februari 2012. Mohon pembaca sedekah al-fatihah kepada arwah. al-fatihah.

Mak saudara rakan saya ujang (Firdaus) iaitu Cik Dayang Fatimah Binti Abang Drahman telah kembali ke warahmatullah hari ini 22 Februari 2012. Mohon pembaca sedekah al-fatihah kepada arwah. al-fatihah

Guru silat saya Dato Dahlan Ali telah kembali ke warahmatullah pada 19 Mac 2012. Mohon pembaca sedekah al-fatihah kepada arwah. al-fatihah.