اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ SOLAT TIANG AGAMA.. SELAMAT MEMBACA.. ANDA SENYUM KAMI BAHAGIA..

TIADA KOS UNTUK MENGHILANG/MENYEMBUHKAN JERAWAT

Teringat masa dulu ketika saya hendak meningkat remaja. Mulalah perubahan demi perubahan yang di alami. Mula-mula sekali apabila tanda-tanda akil baligh muncul. Saya seperti budak lelaki yang lain, akil baligh datang pada malam yang tidak di sangka-sangka. Bila bangun pagi maka basahlah tilam yang tidak tahu bagaimana ianya berlaku. Buat pengatahun itu bukan air kencing. he he.. Mulalah hati secara otomatik menggatal dengan awek-awek yang dikenali. Fenomena itu biasa bagi saya. Satu fenomena yang sukar di terima ialah apabila tumbuhnya jerawat di muka.

Jerawat di muka menyebabkan kita menjadik tak keruan, hilang keyakinan diri, tidak selesa dan sebagainya. Masih saya ingat lagi pada ketika itu jerawat batu bermaharajarela di muka. Muka bumi muka berubah bentuk menjadi muka bumi bulan yang terdapat banyak kawah-kawahnya. Berbagai cara dibuat untuk menghilangkan jerawat. Kebiasaan pada masa itu ialah picit jerawat untuk membuangnya. Tetapi yang sebenarnya kaedah itu akan lebih memudaratkan muka kerana ianya memberi kesan kehitaman ke atas kulit. Pernah suatu ketika, saya pergi berjumpa dengan doktor pakar sakit kulit. Kepakaran doktor pun tidak mampu menyembut masalah jerawat yang saya alami. Ketika itu perasaan rendah diri yang extrem telah menular dalam diri saya sehingga kadang-kadang saya malu untuk berhadapan dengan orang.

Jika dibandingkan pada masa itu dan semasa umur saya meningkat pada 21 tahun, wajah saya amat berbeza sekali. Dari muka yang berjerawat dan penuh dengan kawah menjadi muka yang licin tanpa sebarang jerawat. Bagaimana saya menghilangkannya menjadi persoalan kepada rakan-rakan sekeliling saya. Ada yang meneka menggunakan ubat-ubatan yang mahal, ada yang meneka saya menggunakan kaedah 18sx dan macam-macam lagi andaian. Banyak di antara mereka bertanya dan ingin mendapatkan tips-tips bagaimana hendak menghilangkan jerawat.

Bagi menghilangkan jerawat amat mudah sebenarnya. Mungkin anda semua tertanya-tanya bagaimana ianya berlaku. Dengan mudah dan bangganya saya menjawab, saya hanya menggunakan air wudhu. Mungkin ada di  kalangan pembaca tidak tahu apa itu air wudhu. Air wudhu ialah membasuh atau membersih kawasan-kawasan tertentu sebelum menunaikan solat. Pelik tapi benar. Mengikut beberapa kajian mengenai getaran air dan perubahan pada zarah-zarah air. Air berubah bentuk pada waktu-waktu tertentu dan tempat-tempat terntentu.

Saya percaya bahawa air yang mengalir pada waktu-waktu hendak menunaikan solat mempunyai getaran dan perubahan zatnya yang tersendiri dan pada ketika itu juga kulit kita memerlukan air. Kita (manusia) berasal dari tanah dan untuk menyuburkan tanah maka ianya perlu disirami dengan air. Disebabkan itulah maka Allah s.w.t telah menetapkan waktu-waktu solat dan berwudhu sebelum solat kerana pada ketika itu kulit kita amat memerlukan air.

Mungkin ada antara anda kurang yakin dengan apa yang saya perkatakan. Apa yang saya kongsikan ini adalah berdasarkan pengalaman saya sendiri dan ianya terbukti berkesan. Pernah suatu ketika, rakan saya seorang pramugari mempunyai masalah yang sama pada kulit mukanya lalu saya menyarankan dia untuk membasuh muka 5 kali sehari pada waktu-waktu di mana umat islam melakukan solat. Selepas beberapa minggu saya dapati mukanya beransur pulih dan jerawat mula mengering dan sembuh.

Itulah dinamakan kasih sayang Allah s.w.t kepada umatnya yang menunaikan solat. Di dalamnya terdapat banyak perkara yang tersirat yang belum kita ketahui atau kita buat-buat tidak tahu. Saya harap perkongsian ini dapat membantu menambah keyakinan rakan-rakan yang hilang keyakinan akibat jerawat. Kos untuk rawatan ini adalah "iman"

Sekian Terima Kasih
Sahabat anda
360 Degree Friends

Reactions:

1 comments:

  1. Jerawat di muka menyebabkan kita menjadik tak keruan, hilang keyakinan diri, tidak selesa dan sebagainya. Masih saya ingat lagi pada ketika itu jerawat batu bermaharajarela di muka. Muka bumi muka berubah bentuk menjadi muka bumi bulan yang terdapat banyak kawah-kawahnya.

    BalasPadam

COMMUNITY BIZ COMBO

Bantuan pengiklanan dan banyak lagi

COWAY THE WATER SPECIALIST

Call or whatsapp 0128477709

NAK PAKAI? NAK JUAL?

KLIK DAN TEMPAH

LEBIH 260 SIARAN

Semua movie terkini di panggung wayang

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


Assalamualaikum.. Adik saya Termizzi Bin Senak kembali ke warahmatullah lebih kurang 8.30pm 16 Februari 2012. Mohon pembaca sedekah al-fatihah kepada arwah. al-fatihah.

Mak saudara rakan saya ujang (Firdaus) iaitu Cik Dayang Fatimah Binti Abang Drahman telah kembali ke warahmatullah hari ini 22 Februari 2012. Mohon pembaca sedekah al-fatihah kepada arwah. al-fatihah

Guru silat saya Dato Dahlan Ali telah kembali ke warahmatullah pada 19 Mac 2012. Mohon pembaca sedekah al-fatihah kepada arwah. al-fatihah.