اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ SOLAT TIANG AGAMA.. SELAMAT MEMBACA.. ANDA SENYUM KAMI BAHAGIA..

TAK ADA MANUSIA YANG LAHIR SEMPURNA



tak ada manusia yang terlahir sempurna.. jangan kau sesali segala yang terjadi.. kita pasti pernah mendapat cobaan yang berat.. seakan hidup ini tak ada artinya lagi.. syukuri apa yang ada.. hidup adalah anugerah.. tetap jalani hidup ini melakukan yang terbaik.. jangan menyerah

ayat ini buat aku review semula apa yang telah aku lakukan sebelum ini

Tidak ada manusia yang lahir sempurna bermaksud kita dilahirkan dengan kelebihan dan kekurangan masing-masing. Dari kekurangan dan kelebihan itu maka kita saling melengkapi antara satu sama lain dan bukan menindas ataupun menyendiri. Apa yang kamu rasakan kekurangan yang ada dalam diri kamu merupakan untuk mendidik kamu tentang kesusahan orang lain. Kamu boleh intai kekurangan orang lain yang lebih mencabar berbanding kamu. Bagi yang mempunyai kelebihan pula bukanlah untuk kamu menindas atau membanggakan diri sendiri kerana ianya disertai oleh kekurangan kamu yang mungkin kamu sedari atau kamu tidak sedar.

Jangan kau sesali apa yang terjadi kerana apa yang terjadi ada hikmah disebaliknya. Kadang-kadang mata kasar kita tidak mampu melihat dan menilai setiap kejadian yang berlaku. Jatuh bangun merupakan asam garam kehidupan dan jangan kamus menyesalinya tapi kamu harus lebih kuat selepas jatuh dan jangan ulangi perkara yang sama. Kejatuhan seseorang terjadi kerana untuk memberi ruang kepadanya untuk bangun dan bangkit semula.

Cobaan yang berat pasti kita lalui walapun seketika sahaja. Cobaan merupakan syarat untuk kita mendapat sesuatu yang kita kehendakki. Dengan adanya cobaan ataupun ujian maka kita akan puas bila mendapatkannya. Jika sesuatu perkara itu terlalu mudah kita dapat tanpa bersusah payah maka kurang kepuasan yang dirasai dan selalunya kita akan cepat bosan. Ujian kehidupan adalah kita tempuhi bukan lari darinya.

Janganlah kamu merasakan hidup ini tak ada artinya lagi kerana kehidupan lebih bererti jika ianya dilalui dengan penuh kesabaran dan pengertian. Pengertian yang dimaksudkan ialah kehidupan yang memberi makna kepada orang lain dan diri sendiri. Kehilangan atau ketiadaan kita suatu hari nanti akan dirindui oleh seseorang bukannya untuk dibenci. Kamu dilahirkan di dunia ini kerana kamu adalah antara orang-orang yang terpilih dan kamu diberi kudrat untuk mendapatkan sesuatu dan jangan berhenti sehingga ajal kamu sampai.

Syukurilah dengan apa yang ada kerana kehidupan adalah anugerah. Mungkin ketika ini kamu berasa sedih kerana terbiasa dengan kesenangan duniawi tetapi percayalah bahawa kesusahan yang kamu rasakan merupakan ketenangan untuk kamu menghadapi apa sahaja yang berlaku di masa hadapan. Bersyukur dengan apa yang ada dan jangan terlalu terburu-buru dengan harta dunia dan ingatlah bahawa apa yang kamu nampak dalam kehidupan kamu adalah anugerah dari Allah s.w.t dan jagalah ianya seperti suruhannya.

Tetap jalani hidup ini dengan cara yang terbaik dan jangan berputus asa serta menyerah kalah. Apa yang kamu lakukan hari ini dan esok hari pastikan ianya adalah yang terbaik. Ketika kamu bekerja, bermain, bersukan dan sebagainya. Cubalah untuk membuat yang terbaik walaupun mungkin ada kekurangan di dalamnya. Mencuba lebih baik dari tidak buat langsung. Berfikiran positif amat penting untuk kamu membuat yang terbaik jangan sesekali kamu berputus asa. Ingatlah bahawa jika kita lakukan dengan kudrat 100% kita Allah s.w.t akan tambah kekuatan kita sehingga 101%.

JANGAN MENYERAH

pesanan dari sahabat
360 Degree Friends

Reactions:

5 comments:

  1. Tidak ada manusia yang lahir sempurna bermaksud kita dilahirkan dengan kelebihan dan kekurangan masing-masing. Dari kekurangan dan kelebihan itu maka kita saling melengkapi antara satu sama lain dan bukan menindas ataupun menyendiri. Apa yang kamu rasakan kekurangan yang ada dalam diri kamu merupakan untuk mendidik kamu tentang kesusahan orang lain. Kamu boleh intai kekurangan orang lain yang lebih mencabar berbanding kamu.

    BalasPadam
  2. ███████
    █████████████████████████████████
    ███░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░████
    ███░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░████.
    ███░░░░░░░░░░████████████████████
    ███░░░░░░░░░░████████████████████
    ███░░░░░░░░░░████████████████████
    ███░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░███
    ███░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░███
    █████████████████████░░░░░░░░░███
    █████████████████████░░░░░░░░░███
    █████████████████████░░░░░░░░░███
    ███░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░███
    ███░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░███
    █████████████████████████████████
    █████████████████████████████████
    █████████████████████████████████
    ███░░░░░░░░░░█████████░░░░░░░░░██
    ███░░░░░░░░░░█████████░░░░░░░░░██
    ███░░░░░░░░░░█████████░░░░░░░░░██
    ███░░░░░░░░░░█████████░░░░░░░░░██
    ███░░░░░░░░░░█████████░░░░░░░░░██
    ███░░░░░░░░░░█████████░░░░░░░░░██
    ███░░░░░░░░░░█████████░░░░░░░░░██
    ███░░░░░░░░░░█████████░░░░░░░░░██
    ███░░░░░░░░░░█████████░░░░░░░░░██
    ███░░░░░░░░░░█████████░░░░░░░░░██
    ███░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░██
    ███░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░██
    █████████████████████████████████
    █████████████████████████████████
    █████████████████████████████████
    ███░░░░░░░░░██████████░░░░░░░░░░█
    ███░░░░░░░░░████████░░░░░░░░░░███
    ███░░░░░░░░░██████░░░░░░░░░░█████
    ███░░░░░░░░░████░░░░░░░░░░███████
    ███░░░░░░░░░█░░░░░░░░░███████████
    ███░░░░░░░░░░░░░░░░░░████████████
    ███░░░░░░░░░█░░░░░░░░░░██████████
    ███░░░░░░░░░██░░░░░░░░░░░████████
    ███░░░░░░░░░████░░░░░░░░░░░██████
    ███░░░░░░░░░█████░░░░░░░░░░░█████
    ███░░░░░░░░░███████░░░░░░░░░░░███
    ███░░░░░░░░░█████████░░░░░░░░░░░█
    █████████████████████████████████
    █████████████████████████████████
    █████████████████████████████████
    ███░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░██
    ███░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░██
    ███░░░░░░░░░░█████████░░░░░░░░░██
    ███░░░░░░░░░░█████████░░░░░░░░░██
    ███░░░░░░░░░░█████████░░░░░░░░░██
    ███░░░░░░░░░░█████████░░░░░░░░░██
    ███░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░██
    ███░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░██
    ███░░░░░░░░░░█████████░░░░░░░░░██
    ███░░░░░░░░░░█████████░░░░░░░░░██
    ███░░░░░░░░░░█████████░░░░░░░░░██
    ███░░░░░░░░░░█████████░░░░░░░░░██
    ███████████████

    BalasPadam
  3. nobody is perfect n nobody is imperfect.. org yg x sempurna lbh byk istimewanya drpd yg sempurna.. sbb yalh namanya org istimewa..

    BalasPadam

COMMUNITY BIZ COMBO

Bantuan pengiklanan dan banyak lagi

COWAY THE WATER SPECIALIST

Call or whatsapp 0128477709

NAK PAKAI? NAK JUAL?

KLIK DAN TEMPAH

LEBIH 260 SIARAN

Semua movie terkini di panggung wayang

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


Assalamualaikum.. Adik saya Termizzi Bin Senak kembali ke warahmatullah lebih kurang 8.30pm 16 Februari 2012. Mohon pembaca sedekah al-fatihah kepada arwah. al-fatihah.

Mak saudara rakan saya ujang (Firdaus) iaitu Cik Dayang Fatimah Binti Abang Drahman telah kembali ke warahmatullah hari ini 22 Februari 2012. Mohon pembaca sedekah al-fatihah kepada arwah. al-fatihah

Guru silat saya Dato Dahlan Ali telah kembali ke warahmatullah pada 19 Mac 2012. Mohon pembaca sedekah al-fatihah kepada arwah. al-fatihah.