اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ SOLAT TIANG AGAMA.. SELAMAT MEMBACA.. ANDA SENYUM KAMI BAHAGIA..

SUARA KUAT DISERTAI DENTUMAN DARI BAWAH TANAH

Ilustrasi Dentuman Aneh


Fenomena aneh telah berlaku di Jawa Timur Indonesia atau dengan tepatnya di sekitar Kabupaten Trenggalek. Hampir ke semua 7 wilayah tersebut dapat mendengar suara yang kuat disertai dengan bunyi dentuman. Mereka yakin bahawa suara tersebut datang dari bawah tanah.

Ramai yang kuatir dengan fenomena tersebut dan berharap fenomena tersebut bukan pentanda kejadian tanah runtuh yang pernah di alami di sekitar indonesia pada suatu ketika dahulu.

Suara yang kuat disertai dentuman di sekitar Kabuputen Trenggalek, Jawa Timur. Fenomena itu terlalu kuat sehingga boleh di dengar 7 wilayah di sekitar Kabuputen Trenggalek. "Ada suara yang kuat disertai dentuman yang berasal dari bawah tanah," kata seorang ketua yang pakar mengenai Gempa Bumi dan gerakkan tanah.

Apabila laporan mengenai fenomena tersebut tersebar, beberapa orang pengkaji muka bumi dan geografi telah bergegas ke tempat kejadian untuk meneliti dan mencari punca kejadian tersebut. Pihak mereka tidak dapat memberi keterangan mengenai kejadian tersebut kerana ianya sukar untuk dikesan. Mereka bagaimanapun mengangarkan ianya mengambil masa 3 hari untuk mengenal pasti punca fenomena itu berlaku.

Di dalam hadis Rasulullah s.a.w ada menyebut kira-kira berbunyi begini, tidak muncul kiamat sebelum seekor binatang yang akan membuat kekacauan datangnya dari perut bumi. Adakah kejadian ini ada berkait rapat dengan hadis yang disebutkan.

Ada juga antara mereka yang membuat kesimpulan itu merupakan petanda kemunculan dajjal. Buat pengetahuan pembaca, dajjal merupakan seorang manusia yang lengkap tubuh badannya tetapi dia hanya mempunyai satu mata sahaja dan akan memerintah bumi selama 40 hari.




Reactions:

1 comments:

  1. Di dalam hadis Rasulullah s.a.w ada menyebut kira-kira berbunyi begini, tidak muncul kiamat sebelum seekor binatang yang akan membuat kekacauan datangnya dari perut bumi. Adakah kejadian ini ada berkait rapat dengan hadis yang disebutkan.

    BalasPadam

COMMUNITY BIZ COMBO

Bantuan pengiklanan dan banyak lagi

COWAY THE WATER SPECIALIST

Call or whatsapp 0128477709

NAK PAKAI? NAK JUAL?

KLIK DAN TEMPAH

LEBIH 260 SIARAN

Semua movie terkini di panggung wayang

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


Assalamualaikum.. Adik saya Termizzi Bin Senak kembali ke warahmatullah lebih kurang 8.30pm 16 Februari 2012. Mohon pembaca sedekah al-fatihah kepada arwah. al-fatihah.

Mak saudara rakan saya ujang (Firdaus) iaitu Cik Dayang Fatimah Binti Abang Drahman telah kembali ke warahmatullah hari ini 22 Februari 2012. Mohon pembaca sedekah al-fatihah kepada arwah. al-fatihah

Guru silat saya Dato Dahlan Ali telah kembali ke warahmatullah pada 19 Mac 2012. Mohon pembaca sedekah al-fatihah kepada arwah. al-fatihah.