اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ SOLAT TIANG AGAMA.. SELAMAT MEMBACA.. ANDA SENYUM KAMI BAHAGIA..

POKOK JARAK (CASTOR OIL)

CASTOR AGRO FARMING
SARAWAK BASE
Lot 2282 1st Floor, Taman Matang Villa, Batu 6 1/2, 93050 Kuching Sarawak
Person in charger : +6013 8282023 (Azreen) or +6013 7778481 (Khall)



APA ITU Pokok Jarak?

Pokok Jarak adalah pokok yang menghasilkan minyak ataupun nama sintifiknya Ricinus Communis merupakan pokok yang amat istimewa yang tergolong dalam spesis Spurge ataupun Euphorbaceae. Pokok Jarak adalah sumber utama untuk membuat minyak. Pokok ini berasal dari Mesir, Ethiopia dan india. Pada hari ini pengeluar dan negara yang menjadikan pokok jarak sebagai pokok yang dikomesialkan ialah China, Brazil dan Thailand.

Walaupun bijinya beracun, namun ianya merupakan sumber utama untuk menjanakan ekonomi yang juga merupakan sumber minyak kepada eropah dan merupakan salah satu produk yang terawal.Pokok jarak ditemui di mesir sejak tahun 4000 masihi dan minyaknya telah digunakan beberapa ribu tahun dahulu untuk menghidupkan api. Pokok ini tumbuh di mana sahaja dan di anggap tidak begitu berguna tetapi pada masa kini ia merupakan salah satu produk penting untuk menjanakan ekonomi.

Secara purata dunia menghasilkan biji pokok jarak sebanyak 1.2 million tons setahun dengan didahului oleh india sebanyak 60% darinya dan kemudian China, Brazil dan Thailand.

Fakta tentang Minyak Jarak:

  1. Biji pokok Jarak boleh menghasilkan minyak sehingga 50%
  2. Ianya bukan untuk dimakan dan boleh diperbaharui
  3. Banyak kegunaan seperti dalam bidang penerbangan, teknologi angkasa, perubatan, pertanian dan sebagainya.
  4. Ianya boleh hidup dalam keadaan yang terlalu kering dan keadaan tanah yang tidak subur.
  5. Komoditi Jarak adalah untuk pasaran seluruh dunia.

Kegunaan Pokok Jarak:
Pokok - Digunakan untuk perubatan tradisional.
Daun -Amat berkhasiat. Boleh digunakan untuk makanan ulat sutera, kerta dan karbon aktif.
Batang - digunakan untuk membuat Medum Density Fiberboard, tali dan kertas.
Akar - Boleh digunakan dalam perubatan dan mengusir serangga.
Bunga - Digunakan untuk bidang perubatan dan ubat-ubatan.

Biji pokok Jarak boleh menghasilkan sehingga 50% ke 57% minyak dengan menggunakan 2.2kg ke 2.5kg biji pokok Jarak yang boleh di ektrak sebanyak 1kg.

Kelebihan Perusahaan Pokok Jarak

Kos penanaman yang rendah
Pokok Jarak boleh hidup dalam keadaan tanah yang kering. Rawatan pada pokok kurang diperlukan semasa proses penanaman kerana pokok ini cukup lasak. Cara penanamannya amat mudah berbanding pokok lain yang dikomersial kan. Kesimpulannya kos penanaman yang rendah meningkatkan margin keuntungan.

Pulangan yang cepat
Pokok jarak ini bersedia untuk di tuai rata-ratanya hanya mengambil 120 hari sahaja dan dalam masa setahun paling minima anda membuat tuaian ke atas pokok jarak ini ialah sebanyak 3 kali. Pembesaran Pokok Jarak ini amat cepat dan ini meningkatkan pulangan pelaburan. Cuba anda bandingkan dengan tanaman lain seperti pokok sawit dan pokok getah yang mungkin memerlukan beberapa tahun untuk dituai.

Menjana Ekonomi
Penggunaan pokok jarak ini merangkumi hampir ke semua dalam sektor ekonomi. Permintaannya amat luar biasa meliputi seluruh dunia sehingga 3% - 5% setahun, sehingga bekalan pokok jarak ini tidak cukup untuk menampung permintaan seluruh dunia.

Sumber tenaga alternatif -petrolium
Minyak yang diambil dari perut bumi hampir sama dengan minyak yang dihasilkan dari minyak jarak sehingga ianya dikatakan sumber tenaga yang sempurna. Potensi minyak jarak di gunakan sebaiknya sehingga dapat menghasilkan biodiesel untuk kenderaan. Desebabkan kenaikkan harga minyak yang di ambil dari perut bumi maka permintaan minyak jarak semakin tinggi.

Reactions:

1 comments:

  1. Pulangan yang cepat
    Pokok jarak ini bersedia untuk di tuai rata-ratanya hanya mengambil 120 hari sahaja dan dalam masa setahun paling minima anda membuat tuaian ke atas pokok jarak ini ialah sebanyak 3 kali. Pembesaran Pokok Jarak ini amat cepat dan ini meningkatkan pulangan pelaburan. Cuba anda bandingkan dengan tanaman lain seperti pokok sawit dan pokok getah yang mungkin memerlukan beberapa tahun untuk dituai.

    BalasPadam

COMMUNITY BIZ COMBO

Bantuan pengiklanan dan banyak lagi

UNLIMITED BROADBAND

Unifi atau Streamyx? Anda pilih.

COWAY THE WATER SPECIALIST

Call or whatsapp 0128477709

NAK PAKAI? NAK JUAL?

KLIK DAN TEMPAH

LEBIH 260 SIARAN

Semua movie terkini di panggung wayang

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


Assalamualaikum.. Adik saya Termizzi Bin Senak kembali ke warahmatullah lebih kurang 8.30pm 16 Februari 2012. Mohon pembaca sedekah al-fatihah kepada arwah. al-fatihah.

Mak saudara rakan saya ujang (Firdaus) iaitu Cik Dayang Fatimah Binti Abang Drahman telah kembali ke warahmatullah hari ini 22 Februari 2012. Mohon pembaca sedekah al-fatihah kepada arwah. al-fatihah

Guru silat saya Dato Dahlan Ali telah kembali ke warahmatullah pada 19 Mac 2012. Mohon pembaca sedekah al-fatihah kepada arwah. al-fatihah.