اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ SOLAT TIANG AGAMA.. SELAMAT MEMBACA.. ANDA SENYUM KAMI BAHAGIA..

KETAWA BAIK UNTUK KESIHATAN

PELAJAR cenderung alami selesema dalam tempoh sebelum dan ketika peperiksaan. Ketidaktentuan dalam perhubungan juga boleh memberi tekanan mental dan menyebabkan selesema. Ini kerana tekanan mental dan ketidakbahagian boleh melemahkan sistem kekebalan anda. Pada hujung lain spektrum yang sama, kebahagiaan dan perasaan sihat sejahtera boleh memperkukuhkannya.




Satu kajian di Jerman mendapati bahawa orang yang sering mengalami perasaan putus harapan dan permusuhan lebih cenderung menghidap penyakit jantung dan barah. Satu kajian di Finland menunjukkan bahawa orang yang mempunyai keluarga bahagia dan interaksi sosial, kurang risiko mati kerana penyakit tertentu. Implikasinya ialah bahawa kebahagiaan menyihatkan anda, tetapi persoalannya adalah bagaimana untuk membahagiakan diri anda?

Pertama, anda mesti tahu maksud kebahagiaan itu. Kebahagiaan datang daripada dalam diri kita. Kebahagiaan bukannya sesuatu yang ketara yang boleh anda ambil daripada orang lain atau boleh dibeli. Kebahagiaan bukannya sesuatu yang boleh diberi kepada anda oleh orang lain.

Kedua, anda tidak boleh menunggu kebahagiaan itu datang kepada anda. Anda mesti memutuskan bila anda hendak berasa bahagia.

Ketiga, hanya anda dapat membahagiakan diri anda. Ini kerana anda yang menyimpan perasaan anda. Maka anda perlu mendorong diri anda untuk berasa bahagia. Buat sesuatu yang anda gemari, pergi berjalan-jalan, makan makanan kesukaan anda, telefonlah kawan anda. Berkongsilah dalam kegembiraan dan kebahagiaan kawan dan orang kesayangan anda.

Ketawa demi kesihatan. Kata orang, gelak ketawa itu adalah penawar yang paling mujarab. Gelak ketawa itu juga adalah cara yang baik untuk mendorong diri anda berasa bahagia. Gelak ketawa adalah baik untuk kesihatan kerana gelak ketawa itu mengurangkan tekanan mental dan menggerakkan kesemua organ dalaman anda. Penggunaan gelak ketawa untuk menyembuhkan tercatat sejak zaman Greece kuno lagi. Pada 1991, Klinik Ketawa pertama ditubuhkan di Britan. Jika kita merentas dunia, puak di Afrika dan di hutan khatulistiwa di Amerika Selatan menggunakan gelak ketawa sebagai alat untuk menyembuhkan.

Penyelidikan perubatan menunjukkan bahawa gelak ketawa mencetuskan pengeluaran dua bahan kimia neuropeptida yang dinamakan endorfin dan enkefalin. Kedua-dua bahan kimia itu dikenali sebagai ubat penghilang kesakitan semula jadi badan. Gelak ketawa juga boleh menyebabkan badan anda mengeluarkan katekolamin bersama dengan adrenalin dan bukan-adrenalin, dipercayai mempercepatkan proses penyembuhan.

Jadi bagaimana boleh menimbulkan gelak ketawa dalam diri anda? Gelak ketawa lazimnya satu tindakan refleks kepada sesuatu yang menggelikan kita secara fizikal atau mental. Dapatkah tindak balas itu dicetuskan secara sengaja? Jawapannya, 'boleh'. Untuk menimbulkan keadaan fikiran yang sesuai untuk bergelak ketawa, cuba baca sebuah komik atau buku yang lucu, menonton suatu komedi atau hanya memerhatikan telatah haiwan kesayangan anda. Haiwan kesayangan tidak pernah gagal menghiburkan hati, daripada anak haiwan yang mengejar ekornya sehinggalah argus yang tidak pernah penat berlari dalam rodanya. Dengan keluar bersama kawan untuk berseronok anda dapat menggandakan terapi itu. Anda bukan saja akan mendapat penawar gelak ketawa yang disyorkan malah anda juga berpeluang bergembira dengan orang yang anda suka. Sebagaimana yang didapati oleh kajian Finland itu, anda akan lebih sihat daripada interaksi sosial berkenaan.

Apa yang penting untuk diingati ialah supaya tidak bersikap terlalu serius mengenai diri anda, setidak-tidaknya janganlah terlalu kerap. Apabila anda bersikap demikian, anda berkecenderungan berasa tegang, menjadi cepat marah dan menjauhkan orang. Jadi terimalah nasihat supaya jangan terlalu serius, bergelak ketawa selalu dan belajar untuk mengetawakan diri sendiri supaya dapat mengecapi hidup yang lebih sihat. Dalam kata-kata permuisi yang paling berbakat Ralp Waldo Emerson:

Untuk ketawa tanpa was-was kerap kali:
Untuk menghargai kecantikan:
Untuk menemui ibu-ibu yang terbaik:
Untuk meninggalkan dunia dalam keadaan yang lebih baik…
Untuk mengetahui yang hidup saya menjadi lebih bahagia kerana anda hidup: Itulah makna kejayaan.

Sambung Baca: anizyn

Reactions:

1 comments:

  1. Satu kajian di Jerman mendapati bahawa orang yang sering mengalami perasaan putus harapan dan permusuhan lebih cenderung menghidap penyakit jantung dan barah. Satu kajian di Finland menunjukkan bahawa orang yang mempunyai keluarga bahagia dan interaksi sosial, kurang risiko mati kerana penyakit tertentu. Implikasinya ialah bahawa kebahagiaan menyihatkan anda, tetapi persoalannya adalah bagaimana untuk membahagiakan diri anda?

    BalasPadam

COMMUNITY BIZ COMBO

Bantuan pengiklanan dan banyak lagi

UNLIMITED BROADBAND

Unifi atau Streamyx? Anda pilih.

COWAY THE WATER SPECIALIST

Call or whatsapp 0128477709

NAK PAKAI? NAK JUAL?

KLIK DAN TEMPAH

LEBIH 260 SIARAN

Semua movie terkini di panggung wayang

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


Assalamualaikum.. Adik saya Termizzi Bin Senak kembali ke warahmatullah lebih kurang 8.30pm 16 Februari 2012. Mohon pembaca sedekah al-fatihah kepada arwah. al-fatihah.

Mak saudara rakan saya ujang (Firdaus) iaitu Cik Dayang Fatimah Binti Abang Drahman telah kembali ke warahmatullah hari ini 22 Februari 2012. Mohon pembaca sedekah al-fatihah kepada arwah. al-fatihah

Guru silat saya Dato Dahlan Ali telah kembali ke warahmatullah pada 19 Mac 2012. Mohon pembaca sedekah al-fatihah kepada arwah. al-fatihah.