اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ SOLAT TIANG AGAMA.. SELAMAT MEMBACA.. ANDA SENYUM KAMI BAHAGIA..

CINTA SEORANG ISTERI YANG SANGGUP MENGGADAIKAN NYAWANYA


TANAH MERAH, 9 Feb (Bernama) -- Seorang isteri nekad menggadai nyawa dengan meredah api yang marak membakar rumahnya sebelum menyelamatkan suaminya, seorang warga emas, daripada rentung di Kampung Telaga Bijih, Batu Gajah, dekat sini, Rabu.

Dalam kejadian pukul 7.29 pagi itu, mangsa Zakaria Taib, 80, yang sakit tua ditinggalkan bersendirian di rumahnya oleh isterinya, Minah Senik, 58, yang keluar menoreh getah.

Minah berkata kejadian itu disedari apabila diberitahu oleh penduduk kampung sebaik sahaja beliau selesai bersarapan pagi di sebuah warung tidak jauh dari rumahnya sebelum ke kebunnya.

"Makcik yang terkejut kemudian segera berlari pulang kerana memikirkan pakcik berada di rumah seorang diri," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Minah berkata sebaik tiba di rumahnya beliau terkejut apabila keadaan api yang marak hampir di keseluruhan rumah papannya itu lalu beliau tanpa memikirkan keselamatan diri segera merempuh masuk ke rumah dan mengheret suaminya keluar dari rumah itu.

"Ketika itu makcik hanya ingat nak selamatkan pakcik sebab pakcik memang tak kan mampu bangun sendiri...mujurlah tindakan makcik sempat menyelamatkan kami berdua di saat api sedang marak membakar," katanya.

Minah bagaimanapun berkata beberapa bahagian di belakang tubuh suaminya didapati melecur ekoran disambar api.

Sementara itu Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Tanah Merah, Abdul Razak Abdul Rahman berkata api yang marak dengan pantas menyebabkan rumah papan itu musnah sekelip mata. -- BERNAMA

Reactions:

1 comments:

  1. Minah berkata sebaik tiba di rumahnya beliau terkejut apabila keadaan api yang marak hampir di keseluruhan rumah papannya itu lalu beliau tanpa memikirkan keselamatan diri segera merempuh masuk ke rumah dan mengheret suaminya keluar dari rumah itu.

    BalasPadam

COMMUNITY BIZ COMBO

Bantuan pengiklanan dan banyak lagi

UNLIMITED BROADBAND

Unifi atau Streamyx? Anda pilih.

COWAY THE WATER SPECIALIST

Call or whatsapp 0128477709

NAK PAKAI? NAK JUAL?

KLIK DAN TEMPAH

LEBIH 260 SIARAN

Semua movie terkini di panggung wayang

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


Assalamualaikum.. Adik saya Termizzi Bin Senak kembali ke warahmatullah lebih kurang 8.30pm 16 Februari 2012. Mohon pembaca sedekah al-fatihah kepada arwah. al-fatihah.

Mak saudara rakan saya ujang (Firdaus) iaitu Cik Dayang Fatimah Binti Abang Drahman telah kembali ke warahmatullah hari ini 22 Februari 2012. Mohon pembaca sedekah al-fatihah kepada arwah. al-fatihah

Guru silat saya Dato Dahlan Ali telah kembali ke warahmatullah pada 19 Mac 2012. Mohon pembaca sedekah al-fatihah kepada arwah. al-fatihah.