اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ SOLAT TIANG AGAMA.. SELAMAT MEMBACA.. ANDA SENYUM KAMI BAHAGIA..

BUDAYA MALAM TAHUN BARU CINA

Setiap tahun memang tidak sah kalau tidak singgah di Jambatan Satok (Satok Bridge) semasa menjelang tahun baru cina. Pada waktu itu mulalah detuman bunyi mercun dan bunga api. Aktiviti ini berlangsung 30 minit sahaja namun amat meriah sekali. Apa yang mengejutkan saya pada hari ini ialah saya berjumpa dengan penjual lemang. Tahun baru cina pun ada juga orang jual lemang. Ketawa pun ada juga tengok situasi tersebut. Namun begitu, ianya adalah fenomena evolusi budaya. Di sarawak, masyarakat Cina, Melayu, Iban, Melanau dan sebagainya kadang-kadang nampak kesamaannya kerana percampuran budaya.



Jika kita masih ingat pada masa lalu, tidak ada pula dalam hari raya membuat pemberian duit raya. Itu adalah evolusi budaya cina yang dirasakan baik oleh masyarakat muslim (melayu). Pada masa dulu cara masyarakat iban menyambut gawai hanya di rumah panjang dengan mengadakan upacara tertentu. Tetapi kini mereka membuat juadah kuih muih seperti masyarakat melayu. Saya sendiri pernah menghantar lemang, ketupat, rendang dan sebagainya yang di pesan oleh masyarakat cina kerana mereka menyukainya untuk juadah bersama keluarga dan tetamu mereka. Apa yang saya ceritakan di sini adalah kesamaan budaya. Masyarakat Sarawak saling menghormati pantang larang yang di amalkan antara kaum-kaum di Sarawak manakala perkara yang disukai oleh antara kaum menjadi suatu kesamaan antara mereka.

Berbalik kepada cerita kita mengenai menjelang tahun baru cina. Kemeriahan bunga api yang boleh di lihat dari Jambatan Gantong menjadi satu aktiviti wajib pada setiap tahun. Kerajaan memang mengharamkan permainan bunga api, mercun dan seumpamanya. Namun begitu, fenomena bermain bunga api di malam tahun baru cina tetap berlaku. Apa yang berlaku itu adalah budaya masyarakat cina dan kita harus menghormatinya. Apabila kerajaan mengharamkan permainan bunga api. Timbul rasa malu dalam diri saya kerana punca utama kerajaan mengharamkan bunga api, mercun dan seumpamanya kerana ianya menyebabkan banyak kecederaan ke atas orang awam. Persoalannya di sini, siapakah yang selalu cedera terkena bunga api dan musim perayaan bilakah ianya berlaku. Setakat yang saya tahu setakat ini, belum lagi saya dengar ianya berlaku pada musim perayaan Tahun baru cina.

Apapun yang saya ceritakan di atas merupakan pendapat peribadi saya semata-mata. sekian terima kasih dan Selamat Tahun Baru Cina kepada rakan-rakan dan pembaca-pembaca yang berbangsa cina.


Reactions:

1 comments:

  1. Saya sendiri pernah menghantar lemang, ketupat, rendang dan sebagainya yang di pesan oleh masyarakat cina kerana mereka menyukainya untuk juadah bersama keluarga dan tetamu mereka. Apa yang saya ceritakan di sini adalah kesamaan budaya. Masyarakat Sarawak saling menghormati pantang larang yang di amalkan antara kaum-kaum di Sarawak manakala perkara yang disukai oleh antara kaum menjadi suatu kesamaan antara mereka.

    BalasPadam

COMMUNITY BIZ COMBO

Bantuan pengiklanan dan banyak lagi

COWAY THE WATER SPECIALIST

Call or whatsapp 0128477709

NAK PAKAI? NAK JUAL?

KLIK DAN TEMPAH

LEBIH 260 SIARAN

Semua movie terkini di panggung wayang

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


Assalamualaikum.. Adik saya Termizzi Bin Senak kembali ke warahmatullah lebih kurang 8.30pm 16 Februari 2012. Mohon pembaca sedekah al-fatihah kepada arwah. al-fatihah.

Mak saudara rakan saya ujang (Firdaus) iaitu Cik Dayang Fatimah Binti Abang Drahman telah kembali ke warahmatullah hari ini 22 Februari 2012. Mohon pembaca sedekah al-fatihah kepada arwah. al-fatihah

Guru silat saya Dato Dahlan Ali telah kembali ke warahmatullah pada 19 Mac 2012. Mohon pembaca sedekah al-fatihah kepada arwah. al-fatihah.