اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ SOLAT TIANG AGAMA.. SELAMAT MEMBACA.. ANDA SENYUM KAMI BAHAGIA..

ANTARA HIKMAH DAN BIJAKSANA

 Satu hari seorang profesor menyeberang sungai dengan sebuah sampan yang dikayuh oleh seorang pengayuh sampan. Ketika tiba di pertengahan sungai, profesor tadi bertanyakan kepada pengayuh sampan.

Profesor : Engkau pandai membaca dan menulis tak?
Pengayuh sampan : Tidak, Aku buta huruf.
Profesor : Kalau begitu,  engkau dah hilang separuh dari hidup kau wahai si pengayuh sampan. Orang yang tak pandai menulis dan membaca seolah-olah hilang separuh dari keupayaan untuk hidup.

Keadaan kembali sunyi dan tenteram bersama bunyi-bunyian air yang berombak dan hidupan hutan. Kemudian profesor bertanya lagi.

Profesor : Engkau ada buat simpanan duit kat bank ke?
Pengayuh sampan : Tak, pendapatan aku ni cukup-cukup untuk makan je.
Profesor : Kalau macam tu, engkau dah hilang lagi separuh lagi daripada kehidupan kau. Mana mungkin orang yang tak ada duit boleh hidup dengan selesa bila sampai umur tua nanti.

Si pengayuh sampan hanya tersenyum dan sampan terus bergerak. Tiba-tiba...... PRAKKK!!!

Pengayuh sampan : Tuan, Sampan terlanggar batu!
Profesor : Apa kita nak buat?

Sampan itu bocor. Air masuk dengan banyaknya dan sampan hampir tenggelam.

Pengayuh sampan : Tuan, Apakah tuan pandai berenang?
Profesor : Errr.. err..  Aku tak tahu berenang.
Pengayuh sampan : Kalau begitu, tuan akan hilang seluruh hidup tuan!!

Pengajaran :
Allah S.w.t tidak menciptakan manusia dalam keadaan bodoh. Allah telah menciptakan manusia dengan sebaik-baik kejadian dan pastinya mempunyai kebijaksanaan yang berbeza. Bijak belum tentu berhikmah, tetapi dalam berhikmah pasti ada kebijaksanaan. Setiap dari kita mestilah menilai kebijaksanaan dari sudut yang berhikmah agar kebijaksanaan itu tadi dapat dijana ke tahap yang paling maksimum. Jangan merakan diri itu hina sebaliknya binalah keyakinan diri khususnya di sisi Allah S.W.T. Allah ciptakan setiap manusia untuk berjaya. Haiya 'Alal-Flah'

Sumber : Angkasa

Reactions:

1 comments:

  1. Profesor : Kalau macam tu, engkau dah hilang lagi separuh lagi daripada kehidupan kau. Mana mungkin orang yang tak ada duit boleh hidup dengan selesa bila sampai umur tua nanti.

    BalasPadam

COMMUNITY BIZ COMBO

Bantuan pengiklanan dan banyak lagi

COWAY THE WATER SPECIALIST

Call or whatsapp 0128477709

NAK PAKAI? NAK JUAL?

KLIK DAN TEMPAH

LEBIH 260 SIARAN

Semua movie terkini di panggung wayang

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


Assalamualaikum.. Adik saya Termizzi Bin Senak kembali ke warahmatullah lebih kurang 8.30pm 16 Februari 2012. Mohon pembaca sedekah al-fatihah kepada arwah. al-fatihah.

Mak saudara rakan saya ujang (Firdaus) iaitu Cik Dayang Fatimah Binti Abang Drahman telah kembali ke warahmatullah hari ini 22 Februari 2012. Mohon pembaca sedekah al-fatihah kepada arwah. al-fatihah

Guru silat saya Dato Dahlan Ali telah kembali ke warahmatullah pada 19 Mac 2012. Mohon pembaca sedekah al-fatihah kepada arwah. al-fatihah.