COMMUNITY BIZ COMBO

Bantuan pengiklanan dan banyak lagi

UNLIMITED BROADBAND

Unifi atau Streamyx? Anda pilih.

COWAY THE WATER SPECIALIST

Call or whatsapp 0128477709

NAK PAKAI? NAK JUAL?

KLIK DAN TEMPAH

LEBIH 260 SIARAN

Semua movie terkini di panggung wayang

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ SOLAT TIANG AGAMA.. SELAMAT MEMBACA.. ANDA SENYUM KAMI BAHAGIA..

TIADA KOS UNTUK MENGHILANG/MENYEMBUHKAN JERAWAT

Teringat masa dulu ketika saya hendak meningkat remaja. Mulalah perubahan demi perubahan yang di alami. Mula-mula sekali apabila tanda-tanda akil baligh muncul. Saya seperti budak lelaki yang lain, akil baligh datang pada malam yang tidak di sangka-sangka. Bila bangun pagi maka basahlah tilam yang tidak tahu bagaimana ianya berlaku. Buat pengatahun itu bukan air kencing. he he.. Mulalah hati secara otomatik menggatal dengan awek-awek yang dikenali. Fenomena itu biasa bagi saya. Satu fenomena yang sukar di terima ialah apabila tumbuhnya jerawat di muka.

Jerawat di muka menyebabkan kita menjadik tak keruan, hilang keyakinan diri, tidak selesa dan sebagainya. Masih saya ingat lagi pada ketika itu jerawat batu bermaharajarela di muka. Muka bumi muka berubah bentuk menjadi muka bumi bulan yang terdapat banyak kawah-kawahnya. Berbagai cara dibuat untuk menghilangkan jerawat. Kebiasaan pada masa itu ialah picit jerawat untuk membuangnya. Tetapi yang sebenarnya kaedah itu akan lebih memudaratkan muka kerana ianya memberi kesan kehitaman ke atas kulit. Pernah suatu ketika, saya pergi berjumpa dengan doktor pakar sakit kulit. Kepakaran doktor pun tidak mampu menyembut masalah jerawat yang saya alami. Ketika itu perasaan rendah diri yang extrem telah menular dalam diri saya sehingga kadang-kadang saya malu untuk berhadapan dengan orang.

Jika dibandingkan pada masa itu dan semasa umur saya meningkat pada 21 tahun, wajah saya amat berbeza sekali. Dari muka yang berjerawat dan penuh dengan kawah menjadi muka yang licin tanpa sebarang jerawat. Bagaimana saya menghilangkannya menjadi persoalan kepada rakan-rakan sekeliling saya. Ada yang meneka menggunakan ubat-ubatan yang mahal, ada yang meneka saya menggunakan kaedah 18sx dan macam-macam lagi andaian. Banyak di antara mereka bertanya dan ingin mendapatkan tips-tips bagaimana hendak menghilangkan jerawat.

Bagi menghilangkan jerawat amat mudah sebenarnya. Mungkin anda semua tertanya-tanya bagaimana ianya berlaku. Dengan mudah dan bangganya saya menjawab, saya hanya menggunakan air wudhu. Mungkin ada di  kalangan pembaca tidak tahu apa itu air wudhu. Air wudhu ialah membasuh atau membersih kawasan-kawasan tertentu sebelum menunaikan solat. Pelik tapi benar. Mengikut beberapa kajian mengenai getaran air dan perubahan pada zarah-zarah air. Air berubah bentuk pada waktu-waktu tertentu dan tempat-tempat terntentu.

Saya percaya bahawa air yang mengalir pada waktu-waktu hendak menunaikan solat mempunyai getaran dan perubahan zatnya yang tersendiri dan pada ketika itu juga kulit kita memerlukan air. Kita (manusia) berasal dari tanah dan untuk menyuburkan tanah maka ianya perlu disirami dengan air. Disebabkan itulah maka Allah s.w.t telah menetapkan waktu-waktu solat dan berwudhu sebelum solat kerana pada ketika itu kulit kita amat memerlukan air.

Mungkin ada antara anda kurang yakin dengan apa yang saya perkatakan. Apa yang saya kongsikan ini adalah berdasarkan pengalaman saya sendiri dan ianya terbukti berkesan. Pernah suatu ketika, rakan saya seorang pramugari mempunyai masalah yang sama pada kulit mukanya lalu saya menyarankan dia untuk membasuh muka 5 kali sehari pada waktu-waktu di mana umat islam melakukan solat. Selepas beberapa minggu saya dapati mukanya beransur pulih dan jerawat mula mengering dan sembuh.

Itulah dinamakan kasih sayang Allah s.w.t kepada umatnya yang menunaikan solat. Di dalamnya terdapat banyak perkara yang tersirat yang belum kita ketahui atau kita buat-buat tidak tahu. Saya harap perkongsian ini dapat membantu menambah keyakinan rakan-rakan yang hilang keyakinan akibat jerawat. Kos untuk rawatan ini adalah "iman"

Sekian Terima Kasih
Sahabat anda
360 Degree Friends

KUBIS BULAT DAN WANITA


Kubis bulat memang digemari ramai di Malaysia ini. Jikalau hendak melihat buktinya, tunggu sahaja di pintu keluar pasar, perhatikan bakul membeli belah dan perhatikanlah sayur kubis yang dibeli. Kubis murahharganya dan tahan lama. Satu lagi cara untuk melihat betapa orang Malaysia amat gemar dengan sayur kubis ini ialah dengan melihat sayur yang dihidangkan direstoran atau gerai makan, pastinya kubis menjadi salah satu hidangan disitu. Kubis juga menjadi komponen utama dalam "coleslaw" di KFC dan juga kandungan utama burger dan kebab. Siapa yang suka makan lontong, kalau tidak ada kubis dalam sayurnya, maka itu bukan lontonglah. Pendek kata kubis digunakan dipelbagai masakan. Satu ketika sewaktu makan di sebuah restoran yang kerap saya kunjungi, saya memerhatikan seorang perempuan pelayan restoran tersebut sedang enak makan tengahari dengan berulamkan kubis rebus bercecahkan sambal belacan. Sungguh berselera perempuan ini menghabiskan makanannya. Perempuan ini sudah berkahwin. Saya memandangnya dengan penuh sayu dan sedih kerana memikirkan akibat dari memakan `sayur kubis tersebut. Kemudian saya terpandang seorang pelayan lelaki berasal dari Indonesia yang saya kenal.

Saya bertanya kepada pelayan lelaki ini "Mat engkau makan kubis
tak?". Mat menjawab "Saya tak makan".

Saya bertanya lagi "Kenapa tak makan kubis, bukankah kawan engkau tu sedang enak makan sayur kubis "Bapa saya tak bagi makan kubis" jawab Mat ringkas. "Kenapa bapa engkau tak bagi makan kubis?" saya menyambung soalan. "Entah, saya pun tak tahu tapi saya ikut saja cakap bapa saya" Mat menyambung perbualan. Dari perbualan ringkas saya dengan Mat iaitu seorang pelayan di restoran yang berasal dari Indonesia , dapat saya rumuskan bahawa masih ada segelintir manusia diMalaysia ini yang masih mengamalkan petua orang tua agar tidak makan kubis. Namun apa yang saya sedih ialah Mat ini tidak tahu apa kesan kalau makan kubis ini. Dari penyelidikan ke atas para pelajar saya, memang sah tidak sampai 2% dari mereka ini yang tidak makan kubis. Majoriti memang suka makan kubis dan setengahnya sangat suka kubis dan ada pula yang setiap hari hanya makan sayur kubis, subhanallah.

Apakah sebenarnya kesan apabila manusia memakan kubis?Jawapannya
adalah SEKIRANYA SESEORANG MAKAN KUBIS, IA AKAN MENYEBABKAN KEPUTIHAN KELUAR DARI KEMALUANNYA. Apabila disebut sahaja keputihan ramai orang perempuan memang tahu apa bendanya kerana kini ia menjadi masalah yang lumrah pada kebanyakan perempuan samaada anak dara atau yang sudah berkahwin. Fakta ini diakui oleh seorang doktor wanita pakar sakit puan yang dipanggil untuk membincangkan masalah sakit puan diTV3 satu masa dahulu. Doktor perempuan pakar sakit puan ini berkata "Penyakit keputihan adalah penyakit normal yang dihidapi oleh orang perempuan. Ia hanya akan mendatangkan masalah apabila kuantiti keputihan yang dikeluarkan ini terlalu banyak hingga menyebabkan secondary infection".

Dari kenyataan doktor perempuan ini, apa yang dapat disimpulkan di sini ialah bahawa doktor perempuan ini juga mengalami masalah keputihan. Keputihan yang keluar dari kemaluan perempuan ini sememangnya mendatangkan pelbagai masalah. Keputihan ini menyebabkan bau yang amat tidak menyenangkan kepada wanita itu sendiri mahupun kepada sang suami. Sekiranya kuantiti keputihan yang dikeluarkan adalah banyak, ia bakal mengundang jangkitan penyakit lain seperti gatal yang amat sangat. Ini adalah disebabkan keputihan ini sebenarnya adalah protin yang dikeluarkan dari dinding kemaluan perempuan akibat dari memakan kubis ini. Protin keputihan ini adalah satu medium yang amat digemari oleh mikro organisma seperti kulat dan bakteria. Kedudukan keputihan yang dikeluarkan melalui kemaluan ini begitu tersorok dan sangat lembap dan faktor-faktor ini semua mengundang kulat dan bakteria untuk tumbuh di atasnya yangseterusnya menyebabkan kegatalan yang serius.Kebanyakan para doktor termasuk doktor perempuan pakar sakit puan yang di panggil TV3 di atas tidak mengetahui tentang punca penyakit keputihan pada orang perempuan. Bila orang perempuan berjumpa doktor untuk rawatan masalah keputihan, doktor akan memberikan berbagai ubat termasuk krim untuk disapukan di kemaluan, namun semua ini tidak membantu kerana kemaluan terus mengeluarkan keputihan. Perempuan yang sudah mengalami kegatalan disebabkan keputihan ini seterusnya akan menghadapi masalah kegatalan yang amat serius apabila mereka makan udang, ketam, sotong atau kerang. Masalah kegatalan ini menyebabkan masalah yang lebih rumit lagi iaitu seorang isteri tidak mampu atau minat untuk melayan suami dan ini pastinya mengundang rantaian masalah lain. Masalah keputihan yang serius juga sebenarnya mengundang satu lagi masalah yang lebih rumit iaitu MIGRAIN di bahagian tertentu kepala. Masalah keputihan peringkat serius ini sebenarnya mengakibatkan kemaluan jadi amat tidak selesa dan seakan-akan berdenyut. Gigi kalau sakit, kepala juga sakit. Kalau badan demam, kepala pun sakit. Dengan kaedah yang sama ini, bila kemaluan wanita meragam ia mengakibatkan migrain.

Perempuan yang migrain ini kalau sudah berkahwin, bayangkanlah bagaimana mereka hendak melayan suami serta menguruskan rumah tangga dan anak-anak. Satu perkara yang para isteri perlu mengetahuinya ialah keputihan ini menghilangkan nafsu suami ketika ingin bersama kerana baunya yang tidak selesa serta kesan lain yang agak memalukan untuk diceritakan di sini. Cukuplah dengan perkataan bahawa suami akan loya selepas bersama isteri apabila melihat kemaluannya. Begitu sekali parahnya akibat memakan kubis. Cara mencegah keputihan amat mudah, iaitu JANGAN MAKAN

KUBIS ATAU KUAH YANG MENGANDUNGI KUBIS.

Adakah keputihan menyebabkan keputihan kepada kaum wanita sahaja? Jawapannya ialah keputihan juga menyerang kaum lelaki. Kanak-kanak lelaki yang suka makan kubis apabila bersunat akan mengalami masalah BUTA pada kemaluannya. Buta kemaluan ialah satu kes di mana selaput kulit yang bakal di potong sewaktu bersunat melekat kepada bahagian kepala kemaluan lelaki dan bahan yang menjadi pelekat ini ialah keputihan. Jikalau pada wanita, keputihan dikeluarkan pada dinding vagina, keputihan pada lelaki dikeluarkan di sekitar pangkal kepala kemaluan. Inilah antara hikmah Allah menggalakkan lelaki bersunat agar lebih mudah bagi mereka untuk membersihkan kemaluan dari keputihan. Kini orang bukan Islam juga gemar bersunat dengan alasan yang sama. Keputihan pada lelaki mengakibatkan bau amat busuk setiap kali membuka seluar dalam. Seluar dalam juga kotor di bahagiankemaluan akibat keputihan ini akan menjadi daki yang berwarna hitam.

Selain dari masalah yang telah dinyatakan di atas,keputihan juga menyebabkan kulit menjadi kering dan mengakibatkan sukar menambah berat. Ini dapat dijelaskan dengan mudah kerana sebagaimana telah dijelaskan di atas, keputihan adalah protein. Begitu juga putih telur adalah kaya protein dan warnanya juga adalah putih. Protein yang disingkirkan melalui kemaluan ini sebenarnya amat diperlukan oleh tubuh tetapi akibat memakan kubis, protein ini dikeluarkan sebagai keputihan. Jadi walaupun seseorang banyak makan sumber berprotein, akibat mengambil kubis, protein mustahak ini dikeluarkan dari tubuh sebagai keputihan dan alangkah membazirnya proses ini.

Sumber : bujangsusah

PESANAN BUAT SUAMI

WAHAI PARA SAHABAT SEKALIAN PARA SUAMI SEKALIPUN YANG BAKAL MENJADI SUAMI. MUDAH-MUDAHAN PESANAN INI DIMANFAATKAN BERSAMA UNTUK KERUKUNAN DALAM MEMBINA KELUARGA BAHAGIA..


  1. Selalulah menghargai usaha penat lelah isteri, terutama isteri yg bekerja dan sama2 terpaksa menanggung hutang suami.
  2. Bila isteri bercakap pandanglah mukanya dan buka telinga luas2. Biar apa yg dikatakannya masuk telinga kanan dan tersumbat di telinga kiri. Sambil tu otak suami kenalah memproses informasi yg diterima daripada isteri dengan bijak serta prihatin.
  3. Jangan sekali-kali membandingkan masakan isteri atau cara isteri menghias rumah dgn mak anda kecuali masakan/cara menghias isteri anda lebih baik dan canggih daripada emak anda.
  4. JGN DEMAND SEKS SEKIRANYA ISTRI TAK ADA MOOD ATAU LETIH. AGAMA SURUH KAHWIN BUKAN SEMATA-MATA UNTUK PENUHI NAFSU SYAHWAT SAJA.
  5. Kalau pasangan dah ada anak, sama-samalah menjaga anak. Benih daripada suami juga. Ada suami, isteri sedang makan disuruh cebok kencing-berak anak sedangkan suami duduk tersandar kekenyangan macam maharaja.
  6. Jgn sesekali duduk tersandar depan TV atau relak2 sedangkan isteri bila balik dari kerja, buka saja kasut terus masuk dapur, memasak, mengemas, membasuh, kejar anak dan sebagainya. Berbulu dan sayu hati isteri bila tak cukup tangan nak menguruskan rumah tangga sedangkan suami lepas tangan.
  7. Sekiranya suami makan dahulu, tinggalkan sedikit lauk utk isteri. Jangan bedal semuanya sampai giliran isteri tinggal ekor ikan sekerat, janggut sotong, ekor tauge. Frust tau tak!
  8. Kalau nk ajak kawan-kawan ke rumah, beritahu isteri dulu, kalau boleh sehari-dua sebalum nak bawa. Jadi bolehlah dia memasak yg baik punya dan mengemas rumah cantik-cantik. Bayangkan perasaan isteri kalau tetamu datang terpacak sedangkan kain baju masih berlonggok belum sempat dilipat, permainan anak masih berselerak dan isteri cuma masak mi segera saja (bukan soal malas masak tapi nak tolong jimatkan perbelanjaan keluarga)
  9. Jangan sesekali menyakat isteri tentang saiz badannya yang sihat atau semakin melidi. Tengok body sendiri dalam cermin dulu.
  10. Jangan kentut depan isteri. Hairan ya, masa bercinta dulu kenapa boleh kontrol kentut..?


ALHAMDULLILLAH SYUKUR.. ALANGKAH LEGANYA HATI ISTERI MENDAPAT SUAMI YANG BUKAN SAJA MENYAYANGI DIRINYA TETAPI PRIHATIN DAN PENUH TANGGUNGJAWAP. .

SUARA KUAT DISERTAI DENTUMAN DARI BAWAH TANAH

Ilustrasi Dentuman Aneh


Fenomena aneh telah berlaku di Jawa Timur Indonesia atau dengan tepatnya di sekitar Kabupaten Trenggalek. Hampir ke semua 7 wilayah tersebut dapat mendengar suara yang kuat disertai dengan bunyi dentuman. Mereka yakin bahawa suara tersebut datang dari bawah tanah.

Ramai yang kuatir dengan fenomena tersebut dan berharap fenomena tersebut bukan pentanda kejadian tanah runtuh yang pernah di alami di sekitar indonesia pada suatu ketika dahulu.

Suara yang kuat disertai dentuman di sekitar Kabuputen Trenggalek, Jawa Timur. Fenomena itu terlalu kuat sehingga boleh di dengar 7 wilayah di sekitar Kabuputen Trenggalek. "Ada suara yang kuat disertai dentuman yang berasal dari bawah tanah," kata seorang ketua yang pakar mengenai Gempa Bumi dan gerakkan tanah.

Apabila laporan mengenai fenomena tersebut tersebar, beberapa orang pengkaji muka bumi dan geografi telah bergegas ke tempat kejadian untuk meneliti dan mencari punca kejadian tersebut. Pihak mereka tidak dapat memberi keterangan mengenai kejadian tersebut kerana ianya sukar untuk dikesan. Mereka bagaimanapun mengangarkan ianya mengambil masa 3 hari untuk mengenal pasti punca fenomena itu berlaku.

Di dalam hadis Rasulullah s.a.w ada menyebut kira-kira berbunyi begini, tidak muncul kiamat sebelum seekor binatang yang akan membuat kekacauan datangnya dari perut bumi. Adakah kejadian ini ada berkait rapat dengan hadis yang disebutkan.

Ada juga antara mereka yang membuat kesimpulan itu merupakan petanda kemunculan dajjal. Buat pengetahuan pembaca, dajjal merupakan seorang manusia yang lengkap tubuh badannya tetapi dia hanya mempunyai satu mata sahaja dan akan memerintah bumi selama 40 hari.




WANITA TERTAGIH SABUN

du 04.1 Gadis jadi penagih sabun, serbuk pencuci



MIAMI – Seorang gadis berusia 19 tahun menghidap penyakit ganjil kerana dia suka makan serbuk pencuci dan sabun, lapor sebuah akhbar semalam. Gadis itu, Tempestt Henderson dari negeri Florida akan memakan lima ketul sabun dan serbuk pencuci pada setiap minggu.

“Sabun dan serbuk pencuci itu amat manis,” katanya yang merupakan seorang pelajar kejururawatan.

Selepas enam bulan memakan sabun, Tempestt menemui doktor untuk mengubati ketagihannya.

Doktor yang merawatnya memberitahu gadis itu bahawa dia menghidap sejenis penyakit ganjil dikenali sebagai Pica. Penyakit itu menyebabkan dia suka memakan makanan yang tidak mengandungi zat.

Doktor kini menggunakan kaedah terapi bagi mengubati penyakit Tempestt dengan memintanya mengingati benda lain semasa dia berasa mahu memakan sabun. Dia juga digalakkan untuk pergi berjalan dan mengelak daripada pergi di tempat yang mengandungi sabun seperti di bilik mandi serta kedai dobi.

Tempestt menjadi penagih sabun dan serbuk pencuci selepas dia berpisah dengan kekasihnya hanya kerana mereka belajar di kolej yang berlainan. Gadis itu memberitahu, ketagihannya bermula semasa dia menjilat serbuk pencuci yang terdapat pada jarinya.

Tempestt kini dalam proses pemulihan dan dia berharap tidak lagi akan menjadi penagih sabun dan serbuk pencuci buat selama-lamanya. – Agensi /// kosmo ///

TAK ADA MANUSIA YANG LAHIR SEMPURNA



tak ada manusia yang terlahir sempurna.. jangan kau sesali segala yang terjadi.. kita pasti pernah mendapat cobaan yang berat.. seakan hidup ini tak ada artinya lagi.. syukuri apa yang ada.. hidup adalah anugerah.. tetap jalani hidup ini melakukan yang terbaik.. jangan menyerah

ayat ini buat aku review semula apa yang telah aku lakukan sebelum ini

Tidak ada manusia yang lahir sempurna bermaksud kita dilahirkan dengan kelebihan dan kekurangan masing-masing. Dari kekurangan dan kelebihan itu maka kita saling melengkapi antara satu sama lain dan bukan menindas ataupun menyendiri. Apa yang kamu rasakan kekurangan yang ada dalam diri kamu merupakan untuk mendidik kamu tentang kesusahan orang lain. Kamu boleh intai kekurangan orang lain yang lebih mencabar berbanding kamu. Bagi yang mempunyai kelebihan pula bukanlah untuk kamu menindas atau membanggakan diri sendiri kerana ianya disertai oleh kekurangan kamu yang mungkin kamu sedari atau kamu tidak sedar.

Jangan kau sesali apa yang terjadi kerana apa yang terjadi ada hikmah disebaliknya. Kadang-kadang mata kasar kita tidak mampu melihat dan menilai setiap kejadian yang berlaku. Jatuh bangun merupakan asam garam kehidupan dan jangan kamus menyesalinya tapi kamu harus lebih kuat selepas jatuh dan jangan ulangi perkara yang sama. Kejatuhan seseorang terjadi kerana untuk memberi ruang kepadanya untuk bangun dan bangkit semula.

Cobaan yang berat pasti kita lalui walapun seketika sahaja. Cobaan merupakan syarat untuk kita mendapat sesuatu yang kita kehendakki. Dengan adanya cobaan ataupun ujian maka kita akan puas bila mendapatkannya. Jika sesuatu perkara itu terlalu mudah kita dapat tanpa bersusah payah maka kurang kepuasan yang dirasai dan selalunya kita akan cepat bosan. Ujian kehidupan adalah kita tempuhi bukan lari darinya.

Janganlah kamu merasakan hidup ini tak ada artinya lagi kerana kehidupan lebih bererti jika ianya dilalui dengan penuh kesabaran dan pengertian. Pengertian yang dimaksudkan ialah kehidupan yang memberi makna kepada orang lain dan diri sendiri. Kehilangan atau ketiadaan kita suatu hari nanti akan dirindui oleh seseorang bukannya untuk dibenci. Kamu dilahirkan di dunia ini kerana kamu adalah antara orang-orang yang terpilih dan kamu diberi kudrat untuk mendapatkan sesuatu dan jangan berhenti sehingga ajal kamu sampai.

Syukurilah dengan apa yang ada kerana kehidupan adalah anugerah. Mungkin ketika ini kamu berasa sedih kerana terbiasa dengan kesenangan duniawi tetapi percayalah bahawa kesusahan yang kamu rasakan merupakan ketenangan untuk kamu menghadapi apa sahaja yang berlaku di masa hadapan. Bersyukur dengan apa yang ada dan jangan terlalu terburu-buru dengan harta dunia dan ingatlah bahawa apa yang kamu nampak dalam kehidupan kamu adalah anugerah dari Allah s.w.t dan jagalah ianya seperti suruhannya.

Tetap jalani hidup ini dengan cara yang terbaik dan jangan berputus asa serta menyerah kalah. Apa yang kamu lakukan hari ini dan esok hari pastikan ianya adalah yang terbaik. Ketika kamu bekerja, bermain, bersukan dan sebagainya. Cubalah untuk membuat yang terbaik walaupun mungkin ada kekurangan di dalamnya. Mencuba lebih baik dari tidak buat langsung. Berfikiran positif amat penting untuk kamu membuat yang terbaik jangan sesekali kamu berputus asa. Ingatlah bahawa jika kita lakukan dengan kudrat 100% kita Allah s.w.t akan tambah kekuatan kita sehingga 101%.

JANGAN MENYERAH

pesanan dari sahabat
360 Degree Friends

KENA TANGKAP SELUDUP CICAK TOKEK


Johor Baharu -Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS) Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani Johor berjaya menggagalkan cubaan menyeludup masuk lima ekor cicak Gecko selepas menahan seorang lelaki rakyat Indonesia di Jeti Stulang Laut, di sini, Ahad.

Gambar: Kakitangan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia menunjukan seekor cicak Gecko atau Tokek yang diletakkan dalam botol mineral sebelum diseludup oleh seorang rakyat Indonesia.

Penolong Pengarahnya Siti Nur Ahmad berkata lelaki berusia 40 tahun yang tiba dengan feri dari Batam, Indonesia, itu ditahan kira-kira pukul 6.30 petang oleh pegawai MAQIS bersama anggota Kastam Diraja Malaysia yang menjalankan pemeriksaan di jeti berkenaan.

"Pemeriksaan mendapati setiap Gecko yang masih hidup itu diletakkan di dalam botol plastik dan dimasukkan ke dalam sebuah kotak. Gecko itu disedari dibawa masuk ketika diperiksa di mesin pengimbas," katanya kepada pemberita, di sini Isnin.

Beliau berkata Gecko itu dianggarkan seberat 300 gram setiap seekor dan dipercayai mampu mencecah harga RM35,000 seekor di pasaran tempatan.

"Gecko atau dikenali sebagai Tokek oleh masyarakat tempatan dipercayai diseludup masuk ke negara ini selepas mendapat permintaan tinggi bagi tujuan perubatan," katanya.

Kes itu, katanya disiasat mengikut Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010. -- BERNAMA
Nota:
Aku macam pelik jer dengan benda gini.. Cicak tokek dah jadi hidupan terlindung ke?.. Puncanya kerana ianya berharga... he he..

KAWIN AWAL LAGI BAGUS DAN JANGAN TAKUT KAWIN AWAL

Nota : Bagaimana seorang pelajar tahun akhir Universiti yang hampir bunuh diri kerana depresi setelah ditinggalkan kekasih mengubah kehidupannya 180 darjah menjadikannya insan yang paling bahagia di muka bumi ini dengan perkahwinan di usia awal. Berikut adalah coretan terus dari hati dan mata pena beliau tanpa sebarang editing… 



Saya berusia 21 tahun, dan sudah berkahwin. Masih muda bukan? Suami saya berusia 23 tahun. Juga masih muda. Kami berdua masih belajar. Jadi, Mengapa berkahwin? Kalau ikut kata mak ayah, “Nak bagi bini makan apa? Pasir?”



Perjalanan cinta saya tidak mudah. Sebelum berkahwin, saya pernah teruk dikecewakan bekas kekasih. Dia minta masa 3 tahun dari tarikh kami “declare”, untuk bersedia untuk berkahwin. Hampir 3 tahun, saya ditinggalkan untuk perempuan lain. Kecewa? Sudah tentu. Jujur, saya hampir bunuh diri. Saya mengalami depression di mana saya disconnect dengan dunia luar.



Tapi selepas itu baru saya sedar kehadiran suami saya yang sudah 4 tahun menunggu peluang. Pada mulanya, saya ingat sekadar “cinta rebound”, tapi selepas 2 bulan berkenalan dan bercintan, suami saya melamar untuk berkahwin. Pada mulanya, saya ingat satu gurauan. Akhirnya si dia berani call ayah saya, dan minta izin untuk berkahwin, kerana takut kehilangan saya lagi.



Ayah saya pun dahulu berkahwin ketika belajar, tahun 1 peringkat ijazah. Suami saya pelajar perubatan tahun 3, dan saya Cuma tinggal 2 bulan untuk mengakhiri pengajian. Ayah saya bersetuju, dan memandangkan saya sudah kecewa, takut juga pisang berbuah dua kali. Akhirnya, kami berkahwin. Dengan mahar RM200, sebentuk cincin emas, tiada hantaran, tiada majlis, kami bernikah.



Simple bukan? Kenapa perlu pening??? Kalau anda lelaki, anda mesti ingin berikan segala yang terbaik untuk bakal isteri anda. Dan, kalau anda perempuan seperti saya, semestinya inginkan hantaran yang tinggi (lulusan ijazah sekarang, rate hantaran RM10K ke atas). Perlu tidak?



Maaf perempuan, kalau terasa. Saya bukan jual diri, saya tidak perlukan hantaran RM10-20K. Saya tidak letak harga untuk nilai diri sendiri dan harga cinta saya. Ini masalah kalau kita kahwin cara Melayu, dan bukan cara Islam. Saya perempuan lulusan ijazah, saya ada tulang 4 kerat, dan saya boleh berusaha, kenapa perlu mengharap dengan lelaki? Suami bukan untuk dibebani, tapi untuk Disenangi. Isteri bukan untuk dibeli, tapi untuk dikasihi.



Kos kahwin sekarang paling rendah pun RM20K serba satu. Hantaran, majlis, belum baju, pelamin. Tapi cuba fikir, perlu tidak? Baju raya kan masih ada, cantik lagi. Kasut raya pun masih baru. Kenapa perlu buat majlis di hotel, dewan orang ramai kan ada? Kalau rasa sangat mahal untuk katering, boleh upah orang masak, tinggal sediakan bahan dan peralatan. Bersanding tak perlu, buat penat badan duduk macam tunggul depan orang.



“Seganlah. Nanti orang kata apa.” .. “Isk, buat malu belajar tinggi-tinggi, tak dapat hantaran”. Hai, ni mentaliti Barat. Bagi yang beragama Islam, ingat rukun nikah. Tanggungjawab selepas kahwin yang penting. Lebih baik duit sewa pelamin jadi duit persiapan untuk anak pertama. Prioritikan penggunaan duit anda. Kos bersalin bukan murah. Kalau di hospital kerajaan, paling kurang perlu ada RM400-500. Tapi di hospital swasta, minimum RM2000. Kos ada anak sangat tinggi sekarang.



Pernah cuba lihat harga setin susu bayi di pasar? Harga lampin pakai buang? Dan sekarang, anda masih terfikir pelamin itu penting? Ini tak kira duit nak beli kenderaan, beli rumah. Pening!! Jadi jangan bebankan diri anda dengan majlis perkahwinan yang membazir dan tidak perlu.



Saya bahagia sekarang. Boleh keluar dengan suami tanpa rasa takut dan malu, disentuh lelaki bukan mahram. Dan suami saya tidak perlu takut saya diambil lelaki lain seperti dulu. Apa semua yang pasangan bercinta lakukan, kini kami lakukan dengan halal. Dan kami boleh lakukan lebih dari itu, dengan halal. Tidak perlu risau. Kami aman dan bahagia. Saya dan suami masih bercinta. Masih belajar mengenal sesama sendiri. Dan percayalah, tak guna bercinta lama-lama.



Seganlah keluar dengan pasangan yang tidak halal untuk anda. Saya dan suami, masih seperti pasangan yang baru bercinta. Saya mampu tanggung hidup sendiri, kerja dan cari duit sendiri. Buat apa menyusahkan suami? Dan suami berusaha belajar bersungguh-sungguh (bagi pelajar perubatan, anda faham maksud saya),untuk mendapat keputusan yang cemerlang. Saya tahu ego lelaki tercabar, tetapi saya jujur cintakan suami saya. Saya tak ingin jadi beban, cukup asal dia berasa senang dengan saya.



Tidak perlu nafkah yang besar, semampu yang ada saya terima. Bakal-bakal isteri sekalian, bersyukurlah dengan suami anda. Dan bakal-bakal suami sekalian, hargai isteri kamu. Terima kekurangan dan kelemahan pasangan anda. Persamaan membina keserasian, perbezaan itu melengkapkan.



Rezeki Tuhan ada di mana-mana. Jangan putus asa. Berkahwinlah! Semoga anda semua merasa tenang dan bahagia.

sumber : rainienoe.blogspot.com

KUCING DITEMUI SELAMAT SETELAH DITEMUI ANAK PANAH MENEMBUSI KEPALANYA


Kucing ni terselamat selepas ditemui anak panah menembusi kepalanya. Ajaib... Inilah dikatakan berpantang ajal sebelum maut.. gambar di atas hanya gambar hiasan dan untuk makluman he he.. itu ler kucing kesayangan saya.. he he..



10 TIPS UNTUK KAYA SEPERTI DONALD TRUMP

Saya pasti anda mungkin sudah familiar dengan nama Donald Trump bukan?Dia merupakan seorang yang berjaya dibidang real estate dan berasal dari Amerika .Dia juga merupakan seorang juri sekaligus merangkap executive producer dalam sebuah acara television popular iaitu “The Apprentice“.Style yang unik, gaya rambut,gaya percakapannya membuatkan dia mudah diingati.

Donald Trump memang memiliki bakat yang luar biasa. Menjadikan ayahnya sebagai mentor dan dia pernah mengatakan “Everything he seems to touch turns to gold” .Ketika ini, nama Trump telah jauh lebih terkenal dari ayahnya. Donal Drumb telah disenaraikan orang Amerika terkaya posisi 88 dari 400 orang (versi majalah Forbes).


Bagaimana cara kaya ala Donald Trump ?


Inilah beberapa cara Donald Trump meraih kekayaan :

1. Milikilah Mimpi 

Anda harus memiliki mimpi. Dengan memiliki mimpi, anda akan semakin tergerak untuk melakukan Action. Misalnya anda ingin membangunkan sebuah sekolah,ingin menjadi orang terkaya di daerah dan sebagainya.

2. Memiliki Tujuan (Goal yang jelas).

Selanjutnya, Anda harus memiliki tujuan hidup yang jelas dan harus sabar (passionate) pada tujuan itu.

3. Think Big

Anda harus membiasakan diri untuk berpikir suatu hal yang besar.Dengan berpikir seperti ini, ia dapat memberikan kekuatan positif bagi diri untuk melangkah. Donal Trump pernah berkata “As long as you’re going to be thinking anyway, think big.”

Hambatan terbesar dalam kekayaan adalah memercayai apa yang tidak boleh dijangkau. Pikirkanlah hal yang besar, maka diri anda akan menjadi orang yang besar juga.

4. Ikuti kata Hati

Kata hati anda memiliki peranan yang khusus dalam berbagai hal yang anda jalani. Kata hati adalah guide dalam membuat keputusan sekaligus tulang belakang pemikiran.Mengikut kata hati sama mudahnya dengan memberikan suara. Tantanglah diri anda untuk melihat hal-hal yang berbeza dan pelajarilah hal itu.

5. Melakukan hal yang Disukai

Trump berkata “Saya tidak berhubungan dengan wang. Saya sudah cukup dengan hal itu, jauh lebih dari yang saya perlukan. Saya melakukannya kerana ingin melakukannya!.”

6. Harus Fokus

Pilihlah satu hal yang paling anda sukai dan ingin kerjakan. Dengan memilih satu hal, potensi anda akan maksima di bidang tersebut.

7. Terus dan terus belajar
 

Anda harus mengembangkan kemampuan anda dengan banyak membaca, belajar dari mentor @ guru ataupun dengan cara yang lain.

8. Jangan hanya Berorientasi pada wang

Trump pernah berkata “Bagi saya, wang tidak akan pernah menjadi motivator Ia hanya jalan untuk mempertahankan kemenangan. Bagaimana memainkan permainan itulah kesenangan yang sesungguhnya” .Dalam sebuah permainan, orang yang membangun kekayaan kerana motivasi wang adalah seorang pemimpi. Sebaliknya, mereka yang senang memainkan permainan akan menang sambil duduk berkhayal.

9. Buatlah Agenda anda (Time Line)

Anda harus memiliki rencana yang terancang dan tulislah rencana tersebut berdasarkan target waktu anda. Lakukan apa yang anda tulis dan lakukan evolusi terhadap apa yang telah anda capai dan yang belum tercapai.

10. Berpikiran Kreatif

Untuk meraih kejayaan, anda tidak harus memiliki semua sumber daya dan kemampuan.Koranng boleh menggunakan kaedah OPM (Other’s People Money), OPT (Other’s People Time), dan OPE (Other’s People Experience).

Itulah antara info bagaimana Donal Trump menggunakan cara beliau untuk menjadi seorang yang popular dan kaya. Anda bagaimana?Ada cara sendiri untuk menjadi kaya?Kongsikan!

SEL DALAM BADAN KITA AMAT MENAKJUBKAN DI LUAR EMAJINASI

Gambar mikroskopik tentang badan kita. Tak boleh dilihat dengan mata kasar!

Gambar-gambar berikut telah dirakam menggunakan mikroskop elektron pengimbas (SEM). Saiz mikro organ-organ badan manusia telah diperbesarkan sebanyak lebih kurang 250 000 kali ganda.


vilus pada usus kecil


telur/ovem sel korona


Sperma di atas telur/ovum


Sel kanser paru-paru


Sel darah merah


Sel bulu-bulu halus dalam telinga


Saraf perasa pada lidah



Salur darah dalam saraf optik


Neuron Purkinje (lapisan pada otak)



Plak Gigi



Hujung rambut yang pecah



Embrio manusia (kelihatan masih ada sisa sperma)




Embrio manusia berusia 6 hari (warna keperangan)



Alveoli pada paru-paru

DURIAN BELANDA MERAWAT KANSER

Durian Belanda atau Soursop, buah dari pokok Graviola adalah pembunuh semulajadi sel kanser yang ajaib dengan 10 ribu kali lebih kuat dari pada terapi kemo. Tapi kenapa kita tidak tahu?

Kerana salah satu perusahaan dunia telah menutup rahsia penemuan penyelidikan tentang khasiat buah ini sebaik mungkin,dana penyelidikan yang dikeluarkan sangat besar, selama bertahun-tahun, ditambah pula keuntungan yang melimpah dengan cara menjadikan pokok Graviola Sintetis sebagai bahan utama ubat rawatan kanser.

Pokoknya yang rendah di Brazil dinamakan 'Graviola', di Sepanyol 'Guanabana' bahasa Inggeris dipanggil 'Soursop'. Di Indonesia, dikenali sebagai buah Sirsak manakala di Malaysia dipanggil sebagai Durian Belanda. Buahnya agak besar, kulitnya berduri lembut, isi buah berwarna putih, rasanya masam-masam manis, dimakan dengan cara membuka kulitnya atau dibuat jus.

Khasiat dari buah durian belanda ini memberikan kesan anti tumor / kanser yang sangat kuat, dan terbukti secara perubatan menyembuhkan segala jenis kanser. Selain menyembuhkan kanser, buah ini juga berfungsi sebagai anti bakteria, anti fungus , berkesan melawan berbagai jenis parasit dan cacing, menurunkan tekanan darah tinggi, kemurungan, stress, dan menormalkan kembali sistem saraf yang kurang baik.

Salah satu contoh betapa pentingnya kewujudan Institut Sains Kesihatan bagi orang-orang Amerika adalah kerana institut ini telah membuka tabir rahsia buah ajaib ini.

Hasil penyelidikan membuktikan :

i) Menyerang sel kanser secara efektif dan semulajadi, TANPA rasa mual, berat badan turun, rambut gugur, seperti yang terjadi pada terapi kemo.

ii) Melindungi sistem kekebalan tubuh dan mencegah dari jangkitan yang mematikan.

iii) Pesakit merasakan lebih kuat, lebih sihat selama proses perawatan / penyembuhan.

iv) Menambah tenaga dan penampilan fizikal semakin bertambah baik.

Sumber berita sangat mengejutkan ini berasal dari salah satu pengeluar farmasi terbesar di Amerika. Buah Graviola telah diuji lebih dari 20 makmal, sejak tahun 1970-an hingga beberapa tahun berikutnya. Hasil ujikaji dari ekstrak (sari) buah ini adalah :

1. Secara berkesan memilih sasaran dan membunuh sel jahat dari 12 jenis kanser yang berbeza, antaranya kanser Usus Besar, Payu Dara, Prostat, Paru-Paru dan Pankreas.

2. Daya kerjanya 10,000 kali lebih kuat dalam memperlambatkan pertumbuhan sel kanser dibandingkan dengan Adriamycin dan Terapi Kemo yang biasa digunakan!

3. Tidak seperti terapi kemo, ekstrak buah ini secara selektif hanya memburu dan membunuh sel-sel jahat dan TIDAK membahayakan atau membunuh sel-sel yang sihat.

Penyelidikan telah dilakukan secara ekstensif pada pokok “ajaib” ini,selama bertahun-tahun tapi kenapa kita tidak tahu langsung mengenai hal ini ? Jawapannya adalah kesihatan kita, kehidupan kita, dikendalikan oleh mereka yang memiliki wang dan kekuasaan!

Salah satu perusahaan ubat terbesar di Amerika dengan aset jutaan dollar melakukan penyelidikan luar biasa pada pokok Graviola yang tumbuh dihutan Amazon ini. Ternyata beberapa bahagian dari pokok ini seperti kulit kayu, akar, daun, isi buah dan bijinya, selama berabad-abad lamanya telah menjadi penawar bagi suku Indian di Amerika Selatan untuk menyembuhkan penyakit sakit jantung, asma, masalah berkaitan hati dan rematik.

Dengan bukti-bukti ilmiah yang minimum, perusahaan yang mengumpulkan dana dan sumber usaha manusia yang sangat besar bagi tujuan melakukan penyelidikan dan berbagai ujian. Hasilnya sangat menakjubkan. Graviola secara ilmiah telah terbukti sebagai agen pembunuh sel kanser yang berkesan

Tetapi,kisah Graviola hampir berakhir disini. Kenapa?

Dibawah undang-undang persekutuan, sumber bahan semulajadi untuk ubat adalah DILARANG dipatentkan.

Perusahaan menghadapi masalah besar dan mereka berusaha sedaya upaya dengan pembiayaan sangat besar untuk membuat klon tiruan dari Graviola ini agar ianya dapat dipatentkan sehingga dana yang dikeluarkan untuk penyelidikan dan ujian dapat dituntut dan bahkan mengaut keuntungan besar. Tapi usaha ini tidak berhasil kerana Graviola tidak berjaya diklon.

Ketika mimpi untuk mendapatkan keuntungan besar beransur-ansur pudar, kegiatan penyelidikan juga turut berhenti. Lebih parah lagi, perusahaan menutup projek ini dan memutuskan untuk TIDAK menerbitkan hasil penyelidikan ini.

Beruntunglah, ada salah seorang ilmuwan dari kumpulan penyelidik tidak sanggup melihat kekejaman ini terjadi. Dengan mengorbankan kerjayanya, dia menghubungi sebuah perusahaan yang boleh mengumpulkan bahan-bahan bersumberkan semulajadi dari hutan Amazon untuk penghasilan penawar.

Ketika para penyelidik dari Institut Sains Kesihatan mendengar berita keajaiban Graviola, mereka mula lakukan usaha penyelidikan. Hasilnya sangat mengejutkan dan Graviola terbukti sebagai pokok pembunuh sel kanser yang berkesan.

The National Cancer Institute memulakan penyelidikan ilmiah yang pertama pada tahun 1976. Hasilnya membuktikan bahawa daun dan batang kayu Graviola mampu menyerang dan menghancurkan sel-sel jahat kanser. Sayangnya hasil ini hanya untuk keperluan dalaman dan tidak dihebohkan

Sejak 1976, Graviola telah terbukti sebagai pembunuh sel kanser yang luar biasa pada ujikaji yang dilakukan oleh 20 makmal bebas yang berbeza.

Satu kajian yang dihasilkan oleh the Journal of Natural Products menyatakan bahawa kajian yang dilakukan oleh Catholic University di Korea Selatan, mendakwa bahawa salah satu unsur kimia yang terkandung di dalam Graviola, mampu memulihkan, membezakan dan membunuh sel kanser usus besar dengan 10,000 kali lebih kuat berbanding dengan Adriamycin dan terapi kemo!

Sebuah kajian di Purdue University pula membuktikan bahawa daun Graviola mampu membunuh sel kanser secara berkesan, terutama sel kanser Prostat, Pankreas, dan Paru-paru.


sumber : yangmenarik.info

BUAH DADA KENA POTONG

KUALA LUMPUR: Hajat pelik seorang wanita yang bersungguh-sungguh mahu mengecilkan payudaranya menyebabkan dia menderita hampir lima bulan selepas dibedah doktor tidak bertauliah yang turut membuang puting buah dadanya.

‘Doktor’ berkenaan yang membedahnya hampir tiga jam menyebabkan payudara wanita itu mengecut mendadak sebelum dijangkiti kuman pada dada. Lebih malang, mangsa yang membayar kos hampir RM24,000 untuk pembedahan kecantikan itu kini bimbang jangkitan kuman terbabit merebak, sekali gus meragut nyawanya.

Mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Yew, 36, berkata dia yang juga seorang ‘pengkid’ mempunyai impian untuk mengecilkan payudara supaya kelihatan seperti lelaki normal. Menurutnya, saiz buah dadanya yang besar menyebabkan emosinya terganggu sebelum berhasrat mengecilkannya.

“Atas nasihat rakan, saya berjumpa seorang pemilik salun kecantikan di Subang Jaya bernama Nancy. Hasil perbincangan pada awal Mei lalu, saya dipujuk menjalani pembedahan kecantikan dengan kos RM12,000.

“Bagaimanapun, jika mahukan hasil yang lebih ‘menawan’ saya diminta menambah RM3,500 selain beberapa bayaran lain. “Nancy meyakinkan saya tak perlu bimbang kerana pembedahan itu bakal dilakukan doktor pakar yang dibawa dari Beijing, China. Selepas bersetuju dengan bayaran ditetapkan, saya dibawa ke Johor Bahru untuk menjalani pembedahan berkenaan,” katanya ketika ditemui di Biro Pengaduan Awam MCA di sini semalam. Turut hadir, ketua biro itu, Datuk Michael Chong.

Menurutnya, dia terus menjalani pembedahan di sebuah pusat rawatan swasta di bandar raya itu. “Saya hanya tersedar kira-kira jam 4 petang dalam keadaan payudara saya berbalut ketat. Saya dilarang sama sekali membuka balutan berkenaan sebelum diarah pulang ke rumah.

“Dalam keadaan separuh sedar, saya dihantar pulang tanpa langsung dibekalkan antibiotik atau ubat penahan sakit. Bagaimanapun, selepas balutan itu dibuka, saya terkejut apabila mendapati payudara saya seolah-olah dipotong menggunakan laser selain bahagian puting hilang sama sekali,” katanya Yew terkejut dengan tubuh barunya itu kerana dia tidak pernah meminta puting payudaranya dibuang terus.

Menurutnya, dia tidak menyangka pembedahan itu dilakukan sedemikian selain ‘doktor’ terbabit turut menggunakan menyedut lemak untuk mengempiskan payudaranya. “Puting payudara saya hilang sama sekali dan kesakitan akibat pembedahan itu menyebabkan tubuh saya sakit. Malah, tangan saya bagaikan lumpuh apabila tidak dapat bergerak dengan sempurna serta tidak boleh mengangkat benda berat.

“Lebih menyeksakan apabila pembedahan itu turut menyebabkan payudara saya dijangkiti kuman. Saya terpaksa berulang alik ke hospital untuk menjalani rawatan susulan kerana bimbang ia akan merebak ke organ dalaman,” katanya.

Menurutnya, dia turut ke Singapura untuk mendapatkan rawatan susulan, namun kebanyakan doktor pakar yang ditemui berpendapat keadaannya terlalu serius dan bernasib baik kerana masih hidup.

“Mereka hanya berani membersihkan luka pembedahan itu kerana dibimbangi akan busuk. Akibatnya, saya terpaksa bergantung kepada pelbagai jenis ubat sehingga kini. “Saya bimbang dengan keadaan tubuh dan tertekan dengan tindakan pemilik salun dan ‘doktor’ berkenaan,” katanya.

Yew berkata, dia pernah menghubungi Nancy memintanya bertanggungjawab, namun dia tidak melayan permintaan memulangkan semula wang RM24,000. “Apabila saya mahu membawa perkara itu ke mahkamah, seorang lelaki yang juga rakan pemilik salun terbabit menghubungi saya dan mengugut akan mengambil tindakan jika saya terus berkeras. “Malah, dia mencabar saya membuat laporan polis selain memaki-hamun serta mengugut akan menghantar kaki pukul untuk membelasah saya. Dia juga mengugut akan menghantar ‘orang’ untuk mengekori saya sepanjang masa,” katanya.

Menurutnya, dia yang bimbang keselamatan dirinya kemudian membuat laporan di Balai Polis USJ 8, Subang Jaya, di sini.

REMAJA TERIMA PAMPASAN RM12.44 JUTA

LONDON – Seorang remaja di Iraq ber jaya menuntut pampasan bernilai £2 juta (RM12.44 juta) selepas dia ditembak secara tidak sengaja oleh seorang askar Britain, lapor sebuah akhbar semalam.


Remaja itu lumpuh seumur hidup selepas mengalami kecederaan pada saraf tunjangnya kerana ditembak oleh se- orang askar Britain pada 2004.

Kejadian itu berlaku apabila raifel milik seorang askar Britain terjatuh dan dia tertarik picu senjata itu ketika dia cuba menangkapnya semula. Tembakan senjata itu mengenai perut remaja berkenaan lalu menembusi saraf tunjangnya dan sejak itu mangsa dibawa ke Britain untuk dirawat.

Satu sumber Kementerian Pertahanan Britain berkata, remaja itu kini memerlukan rawatan sepanjang hayat dan ke malangan itu boleh dielakkan sekiranya askar itu berhati-hati. Sementara itu, seorang ibu kepada seorang askar Britain yang mengalami kecederaan ketika berkhidmat di Iraq, Diane Dernie menyelar pampasan yang diberikan kepada remaja itu.

Dernie berkata, pampasan remaja itu lebih besar berbanding pampasan berjumlah £285,000 (RM1.77 juta) yang diberikan kepada anaknya, Lance Bombardier Parkinson yang kehilangan kedua-dua kakinya. – Agensi -arkibkosmo

MENGAJAR MEMASAK SAMBIL BERBOGEL DI HONG KONG

du 09.1 Chef wanita BOGEL di Hong Kong
HONG KONG – Seorang chef wanita, Flora Cheung (gambar) akan mengendalikan program masakan di televisyen dalam keadaan berbogel, lapor sebuah akhbar semalam.

Flora yang berusia 26 tahun akan menjadi hos program yang disiarkan dalam rangkaian televisyen untuk orang dewasa. “Ramai lelaki tidak mahu memasak tetapi saya mahu menjadikan mereka meminati bidang masakan,” katanya kepada akhbar South China Morning Post.

Dalam program itu, jurukamera akan mengikuti Flora berjalan di pasar basah di Hong Kong.Selepas dia membeli beberapa barang untuk dimasak, dia akan pergi ke dapur untuk memasak.

Wanita itu kemudian akan berbogel dengan hanya memakai apron lut sinar yang boleh menampakkan susuk tubuhnya. Walaupun Flora bukannya seorang chef yang profesional, penerbit program itu, Jesse Au berkata, wanita tersebut akan mampu menarik minat ramai orang untuk menontonnya. Setiap episod akan berlangsung dalam tempoh 30 minit. – Agensi /// kosmo ///

HUKUM MENCABUT UBAN

Oleh : Shibli

Ramai manusia zaman sekarang sangat suka mencabut uban atau rambut yang sudah menjadi warna keputihan tanpa mengetahui hukumnya. Ramai juga yang tidak tahu langsung tentang hukum mencabut uban. Dengan sedikit rujukan dan kajian, saya sediakan jawapannya di bawah ini.

"Janganlah engkau semua mencabuti uban, sebab uban itu adalah merupakan cahaya seorang Muslim pada hari kiamat." Hadis hasan yang diriwayatkan oleh Imam-imam Abu Dawud dan Termidzi serta Nasa'i dengan isnad-isnad yang bagus. Imam Termidzi mengatakan bahwa ini adalah Hadis hasan.

Jawapan Tambahan :

Makruh mencabut uban ataupun janggut yang beruban dan makruh membakarnya dengan api ataupun sebagainya supaya nampak seperti orang yang sudah tua. (Mughni al-Muhtaj, kitab al-udhiyyah fasal fi al-aqiqah: 4/374)

Larangan mencabut uban ini telah disebutkan dalam hadis daripada ‘Amr bin Syu‘aib daripada ayahnya daripada neneknya berkata yang maksudnya :

“Sesungguhnya Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam melarang daripada mencabut uban (kepala atau janggut) dan Baginda bersabda: “Sesungguhnya uban itu cahaya orang muslim.”
(Hadis riwayat at-Tirmidzi)
Hadis yang lain, daripada ‘Amr bin Syu‘aib daripada ayahnya daripada neneknya berkata yang maksudnya :

Maksudnya: “Bersabda Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam: “Jangan kamu cabut uban. Tiada daripada seorang muslim beruban dengan satu uban di dalam Islam, berkata Musaddad (periwayat) daripada Sufyan: “Melainkan bagi uban itu cahaya di hari qiamat.” Sementara katanya (periwayat) dalam hadis Yahya: “Melainkan Allah menulis baginya dengan sehelai uban itu satu kebajikan dan menggugurkan daripadanya (orang itu) dengan sehelai uban itu satu kesalahan.”
(Hadis riwayat Abu Daud).

Nota : Oleh itu seelok-eloknya tidak perlu lah anda mencabut uban :)

Wassalam. - loveislam

PROGRAM JANA WANG DARI FACEBOOK (MADE BY FACEBOOK)


Program yang dilancarkan pada 1 Jun 2010 telah menarik ramai IM dunia untuk menjana pendapatan dengan aplikasi difacebook ini.Tidak perlu bersusah payah keluarkan modal untuk daftar kerana ianya PERCUMA!








Memang memeningkan kepala apabila terlalu banyak peluang untuk buat duit di internet sehingga kadang-kadang tidak menang tangan kita hendak membuatnya. Bagaimanapun, Easy cash ini amat mudah digunakan di samping ianya adalah program Facebook sendiri dan unsur scam amat minima di sini.

Bagaimana cara menghasilkan USD di Aplikasi facebook ini?

  1. Selepas korang join diaplikasi ini, secara tidak langsung USD1.00 akan dikreditkan ke dalam akaun.Sila lihat di dalam akaun balance korang selepas daftar.
     
  2. Bonus inviting list friend / jemput kawan sebanyak USD 0.05.Sebagai contoh korang mempunyai kawan di facebook 300 orang, dari 300 orang hanya 200 yang join, bermakna korang perolehi USD $ 10.00
     
  3. Korang dapat 10% daripada pendapatan setiap referral atau kawan yang korang jemput.Contoh pengiraan pendapat korang dibawah :

$ 1.00 (10% x $ 10) x 200 kawan = $ 200 (passive income dari kawan yang aktif)

Pembayaran akan di lakukan setiap 2 x dalam sebulan ( 1 hb dan 16 hb )dan bayaran di lakukan minimum USD 5 melalui paypal.Kalau tak ada akaun paypal lagi boleh daftar dekat SINI

Easy Cash is an exciting application where you can make REAL MONEY!

* Take surveys and complete free offers to earn cash.
* Refer friends and earn 10% of what they make.
* Get paid as soon as you reach $5.00 earnings!


Jadi,jangan tunggu lagi.Cepat daftar DISINI.DISINI.DISINI!

Cara promosi mengikut kreativiti korang sendiri.Sama ada melalui blog,laman sosial.email etc. Bawa kawan melalui cara wall di facebook paling senang sekali untuk dapat referral..

All the best!

TEKNIK KURUSKAN BADAN ALA JEPUN

Siapkan straw.



Potong 5 cm.


Ratakan salah satu hujung straw.



Tutup separuh lubang straw dengan selophan tape.






Lakukan selama 3 minit sehari.


Yang pentingnya di sini, meniup nafas kuat-kuat selama 5 detik.


Beberapa orang yang melakukannya selama 2 minggu hasilnya berbeza-beza, tetapi semuanya berhasil mengecilkan perut.


Menurut pakar, saat kita bernafas, otot perut lebih digunakan ketika mengeluarkan nafas daripada menarik nafas



Tak percaya!? Cubalah!


Dengan menggunakan straw yang ditutup separuh, kesan penggunaan otot perut menjadi berlipat kali ganda.

Warning!
Jangan lakukan ketika membuang air besar!

WARNA, AURA & PERSONALITI


Apa itu aura? secara umumnya,aura adalah terlalu kompleks dan sentiasa berubah-ubah, ia tidak boleh mentafsir secara mudah berdasarkan pada warna aura itu semata-mata.Jom kenali sifat personaliti seseorang melalui warna dan auranya.

Warna Merah adalah warna emosi dan menyediakan sumber energi.

Warna Oren adalah satu warna yang melambangkan hangat, kreatif dan emosi.


Warna Kuning adalah satu daripada warna aura yang mula-mula dan paling mudah untuk dilihat. Warna kuning pucat yang mengelilingi garis rambut menunjukkan optimis. Kuning adalah warna aktiviti mental. Ia mempengaruhi peluang pembelajaran yang baru, kepintaran, cerdik dan intelek. Warna kuning adalah warna yang mempengaruhi kekuatan idea dan kebangkitan kebolehan fizik.Semakin dalam dan gelap warna kuning itu akan mempengaruhi sifat yang agak kritikal dan bersifat dogma.

Warna Hijau adalah satu warna yang melambangkan sensitif dan cita-cita yang tinggi. Ia mempengaruhi tumbesaran, simpati dan ketenangan. Ia berkaitan dengan individu yang boleh dipercayai, berdikari dan minda yang terbuka. Warna hijau muda menunjukkan kebolehan penyembuhan. Ia adalah warna kekuatan dan persahabatan.Makin gelap warna hijau mempengaruhi kepada kegopohan, cemburu dan ketidakpercayaan.

Warna Biru adalah warna yang mudah untuk dilihat dalam banyak-banyak warna aura. Ia melambangkan kepercayaan atau keyakinan .

Warna Ungu Violet adalah warna yang mewakili kehangatan. Ia adalah warna yang mempemgaruhi hati dan minda , iaitu gabungan fizikal dan spiritual.Ia mempengaruhi semangat berdikari dan intuisi. Warna keungu-unguan yang semakin tebal menunjukkan kebolehan untuk menghadapi hubungan dengan secara praktikal. Warna yang pucat mempengaruhi kemanusiaan dan hubungan kerohanian. Warna ungu-kemerah-merahan menunjukkan keinginan dan cita-cita yang tinggi.Semakin keruh warna ungu tersebut maka ia menunjukkan kekuatan dalam menghadapi sesuatu. Ia juga menunjukkan imaginasi erotik yang tebal. Ia juga mempunyai kebolehan untuk menarik simpati dan juga seorang yang tidak dapat memahami orang lain.

Merah jambu adalah warna kasih-sayang dan warna kesucian. Ia mempengaruhi keceriaan dan semangat setiakawan. Bila melihat dalam aura, ia menunjukkan kesunyiaan, kasih-sayang dan kecantikan. Warna merah jambu menunjukkan seseorang itu tidak matang,terutama warna merah jambu yang agak keruh. Ia juga menunjukkan seorang yang amat amanah, juga seorang yang mempunyai rasa kasih-sayang dan juga seorang yang berwawasan.

Warna Emas adalah warna yang menunjukkan tenaga rohani yang cukup dinamik dan seorang yang mempunyai satu kekuatan. Warna emas yang keruh menunjukkan seseorang itu dalam proses membangkitkan inspirasi yang tinggi . Ia juga mempengaruhi proses kimia yang masih lagi aktif, bermakna individu tersebut masih cuba berusaha untuk menukar hidupnya kepada kehidupan yang lebih sempurna.

Warna Kelabu adalah warna kemasukan. Ia menunjukkan pergerakan ke arah membongkar kebolehan yang terpendam. Warna kelabu yang hampir kepada warna perak menunjukkan kebangkitan tenaga kewanitaan. Ia juga tenaga dan kebolehan untuk iluminasi, intuisi dan daya imaginasi yang kreatif.Warna kelabu yang agak keruh menunjukkan ketidakseimbangan fizikal, istimewa kepada aura yang berdekatan pada bahagian badan. Ia juga menunjukkan keinginan untuk meninggalkan tiada satu kerja yang diberikan yang tidak akan diselesaikan. Seorang yang mempunyai aura yang berwarna kelabu adalah seorang yang suka berahsia dan seorang yang suka bersendirian.

Warna Perang selalunya muncul dalam medan aura. Walaupun kebanyakan orang mengatakan perang sebagai hasil daripada ketidak seimbangan atau kurangnya tenaga, ini adalah tidak benar. Perang adalah warna bumi. Bila ia muncul pada kawasan atas kepala, ia akan mempengaruhi pembesaran yang baru.Aura perang yang melintasi muka atau kepala menunjukkan keinginan untuk diskriminasi. Jika ia muncul di sekitar kawasan cakra, ia menunjukkan bahawa bahagian tesebut perlu dibersihkan. Warna perang susah untuk ditafsirkan, kerana ia senang mempegaruhi kawasan masaalah dalam fizikal.

Warna Hitam adalah satu warna yang amat mengelirukan dalam spektrum aura. Ada sesetengah pihak mengatakan bahawa jika aura hitam hadir dalam diri seseorang, ia menunjukkan kematian atau jangkitan penyakit yang berat. Namun ada pendapat mengatakan ianya adalah warna pelindungan. Ia adalah satu warna yang melindungi individu tertentu daripada tenaga luar. Bila melihat aura ini, menunjukkan individu tersebut melindungi dirinya sendiri. Ia juga menunjukkan yang individu tersebut seorang yang ada sesuatu rahsia.

Warna Perak berkilauan Ia selalunya amat berkelip-kelip dan berwarna perak. Ia menunjukkan seorang yang terlalu kreatif . Jika hadirnya aura berwarna sebegini, ia sebagai penunjuk yang menandakan individu tersebut , individu tersebut seorang yang terlalu kreatif .


 sumber : ygmenarik.info

DEMI CINTA SISWI GADAIKAN SEGALANYA

CERITA...Nur menceritakan pengalamannya kepada wartawan Harian Metro, semalam.

KUALA LUMPUR: “Demi cinta, saya sanggup menggunakan hampir keseluruhan wang pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) untuk berseronok bersama kekasih.

“Apabila wang PTPTN habis, saya berhutang keliling pinggang dengan rakan, selain menipu mak dan ayah dengan memberi alasan perlu membeli buku dan keperluan lain semata-mata untuk mendapatkan wang,” kata seorang graduan sebuah institusi pengajian tinggi awam (IPTA) yang mendakwa menjadi hamba cinta dengan lelaki berusia 40-an dan beristeri dua lebih setahun ketika masih belajar.

Nur, 24, yang baru menamatkan pengajiannya penghujung tahun lalu kini menyesal.

Katanya, atas dasar cinta terhadap lelaki yang bertugas sebagai kerani di sebuah syarikat swasta itu, dia bukan saja sanggup berhabisan wang ringgit, malah sanggup menggadaikan maruah dirinya.

“Kami kerap menghabiskan masa bersama dengan pergi ke restoran mewah atas permintaan dia yang lebih gemar berjumpa di tempat tertutup dan kurang pengunjung bagi mengelak daripada bertemu dua isterinya.

“Saya akan menuruti setiap permintaannya termasuk kerap menginap di hotel bagi membuktikan rasa kasih dan sayang kepadanya, walhal pada masa sama perasaan takut sentiasa menyelubungi diri jika terjadi perkara tidak diingini,” katanya.

Nur berkata, semua perbelanjaan setiap kali keluar bersama teman lelakinya itu termasuk bayaran makan dan minyak kenderaan akan menggunakan wangnya menyebabkan dia semakin terdesak untuk mendapatkan duit.

“Dia kerap memberi alasan gaji bulanannya habis digunakan untuk menampung dua isteri dan anak-anak membuatkan saya terharu dan membelanjakan semua wang saya untuk dirinya.

“Sikapnya yang penyayang dan usia yang matang menjadi faktor saya terlalu cintakan dia selain dia berjanji menjadikan saya isterinya. Disebabkan itu, saya terlalu menyayanginya walaupun menyedari dia suami orang,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.

Menurutnya, hubungan cinta mereka dihidu isteri kedua teman lelakinya yang pernah datang ke rumahnya memberi amaran selain mengugut untuk melakukan sesuatu terhadapnya sekiranya hubungan itu diteruskan.

“Saya tak gentar diugut, malah lebih bersemangat untuk mempertahankan hubungan cinta kami kerana terlalu percaya janji dan kata-kata manis diungkapkannya yang mahukan saya bersabar dengan semua dugaan,” katanya.

Nur berkata, hubungan mereka berjalan lancar hingga satu ketika teman lelakinya itu mendiamkan diri dan tidak dapat dihubungi menyebabkan dia seolah-olah gila hingga sanggup mencederakan dirinya sendiri.

“Ketika itu, saya seperti mayat hidup kerana tidak mempercayai dia sanggup meninggalkan saya yang banyak berkorban terutama memberikan wang dan menuruti setiap permintaannya. Mujur mak dan abah banyak membantu dan memberikan semangat,” katanya.

Menurutnya, dia bernasib baik kerana berjaya menamatkan pembelajarannya dengan sempurna baru-baru ini walaupun pernah melalui perjalanan hidup malang kerana diperdaya lelaki yang bersikap mengikis dan mempermainkan cintanya.

“Kini, saya bersyukur kerana berjaya melupakannya hasil bantuan dan semangat keluarga dan rakan-rakan selain berusaha memulakan perjalanan hidup baru ke arah lebih baik.

“Saya pernah bodoh disebabkan cinta dan selepas ini berazam untuk lebih berhati-hati memilih teman lelaki bagi mengelak mengulangi kesalahan lalu,” katanya.

Sementara itu, ibu bapa Nur yang dihubungi berkata, mereka mengetahui mengenai masalah yang dihadapi anak mereka dan sudah mendapatkan rawatan perubatan secara Islam untuk memulihkan semangat Nur.

Ibunya dikenali sebagai Samiah berkata, masalah yang dihadapi Nur diketahui melalui rakan-rakannya.

“Mak cik mengesyaki sesuatu kerana dia jarang balik dan sering minta wang. Selain itu dia pernah mencuri barang kemas saya,” katanya.

Selepas ini, menurutnya dia akan cuba memastikan dan menasihatkan Nur supaya tidak salah memilih teman lelaki. - Metro

KUCING LARIKAN LEBIH 600 BARANGAN

Los Angeles : Aksi seekor Kucing yang mencuri lebih 600 barang dari kediaman jiran-jirannya di sebuah bandar dai california dirakam kamera pengawasan, semalam.


Aksi Dusty yang mengambil barang daripada span mandi dan mainan dinosour hingga kepada pakaian renang dirakam kamera pengawasan di sebuah kediaman di San Mateo, Selatan San Francisco.

"Tuala, sarung tangan, kasut, stokin dan permainan kanak-kanak antara barang yang dibawa kucing peliharaan saya," kata Jean Chu, Pemilik Dusty kepada sebuah syarikat televisyen tempatan ABC News.

"Dusty mengambil pakaian renang ibu saya", ujar seorang jiran cilik berusia lima tahun selepas kucing itu dikenal pasti mencuri lebih 600 barangan di kawasan kejiranan berkenaan sejak tiga tahun lalu.

Rakaman video menunjukkan Dusty membawa beberapa barangan yang dicuri di mulut, termasuk satu pakaian labuh hingga membelit kakinya dan menyebabkan ia terincut-incut mengheret pakaian itu -AFP

BERTENGKAR CARA BERHIKMAH

Rasulullah bersabda, "Sesiapa meninggalkan perdebatan, sedang dia berada di pihak yang benar, dibina untuknya sebuah rumah di tengah-tengah syurga."
(Riwayat Anas Bin Malik)



Tidak indahkah dijanjikan dengan sebuah rumah di tengah-tengah syurga? Sekalipun kita di pihak yang benar, namun untuk mengelakkan perbalahan berpanjangan, mengalah sahajalah. Rugikah kalau beralah? Bagi sesetengah orang yang mementingkan diri sendiri mungkin tidak munasabah jika mahu beralah tetapi apa kata kalau saya katakan ‘orang yang beralah akan menang besar kemudiannya?’

Pergaduhan suami isteri akan sentiasa berlaku. Bak lagu P.Ramlee ‘Sedang lidah lagi tergigit’. Anda tidak akan sentiasa boleh berkata ‘ok’ kepada isteri anda begitu juga dia. Setiap kali pergaduhan berlaku, pasti akan ada hati yang akan terluka terutamanya hati orang perempuan yang memang diketahui tidak dapat diramalkan.

Jika pergaduhan itu berpunca daripada sesuatu yang sangat kecil, maka jika kita perbesarkan, maka akan terlihatlah peribadi sebenar seseorang itu. Sungguh akan terlihat betapa hodoh sekali seseorang itu tambahan pula, mulutnya mudah sekali melancangkan kata-kata yang tidak sedap didengar.

Sabda Rasulullah s.a.w:
"Orang mukmin bukan seorang pencela, bukan seorang pengutuk, bukan seorang yang keji dan bukan seorang yang berkata kotor."
(Riwayat Ibnu Mas’ud RA)

Dalam sabda ini, dapatlah kita fahami bahawa orang yang berkata keji bukanlah orang mukmin sebenar. Betapa iman kita dapat disukat dengan perlakuan yang sangat keji ini. Pernahkah anda melihat pergaduhan suami isteri ini daripada sudut yang positif? Sebenarnya, pergaduhan akan menyebabkan terbentuknya satu penyatuan pelbagai perkara termasuklah cita rasa dan impian pasangan itu. Bagi mencapai tujuan inilah kita sering bertelingkah dengan pasangan untuk mencapai sesuatu yang terbaik. Tidaklah saya maksudkan pergaduhan adalah baik, namun hal ini adalah lebih baik daripada kita berdiam dan tidak berbincang sehingga akhirnya tidak ada penyatuan antara suami dan isteri.

Justeru, pergaduhan menjadi medium kepada pasangan dalam menyatukan kasih sayang. Setiap individu akan melahirkan perasaan tidak puas hati dan sebagainya. Maka, di sini adalah tempat untuk mencurahkan perasaan. Jadi, janganlah memendam perasaan sehingga jiwa kita menjadi tertekan ibarat belon yang akan pecah akibat ditiup dengan angin yang kuat. Jika tidak diluahkan, pasangan anda tidak mungkin akan tahu perkara yang ada dalam hati anda.
Di sini, saya akan kongsikan beberapa tip untuk bertengkar secara positif:

1. Jangan terlampau banyak bercakap 
– Ketika bertengkar, hati masing-masing pasti dalam keadaan marah. Ketika marah, pasti perkara yang logik sekalipun tidak diterima melainkan masing-masing mahu menegakkan pendapat masing-masing. Jika anda sebagai suami mempunyai hak untuk bercakap sekalipun, kurangkan daripada terlalu menegakkan pendapat anda sendiri. Hal ini akan mencetuskan perasaan tidak puas hati kepada pasangan anda sehingga perlahan-lahan dia akan menjadi bosan dengan anda. Yang perlu anda lakukan adalah dengan memikirkan secara mendalam cara untuk mem-betulkan keadaan.

2. Jangan menyebut kelemahan pasangan 
– Bukan hanya isteri anda yang mempunyai kelemahan, anda juga ada ke-lemahan sendiri. Jadi, dengan mengungkit kelemahan dia, anda akan turut merangsang pasangan mengungkit kelemahan anda. Lagi pula, anda tidak akan menang dengan hanya mengungkit sebegini tetapi menyebabkan keadaan lebih parah. Jika mahu menegur pasangan, minta dia meluahkan ketidak-puasan hatinya tentang anda dahulu supaya apabila giliran anda nanti, dia tidak akan meninggikan suara.

3. Jangan membalas perbuatannya 
– Sebagai contoh, pasangan anda bermesra-mesra dengan lelaki sebelah rumah. Anda mahu membuatkan dia sedar bahawa perbuatannya salah. Jangan anda pula bermesra-mesra dengan perempuan lain di hadapan dia. Keadaan ini hanya memberi peluang yang lebih kepada isteri anda untuk menjauhi anda. Akhirnya, anda turut terlibat dalam menjarakkan perhubungan anda sendiri.

4. Jangan cuba mengubah pasangan 
– Anda dibesarkan dalam keluarga ‘begini’, isteri anda dibesarkan dalam keluarga ‘begitu’. Pastilah terdapat perbezaan antara kedua-duanya. Anda harus memahami bahawa cara dia melihat sesuatu pasti tidak sama dengan pandangan anda.

5. Fokus pada masalah 
–Jangan meleret-leret sehingga perkara yang bukan masalah akhirnya akan turut menjadi masalah.

6. Jangan tinggikan suara 
– Semakin tinggi suara kita ketika bergaduh, semakin tinggilah suara pasangan kita nanti. Pergaduhan seperti ini tidak akan menjadikan keadaan semakin baik malah semakin kusut. Cubalah bercakap dengan tenang sehingga isteri anda yang sedang marah akan turut tenang dan seterusnya dapat menyelesaikan masalah dengan lebih cepat.

7. Gunakan panggilan manja 
– Ada pasangan yang pada masa biasa menggunakan panggilan ‘sayang’ atau ‘manja’ tetapi ketika bergaduh, keadaan akan beralih sebaliknya. Panggilan kasar mengambil alih menyebabkan pasangan anda merasakan dirinya rendah sekali. Jangan emosi sehingga tergamak menggunakan panggilan kasar termasuklah ‘aku’ dan ‘kau’.

8. Elakkan terlalu emosional 
– Ketika sesi bergaduh ini, pasti pasangan anda akan selalu terlepas mulut. Jadi, jangan ambil perkara yang dikatakannya terlalu serius memandangkan ketika sedang bergaduh, seseorang itu cenderung berkata yang tidak-tidak terhadap lawannya.

9. Gunakan perkataan yang baik-baik 
– Selain menggunakan panggilan manja, gunakanlah juga perkataan yang tidak menyalahkan. Perkara ini akan menyebabkan masalah akan cepat selesai. Antara contoh perkataan yang boleh anda gunakan ialah, "Abang rasa sayang tak patut buat macam ni," berbanding "Ni semua salah engkaulah!"

10. Jangan bertengkar di depan makanan atau di tempat tidur 
– Hal ini kerana tempat tersebut sepatutnya tempat kita menjamu selera dan bermesra-mesra sesama sendiri.

11. Dengar luahan isteri
– Mungkin sahaja perkara yang disampaikan oleh isteri anda itu dapat menyelesaikan masalah. Jika anda hilang tumpuan ketika ini, bukan sahaja anda akan kehilangan idea yang baik malah anda menggunakan cara sendiri yang belum tentu dapat menyelesaikan masalah anda berdua.

12. Jangan bergaduh di depan anak 
– Dengan bergaduh di hadapan anak, anda hanya akan membuatkan anak keliru dan mengadili sama ada ibu atau bapa mereka yang berada di pihak benar atau salah. Perkara yang lebih menakutkan akan berlaku jika anak anda menceritakan keadaan anda berdua kepada orang luar. Hal ini akan menjejaskan imej anda sekeluarga.

13. Bersabar
– Sekalipun anda lelaki dan anda lebih kuat secara fizikal berbanding dengan isteri anda, jangan sekali-kali anda cuba untuk mengasari isteri anda. Dibimbangi dia juga akan belajar untuk melawan dan membaling segala jenis pinggan mangkuk ketika bergaduh pada masa lain.

14. Say NO to third party 
– Selagi terdaya menyelesaikan masalah anda sendiri, jangan libatkan orang lain. Campur tangan pihak ketiga kebanyakannya hanya menyulitkan keadaan. Sekiranya perlu, pilihlah orang yang adil untuk menyelesaikan masalah anda.

15. Mengalah tidak bererti kalah 
– Mengalah ketika saat genting ini tidak menunjukkan anda kalah. Anda hanya perlukan masa untuk membuktikan bahawa tindakan anda sebenarnya betul.

16. Jangan keluar dari rumah sebelum selesai
– Selalu menonton drama di TV? Kebanyakannya menunjukkan suami akan segera meninggalkan rumah semasa bergaduh untuk memudahkan cerita. Tindakan ini sebenarnya akan menyebab-kan isteri anda ditinggalkan dalam keadaan keliru. Hal ini menyebabkan dia akan berasa tertekan dan anda perlu ingat bahawa anak-anak akan ditinggalkan bersamanya di rumah. Perempuan yang hilang kewarasan akibat tekanan yang dahsyat akan menyebabkan mereka akan bertindak yang bukan-bukan. Mungkin sahaja dia akan memudaratkan dirinya atau anak-anak anda boleh menjadi mangsa keadaan. Sekiranya anda rasa tidak dapat menahan marah, beritahu isteri anda bahawa anda perlukan sedikit ketenangan dan hal ini lebih menampakkan rasa tanggungjawab anda terhadap permasalahan anda berdua.

17. Luahkan 
– Selain menjadi pendengar kepada permasalahan isteri, anda turut perlu meluahkan perasaan anda. Tunggu sehingga dia habis berbicara sebelum anda menyambung pendapat anda. Sekiranya anda tidak memberitahu keadaan sebenar anda, belum tentu dia dapat memahami keadaan anda.

18. Pelukan dan kemaafan 
– Hal inilah detik paling indah dalam pergaduhan. Setelah dirasakan masalah telah selesai, jangan melewatkan detik untuk memeluk pasangan anda seeratnya. Ucapkan perkataan maaf dan berharap agar perkara seperti itu tidak akan berlaku lagi. Keadaan ini akan menyebabkan perhubungan anda selepas itu lebih erat dan mantap dengan satu kesatuan hati yang lebih hebat.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


Assalamualaikum.. Adik saya Termizzi Bin Senak kembali ke warahmatullah lebih kurang 8.30pm 16 Februari 2012. Mohon pembaca sedekah al-fatihah kepada arwah. al-fatihah.

Mak saudara rakan saya ujang (Firdaus) iaitu Cik Dayang Fatimah Binti Abang Drahman telah kembali ke warahmatullah hari ini 22 Februari 2012. Mohon pembaca sedekah al-fatihah kepada arwah. al-fatihah

Guru silat saya Dato Dahlan Ali telah kembali ke warahmatullah pada 19 Mac 2012. Mohon pembaca sedekah al-fatihah kepada arwah. al-fatihah.