اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ SOLAT TIANG AGAMA.. SELAMAT MEMBACA.. ANDA SENYUM KAMI BAHAGIA..

TERLALU MEMIKIRKAN APA YANG ORANG LAIN FIKIR

Telalu memikirkan apa yang orang lain katakan melibatkan keyakinan diri. Apa yang saya kongsikan di sini adalah melalui pengalaman saya semata-mata dan sekiranya ada kekurangan sila tegurkan saya. Saya amat mengalu-ngalukannya.






Usahlah anda terlalu memikirkan apa yang orang lain fikir tentang diri anda. Kalaupun anda hendak memikirkannya, hendaklah perkara tersebut berada di tempat yang betul. Saya membincangkan perkara tersebut kerana saya banyak berjumpa dengan rakan-rakan yang kurang keyakinan diri malah diri saya kadang-kadang juga hilang keyakinan diri. Namun atas motivasi yang lalu maka insyaallah saya mampu mengatasinya.

Saya akan selitkan sedikit kisah saya dulu kala dimana ketika itu saya mula menggunakan cermin mata hitam. Oleh kerana saya kurang keyakinan diri dan terlalu memikirkan apa yang orang lain fikir, saya menjadi malu untuk menggunakan cermin mata hitam. Apa yang saya fikirkan masa itu ialah "Orang lain akan memikirkan saya seorang yang berangan nak jadi artis", "Saya seorang yang lucu serta sombong" dan "Saya adalah seorang yang pelik". Kerana terlalu memikirkan apa yang orang lain fikir, saya menjadi segan untuk menggunakan cermin mata. Kadang-kadang saya buka ketika orang ada di sekeliling dan kadang-kadang saya pakai ketika orang kurang berada di sekeliling. Itu semua berlaku kerana keyakinan diri dan cara pemikiran saya.

Cara pemikiran amat penting dalam apa juga hal. Saya menyatakan perkara tersebut kerana jika kita memikirkan sesuatu itu susah maka ianya akan menjadi susah dan begitulah sebaliknya. Cuba anda bayangkan ada berada di suatu tempat yang gelap atau berseorangan di rumah. Pada ketika itu anda diganggu oleh bunyi aneh. Terdapat 2 cetusan cara pemikiran yang berlaku di sini. Cetusan yang pertama ialah "anda takut dicekik hantu dan anda bayangkan hantu itu amat mengerikan". Cetusan kedua ialah "anda membayangkan hantu itu juga merupakan makhluk Allah seperti anda ataupun anda memikirkan bunyi itu hanyalah bunyi tikus-tikus yang berkeliaran". Jika pemikiran anda berlaku pada cetusan yang pertama maka anda akan menjadi takut manakala cetusan yang kedua, anda akan menjadi berani. Namun begitu, cetusan tersebut di iringi oleh keyakinan.

Contoh seterusnya, anda ingin mengorat seorang perempuan keyakinan yang anda harus ada adalah yakinlah bahawa anda adalah seorang yang hensem :p ha ha... cetusan yang belaku semasa mengorat perempuan ialah "aku tidak hensem dan perempuan itu tidak mungkin akan memandang aku" dan cetusan kedua "sekurang-kurangnya aku cuba dan aku tidak rugi mencubanya". Cetusan itu akan melahirkan keberanian dan keyakinan kita.

Siapapun diri anda dan apa pun bentuk anda, anda mempunyai potensi tersendiri yang anda belum terjah 100%. Jika anda keluarkan potensi anda sehingga 100%, saya pasti anda boleh lakukannya. Gagalnya anda hari ini kerana anda belum bertindak 100%.

.

Reactions:

0 comments:

Catat Ulasan

COMMUNITY BIZ COMBO

Bantuan pengiklanan dan banyak lagi

COWAY THE WATER SPECIALIST

Call or whatsapp 0128477709

NAK PAKAI? NAK JUAL?

KLIK DAN TEMPAH

LEBIH 260 SIARAN

Semua movie terkini di panggung wayang

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


Assalamualaikum.. Adik saya Termizzi Bin Senak kembali ke warahmatullah lebih kurang 8.30pm 16 Februari 2012. Mohon pembaca sedekah al-fatihah kepada arwah. al-fatihah.

Mak saudara rakan saya ujang (Firdaus) iaitu Cik Dayang Fatimah Binti Abang Drahman telah kembali ke warahmatullah hari ini 22 Februari 2012. Mohon pembaca sedekah al-fatihah kepada arwah. al-fatihah

Guru silat saya Dato Dahlan Ali telah kembali ke warahmatullah pada 19 Mac 2012. Mohon pembaca sedekah al-fatihah kepada arwah. al-fatihah.