اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ SOLAT TIANG AGAMA.. SELAMAT MEMBACA.. ANDA SENYUM KAMI BAHAGIA..

TEGURAN BERHIKMAH



"Baru nak tegur dah melenting tak tentu pasal.."
"Macam ar dia tu bagus sangat sampai tak boleh ditegur,"
"Tegur pun salah ke?"
"Kalau macam ni perangai, sampai bila pun takkan berubah!".


Itulah realitinya, kan? Kita selalu nak cepat, nak keputusan yang baik, tapi kita kelam-kabut. Kita tegur dan kita mahukan dia berubah dengan pantas mengikut teguran kita.

Manusia bukan robot.

Kita ada ego masing-masing. Kita ada keinginan untuk melihat rakan atau saudara sekeliling kita berubah menjadi lebih baik. Kadang-kadang kita tegur sebab meluat tengok perlakuan mereka. Kadang-kadang kita tegur sebab sayangkan mereka. Kadang-kadang kita tegur sebab rasa mereka sepatutnya mencontohi kita. Tapi kadang-kadang mungkin teguran kita tu tak berapa nak kena. Kalian menegur sebab apa?

Kawan-kawan, saya sendiri tak pandai menyusun ayat. Apa terfikir di minda, itulah yang lidah cakapkan. Itulah yang tangan taipkan. Tapi ada satu benda yang saya pasti sejak dulu... manusia perlukan masa untuk menilai diri mereka sendiri. Kadang-kala, keadaan yang ditentukan Allah saja yang membuatkan mereka tersedar dari kesilapan. Kerana manusia bukan robot yang sentiasa akan mengikut nasihat dan teguran kita. Mereka juga ada ego tersendiri.

Tugas kita ialah menegur.

Orang kata, menegur perlu berhikmah. Iaitu dengan kata-kata yang baik. Bukan dengan melemparkan cacian. Tapi kawan-kawan.. dalam menegur juga perlu ada ketegasan. Namun bukan dengan meninggikan suara. Allah memandang usaha, bukan hasilnya. Jangan kelam-kabut tegur dia supaya berubah. Kelak, kita sendiri yang akan jatuh. Apa yang perlu kita lakukan hanyalah menegur. Sama ada dia itu terima atau tak... itu urusan kedua. Hati manusia lain-lain. Kawan-kawan..

Dia melenting?

Siapa yang tak melenting kalau tiba-tiba ditegur pada kesalahan yang dia sendiri tak sedar.. Biarkan saja dia melenting. Bukankah tugas kita ialah menegur? Kalau kita ikut sama melenting, syaitanlah yang akan ketawa tak ingat dunia. Bagi masa untuk dia sejukkan hati.. mungkin masa dia tengah melenting, dalam masa yang sama dia sedang fikirkan kata-kata/teguran kita.. Tapi sebab ego dan malu, dia taknak terima. Berikan dia ruang untuk berfikir, berdoa semoga Allah bukakan hatinya.

=================

"Criticism may not be agreeable, but it is necessary. It fulfils the same function as pain in the human body."

Sumber : ImanMutiara
.

Reactions:

1 comments:

  1. Siapa yang tak melenting kalau tiba-tiba ditegur pada kesalahan yang dia sendiri tak sedar.. Biarkan saja dia melenting. Bukankah tugas kita ialah menegur? Kalau kita ikut sama melenting, syaitanlah yang akan ketawa tak ingat dunia. Bagi masa untuk dia sejukkan hati..

    BalasPadam

COMMUNITY BIZ COMBO

Bantuan pengiklanan dan banyak lagi

UNLIMITED BROADBAND

Unifi atau Streamyx? Anda pilih.

COWAY THE WATER SPECIALIST

Call or whatsapp 0128477709

NAK PAKAI? NAK JUAL?

KLIK DAN TEMPAH

LEBIH 260 SIARAN

Semua movie terkini di panggung wayang

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


Assalamualaikum.. Adik saya Termizzi Bin Senak kembali ke warahmatullah lebih kurang 8.30pm 16 Februari 2012. Mohon pembaca sedekah al-fatihah kepada arwah. al-fatihah.

Mak saudara rakan saya ujang (Firdaus) iaitu Cik Dayang Fatimah Binti Abang Drahman telah kembali ke warahmatullah hari ini 22 Februari 2012. Mohon pembaca sedekah al-fatihah kepada arwah. al-fatihah

Guru silat saya Dato Dahlan Ali telah kembali ke warahmatullah pada 19 Mac 2012. Mohon pembaca sedekah al-fatihah kepada arwah. al-fatihah.