اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ SOLAT TIANG AGAMA.. SELAMAT MEMBACA.. ANDA SENYUM KAMI BAHAGIA..

SEJARAH DAN MITOS SARAWAK

Sejak dari zaman kanak-kanak kita telah mendengar banyak cerita-cerita epik atau dongeng daripada ibubapa,rakan-rakan mahupun guru di sekolah. Begitu juga dengan cerita-cerita sejarah yang adakalanya kita sendiri pun pernah belajar di sekolah.Namun subjek Sejarah adalah antara kurang digemari oleh saya, sebabnya cara penyampaian guru mengajar subjek itu amat membusankan saya. Mana tak busan, setakat salin nota, dengar cikgu bercakap bla bla bla..pastinya fikiran saya ketika itu sudah menerawang kemana-mana...Patutnya subjek sejarah perlu diajar dengan cara yang kreatif dan menarik so that takda la student boleh tidur dalam kelas dan hilang minat.

Most of us kurang gemar dengan cerita epik dan sejarah. Tidak keterlaluan jika saya katakan ramai juga diantara kita yang kurang tahu tentang cerita-cerita epik dan sejarah negeri masing-masing. Begitu juga dengan saya. Namun masih tidak terlambat lagi untuk kita mengetahui dan mempelajari. Skema sik ayat-ayat saya ?? Macam ayat dalam buku aihh aihh..

Apa yang saya nak share kat sini ialah tentang sedikit sebanyak ceritera epik dan sejarah yang berlaku di Sarawak. Kalau kamu sudah tahu dengan info-info ini baguslah, kalau tidak..silalah terus membaca , kalau ada yang saya tidak masukkan disini tapi kamu tahu , silalah kongsi2 yea..aihh ingga nyawa ku maca ayat ku pun..

Ok, lets begin with....
mitos..
..BUJANG SENANG...
-korang kenal buaya bernama si BUJANG SENANG nih?..
sekarang ni pak bujang dah mati kene tembak,tengkoraknya ada di Muzium Sarawak.Dulu masa hidup,dia tinggal kat Sungai Batang Lupar, Sri Aman Sarawak..ikut citer pak bujang ni adalah jelmaan seorang pahlawan IBAN yang bernama SIMALUNGUN. Dia telah dibunuh dan disumpah menjadi buaya...lalu dia pun kemudiannya bersumpah akan membunuh semua keturunan yang telah membunuhnya..haa sapa-sapa yang mati kene terkam buaya tu agaknya keturunan yang bunuh dia kot....maybe..or maybe not..

GUNUNG SANTUBONG
-asal terjadinya Gunung Santubong ini akibat dari pergaduhan dua anak dewa kayangan yang cantik iaitu PUTERI SANTUBONG dan PUTERI SEJINJANG. Dua awek ni bergaduh sebab berebut mamat macho yang hensem dan gagah iaitu PUTERA SERAPI. Hari -hari dorang ni gaduh sebab taknak mengalah..sorang kata .."aku lagi cantik"..sorang lagi kata "aku lagi jelita"..di sebabkan geram sangat haaa...tershow off la semua martial artss yang ada., SEJINJANG dengan geram lalu menghayun aluk ke muka SANTUBONG ..terus senget muka..dan dengan gagahnya SANTUBONG terus mencapai belida lalu ditikamnya ke kepala SEJINJANG. Last-last akibat sumpahan dua awek ni telah bertukar...SEJINJANG transform jadi PULAU KERA..dan SANTUBONG pulak jadi GUNUNG ..sebab itulah nama gunung tu GUNUNG SANTUBONG....
apa pulak jadi dengan mamat macho tadi??..sebabkan dia begitu frust nonggeng dengan hal berdarah itu..dia pon telah menghilangkan diri ke gunung..iaitu GUNUNG SERAPI...ada paham??..

ALLAHYARHAM ROSLI DHOBI
-ni dah masuk citer sejarah..tulung jangan busan eh..haha
tingkatan brapa ada blaja pasal ni eh? lupakk..
ROSLI DHOBI ni seorang hero pejuang kemerdekaan negeri Sarawak daripada penjajah BRITISH. Beliau dengan beraninya telah menikam GABENOR BRITISH SARAWAK iaitu SIR DUNCAN STEWART dengan pisau beracun di Sibu masa tu. Dia ditangkap dan telah dipaksa mengaku bersalah , kalau tak ngaku mak beliau akan ditembak. Selepas di penjara di Kuching akhirnya beliau telah dihukum gantung bersama dengan 3 lagi rakan seperjuangannya. They were so brave..BRAVE HEART!


Reactions:

0 comments:

Catat Ulasan

COMMUNITY BIZ COMBO

Bantuan pengiklanan dan banyak lagi

UNLIMITED BROADBAND

Unifi atau Streamyx? Anda pilih.

COWAY THE WATER SPECIALIST

Call or whatsapp 0128477709

NAK PAKAI? NAK JUAL?

KLIK DAN TEMPAH

LEBIH 260 SIARAN

Semua movie terkini di panggung wayang

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


Assalamualaikum.. Adik saya Termizzi Bin Senak kembali ke warahmatullah lebih kurang 8.30pm 16 Februari 2012. Mohon pembaca sedekah al-fatihah kepada arwah. al-fatihah.

Mak saudara rakan saya ujang (Firdaus) iaitu Cik Dayang Fatimah Binti Abang Drahman telah kembali ke warahmatullah hari ini 22 Februari 2012. Mohon pembaca sedekah al-fatihah kepada arwah. al-fatihah

Guru silat saya Dato Dahlan Ali telah kembali ke warahmatullah pada 19 Mac 2012. Mohon pembaca sedekah al-fatihah kepada arwah. al-fatihah.